Followers

Thursday, October 21, 2010

ADAT MINUM-MINUM KITA (RUNGUS)

Pernah sekali saya terbaca sebuah artikel, dan di dalam artikel itu ada yang mengaitkan bahawa minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) adalah adat istiadat bangsa Rungus. Secara peribadi saya tertarik akan hal ini, malah ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang adat istiadat suku kaum kita, saya cuma orang biasa yang tidak punya pengetahuan, tambahan pula saya bukanlah seorang yang arif tentang adat istiadat bangsa kita RUNGUS, apakan lagi pengetahuan yang mendalam tentang adat istiadat Rungus. Walaupun saya seorang yang berbangsa Rungus, dibesarkan dikalangan masayarakat Rungus di Daerah Matunggong, banyak hal yang masih perlu saya pelajari dan saya mohon petunjuk sekiranya ada salah@silap dalam artikel saya ini, Namun persoalan saya sekarang ini adakah minum-minum ( Minuman Yang Memabukkan) ini sememangnya termasuk dalam adat istiadat bangsa kita(RUNGUS) atau hanya menjadi kebiasaan bagi bangsa kita?

Jika jawabannya ialah YA!!

Saya ingin bertanya, sejauh manakah penghormatan bangsa kita terhadap adat istiadat suku kaum Rungus? Jika dilihat dan dinilai secara pratikal, setujukah anda apabila minum-MINUM( Minuman Yang Memabukan) dilakukan setiap hari, tidak dinafikan setiap hari kita dapat melihat orang yang mabuk, malahan ada diantara mereka individu yang sama mabuk setiap hari. Jika dilihat di tamu-tamu daerah Matunggong:

- Tamu Daerah Kecil Matunggong(Tamu Pada Hari KHAMIS)

- Tamu Matunggong(Tamu Pada Hari SABTU)

Perbuatan minum-minum yang seringkali kelihatan, sehinggakan mereka tersadai di merata tempat disebabkan mabuk akan minuman,saya pasti seandainya salah seorang diantara mereka yang pengsan di di khyalak orang ramai akibat mabuk ialah ahli keluarga anda, anda pasti punya perasaan malu, itu adalah hakikatnya. Ditambah lagi dengan perkara yang lebih menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang hanya kerana perkara minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) yang mana bangsa kita jadikan sebagai adat istiadat bangsa Rungus.Adakah hal ini boleh digelar sebagai adat istiadat suku kaum kita lagi,jika YA! Mungkin tidak salah jika saya katakan banyak diantara bangsa kita (RUNGUS) yang tidak menghormati adat tradisi bangsa kita sendiri, hal sedemikian kelihatanya bukan lagi sebagai adat istiadat , tetapi menjadi kebiasaan bangsa kita, kita semua pasti tahu, bangsa kita selalu dikaitakan sebagai suku yang kuat minum, apabila adat kita dijadikan kebiasaan sehinggakan ianya a! kan menjadi batu sandungan bagi bangsa-bangsa yang lain.

Hal ini berlaku di kalangan masayarakat kita daripada dahulu sehinggalah sekarang ini, tanpa mengira usia, daripada peringkat mereka yang Berusia, Dewasa, Remaja, malah lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak yang berumur 5 ke 10 tahun tahu bagaimana untuk minum-minum (Minuman Yang Memabukan), banyak anak-anak muda sekarang yang terjebak dalam gejalah minum, yang kita namakan sebagai adat, akan tetapi ianya seperti hanya kebiasaan, anak-anak muda Matunggong yang bakal menjadi pelapis kepimpinan akan datang bagi daerah Matunggong kebanyakannya semua kaki botol. Sampai bila bangsa kita (RUNGUS) akan maju sekiranya hal ini seringkali dikaitkan dengan adat istiadat bangsa RUNGUS......BERUBAHLAH............
RINDUKANLAH SEBUAH BANGSA YANG BEBAS DARIPADA BELENGU KEMABUKAN
“ PERUBAHAN BUKANLAH SUATU PERUBAHAN, SAMPAI TERJADI PERUBAHAN “

" Kita Tidak Tenggelam di dalam air, kita tenggelam kerana kita diam disana "

OLEH: Anak Rungus.

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat - Editorial MK.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

18 comments:

  1. Salam sejahtera kepada editor MK. Saya begitu tertarik dengan artikel tuan dan saya sgt teruja untuk memberikan komen pasal 'minum-minum'. Saya rasa 'minum-minum' ini adalah bukanlah salah satu kebudayaan suku kaum rungus tapi lebih kepada kebiasaan atau hobi. Saya pun berasa sangat malu bila nampak orng-orang kita ampai-ampai tidur (nahadan) di bawah pokok-pokok di kawasan Pekan Baru Kota Marudu. Saya boleh mengenali mereka bahawa mereka adalah dr suku kaum rungus berdsarkan daripada pakaian yang mereka pakai. Ong mamakai no dot tinohian nga mili gili nahadan mad otutunan banal yomogun rungus tantu. Ong adapat kurung-kurangan lah miinum dot kaavuk. Apo oholian tokou bansa rungus dot varo garal akansang miinum. tq.

    ReplyDelete
  2. Bah kuranpo...itino ot retan dot demokrasi/obibas mangagama nunu nopo asal amupo kasala sid undang-undang. Rontob nasihat ot adapat tokou polombus ...avantang dara ong amu oholian pagavuk nga kuran kagima ong it paling asavat ot garal "Datuk" ot humundungan no. bah aramaiti..song set po bo.

    ReplyDelete
  3. t'lebih dhlu slm pkenalan utk semua pembaca@ pengirim dlm blog ini-saya merupakan 'anak rungus' dr prkmpungan area matunggung dan pertama kali memberi komen dlm blog ini-bagi saya 'minum-minum' itu hanya suatu kebiasaan dan bukannya budaya dlm kaum rungus. 'minum-minum'sudah menjadi kebiasaan dlm mana2 keramaian; jika adanya pesta atau 'aramai iti' bg org rungus mcm ndak jadilah klu tiada 'minum-minum' dan seterusnya 'ampai-ampai' lah sana sini. cuma yg ndak best bila berlaku pula kemalangan yg membabitkan org mabuk. kdg2 @ selalu org yg mabuk ni 'tidur' merata2-bawah pokok, tepi2 kedai kopi n yg paling bhya di jalan raya. tndkn ini bkn saja m'bhyakan nyawa mrka, malah pd org lain. n sprti kata penulis yg paling teruk budak2 pun da pandai minum n mabuk2.apa tanggapan pelancong2 yg dtg ke area matunggung nanti?? budaya asal momogun-rungus tidak prnh mengajar mabuk2 sampai tercabut nyawa sebab dilanggar kereta di jalanan.so ibubapa ptt bperanan pntg dlm mendidik anak2. jgnlah krn 'hobi' tsbt menjadikan bgsa kita seolah2 xbertamadun.

    ReplyDelete
  4. Cole73, selamat datang ke blog MK..siapa pun anda, saya ucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membuat komen. Komen yang saya kira cukup menarik untuk dijadikan renungan bersama. Kepada sdra GT, welcome back. MK tertunggu-tunggu komen dari sdra.

    ReplyDelete
  5. Para pembaca blog MK yang dihormati mohon maaf kalau saya dianggap penyibuk atau menempah nama sahaja tiada niat sedemikian cuma saja amat perihatin dan mengharapkan perubahan positif sosiolisme momogun rungus. Minum yang memabuk bukanlah satu taradisi sesuatu bangsa. Kalau membaca sejarah zaman batu pun meminum yang memabuk itu sudah disukai manusia. Bahkan sebenarnya meminum alkohol yang sangat minima boleh menjadi amalan untuk kebaikan kesihatan khusus orang2 golongan warga emas kerana boleh membantu melancarkan peredaran darah (maaf saya tidak bermaksud menggalak minum). Tapi yang pastinya jangan minum sampai ampai2, sampai ada keterjadian pergaduhan, jangan minum sampai bini lari sebab tiada makan dan pakaian.
    Sekali lagi saya amat setuju jangan jadikan minuman tapai, kinomol, linutau dan kinupi mahupun beer menjadi kegemaran dengan asalan momogun rungus mesti pandai minum syarat lagi tu mesti minum banyak kalau boleh sampai mabuk.
    Saya tidak bermaksud menyindir atau melarang habis-habisan sebab saya sendiripun dalam golongan boleh minum minuman alkohol, cuma saya selalu mengingat diri sendiri supaya hadkan demi menjaga disiplin dan khusus keselamatan diri. Sekadar respon peribadi saja.

    ReplyDelete
  6. Greeting to all...

    Avantang itit artikel tu menyentuh perkara yang berfaedah (ong okurangan/ingkadan). Monginum iso ot cara sosial nga okonko magavuk. Sunsang, koling, om barat nga monginum yoti nga baiko iso ot cara sosial (tumanggai). Monginum om magavuk osodu ot pialatan. Adakah monombitil yoti???? itokou po ot monombitil....

    ReplyDelete
  7. Miinum dit Hiza Labus Tokou i:
    terlebih dahulu mohon betulkan saya kalau tidak tepat dalam hal ini.
    Sebagai anak kelahiran tahun 60-an kami sempat melihat upacara "monuhut sid lobong dalam upacara mongoluvas, upacara ini bolehlah diertikan perpisahan antara si mati dgn orang yg masih hidup, dalam upacara ini ada kinomol(tapai) di dalam tulidan(botol/tempayan kecil) dibawa ke kubur dan dipecahkan sebagai simbol bahawa minuman itu khas untuk si mati, selepas itu barulah orang ramai minum. Dalam upacara ini meminum adalah ritual masyarakat kita yang wajib. TETAPI harus diingat bahawa amalan ini diikat dgn Hukum Adat yg ketat/pantang larang. Contohnya, kalau secara sengaja mematahkan lantai(palampag) akan dikenakan sogit. Ertinya secara automatik ada kawalan tingkahlaku org yg minum. Kesimpulan, upacara minum Rungus yang asal terkawal.
    Malang sekali, apabila kita keluar dari pantang larang "labus" dgn tiket kebebasan Kristian, kita menganggap masyarakat kita bebas minum sesuka hati. Dalam masa yg sama pemimpin agama tidak dapat mengawal jemaatnya...malah ...kadang2 ada yg jadi bos minum-minum(maaf saudara yg terasa). Perkara ini berlarutan sehinggalah hari ini. Namun saya bersyukur kerana semakin ramai golongan yg sedar kepentingan utk mengurangkan aramaiti atau yg lebih kuat semangat dapat berhenti minum. Akhir sekali maaf sekali lagi kalau tersilap fakta tersilat bicara.

    ReplyDelete
  8. Muodu Moden,
    Tepat sekali GT, saya amat setuju pandangan itu. kau juga ba.( sori basai baru ino ).kamu orang tu lelaki, siapa tahan hari-hari bau itu juga.bagus klu x mau mendekati isteri.tapi masa itulah dia paling ogorot.he..i kita yg perempuan ini x tahan. bagus lari...

    ReplyDelete
  9. MM - menarik juga kata2 dan keluhan puan MM ini. Apapun pastikan bersuamilah dengan orang yang kurang2 minum dari awal bujang wahai sumuni2 jauhkan sosialime dari golongan peminum arak hehehe..

    ReplyDelete
  10. Samora 1
    Menarik sekali artikal ini dan juga pendapat tongobpinai siti serta keluhan MM.saya juga sependpt GT.Msyarakat kita amat beradat dan terkenal dgn sogit sebagai langkah pencegahan perlanggaran adat @ udang2. alangkah baiknya jika adat ini dikuatkuasa sepenuhnya oleh Ketua2 Kampung utk mencegah generasi kita ketagih minuman keras.Apa yg mengecewakan saya, ada di antara kita yg tdk memilih waktu dan tempat yang sesuai dan patutlah MM mengeluh.. klulah saya wanita, saya pun cabut juga...Malangnya pada kita, adat yg bagus telah ditinggalkan walaupun ianya tidak bertentangan dengan agama. meminum minuman keras bukanlah budaya kita, tetapi dibudayakan oleh org yg memang kaki botol ( sori kpd yg tersinggung )sehingga x ada toleransi kpd anak2, isteri dan org lain.

    tarima kasi.

    ReplyDelete
  11. Saya cukup kasihan bila mendengar keluhan Muodu Moden bila sebut pasal 'ogorot' selepas minum minuman memabukan. Tapi ada juga orang mengatakan bila minum minuman yang memabukan lelaki berkenaan tidak mampu memuaskan pasanganya. Mungkin benar kata MM tentang sikap 'ogorot' tu tapi apa lah gunanya kalau hanya untuk kepuasan sendiri. Sebagai lelaki kita diberi tanggungjawab dalam segala aspek termasuk membahagiakan pasangan. Jangan pula kerana terlalu melayan minuman keras kita mengabaikan pasangan kita. Perempuan juga manusia seperti kita, punya perasaan.

    ReplyDelete
  12. Salam sidikou Muodu Moden, Thomas, Samora1 & TAL, atuk... mad antakanku mongikum ot ongokusai ong inot hal dot "ogorot" ong koinumno.bah kuranpo. Sebab itulah masyarakat kita sangat kuat dengan adat pada zaman dulu.
    Cakap pasal Adat kita, saya dapati salah satu kekuatan adat kita pada zaman dulu adalah kaitannya dengan kepercayaan(labus) iaitu setiap perlanggaran dikenakan sogit untuk mengelakkan kemarahan rogon/semangat jahat atau kalalasu(tulah/sial)dgn itu masyarakat kita patuh kerana takut kepada rogon.
    Pada zaman ini, zaman org Rungus sudah menganut agama Kristian,Islam dll, mereka tidak takut rogon lagi atau akibat kalalasu, jadilah org kita kebal tidak takut apa-apa -untuk memperbaiki pandangan hidup baru org kita ini kita perlu TAKUT KEPADA TUHAN supaya kita tidak buat sesuatu sesuka hati, termasuklah jangan terlalu minum sampai menjejaskan kerukunan rumah tangga seperti yg dikongsi oleh MM. Sebab "ogorot" ini tidak salah kalau dalam keadaan normal(tidak mabuk)boleh runding-runding dgn isteri bah..jgn main paksa- kerana org mabuk tidak dapat mengawal diri, suarapun sangat kuat, takut anak-anak dan jiran boleh dengar, susah itu.Apa lagi kalau sampai mencederakan isteri ,menakutkan anak-anak.

    ReplyDelete
  13. salam semua...

    saya pikirkan pasal minum-minu ni. ini bukanla adat cuma kebisian ja ba 2.. kalau adat kan mcm hukuman tondu, lumoput dan sebagainya.. ini cuma kasi hilang boring ba kali 2.. jadi mereka pun minum la.. sebaba kena bawah oleh kwn dan mau monghormati orang yg memberi minum atau yg membawah. kalau di, eropah kan mereka minum sabap mereka mau kasi panas badan sabap sana sejuk dan bersalji. jadi mereka minum la.. kalau mereka inda minum mereka akan kesejukan..

    ReplyDelete
  14. Mokimahap sokoviai kadan no naku vuvuzan (ponoruvon) tokou ino sorita di MM inot ogorot oi okukuvaan oku hehehe nga.. baiko dohon do pomurimanan beno. Bincang jangan kurang2 minum i thing no the problem .. mokimahap dikou ong mad mingosukod-sukod siti..

    ReplyDelete
  15. Tuan TA...salam antad sid dohon...

    otopot nu ino...kadan no inaru ong baiko 'ogorot'...ogumu po lebih openting dati diti selain daripada perkataan 'ogorot' bo...Odjoho ma ong iti pot 'ogorot' ot banal noko ulason tokou...hihihi...

    ReplyDelete
  16. Setiap anda punya pandangan masing-masing, punya penilian masing, siapa sahaja di antara kita berhak untuk memberi pandangan dan pendapat msing-masing,punya hak untuk bersuara avantang kopurimanan ku tu sangavi tokou nga varo pendirian masing2, tidak payah kita panjangkan hal ni, tapi tanggapilah bahawa kita semua tahu mana yang baik ataupun buruk...

    ReplyDelete
  17. Muodu moden, bah kadan no minud dot osungkadan bo om mogidu hehe

    ReplyDelete