Followers

Monday, June 7, 2010

"Air tenang jangan disangka tiada buaya"

Meskipun pilihan raya umum mungkin diadakan agak lama lagi jika pilihan raya ke 12 dijadikan sebagai kayu pengukur iaitu setiap 5 tahun rakyat memberikan mandat baru kepada kerajaan, namun kalangan pemerhati optimis berpendapat bahawa pilihan raya yang ke 13 mungkin diadakan lebih awal.

Jika pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan samada di semenanjung Malaysia atau di Sarawak dijadikan sebagai indikator kepada suasana politik nasional maka keadaan ini seolah-olah memberitahu kita bahawa pilihan raya umum ke 13 (PRU13) mungkin lebih sengit berbanding dengan PRU12 yang lalu berikutan beberpa keputusan PRK yang hampir-hampir tidak dijangka samada di pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Bagaimana pun Sabah setakat ini masih terlepas dari ujian awal yakni PRK yang sekaligus meletakan Barisan Nasional Sabah berada dalam kedudukan yang amat selesa walaupun terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat.

Di Sabah semua kawasan yang dikuasai oleh parti kerajaan walaupun nampak tenang namun pergolakan politik di seberang laut china selatan memungkinkan sesuatu senario umpama air tenang yang dihuni oleh buaya-buaya yang akan bangkit menerkam mangsa pada bila-bila masa.

Sabah sebenarnya amat bernasib baik kerana dalam kehangatan pergolakan kemelut politik di Semananjung tidak ramai ahli-ahli atau tokoh politik dari kalangan Barisan Nasional menyertai parti pembangkang. Pemimpin Barisan Nasional di Matunggong umpamanya patut diberi pujian atas kesetian mereka terhadap Barisan Nasional. Ini kerana walaupun setiap kali pilihan raya diadakan setiap kali itulah calon ditukar ganti laksana menukar baju namun mereka yang terseingkir masih tetap bertahan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional sekaligus melupakan kekecewaan yang mereka alami.

Didahului dengan mantan wakil rakyat Datuk Mathius Majihi, Atong Mangabis dan Jornah Mojihim merupakan ahli-ahli dewan undangan negeri yang disingkir dari meneruskan agenda sebagai wakil rakyat kecuali Datuk Markus Majihi yang kecundang ditangan Atong Mangabis pada tahun 1995.

Selain itu nama-nama seperti Welson Mogusun, George Saidi, Thomas Arinjamal Mojingal dan ramai lagi yang merupakan pemimpin pelapis yang dikatakan mempunyai ramai penyokong di Matunggong, masih tetap setia menyokong Barisan Nasional walaupun mereka tidak dicalonkan.

PBS dan Barisan Nasional Matunggong sesungguhnya amat beruntung kerana mempunyai pemimpin pelapis seperti mereka yang disebutkan di atas. Walaupun dihimpit dengan rasa kekecewaan namun mereka masih tetap bertahan menyokong parti kerajaan.

Andainya nama-nama yang disebutkan ini beralih angin dan menyertai pakatan pembangkang, sudah tentu PBS mempunayi saingan yang lebih sengit untuk mempertahankan kerusi DUN Matunggong yang dimenanginya sejak sekian lama.

Pucuk pimpinan parti terutama PBS kali ini perlu berhati-hati untuk membuat sebarang keputusan siapa calon yang perlu diletakan di DUN Matunggong nanti. Tersilap langkah dikhuatiri senario ‘air tenang jangan disangka tiada buaya’ akan memusanahkan masa depan PBS Matunggong. Kekalahan BN di Parlimen Sibu patut menjadi pengajaran kepada kita.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

18 comments:

  1. Saudara Blogger's Matunggong Kini - Tahniah saudara nampaknya bukan sahaja tuan sebagai bloggers tetapi matang menganalisa kaedaan politik semasa. Pandangan tuan amat tepat sekali dan saya juga sependapat sama.
    Rakyat N4 Matunggong khasnya n Sabah amnya sama-samalah kita menggaru kepala, bernafas panjang agar tidak tersalah pilih pemimpin. Ingat Rakyat dan pemimpin bawahanlah sebenar yang mendominasi dan memperkukuh kemenangan YB. Salah u pilih/undi akibatnya semua kurang menjadi. Marilah kita memilih pemimpin yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Saudara Manampahu, Selamat datang ke Blog Matunggong Kini. Blog ini milik bersama terutama masyarakat Matunggong di Sabah tanpa mengira fahaman politik untuk menyalurkan pandangan mereka. Terima kasih juga kerana memberikan pandangan untuk rakyat Matunggong dan pemimpin politik yang berkenaan. Semoga sumbangan saudara dalam blog ini berterusan demi kebaikan bersama. Sila berkunjung lagi di masa akan datang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Biasanya pengundi N4 /P168 kurang terpengaruh dengan isu Nasional, mereka lebih tertarik dgn isu setempat Cthnya:Siapa calonnya, etc. Tetapi MUNGKIN pada kali ini org MUDA khususnya yg bersikul tinggi akan prihatin juga dgn isu nasional cthnya Kalimah "Allah" ,Sistem Judisiari yg berlompang & Tanah etc. Wait & C la

    ReplyDelete
  4. Hah..sekarang ini pun sudah ada buaya menghendap di air yang memang tidak tenang lagi...Pasal isu nasional, sepatutnya orang kita kena juga melihat dan jeling-jeling pasal isu nasional ni.

    ReplyDelete
  5. pada masa kini isu isu hangat selalu di siarkan. akan tetapi kebanykan peminpin peminpin politik baik dari pihak kerajaan atau pembangkang hanya pandai membuat masaalah sehingga rakyat yang menanggung akibat. politik pada masa kini adalah sebagai sumber mencari makan bagi peminpin peminpin peringkat kampung dan pada peminpin peringkat tinggi pula adalah mencari kuasa dan kekayaan. cuba rakyat jelata fikir dengan mendalam ada mana mana peminpin polotik kerajaan atau pembangkang yang pakai kereta kancil secondhand? heh heh, salam damai dalam kristus

    ReplyDelete
  6. Tapi saudara..tanpa politik pun susah juga kan. Negara yang politiknya tidak stabil pun mengakibatkan perang dan politik juga dapat mengelakan perang. Ada kerajaan ada politik dan ada politik ada kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Dear Sir,

    i would like to correct you on just 1 part of your statement which is;'Didahului dengan mantan wakil rakyat Datuk Mathius Majihi, Atong Mangabis dan Jornah Mojihim merupakan ahli-ahli dewan undangan negeri yang disingkir dari meneruskan agenda sebagai wakil rakyat', from what i know, Datuk mathius Majihi TIDAK di singkirkan tapi MELETAK JAWATAN and giving way to his brother Datuk Markus Majihi. Its a nice blog you have here but do get your facts clear or people would get confused..

    Regards

    ReplyDelete
  8. Asslmkum,salam sejahtera srda Anony, Sebelum MK tampil memberikan penjelasan saya ingin memberi sedidikit info..Datuk Mathius Majihi walaupun dilihat tidak 'disingkirkan' secara 'kasar' namun pada hakikatnya beliau tidak meletakan jawatan secara sukarela. Pucuk pimpinan pada ketika itu mengisyaratkan agar Datuk Mathius berundur dan nama yang disebut-sebut untuk menggantikan beliau adalah Atong Mangabis. Bagaimanapun Datuk Mathius akhirnya akur kepada keputusan pucuk pimpinan dengan syarat mencalonkan adik beliau Markus Majihi (Datuk). Saya terlibat secara langsung dalam insiden yang sukar dijelaskan disini.

    ReplyDelete
  9. Memang benar apa yang dikatakan oleh TAL..jika ingin mengimbas kembali peristiwa 1994 boleh lah merujuk kepada bekas-bekas AJK Bahagian PBS ketika itu atau bekas Seitausaha Bahagian PBS, Lausin Bangkuai. Mereka mempunyai jawapan yang lebih detail. Rasanya tidak ada yang mengelirukan bagi mereka yang benar-benar mengikuti perkembangan politik di Matunggong.

    ReplyDelete
  10. salam semua.. memang ternyata rakyat matunggong sangat setia kepada kerajaan pada masa lalu sampai masa kini. Tetapi, apakah yang telah dilakukan oleh KERAJAAN kepada rakyat matunggong.? apa yang saya nampak ialah matunggong masih dalam keadaan yang tidak berapa baik.. dari segi infastruktur, pembangunan dan sebagainya. lihat ja itu pekan matunggung, tiada kemudahan infastruktur seperti tandas, pondok dan sebagainya. banggunan dia pun hanya satu ja.. mncm "olozou" pula kalau satu ja bangunan yang tercegam keuzuran. simbolic bagi daerah matunggong pun tiada.. apa mcm..


    Suni Vagu,
    Momogun Rungus

    ReplyDelete
  11. Salam juga kepada sdra Osukod..aii, pekan Matunggong tu tiada tandas rupanya. Jadi kalau orang p kencing ka birak ka, kena lah melepaskan hajat di dalam tandas kedai. Telampau juga bah kalau sampai macam tu. Pekan matunggong bukan baru lagi tapi tandas awam pun tidak di bina. Barangkali dorang bikan tandas kalau semua orang birak di kaki lima.

    ReplyDelete
  12. Rakan Bloggers sekalian - Itu la sebabnya atikel saya dalam eprungusco, ingin mengajak tuan2 sekalian mari mengujud satu kumpulan berkecuali (NGO group terdiri daripada kumpulan profesional dan pejuang bangsa bangsa) supaya ditubuhkan khas membantu menyuara hal2 kekurangan di daerah kecil Matunggong. Kumpulan yang saya maksudkan ada JK mengumpul data, mencadang dan merangka dokumen dan seterusnya merekomen kertas kerja kepada pemimpin kita khusus sekali YB dan ADO daerah Kecil Matunggong.

    ReplyDelete
  13. Tuan TA, kami sokong penuh, mulakan ja dgn apa-apa perkumpulan ad-hoc tapi dalamnya akan bincang kewujudan NGO tersebut. Tapi...oppsss, mcmana rupa perjuangan kita Tuan TA, adakah macam PERKASA, HINDRAF atau timbul tenggalam mcm SAMORA .

    ReplyDelete
  14. Aku rasa lah, kalau tidk silap aku, blog ini turut memainkan peranan untuk memberi dorongan sehingga Samora 'muncul semula' seperti yang kita lihat sekarang. Mungkin sumbangan blog ini amat kecil tapi bagi aku ia amat bermakna. Aku berharap SAMORA tidak akan tenggalam lagi.

    ReplyDelete
  15. Tuan Kaki Demo - Kalau boleh hubungi saya 0138889169 dan terima kasi atas sokongan tuan. Saya betul2 mengharapkan JK Adhoc untuk membantu secara umum mencorak langkah lebih maju ke hadapan supaya bukan sahaja pasarana tandas awam yg akan ada tetapi daerah kecil Matunggong di naik taraf ke daerah penuh kelak. Secara peribadi soal rentak perjuangan tentu sekali saya mahu perjuangan PERKASA, terbuka, tidak pilih bulu, sederhana tetapi mantap dan sungguh2.

    ReplyDelete
  16. TUAN MARIUS MASAIN ANTARA YANG PALING LAYAK MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN N4 MATUNGGONG. PERCAYALAH BELIAU MAMPU MENGUBAH N4 KEARAH YANG TERBAIK BERDASARKAN PENGALAMAN DAN KOMITMEN BELIAU DALAM POLITIK. BELIAU ADALAH SEORANG USAHAWAN YANG MUDA DAN BERJAYA. TRANSFORMASI MATUNGGONG PASTI AKAN BERLAKU. BER1!!!

    ReplyDelete
  17. Sdra Yabpalan,butul ko punya cakap mudah-mudahan sdara marius diberi kepercayaan pucuk pimpinan PBS..kalau buli beritahu ci kawan kau ini supaya selalulah baca nostalgia pemimpin politik yang lain terutama perjuangan politik Tun Fuad Stephen atau paling tidak hayatilah ucapan perasmian Ybh.Datuk Setiausaha Agung PBS semasa AGM PBS pada 22/06/2011...Marius buli..Hidup Marius..yaaaya

    ReplyDelete
  18. Siapakah pucuk pimpinan yang kita minta buat keputusan untuk memilih calon kita ? Kalau macam tu,kalau diorang bagi kita calon dari warga monyet kita undi juga kah?.
    Maaf ungkapan saya agak kasar maklumlah nada kecewa.Yang sebenarnya,mengapa kita perlu ada pihak lain yang pilih calon.Bahagian PBS N4 Matunggong tak dapat buat keputusan ka,siapa calon yang layak,Pada saya ,kita yang mengundi,kita punya YB yang dipilh.Maka kitalah(PBS N4) yang tentukan calon, bukan pihak lain.
    Kita fikirlah, sampai bila kita diperbodoh oleh pihak lain dan selepas itu,kita ikut telunjuk (kerna itulah sebenarnya nasib miskin kita di N4 ini tidak terbela).
    Insan kecewa.

    ReplyDelete