Followers

Wednesday, December 2, 2009

PKR saingan PBS di DUN Matunggong pada PRU13

Jika dilihat dari peningkatan jumlah majoriti undi yang diperolehi PBS/BN di DUN Matunggong pada PRU12 lalu berbanding PRU11, sudah pasti tidak ada yang perlu dikhuatirkan pihak PBS/BN untuk menghadapi PRU13 akan datang. Namun ini tidak bermakna PBS/BN terus leka dan tidak berbuat sesuatu untuk memantapkan lagi sokongan rakyat jika mereka ingin terus mempertahankan kerusi DUN Matunggong walaupun kawasan ini dianggap kubu kuat PBS.

Pada PRU12 yang baru lalu, DUN Matunggong menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Sarapin Magana dari PBS/BN memperolehi 6,701 undi, manakala pesaing terdekatnya Muada Ojihi memperolehi 3,719 undi. Satu jumlah undi yang cukup besar bagi seorang pemimpin muda yang tidak dikenali di Matunggong pada masa itu. Manakala Santain Monurun dari parti Bersekutu hanya memperolehi 191 undi. Keputusan ini sekaligus memperlihatkan peningkatan majoriti undi PBS/BN iaitu dari 1,274 undi yang diperolehi mantan ADUN Matunggong, Jornah Mozihim kepada 2,982 yang diperolehi Sarapin Magana.

Melihat pada senario ini sudah tentu PBS/BN berada dalam kedudukan yang selesa untuk menghadapi parti lawan pada PRU13 nanti, namun penganalisis berpendapat PBS/BN bakal menghadapi saingan yang sengit dari parti lawan terutama PKR yang semakin mendapat perhatian rakyat Matunggong khususnya pemilih baru. Walaupun dari segi statistik, majoriti undi meningkat di pihak PBS, berbanding dengan jumlah undi yang diperolehi PBS pada PRU11, namun pertambahan pengundi baru yang dijangka mampu mengimbangi jumlah daftar pemilih yang sedia ada pada pilihanraya akan datang mungkin menjadi kuasa penentu. Ramai kalangan pemilih baru ini adalah golongan yang berpendidikan dan mampu membuat keputusan sendiri.

Dalam keadaan sekarang PBS/BN seharusnya bertindak memperbaiki kelemahan yang ada. Menunaikan janji-janji pilihanraya yang belum tertunai sedaya mungkin untuk mengukuhkan sokongan rakyat. Menerima aduan masalah rakyat yang memerluakan perhatian Wakil Rakyat dengan kadar yang segera. Kalaupun masalah kadar kemiskinan tegar di kawasan Matunggong yang menjadi fokus utama tidak dapat diselesaikan dalam jangkamasa kurang dari tiga tahun sebelum PRU13, tapi sekurang-kurangnya rakyat Matunggong dapat merasakan satu bentuk perubahan yang membezakan antara PBS/BN dengan PBS/Pembangkang semasa berada diluar BN suatu ketika dulu.

Jika kawasan BN yang diwakili oleh Umno agak ketara dari segi perubahan pembangunannya, maka slogan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah pemangkin anjakan paradigma merangkumi setiap sudut pembangunan jika konsep ini benar-benar dilaksanakan dengan sikap ikhlas dan transperan setiap wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat dan tidak ada sebab sesebuah kawasan itu akan terpinggir dan ketinggalan dari pembangunan arus perdana.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

2 comments:

  1. Ya..YB Sarapin perlu bertindak segera. Kalau pembangunan diambil kira sebagai keutamaan, jangan sampai rakyat Matunggong berfikir lebih baik menyokong UMNO demi pembangunan..Kita berharap YB Sarapin terus bekerja keras untuk rakyat Matunggong. Kalau kawasan lain boleh maju, kita pun boleh maju bah. YB SARAPIN BOLEH!!!

    ReplyDelete
  2. Dari segi teknikal YB Sarapan bukan tidak mahu melihat kawasan Matunggong maju setanding dengan kawasan lain, tapi kerajaan sendiri mungkin tidak mampu untuk memberikan apa yang rakyat kehendaki. Lihatlah jalanraya2 menuju ke kampung-kampung, sejak USNO, Berjaya, PBS/BN, PBS/Pembangkang dan PBS/BN sekali lagi, keadaan tetap sama. Penduduk luar bandar sentiasa berhadapan dengan masalah jlanraya yang teruk. Musim kemarau jalanraya berhabuk, musim hujan jalanraya berlumpur. MMmmmm entah lah sampai bila rakyat Matunggong terpaksa berhadapan dengan masalah ini.

    ReplyDelete