Followers

Wednesday, October 27, 2010

PKR, SAPP dan PBS ada peluang untuk menang dan kalah di Batu Sapi

PRK BATU SAPI



Pertembungan tiga parti utama SAPP, PBS (BN) dan PKR bagi merebut kerusi Parlimen Batu Sapi bukan lagi satu andaian. Nama-nama calon telah pun diumumkan dan kempen bagi pilihan raya kecil itu telah pun bermula semalam.

Parlimen Batu Sapi yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 25,582 dengan pecahan pengundi mengikut kaum iaitu 15,099 atau 59.02 % merupakan bumiputera Islam, 689 bukan Islam (2.7%), pengundi Cina 9737 (38%) dan lain-lain 0.22% dan dari jumlah itu 1,535 adalah pengundi pos. Parlimen Batu Sapi merupakan kawasan baru selepas persempadan semula SPR dan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah merupakan ahli parlimen pertama memenangi kerusi itu pada tahun 2004 tanpa sebarang pertandingan dan memenangi semula kerusi berkenaan pada 2008 mengalahkan calon Bebas dengan majoriti 3,708.

Barisan Nasional diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin iaitu balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura. SAPP diwakili oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee manakala Peguam Ansari Abdullah, Ketua PKR Cabang Tuaran mewakili PKR.

Jika dilihat dari koposisi pengundi dan faktor-faktor yang bersangkutan, masing-masing calon mempunyai peluang untuk menang dan kalah di kawasan itu.

FAKTOR MENANG:

PKR – Calon PKR adalah seorang yang beragama islam dan lebih dari separuh pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi adalah pengundi beragama islam. Pengundi kaum cina yang memberikan undi kepada PBS pada PRU12 lalu berkemungkinan berpecah kepada dua iaitu menyokong PBS dan sebahagian lagi menyokong SAPP. Perpecahan sokongan kaum cina ini dengan sendirinya memberikan kelebihan undi kepada PKR jika lebih separuh penghundi bumiputera islam memilih PKR.

SAPP – Walau pun hanya 38% pengundi dari kalangan cina, tetapi harus diingat SAPP merupakan parti tempatan yang lantang menyuarakan masalah Pendatang Tanpa Izin, Bertekad untuk mengembalikan kuasa autonomi politik di Sabah tanpa campurtangan pemimpin dari Semenanjung dan yang paling penting SAPP, parti yang dilahirkan di Sabah.

PBS (BN) – Pemilihan Datin Linda Tsen, isteri mendiang Datuk Edmund Chong mungkin mendapat undi simpati. Sebagai calon kerajaan, mereka juga bebas menggunakan media arus perdana sebagai alat untuk menyalurkan maklumat kepada pengundi. Segala kemudahan yang ada pasti digunakan oleh PBS (BN) untuk meraih sokongan rakyat Batu Sapi.

FAKTOR KALAH:

PKR – Calon PKR walaupun seorang yang beragama islam tetapi beliau berasal dari daerah lain malah beliau merupakan Ketua Cabang PKR Tuaran. Pemilihan calon yang dilihat mempunyai tentangan penyokong akar umbi PKR Batu Sapi, memungkinkan orang-orang yang menyokong Hassnar Ebrahim berpaling tadah samada kepada BN atau SAPP.

SAPP – Mendapat hanya sebahagian pengundi islam manakala pengundi cina berpecah kepada dua

PBS (BN) - Selain daripada faktor perpecahan undi kaum cina, PBS juga lebih banyak bergantung kepada pembangunan yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat sebelum ini. Jika janji-janji pilihan raya 2008 telah diabaikan oleh penyandang terdahulu, rakyat Batu Sapi sudah pasti akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti pembangkang yang mereka rasakan boleh mengatasi masalah rakyat di kawasan itu.

Apa pun pendapat dan pandangan orang ramai bukanlah penentu kepada keputusan PRK Batu Sapi itu nanti.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, October 24, 2010

PRK BATU SAPI - Pertahankan hak-hak rakyat Sabah tanpa dipengaruhi sentimen perkauman




Jika keputusan kedua-dua parti pembangkang PKR dan SAPP tidak berubuah untuk terus meletakan calon mereka menentang BN bagi PRK Batu Sapi, BN kemungkinan akan mengulangi pencapaianya pada Pilihanraya 2004 dan 2008 lalu.

Pemerhati politik optimis berpendapat kemenangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah pada dua pilihan raya terdahulu tidak boleh dijadikan kayu pengukur sokongan sebenar rakyat di kawasan itu memandangkan pada pilihan raya 2004 beliau tidak mendapat tentangan mana-mana calon selepas beliau disahkan menang tanpa tanding dan pada 2008 pula beliau hanya ditentang oleh calon bebas.

Semalam SAPP membuat pengumun, Presiden Parti itu Datuk Yong Teck Lee akan bertanding di parlimen Batu Sapi yang sekali gus menamatkan teka teki samada SAPP akan tunduk kepada permintaan PKR agar dapat bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

Parlimen Batu Sapi kosong beriktuan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Tanjung Aru.

Jika pertandingan tiga penjuru diatara PKR, SAPP dan BN bagi kerusi Parlimen Batu Sapi tidak dapat dielakan lagi BN pasti akan tersenyum lebar. Undi pembangkang pastinya akan berpecah dan keadaan ini akan memberikan kelebihan kepada BN.

Walau apa pun PRK Batu Sapi dilihat sebagai ujian pertama SAPP untuk menilai pengaruhnya selepas keluar dari Barisan Nasional.

Rakyat Sabah di Batu Sapi seharusnya mengambil peluang ini untuk memilih parti yang dirasakan benar-benar boleh berjuang mempertahankan hak-hak rakyat Sabah tanpa dipengaruhi oleh sentiman perkauman.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, October 21, 2010

ADAT MINUM-MINUM KITA (RUNGUS)

Pernah sekali saya terbaca sebuah artikel, dan di dalam artikel itu ada yang mengaitkan bahawa minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) adalah adat istiadat bangsa Rungus. Secara peribadi saya tertarik akan hal ini, malah ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang adat istiadat suku kaum kita, saya cuma orang biasa yang tidak punya pengetahuan, tambahan pula saya bukanlah seorang yang arif tentang adat istiadat bangsa kita RUNGUS, apakan lagi pengetahuan yang mendalam tentang adat istiadat Rungus. Walaupun saya seorang yang berbangsa Rungus, dibesarkan dikalangan masayarakat Rungus di Daerah Matunggong, banyak hal yang masih perlu saya pelajari dan saya mohon petunjuk sekiranya ada salah@silap dalam artikel saya ini, Namun persoalan saya sekarang ini adakah minum-minum ( Minuman Yang Memabukkan) ini sememangnya termasuk dalam adat istiadat bangsa kita(RUNGUS) atau hanya menjadi kebiasaan bagi bangsa kita?

Jika jawabannya ialah YA!!

Saya ingin bertanya, sejauh manakah penghormatan bangsa kita terhadap adat istiadat suku kaum Rungus? Jika dilihat dan dinilai secara pratikal, setujukah anda apabila minum-MINUM( Minuman Yang Memabukan) dilakukan setiap hari, tidak dinafikan setiap hari kita dapat melihat orang yang mabuk, malahan ada diantara mereka individu yang sama mabuk setiap hari. Jika dilihat di tamu-tamu daerah Matunggong:

- Tamu Daerah Kecil Matunggong(Tamu Pada Hari KHAMIS)

- Tamu Matunggong(Tamu Pada Hari SABTU)

Perbuatan minum-minum yang seringkali kelihatan, sehinggakan mereka tersadai di merata tempat disebabkan mabuk akan minuman,saya pasti seandainya salah seorang diantara mereka yang pengsan di di khyalak orang ramai akibat mabuk ialah ahli keluarga anda, anda pasti punya perasaan malu, itu adalah hakikatnya. Ditambah lagi dengan perkara yang lebih menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang hanya kerana perkara minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) yang mana bangsa kita jadikan sebagai adat istiadat bangsa Rungus.Adakah hal ini boleh digelar sebagai adat istiadat suku kaum kita lagi,jika YA! Mungkin tidak salah jika saya katakan banyak diantara bangsa kita (RUNGUS) yang tidak menghormati adat tradisi bangsa kita sendiri, hal sedemikian kelihatanya bukan lagi sebagai adat istiadat , tetapi menjadi kebiasaan bangsa kita, kita semua pasti tahu, bangsa kita selalu dikaitakan sebagai suku yang kuat minum, apabila adat kita dijadikan kebiasaan sehinggakan ianya a! kan menjadi batu sandungan bagi bangsa-bangsa yang lain.

Hal ini berlaku di kalangan masayarakat kita daripada dahulu sehinggalah sekarang ini, tanpa mengira usia, daripada peringkat mereka yang Berusia, Dewasa, Remaja, malah lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak yang berumur 5 ke 10 tahun tahu bagaimana untuk minum-minum (Minuman Yang Memabukan), banyak anak-anak muda sekarang yang terjebak dalam gejalah minum, yang kita namakan sebagai adat, akan tetapi ianya seperti hanya kebiasaan, anak-anak muda Matunggong yang bakal menjadi pelapis kepimpinan akan datang bagi daerah Matunggong kebanyakannya semua kaki botol. Sampai bila bangsa kita (RUNGUS) akan maju sekiranya hal ini seringkali dikaitkan dengan adat istiadat bangsa RUNGUS......BERUBAHLAH............
RINDUKANLAH SEBUAH BANGSA YANG BEBAS DARIPADA BELENGU KEMABUKAN
“ PERUBAHAN BUKANLAH SUATU PERUBAHAN, SAMPAI TERJADI PERUBAHAN “

" Kita Tidak Tenggelam di dalam air, kita tenggelam kerana kita diam disana "

OLEH: Anak Rungus.

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat - Editorial MK.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, October 19, 2010

Sukar terima kenyataan kematian Annie John Dismas



“Pembunuhan kejam jururawat Annie John Dismas seminggu lalu benar-benar menghantui fikiran saya. Saya tidak boleh melelapkan mata setiap kali terbayangkan wajah nya, ”

Begitu lah luahan perasaan Feldirine Umin seorang jururawat yang bertugas di Hospital Daerah Kudat dimana mendinag Annie John Dismas bertungas.

“Saya amat terkejut mendengar berita kehilanganya, disusuli dengan penemuan mayat Annie pada hari selasa 13 Oktober di dalam longkang berdekatan taman Kingsfisher, saya berharap sangat mayat yang dijumpai itu bukan milik Annie. Katanya

“Sebagai jururawat saya selalu melihat pesakit meninggal di depan mata saya, tapi kematian Annie terlalu mengharukan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Annie menghadapi penderitaan ketika berhadapan dengan pembunuh kejam itu,” katanya dengan nada sedih.

Feldrine mengenali Annie sejak beliau mula bertugas di Hospital Daerah Kudat sekitar tahun 2000. Menurut Feldrine, Annie adalah seorang yang periang dan amat disenangi oleh rakan-rakan setugas. Beliau juga seorang yang bertanggungjawab terhadap kerluarga.

“Seminggu sebelum kejadian yang meragut nyawanya, kami sempat bercerita bermacam-macam perkara termasuk pengajianya yang akan tamat tidak lama lagi. Saya tidak menyangka hari itu adalah hari terakhir saya melihat wajah Annie. Terlalu sukar menerima kenyataan dia sudah tidak ada lagi,” katanya lagi.

Annie John yang telah dibunuh dengan kejam dan mayatnya dijumpai dalam keadaan separuh bogel, menggemparkan bukan saja warga hospital Daerah Kudat malah turut mendapat liputan media-media nasional sejak kehilanganya pada 9 Oktober kemudian penemuan kereta kancil milik Annie yang ditinggalkan berdekatan hotel Garden Kota Kinabalu pada jam 2 pagi hari ahad 10hb Oktober lalu seolah-olah mengingatkan kita kepada pembunuhan berprofil tinggi Datuk Sosilawati dan tiga rakanya baru-baru ini.

“Saya amat terkilan kerana tidak dapat menyertai rombongan kakitangan Hospital Daerah Kudat untuk menyaksikan pengkebumian mendiang Annie John di Kuala Penyu, kampung asal keluarga mendiang,” kata Feldrine mengakhiri perbualan dengan Matunggong Kini.

Ucapan Tahniah kepada pihak polis kerana telah berjaya menahan suspek pembunuhan kejam ini dalam jangkamasa yang agak singkat.


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, October 15, 2010

Anak-Anak Muda Matunggong

kalangan anak-anak muda kita sekarang, saya sendiri tidak lepas untuk mengalami@melalui alam remaja, semua orang pastinya mengalami hal yang sama dimana mereka juga pernah turut serta melalui alam remaja, namun pangharapan yang tinggi diletakkan anak-anak muda di era baru yang diharapkan akan menjadi pelapis sebagai pemimpin pada masa akan datang yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah daerah, bandar, wilayah baik negara sangatlah mengecewakan apabila anak-anak muda sering kali dikaitkan dengan gejala-gejala yang tidak bermoral, malahan terbabit dengan hal-hal yang menjadi musuh utama negara, jika dilihat peratus pesal! ah yang didapati di Negara kita Malaysia, ianya membabitkan ramai anak-anak muda yang diharapkan untuk menjadi pelapis pemimpin akan datang, antara hal-hal yang selalu kita dengar ialah :

" Kes Pembuangan Bayi".
Bayi yang tidak berdosa ini kehilangan hak untuk terus hidup,sedangkan
hal ini berlaku akibat daripada kerasukan
nafsu individu yang tidak bertanggunjawab!
" Penyalahan Gunaan DADAH "
" Pembunuhan Tanpa Bersikap Perikemanusian"
" Melibatkan Diri Dalam Kumpulan Gengster "
" Kes Samun "
" Merompak "
dan banyak lagi. Layakkah golongan anak-anak muda kita ini menjadi pemimpin?
Jawabnya ialah "TIDAK "!

Anak-anak muda, khususnya bagi daerah (MATUNGGONG), bangsa kita (RUNGUS), hari ini saya ingin mencabar anda semua, buktikan pada semua, seluruh dunia bahawasanya kita adalah anak-anak muda yang punya prinsip dalam hidup, punya tujuan yang positif untuk dikerjakan, kita adalah mereka yang dimaksudkan sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang, buktikan pada dunia bangsa kita adalah bangsa yang mempunyai ramai anak-anak muda yang membangun di atas dasar yang teguh, anak-anak muda yang mempunyai pendidikan, kita tidak boleh ketinggalan dengan pendidikan bangsa- bangsa lain, kita juga punya daya saing, dan bukanlah menjadi bahan cerita oleh bangsa-bangsa lain. Suatu hari nanti kitalah yang akan menjadi pemimpin akan negara kita khususnya (DAERAH MATUNGGONG), sangat mustahil kita akan senang apabila daerah kita dipimpin oleh bangsa lain, sedangkan kita sebagai penduduk tetap di daerah ini (MATUNGGONG) tidak dapat memimpin daerah sendiri. Hari ini saya mencabar anak-anak muda! MATUNGGONG! Bangkitlah, dan tanggapilah bahawa anda adalah pemimpin pelapis khususnya bagi daerah kita.(MATUNGGONG)." ANAK-ANAK MUDA ADALAH PEMIMPIN PELAPIS DIMASA AKAN DATANG"...Tanggapinya anak-anak muda daerah Matunggong!

OLEH: Egment

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat - Editorial MK.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, October 10, 2010

PRK Batu Sapi ujian awal kekuatan parti Pembangkang di Sabah.

Belum pun PRK DUN Galas selesai, Pilihan raya kecil (PRK) yang merupakan kali yang ke 13 akan diadakan dan buat perama kalinya di Sabah selepas PRU12 berikutan kematian penyandang kerusi P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong. Beliau menjadi ahli parlimen Batu Sapi selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2004 tanpa sebarang pertandingan kemudan sekali lagi memenangi kerusi itu pada PRU12, dengan majoriti undi 3,708 mengalahkan Chung Kwong Wing (Bebas) dengan hanya memperolehi 5,771 undi berbanding 9,479 undi.

Kawasan Parlimen P.185 merupakan kawasan baru selepas persempadanan semula SPR dan Edmund Chong merupakan ahli Parlimen pertama yang memenangi kawasan itu tanpa tanding pada tahun 2004, manakala PRU berikutnya pada 2008 Edmund hanya ditentang oleh Bebas walaupun ada ura-ura PKR bertanding di kawasan itu pada PRU13 lalu tetapi tidak dapat meletakan calonya disaat-saat akhir mengakibatkan PBS/BN menang selesa di kawasan itu.

Palimen P.185 Batu Sapi meliputi kawasan DUN Sekong dan Karamunting dengan 26,004 Jumlah pemilih berdaftar iaitu 60.14% pengundi Bumiputera Islam, 2.31% pengundi Bukan Islam, pengundi Cina 37.21% manakala lain-lain kaum 0.34%.

Jika sejarah penguasaan PBS/BN di kawasan ini dijadikan rujukan, parti pembangkang pada kali ini mungkin berpeluang menawan kerusi ini dari tangan BN. Dalam dua siri pilihanraya sebelum ini BN sebenarnya tidak mendapat tentangan dari parti pembangkang iaitu menang tanpa tanding pada PRU11 dan ketiadaan calon pembangkang pada 2008. Peratusan pecahan kaum juga akan mempengaruhi kekalahan BN jika terus meletakan calon PBS di kawasan ini dimana majoriti pengundinya adalah pengundi Bumiputera Islam. Jika BN terpaksa meletakan calon dari parti UMNO di kawasan itu untuk menyelamatkan keadaan, apakah PBS akan ‘bermurah hati’ menyerahkan kerusi itu ditandingi UMNO? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, October 7, 2010

Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang?

Kata-kata pembakar semangat atau slogan “Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang” mungkin tidak boleh lagi dijadikan sebagai kata-kata keramat pada pilihan raya akan datang jika senario politik negara dijadikan sebagai kayu pengukur kepada perubahan angin politik. Ini bermakna calon PBS di Matunggong pada kali ini terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kerusi DUN Matunggong hatta kerusi Parlimen Kota Marudu sekali pun.

Kalangan pemerhati politik Matunggong mendapati, sokongan pengundi lama terhadap PBS/Bn di kawasan ini masih bertahan pada kedudukan yang agak stabil walaupun sedikit tergugat akibat isu Ketua Kampung dan isu tadahan air Milau sedikit masa dulu, bagaimanapun pemberian kerajaan melalui kebajikan masyarakat sebanyak RM300 sebulan kepada golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dilihat mampu meraih sokongan dari golongan ini. Manakala sokongan pengundi baru/genarasi baru agak membimbangkan. Golongan ini yang dikatakan ‘mampu membuat keputusan sendiri’ yakni boleh mengikuti perkembangan politik tanah air dengan lebih baik malah mampu membuat analisis politik tanpa dipengaruhi oleh golongan tertentu, merupakan cabaran yang bakal dihadapi siapa saja calon PBS di Matunggong pada PRU13 nanti.

Ramai golongan generasi baru yang terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung atau Singapura akibat kekurangan peluang pekerjaan di tempat sendiri, golongan terpelajar yang tidak diberi peluang untuk menduduki hieraki jawatan-jawatan penting kerajaan pusat dan negeri di Sabah, status kaum rungus yang merupakan salah satu kaum yang termiskin di Malaysia (seperti yang diumumkan sendiri oleh PM) walaupun berada dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Kesemua ini merupakan isu-isu yang selalu diperkatakan yang mendorong golongan ini terpaksa berfikir samada menyokong Barisan Nasional atau Pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun PBS dan BN sebenarnya masih belum terlambat untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi segala kemungkinan ini jika pilihan raya tidak diadakan terlalu awal dan ada usaha yang transperan untuk memperbaiki kesilapan ini.

Konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan saban hari melalui kaca TV dan media-media massa masih tidak ‘menjadi’ sepenuhnya di Matunggong walaupun dari sudut lain contohnya, hubungan antara kaum telah lama dipraktikan sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi. Memandangkan masih ramai pengundi lama atau generasi lama menjadi pemilih pada pilihan raya akan datang, usaha untuk mendekatkan pemahaman mereka tentang konsep 1 Malaysia sepatutnya dilakukan dengan sungguh-sungguh. Wakil Rakyat perlu turun padang untuk memberi penjelasan tentang nilai-nilai konsep 1 Malaysia hingga ke akar umbi. Di semenanjung Malaysia umpamanya, Wakil Rakyat terpaksa mengadakan perjumpaan dengan rakyat bagi menjelaskan tentang pelarasan (kenaikan) harga gula dan Bahan Bakar walaupun mereka mempunyai JKKK/JKKKB untuk menyampaikan maklumat itu kepada rakyat yang diwakilinya.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, October 1, 2010

Radio Momogun Online

Ketika Forum Halatuju Rungus (FHR) yang lepas antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan Slot Siaran Momogun Dalam RTM. sehubungan dengan itu penjelasan yang diperolehi manyatakan bahawa kita perlu merangka kertas kerja berserta program pelaksanaan termasuk kepakaran penyampai untuk slot tersebut. apabila melibatkan RTM ini sudah tentu setiap prestasi hendaklah menepati KPI mereka. dengan ini agak menyulitkan kita untuk memulakan proses tersebut memandangkan terlalu banyak prosedur untuk dilalui.

Kebelakangan ini, seperti yang kita ketahui CAPAIAN ke Internet sudah menjadi agak mudah dengan adanya Broadband, dan saya yakin buat masa ini itu bukan lagi mustahil kepada kebanyakan individu. jika dilihat juga di Internet sekarang ini Internet Radio Broadcast begitu popular dikalangan pendengar dan setelah mencari maklumat saya dapati pelaksanaan Internet Radio tersebut tidaklah susah dan pelaksanaan juga tidak memerlukan Prosedur yang susah mahupupn KPI tertentu.

Untuk memulakan proses itu saya telah berusaha mencari maklumat dan saya juga telah membuat beberapa percubaan untuk membuat Siaran Radio Secara online sejak jumaat lepas dan apa yang saya lihat sambutan dikalangan pendengar khususnya momogun begitu memberangsangkan biarpun saya belum murnikan player tersebut.

Anda boleh terus mendengar daripada server radio iaitu:
http://rungus.youstream.fm

ataupun memasukkan "code" ke dalam website atau blog anda.. berikut adalah Code yang dimaksudkan:

========Copy From Here========

<!-- START FreeVideoCoding.com -->
<embed pluginspage="http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/download/" autostart="1" showstatusbar="1" type="application/x-mplayer2" height="150" src="http://68.168.98.191:12065/" width="500" showcontrols="1"> </embed>
<!-- END FreeVideoCoding.com -->

OLEH: JAMALIT
Klik disini untuk baca seterusnya »»