Semasa Hariraya Aidil Adha baru-baru ini saya sempat melihat dari jauh rakan-rakan dan saudara mara saya yang beragama islam melakukan penyembelihan binatang korban berdekatan Surau Kampung Minyak dalam daerah Kudat. Walaupun penganut agama islam di kampung ini agak sedikit namun susana meriah amat menyerlah dikalangan mereka.
Apa yang menarik perhatian saya ialah surau tersebut sudah terlalu ujur. Atap zing yang sudah di makan karat mengakibatkan atap zing bocor dan ini mendatangkan ketidak selesaan beribadah semasa hujan. Selain itu sebahagian lantai surau ini turut berlubang akibat dimakan anai-anai.
Pengerusi surau Kampung Minyak, Zainal Dulang merayu kepada pihak yang berwajib agar segera berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. “Lihat lah sendiri surau ini, jangankan atap dan lantai, lambang bulan sabit dan bintang yang sepatutnya terpacak di atas bumbung pun sudah patah akibat dimakan karat,” katanya. Jika surau ini dilihat dari jarak jauh pasti tidak ada yang menyangka bahawa bangunan ini adalah surau disebabkan ciri-ciri sebagai sebuah surau tidak kelihatan lagi.
Apa yang menarik perhatian saya ialah surau tersebut sudah terlalu ujur. Atap zing yang sudah di makan karat mengakibatkan atap zing bocor dan ini mendatangkan ketidak selesaan beribadah semasa hujan. Selain itu sebahagian lantai surau ini turut berlubang akibat dimakan anai-anai.
Pengerusi surau Kampung Minyak, Zainal Dulang merayu kepada pihak yang berwajib agar segera berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. “Lihat lah sendiri surau ini, jangankan atap dan lantai, lambang bulan sabit dan bintang yang sepatutnya terpacak di atas bumbung pun sudah patah akibat dimakan karat,” katanya. Jika surau ini dilihat dari jarak jauh pasti tidak ada yang menyangka bahawa bangunan ini adalah surau disebabkan ciri-ciri sebagai sebuah surau tidak kelihatan lagi.
Widget by [ Tips Blogger ]
Kg. Minyak sebenarnya berada dalam Daerah Kecil Matunggong. Bagaimanapun, pihak AJK Surau boleh memohon kepada Pejabat Daerah Kecil Matunggong atau Pejabat Daerah Kudat untuk membaiki surau ini. Mgkn pihak YB (N4/P168) pun boleh sumbangkan sedikit peruntukan untuk membaiki surau ini.
ReplyDeleteAlmkum sdra Anon..terima kasih atas komen sdra kerana baru kali ini ada orang yang sudi memberikan cadangan walaupun artikel ini telah lama disiarkan. Saya kurang pasti samada artikel ini kurang menarik perhatian pengunjung blog ini atau tidak ramai yang 'terjumpa' artikel ini ketika melayari internet. Sya setuju dengn cadangan sdra dan berharap AJK atau Pengerusi surau berjumpa segera dengan YB Sarapin meminta sumbangan sedikit untuk membaiki surau tersebut.
ReplyDeleteAssalamualaikum Sdra Anonym & TAL, memang betul artikel ini ' overlooked' ...saya sendiri baru terbaca artikel ini, maklumlah sayapun 'orang baru' dalam blog MK ini,tambahan pula artikel ini dah tergolong dalam ' archive' kerana diposkan pada tahun 2009. Saya sependapat dgn sdra berdua bahawa surau ini sememangnya perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib. Saya agak berbeza pendapat dgn sdra berdua mengenai sumber peruntukan untuk pembaikkan surau mahupun gereja. Selalunya bila kita berdepan dengan masaalah2 seperti Surau atau gereja yang uzur dan perlu pembaikkan , sasaran pertama penduduk kg ialah peruntukan ADUN. Begitu juga dengan masaalah jalanraya yang terabai atau tiada jalan langsung, peruntukan ADUN juga yang jadi sasaran utama. Kerajaan ada skim khas untuk pembinaan Surau/masjid melalui JPM . Begitu juga dengan pembaikan gereja . Selalunya peruntukan untuk pembaikan atau pembinaan gereja disalurkan kepada badan2 agama kristian seperti PCS dan sebagainya setiap tahun. Saya bagi contoh, surau di kg saya sendiri iaitu kg Pomonsukan yang telahpun uzur digantikan dengan bangunan baru(konkrit) melalui peruntukan khas dari pejabat PM. Saya syorkan agar pengerusi JKKK atau badan /AJK surau di kg Minyak membuat satu surat permohonan kepada JHEAINS atau JAKIM. Mereka boleh juga mengemukakan permohonan tersebut melalaui pejabat daerah yang kemudiannya akan mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit penyelarasan dan pelaksanaan JPM. Kalaulah peruntukan ADUN yang amat terhad tersebut digunakan untuk pembinaan surau atau gereja, saya percaya tak sampai 10 buah surau atau gereja dapat dibina . Itu sebabnya saya tak berapa setuju kalau peruntukan ADUN tersebut digunakan untuk membina jalan atau bangunan yang agak mahal kosnya. Adalah lebih baik kalau peruntukan ADUN tersebut digunakan untuk program latihan, bantuan buku2 teks atau mengujudkan pusat sumber di setiap kg . Walaubagaimanapun kalaulah YB bersetuju juga menggunakan peruntukan ADUN tak juga menolakkan, itu budibicara YB itu sendiri. Mungkin cadangan saya ini tak berapa praktikal dalam kawasan kita kerana kalau tiada projek seperti pembinaan jalan kg, pembaikan balairaya dll maka 'nampak' macam tiada peluang kontraktor2 kecil atau pengikut2 YB. Sebenarnya peluang tetap ada melalui projek2 yang dilaksanakan melalui pejabat daerah , JKR, kementerian pembanguanan luar bandar dsb. Cuma kadang2 sesetengah orang kita ini terlalu menumpukan fikiran hanya kepada peruntukan ADUN. Apapun saya percaya orang2 kita terutamanya golongan muda dah mula faham keadaan ini dan begitu krikal terhadap apa sahaja bentuk pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja di kawasan kita malah di Sabah amnya. Wslm (JH)
ReplyDeleteAslmkum..sukacita saya memberi pujian kepada MK kerana artikel-artikel yang termuat dalm blog ini tidak hanya berkisar tentang percaturan politik di Matunggong. Apa yang menarik perhatian saya adalah keikhlasan MK menyiarkan masalah Surau yang dihadapi oleh penganut agama Islam walaupun sya yakin penulis blog ini bukan beragama Islam. Jangan pula nanti ada yang menyalahkan MK kerana menyiarkan artikel ini kerana beliau bukan beragama islam..wslm
ReplyDelete