“Pembunuhan kejam jururawat Annie John Dismas seminggu lalu benar-benar menghantui fikiran saya. Saya tidak boleh melelapkan mata setiap kali terbayangkan wajah nya, ”
Begitu lah luahan perasaan Feldirine Umin seorang jururawat yang bertugas di Hospital Daerah Kudat dimana mendinag Annie John Dismas bertungas.
“Saya amat terkejut mendengar berita kehilanganya, disusuli dengan penemuan mayat Annie pada hari selasa 13 Oktober di dalam longkang berdekatan taman Kingsfisher, saya berharap sangat mayat yang dijumpai itu bukan milik Annie. Katanya
“Sebagai jururawat saya selalu melihat pesakit meninggal di depan mata saya, tapi kematian Annie terlalu mengharukan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Annie menghadapi penderitaan ketika berhadapan dengan pembunuh kejam itu,” katanya dengan nada sedih.
Feldrine mengenali Annie sejak beliau mula bertugas di Hospital Daerah Kudat sekitar tahun 2000. Menurut Feldrine, Annie adalah seorang yang periang dan amat disenangi oleh rakan-rakan setugas. Beliau juga seorang yang bertanggungjawab terhadap kerluarga.
“Seminggu sebelum kejadian yang meragut nyawanya, kami sempat bercerita bermacam-macam perkara termasuk pengajianya yang akan tamat tidak lama lagi. Saya tidak menyangka hari itu adalah hari terakhir saya melihat wajah Annie. Terlalu sukar menerima kenyataan dia sudah tidak ada lagi,” katanya lagi.
Annie John yang telah dibunuh dengan kejam dan mayatnya dijumpai dalam keadaan separuh bogel, menggemparkan bukan saja warga hospital Daerah Kudat malah turut mendapat liputan media-media nasional sejak kehilanganya pada 9 Oktober kemudian penemuan kereta kancil milik Annie yang ditinggalkan berdekatan hotel Garden Kota Kinabalu pada jam 2 pagi hari ahad 10hb Oktober lalu seolah-olah mengingatkan kita kepada pembunuhan berprofil tinggi Datuk Sosilawati dan tiga rakanya baru-baru ini.
“Saya amat terkilan kerana tidak dapat menyertai rombongan kakitangan Hospital Daerah Kudat untuk menyaksikan pengkebumian mendiang Annie John di Kuala Penyu, kampung asal keluarga mendiang,” kata Feldrine mengakhiri perbualan dengan Matunggong Kini.
Ucapan Tahniah kepada pihak polis kerana telah berjaya menahan suspek pembunuhan kejam ini dalam jangkamasa yang agak singkat.
Widget by [ Tips Blogger ]
Salom saudara/i..Biarlah Tuhan menentukan semuanya yang telah terjadi..
ReplyDeleteSaya hendak berpesan disini wahai kaum hawa.. Sangat berhati-hati malang tidak berbau. Dunia sekarang tiada kasih malah perikemanusian telah tercemar oleh nafsu syaitan. Kalau boleh bertemanlah selalu.
ketika mendapat khabar penemuan mayat di kingfisher tu saya juga mempunyai harapan yg sama...mengharapkan itu bukan mayat kpd arwah annie.Tapi saya sgt2 sedih apabila setelah dikenalpasti mayat tersebut adalah beliau.Walaupun x mgenali mangsa tetapi sbg rakan yg sama profesion dan berasal drp daerah yg sama saya turut merasa kehilangannya.Saya tidak dpt membayangkan bgmana keadaan beliau ketika bertarung nyawa menghadapi situasi yang kejam tu.Walaupun bbrapa suspek telah ditahan tetapi kes ini masih lg belum selesai dan masih byk persoalan yg belum terungkai.Saya berharap kes ini akan selesai secepat mungkin dan semoga roh annie bersemadi dengan tenang & aman.
ReplyDeleteSaya pun kadang-kadang susah juga mo tidur bila terbayangkan penderitaanya. Saya amat kesal dah lah dibunuh diaibkan lagi. Betul-betul pembunuh tu tidak berperi kemanusiaan. Semoga menerima balasan yang setimpal.
ReplyDelete