Followers

Sunday, October 10, 2010

PRK Batu Sapi ujian awal kekuatan parti Pembangkang di Sabah.

Belum pun PRK DUN Galas selesai, Pilihan raya kecil (PRK) yang merupakan kali yang ke 13 akan diadakan dan buat perama kalinya di Sabah selepas PRU12 berikutan kematian penyandang kerusi P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong. Beliau menjadi ahli parlimen Batu Sapi selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2004 tanpa sebarang pertandingan kemudan sekali lagi memenangi kerusi itu pada PRU12, dengan majoriti undi 3,708 mengalahkan Chung Kwong Wing (Bebas) dengan hanya memperolehi 5,771 undi berbanding 9,479 undi.

Kawasan Parlimen P.185 merupakan kawasan baru selepas persempadanan semula SPR dan Edmund Chong merupakan ahli Parlimen pertama yang memenangi kawasan itu tanpa tanding pada tahun 2004, manakala PRU berikutnya pada 2008 Edmund hanya ditentang oleh Bebas walaupun ada ura-ura PKR bertanding di kawasan itu pada PRU13 lalu tetapi tidak dapat meletakan calonya disaat-saat akhir mengakibatkan PBS/BN menang selesa di kawasan itu.

Palimen P.185 Batu Sapi meliputi kawasan DUN Sekong dan Karamunting dengan 26,004 Jumlah pemilih berdaftar iaitu 60.14% pengundi Bumiputera Islam, 2.31% pengundi Bukan Islam, pengundi Cina 37.21% manakala lain-lain kaum 0.34%.

Jika sejarah penguasaan PBS/BN di kawasan ini dijadikan rujukan, parti pembangkang pada kali ini mungkin berpeluang menawan kerusi ini dari tangan BN. Dalam dua siri pilihanraya sebelum ini BN sebenarnya tidak mendapat tentangan dari parti pembangkang iaitu menang tanpa tanding pada PRU11 dan ketiadaan calon pembangkang pada 2008. Peratusan pecahan kaum juga akan mempengaruhi kekalahan BN jika terus meletakan calon PBS di kawasan ini dimana majoriti pengundinya adalah pengundi Bumiputera Islam. Jika BN terpaksa meletakan calon dari parti UMNO di kawasan itu untuk menyelamatkan keadaan, apakah PBS akan ‘bermurah hati’ menyerahkan kerusi itu ditandingi UMNO? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

9 comments:

  1. MK tahniah, tuan selalu advance dan peka dengan perkembangan politik semasa. Teruskan perjuangan ini. Sudihkah tuan bersama saya ke Batu Sapi melihat-lihat keadaan?

    ReplyDelete
  2. Besar tapak tangan Empangan air Milau saya tadahkan...hehe. Tuan boleh menghubungi saya bila-bila masa yang tuan mahu. TQVM.

    ReplyDelete
  3. Tuan EQ. Macamana pendapat tuan tentang kemenangan BN di Batu Sapi PR nampaknya sangat hebat ni..

    ReplyDelete
  4. Tuan Arin,,rasanya masih terlalu awal untuk membuat analisa parti mana yang akan menang untuk PRK Batu Sapi sebelum penamaan calon diadakan. Siapa calon dan parti mana yang akan bertanding merupakan faktor penentu keputusan PRK itu nanti. SAPP telah pun memutuskan untuk meletakan calon, manakala PKR dalam mesyuaratnya turut mengambil keputusan untuk bertanding di Batu Sapi. BN pasti dengan mudah boleh mempertahankan kerusi yang disandangnya jika kedua-dua parti pembangkang berkeras untuk meletakan calon mereka.

    ReplyDelete
  5. Percaya lah Batu Sapi akan mengikut jejak parlimen Sibu. BN tidak dapat mempertahankan kerusi Batu Sapi. Rakyat Batu Sapi pun macam kita juga. Harus diingat kita sudah berada dalam tahun 2010 bukan tahun 1970'an lagi. KITA MELIHAT KITA MERASA. BUKAN KHABAR ANGIN TAPI BERADA DI DEPAN MATA.

    ReplyDelete
  6. Just for Info:-

    Parti Keadilan Rakyat(PKR)telah diberikan mandat oleh Pakatan Rakyat untuk Bertanding di
    PRK P-185 Batu Sapi.Berikut adalah antara calon-calon yang disenarai pendek tetapi belum diputuskan kerana mungkin masih ada bakal calon yg belum di Sebutkan oleh PKR bagi membuat kejutan:-

    - Tamrin Haji Jaini

    - OKK Hassnar MP Ebrahim

    - Hj Ansari Abdullah

    - Christina Liew

    - Datuk Kong Hong Ming

    -Datuk Dr Jeffrey Kitingan

    -Datuk Kalakau Untol

    "Tanak Rungus"

    ReplyDelete
  7. Bah.. bagus lah kalau dorang sudah berpakat parti mana yang akan bertanding (antara PKR/SAPP)untuk PRK Batu Sapi. Perlu ada kerjasama yang kuat untuk menumbangkan kerajaan BN..saya percaya Teori Domino, lambat laun PR dan SAPP akan mengambil tampuk pemerintahan negeri Sabah selepas PRU13. Secara peribadi saya amat setuju jika OKK Hassnar MP Ebrahim dicalonkan..

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera. Berita Buliten Utama mlm tadi (23 Oktober 2010), Presiden SAPP sendiri yang menyatakan hasratnya untuk bertanding di Parlimen Batu Sapi. Ini bermakna kalau PKR meletakkan juga calonnya akan membawa tuah besar kepada PBS-BN nanti.

    ReplyDelete
  9. Pelajar Kolej - Nampak yakin sangat dengan penyataan saudara. Pada saya disebaliknya pula saya yakin PBS-BN akan menang di BatuSapi tetapi kemenangan tipis. Apapun kita tunggu dan lihat saja lah.

    ReplyDelete