Followers

Wednesday, October 27, 2010

PKR, SAPP dan PBS ada peluang untuk menang dan kalah di Batu Sapi

PRK BATU SAPI



Pertembungan tiga parti utama SAPP, PBS (BN) dan PKR bagi merebut kerusi Parlimen Batu Sapi bukan lagi satu andaian. Nama-nama calon telah pun diumumkan dan kempen bagi pilihan raya kecil itu telah pun bermula semalam.

Parlimen Batu Sapi yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 25,582 dengan pecahan pengundi mengikut kaum iaitu 15,099 atau 59.02 % merupakan bumiputera Islam, 689 bukan Islam (2.7%), pengundi Cina 9737 (38%) dan lain-lain 0.22% dan dari jumlah itu 1,535 adalah pengundi pos. Parlimen Batu Sapi merupakan kawasan baru selepas persempadan semula SPR dan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah merupakan ahli parlimen pertama memenangi kerusi itu pada tahun 2004 tanpa sebarang pertandingan dan memenangi semula kerusi berkenaan pada 2008 mengalahkan calon Bebas dengan majoriti 3,708.

Barisan Nasional diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin iaitu balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura. SAPP diwakili oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee manakala Peguam Ansari Abdullah, Ketua PKR Cabang Tuaran mewakili PKR.

Jika dilihat dari koposisi pengundi dan faktor-faktor yang bersangkutan, masing-masing calon mempunyai peluang untuk menang dan kalah di kawasan itu.

FAKTOR MENANG:

PKR – Calon PKR adalah seorang yang beragama islam dan lebih dari separuh pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi adalah pengundi beragama islam. Pengundi kaum cina yang memberikan undi kepada PBS pada PRU12 lalu berkemungkinan berpecah kepada dua iaitu menyokong PBS dan sebahagian lagi menyokong SAPP. Perpecahan sokongan kaum cina ini dengan sendirinya memberikan kelebihan undi kepada PKR jika lebih separuh penghundi bumiputera islam memilih PKR.

SAPP – Walau pun hanya 38% pengundi dari kalangan cina, tetapi harus diingat SAPP merupakan parti tempatan yang lantang menyuarakan masalah Pendatang Tanpa Izin, Bertekad untuk mengembalikan kuasa autonomi politik di Sabah tanpa campurtangan pemimpin dari Semenanjung dan yang paling penting SAPP, parti yang dilahirkan di Sabah.

PBS (BN) – Pemilihan Datin Linda Tsen, isteri mendiang Datuk Edmund Chong mungkin mendapat undi simpati. Sebagai calon kerajaan, mereka juga bebas menggunakan media arus perdana sebagai alat untuk menyalurkan maklumat kepada pengundi. Segala kemudahan yang ada pasti digunakan oleh PBS (BN) untuk meraih sokongan rakyat Batu Sapi.

FAKTOR KALAH:

PKR – Calon PKR walaupun seorang yang beragama islam tetapi beliau berasal dari daerah lain malah beliau merupakan Ketua Cabang PKR Tuaran. Pemilihan calon yang dilihat mempunyai tentangan penyokong akar umbi PKR Batu Sapi, memungkinkan orang-orang yang menyokong Hassnar Ebrahim berpaling tadah samada kepada BN atau SAPP.

SAPP – Mendapat hanya sebahagian pengundi islam manakala pengundi cina berpecah kepada dua

PBS (BN) - Selain daripada faktor perpecahan undi kaum cina, PBS juga lebih banyak bergantung kepada pembangunan yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat sebelum ini. Jika janji-janji pilihan raya 2008 telah diabaikan oleh penyandang terdahulu, rakyat Batu Sapi sudah pasti akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti pembangkang yang mereka rasakan boleh mengatasi masalah rakyat di kawasan itu.

Apa pun pendapat dan pandangan orang ramai bukanlah penentu kepada keputusan PRK Batu Sapi itu nanti.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

5 comments:

  1. Tuan Editor - Patutlah begitu uniknya nama Batusapi tuan dan pastinya sapi yang menjadi batu itu mungkin meninggalkan banyak legendanya. Saya amat tertarik dengan kelojikan imaginasi tuan apapun ba kita tunggu dan lihat nanti dan akhirnya saya percaya undi majoriti akan memihak hanya kepada satu calon atau parti sahaja.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Sabah sehrusnya mempertimbangkan untuk menyokong SAPP, parti yang dilahirkan di Sabah. Menyokong PKR sama lah juga ceritanya jika kita menyokong PBS/BN. Sampai bila kita perlu bergantung kepada 'Mereka'. Nak lantik Ketua Menteri pun kita kena tanya orang di seberang. Itulah namanya kita sekarang ini tidak punya kuasa autonomi. Lihatlah sarawak, Sarawak mungkin lebih ke depan berbanding kita walaupun kita telah berurusan secara 'direct' dengan mereka. Mungkin kita boleh menjalinkan hubungan kerjasama dengan PKR tapi bukan dengan cara memberikan kuasa kepada PKR untuk memerintah negeri Sabah seperti UMNO. Hasrat PKR memberikan autonomi kepada negeri Sabah jika mereka memerintah nanti, masih banyak keraguan. Kalau benar mereka telus, kenapa pemilihan Pengerusi perhubungan PKR Sabah diputuskan oleh Anwar Ibrahim dan bukan diputuskan oleh PKR Sabah melalui pemilihan umpamanya. Tibalah masanya kita bangkit mempertahankan hak kita.

    ReplyDelete
  3. Analisis yg bagus.
    Saya rasa Tuan Haji Ansari ada peluang menang kalau nasibnya berubah kerana mengikut REKOD, beliau ini selalu dapat ramai pengikut tapi tidak cukup untuk menang. Datuk YTL, terkenal dgn prinsip peribadi yg tegas dan mempunyai kebolehan mendekati pengundi muslim(waktu di Likas la) kalau dapat mengulang rekod lama ada peluang. Datin Linda saya tak pasti tapi secara umumnya BN ada kelebihan undi simpati dan undi kerana ditebus keuntungan.
    * EQ, Nama mendiang Datuk tu betulkan.

    ReplyDelete
  4. Untuk mengambil hati rakyat, BN terpaksa memburuk-burukan kerajaan PR di Kelantan kononya kerjaan pembangkang di Kelantan tidak dapat memberikan pembangunan kepada rakyat Kelantan tapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa Sabah/Batu Sapi telah diperintah oleh BN sejak sekian lama namun Sabah tetap menjadi penyumang ekonomi negara dengan hasil bumi Sabah (minyak) tetapi juga sebagai sebuah negeri termiskin di Malaysia. Pendekatan Satu Sabah Satu Harga hanyalah gimik politik untuk meraih undi. Jika mereka telus kenapa baru sekarang 1Sabah 1Harga dilancarkan. Rakyat Sabah seoalah-olah dipermainkan. Adakah kita perlu menunggu PRK baru lah kerajaan mengambil berat terhadap kebajikan kita. fikirkan.

    ReplyDelete
  5. Tuan BK .. saya kurang setujuh dengan tuduhan tuan terhadap kerajaan BN. Bagi saya BN sekaranglah yang paling berjaya merobah pembangunan negara walau mungkin negeri Sabah sedikit ketinggalan taburan pembangunan buat masa ini. Saya bersetuju kalau tuan kata masih kurang atau tidak memuaskan pencapaiannya..
    Coba lihat Urusetia Daerah kecil Matunggong, SMK Matunggong, SMK Pinawantai, SMK Sikuati 2, Pusat Pengajian Perubatan Luar Bandar dekat Sekolah Teknik Sikuati, KD Narandang dan Indarasan Laut, beberapa penenaman baru getah oleh LIGS, jalanraya2 kampung dan jalan pertanian dan lain2 lagi..Kerajaan memberi bantuan kewangan kepada murid2 dan warga emas semuanya itu biayaan BN. Kalaupun pembangkang menang di Batusapi apakah wakil rakyat pembangkang mampu memenuhi janji2 politiknya khusus soal pembangunan? Atau mungkin YB pembangkang tu nanti membebel di Dewan Rakyat saja? Pada saya PR Kecil BatuSapi berilah peluang kepada BN membuktikan janji2nya..Kalau nanti BN tidak tunaikan ba ada lagi PRU ba.. hahaha.. jangan marah tuan BK saya baru balik dari sana ba ini. Apa yang saya lihat BN bukan juga senang sangat menang di sana. Apapun rakyat sanalah yang memastikan siapa yang mereka mahukan.. kalau rakyat mahu pembangunan pasti mereka undi BN. Disebaliknya inginkan peluang bersuara saja di kawasan pembangunan tetapi ada peluang bersuara d dewan rakyat.. itu pastilah.. jangan marah tuan sekadar bertukar pendapat saja.

    ReplyDelete