Jika keputusan kedua-dua parti pembangkang PKR dan SAPP tidak berubuah untuk terus meletakan calon mereka menentang BN bagi PRK Batu Sapi, BN kemungkinan akan mengulangi pencapaianya pada Pilihanraya 2004 dan 2008 lalu.
Pemerhati politik optimis berpendapat kemenangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah pada dua pilihan raya terdahulu tidak boleh dijadikan kayu pengukur sokongan sebenar rakyat di kawasan itu memandangkan pada pilihan raya 2004 beliau tidak mendapat tentangan mana-mana calon selepas beliau disahkan menang tanpa tanding dan pada 2008 pula beliau hanya ditentang oleh calon bebas.
Semalam SAPP membuat pengumun, Presiden Parti itu Datuk Yong Teck Lee akan bertanding di parlimen Batu Sapi yang sekali gus menamatkan teka teki samada SAPP akan tunduk kepada permintaan PKR agar dapat bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).
Parlimen Batu Sapi kosong beriktuan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Tanjung Aru.
Jika pertandingan tiga penjuru diatara PKR, SAPP dan BN bagi kerusi Parlimen Batu Sapi tidak dapat dielakan lagi BN pasti akan tersenyum lebar. Undi pembangkang pastinya akan berpecah dan keadaan ini akan memberikan kelebihan kepada BN.
Walau apa pun PRK Batu Sapi dilihat sebagai ujian pertama SAPP untuk menilai pengaruhnya selepas keluar dari Barisan Nasional.
Rakyat Sabah di Batu Sapi seharusnya mengambil peluang ini untuk memilih parti yang dirasakan benar-benar boleh berjuang mempertahankan hak-hak rakyat Sabah tanpa dipengaruhi oleh sentiman perkauman.
Widget by [ Tips Blogger ]
Tuan Editor MK - Rasanya bagi saya PRU sudah hampir tiba dan kebetulan pilihanraya kecil berlaku di BatuSapi tentu sekali menjadi medan permulaan dan pengukur kekuatan semua parti politik yang bertanding. Pada saya pasti dan yakin BN menang dalam pilihanraya kecil ini. Sebab2nya membaca kenyataan para parti politik penentang BN mereka kelihatan tiada kompromi dan team work. Apapun mungkin kah semuanya itu tatik mereka sahaja. Sekadar pandangan peribadi sahaja, selamat berjuang.
ReplyDelete