Followers

Tuesday, November 30, 2010

P.Dik Ganai Pengarah serbah boleh

Nama P.Dik Horton Ganai (Fdam), bukanlah nama yang asing lagi bagi penggiat seni tempatan. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni yang telah menempah nama bukan saja di negeri Sabah, negeri di bawah bayu, malah nama P.Dik Ganai sudah dikenali di peringkat nasional. Melaui filem arahanya yang telah menggondol beberapa anugerah diperingkat nasional, P.Dik yang juga merupakan Pengarah Urusan Bayo Pictures SDN.BHD bukan saja menerbitkan telemovie tempatan malah turut menerbitkan MTV Karaoke.

P.Dik Ganai yang mendapat jolokan 'Pejuang etnik Sabah' dari rakan penggiat seni di Semenanjung Malaysia berikutan kejayaan beberapa telemovie arahan beliau yang berunsur etnik Sabah terus mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama dengan Samora (Sabah Momogun Rungus Association) bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan suku kaum rungus untuk membintangi sebuah telemovie berjudul Jatung Mu Bukan Milik Ku, sebuah drama yang mengisahkan cinta tiga segi dan pengorbanan seorang anak muda sehingga sanggup mendermakan jantungnya buat kekasih walaupun telah menjadi isteri orang. Lokasi penggambaran telemovie ini akan diadakan di daerah kecil Matunggong dan selebihnya di pekan Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Skrip ditulis oleh Elih Qaboox manakala Jelani Hamdan yang juga merupakan presiden Samora merupakan Executive Produser bagi telemovie tersebut.

Antara Produk yang telah dihasilkan oleh Bayo Pictures SDN.BHD














Berikut adalah Profile dan kronologi penglibatan P.Dik Ganai sejak beliau menceburkan diri dalam bidang seni.


P.Dik Horton Ganai (fdam)

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : P Dick Horton Ganai
Nama Pena : P Dik Ganai
Pertubuhan Kealihan : PERSATUAN TINUNGKUSAN MOMOGUN – Presiden

-PERSATUAN SUTRADARA MALAYSIA ( FDAM) – Ahli AB422

-PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA – Ahli A0722

-PERSATUAN PEKERJA PROFESIONAL FILEM MALAYSIA – (PROFIMA) Ahli 5582


2009 - Calon Filem Pendek FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE - 22, Tajuk Filem 'Damai Malam'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.

-Pemenang tempat Kedua Pertandingan Video Montaj Kepenggunaan sempena PERTANDINGAN KEPENGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009, tajuk montaj 'Keputusan Menentukan Kesejahteraan Diri'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.

-Menyertai BENGKEL PENGARAHAN oleh Unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Finas Kuala Lumpur.

-Menyertai BENGKEL PENERBITAN FILEM PENDEK oleh Unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS Kuala Lumpur.

-Penerbit Album ‘ KOPOSIZON MTV Karaoke’

-‘Anugerah Persembahan Terbaik’ Lagu-lagu Popular KDM SABAH VFM terbitan RTM Kota Kinabalu Sabah.

2008 - Anguerah ‘ Pengarah Filem Pendek Terbaik’ dan 'Filem Pendek Terbaik' dalam pertandingan Filem Peringkat Kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2008, anjuran FOMCA dengan kerjasama KPDNHEP - Tajuk filem, 'Pengguna Bijak Peniaga Beretika' Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.


2007 - Anguerah ‘ Pengarah Filem Pendek Terbaik’ dan Filem Pendek Terbaik dalam Pertandingan Filem Pendek Peringkat Kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007 anjuran KPDNHEP dengan kerjasama FOMCA. Tajuk filem ' Pejuang Hak'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.
dan ‘Filem Pendek Terbaik’ dalam Pertandingan Filem Pendek

- Berlakon dalam Teater Perdana Sempena Harijadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah -memegang watak sebagai Panglima Sumbul. Skrip oleh Nandra. Arahan Deddy M Burhan.

2006 - Menubuhkan syarikat BAYO PICTURES SDN BHD dan selaku Lembaga Pengarah Syarikat.

- Pengarah dan Pelakon Utama dalam Telemovie VCD 'Kehidupan' terbitan dan edaran BAYO PICTURES S/B


- Penolong Pengarah dan Pelakon Pembantu dalam siri drama 'Kau....Aku...'. Siaran untuk ASTRO arahan oleh Pengarah/Pelakon, Fauzi Nawawi disamping artis terkenal Lisdawati.

2005 - Pengarah Telemovie vcd tajuk ‘NADA CINTA’ dengan Original Soundtrack tema keprihatinan kumpulan penari terhadap OKU, terbitan dan usahasama JAWAT PELANGI S/B dan MASANDO PRODUCTION edaran Bamboo Sound S/B. Skrip oleh Sabtiah dan Liza Benz.

2004 - Pelakon Pembantu dalam telemovie VCD bertajuk 'Korek Lubang Tutup Lubang' terbitan PENTAS WAYANG S/B. Arahan TS Jefry.

- Penolong Pengarah dalam telemovie VCD bertajuk Cinta Silang Kata terbitan dan edaran VTR DISTRIBUTION S/B. Arahan Daniel Tan.

2003 - Pelakon Pembantu dalam telemovie RTM bertajuk ‘Dimana Alin’ disamping artis Lisdawati - Pelakon Harapan 2002, Zamani (slam) dan Rashdan Baba. Arahan TS Jefry,

2002 - Pengurus Produksi dalam telemovie ‘Huminodun’ terbitan dan edaraan SkyLine (KL)

2001 - Penolong Pengurus Produksi dan Pelakon dalam drama 'Trepedasi' arahan TS Jefry untuk siaran RTM1

2000-1999 - Penolong Pengurus Produksi / pelakon dalam drama bersiri bertajuk 'Skuad Elit', terbitan COSMOVISION untuk siaran RTM1

1998 - Tahun terakhir bekerja dengan syarikat HVD penerbit drama untuk siaran RTM disebabkan kegawatan ekonomi.

1997 - Pengurus Lokasi untuk drama 6 epsiod bertajuk ‘KOTA SETIA’ terbitan HVD untuk siaran RTM2.

- Top 4 Finalist dalam rancangan Pertandingan Akhir SINARAN KOMPOSER 97 (Ciptaan lagu) terbitan TV3

1996 - Mula kerja dalam bidang penerbitan videografi di Home video Distribution (HVD) Cheras Kuala Lumpur.

1995 – 1986 - Bekerja sebagai penyanyi solo dan berkumpulan di kelab-kelab malam sekitar ibu kota Kuala Lumpur.


1987 - Mendapat tawaran untuk merakam Album solo dengan syarikat rakaman Kuala Lumpur.


1985 - Peluang berlakon watak tambahan dalam filem bertajuk ‘Aniayah Jenayah' dibintangi oleh pelakon veteran, Allahyarham Mahmood June.

1984 - Peluang pertama berlakon watak tambahan dalam filem 'Aku Yang Berhormat' dibintangi oleh Jamali Sadat, Dharma Harun Alrashid dan Hamid Gurka.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, November 28, 2010

Beri Peluang Orang Rungus Bertanding BN di Parlimen P168 Kota Marudu

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Editor Matunggongkini@blogspot.com kerana sudi menyiarkan artikel ini. Sebut saja orang Rungus, sudah sinonim dengan Kudat atau Matunggong. Padahal suku kaum Rungus ini mendiami kawasan Kota Marudu, Pitas dan Beluran. Dalam erti kata lain suku kaum Rungus ini bukanlah penduduk minoriti di Sabah. Namun sudah 47 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia, tidak ada seorang pun dari suku kaum Rungus yang dilantik menjawat jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan atau dilantik sebagai Senator. Di sini timbul persoalan adakah suku kaum rungus ini tidak ada yang berpendidikan tinggi? Atau tidak ada pengiktirafan sebagai salah satu suku kaum di Malaysia yang perlu ada suara sama ada di Parlimen atau Dewan Negara?

Suatu ketika dulu, seorang pemimpin politik dari suku kaum minoriti di Sabah dilantik untuk menganggotai ahli Dewan Negara. Sehari selepas beliau dilantik menjadi Senator terpampang di muka depan surat akhbar-akhbar nasional yang menyatakan pelantikan beliau sebagai senator merupakan pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap suku kaum minoriti tersebut.

Justeru, sebagai suku kaum Rungus kita memerlukan Wakil Rakyat kita yang suaranya didengar atau dilayan oleh pemimpin-pemimpin atasan demi manfaat suku kaum Rungus yang banyak ketinggalan arus perdana seperti ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. Kita mahu pemimpin kita seperti DMM semasa beliau menjadi Wakil Rakyat kita yang mana beliau begitu lantang bersuara di Persidangan ADUN untuk memperjuangkan nasib orang kita. Ramai juga orang cakap beliau ini ‘kasar’ tetapi dengan kekasaran beliaulah ia disegani oleh pemimpin-pemimpin atasan pada ketika itu.

Selain itu, suku kaum Rungus lebih kurang 20 tahun sudah tidak menduduki kerusi Parlimen, jadi sebagai penduduk di Parlimen P168 Kota Marudu yang berbangsa Rungus adalah wajar sekali supaya dalam PRU13 ini berikanlah peluang kepada suku kaum Rungus untuk menjadi Calon Kerajaan di Parlimen P168 Kota Marudu. Bukan bermakna orang Rungus mahu berkuasa di Parlimen ini tetapi sekurang-kurang suku kaum ini mendapat pengiktirafan bahawa orang-orang dari suku kaum Rungus sudah ramai yang berpendidikan tinggi yang boleh memimpin atau mentadbir sesuatu kawasan.

PRU13 menurut beberapa sumber akan diadakan dalam masa setahun ini. Justeru, kita mahukan Wakil Rakyat yang benar-benar memenuhi aspirasi rakyat. Kisah mengugut (budaya samseng- Petikan komen dari Gazo Tulu)dan menggertak haruslah dihentikan supaya calon yang kita ketengahkan itu adalah dari mereka yang berwibawa untuk menjadi Wakil Rakyat yang bila menjadi YB ‘no komen’

OLEH: RAJA YOMOG

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat -Editor MK
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Kesedaran Pentingnya Pendidikan Masayarakat Rungus

Jika dilihat dari dahulu sehingga sekarang, ramai anak-anak muda khususnya di Matunggong yang tidak mempunyai pendidikan, sebagaimana yang kita harapankan agar bangsa kita melahirkan ramai generasi yang berpendidikan dan profesional bukan saja memiliki kemahiran malah memiliki taraf pendidikan yang tinggi setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Saya juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, apa lagi tergolong diantara mereka yang digelar profesional, namun impian untuk melihat lebih ramai lagi bangsa Rungus khususnya di daerah kecil Matunggong yang berpendidikan dan menjadi seseorang yang profesional justeru berpengaruh didaerah Matunggong adalah sangat tinggi. Saya bangga dengan individu-individu (Rakyat Matunggong) yang berpendidikan tinggi dan tersenarai dalam golongan-golongan yang profesional, kerana mereka adalah contoh terbaik bagi masayarakat kita (MATUNGGONG).

Namun jika dilihat pada masa kini, masih ramai di antara kita (Ibu bapa/Generasi-genarasi baru) yang tidak sedar akan pentingnya pendidikan, kerana ianya ialah pemangkin masa depan seseorang.Sememangnya ada banyak lagi sebab lain, tapi saya mengambil ini sebagai perkara yang ingin dikatan, kerana hal inilah yang selalu diucapkan mereka, kelihatanya seperti sudah menjadi kata-kata hikmat. Saya tidak mengadili sesiapa, akan tetapi alasan yang kita selalu dengar daripada golongan ibu bapa khususnya bagi anak-anak mereka yang baru selesai (SPM/STPM) mereka selalu berkata "Aso siin pamalanja tanganak sumikul/Tidak punya duit untuk membiayai pembelajaran anak sekolah"). Ini bukanlah fakta yang betul, apa lagi untuk dijadikan sebagai alasan. Untuk melanjutkan pembelajaran, kerajaan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan seperti (PTPTN/MARA)malahan biasiswa juga disediakan bagi mereka yang berkelayakan, kemiskinan bukanlah penghalang kepada kita untuk berjaya dalam pendidikan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Saya tidak segan untuk menyatakan keperitan hidup keluarga saya kerana ini adalah suntikan semangat bagi masayarakat kita di Matunggong. Ibu saya sendiri Asmoi Minjun semasa zaman sekolahnya dahulu mempunyai latar belakang keluarga serba kekurangan, zaman sekolahnya tidak seperti rakan-rakanya yang lain sering berkecukupan,wala sehingga pernah semasa tiba masa untuk beliau kembali ke sekolah di (SMK/ABDUL RAHIM), beliau hanya diberi RM 2.00, cukup untuk membiayai perjalan pergi ke sekolah sahaja. Namun disebabkanupun mungkin tidak semua sama, namun keinginan untuk mengubah kehidupan dan ingin mengejar pendidikan, semuanya itu dilakukan dengan tabah dan sukacita. Hari ini saya dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada kehidupan Ibu saya di zaman sekolah beliau. Ternyata dengan adanya pendidikan ianya boleh melakukan transfomasi yang besar dalam kehidupan. Tujuan saya menyatakan ini bukanlah untuk membangga-banggakan keluarga saya, tapi sebagai suntikan sem! angat bagi bangsa kita,tidak ada alasan bahawa kedaifan hidup kita menjadi penghalang untuk berjaya,saya berharap masayarakat kita berfikiran lebih terbuka lagi untuk kemajuan bangsa kita sendiri.

Kesedaran yang tinggi mengenai usaha meningkatkan kesedaran berhubungan pentingnya pendidikan di kalangan masayarakat kita Rungus perlu dipertingkatkan melalui pendedahan dan penyertaan awam bagi memberi kesedaran dan pemahaman mengenai isu pendidikan dikalangan bangsa kita. Untuk mengikis stigma ketidaksedaran pentingnya pendidikan perlu membabitkan individu, keluarga, orang ramai, masayarakat sekeliling dan dikalangan profesional. Ini merupakan cabaran utama yang kita hadapi dikalangan masayarakat kita, ini kerana ianya berkait rapat dengan masa depan masayarakat rungus di daerah kita khususnya(MATUNGGONG.)..

"Impikan satu kelompok bangsa yang berpendidikan, justeru menyumbang kepada kemajuan negara kita MALAYSIA"


OLEH: EGMENT

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau sutruktur ayat: EDITOR MK.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, November 20, 2010

Siapa Bakal Calon PBS N.4 Matunggong?




Ketika sebilangan rakyat dan pemimpin akar umbi PBS di Matunggong membayangkan akan menolak Dr.Maximus Ongkili jika dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan parti pada pilihan raya akan datang kerana dikatakan gagal meggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Kota Marudu dan sering dilabelkan sebagai Wakil Rakyat import, namun pada masa yang sama seorang pemimpin PBS Matunggong yang pernah diwar-warkan untuk dicalonkan menggantikan Jornah Mozihim pada PRU12, 2008 dilihat sering menyebelahi Dr. Maximus. Beliau yang saya maksudkan adalah Thomas Arinjamal Mojingal.

Melalui laman facebook dan blog peribadi beliau, Thomas seringkali membuat kenyataan-kenyataan yang lebih cendurung memihak kepada tindak-tanduk Dr. Maximus di Parlimen Kota Marudu yang acapkali menimbulkan komen-komen yang pelbagai dari pengunjung blog beliau.

Dalam keadaan sokongan rakyat Matunggong terhadap PBS yang agak kabur selepas wakil rakyat (Parlimen dan DUN) dikatakan gagal menangani masalah isu Tadahan Air Milau, gagal membangunkan Matunggong, gagal menangani masalah kemiskinan tegar (seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia baru-baru ini) dan banyak lagi isu yang sering dibangkitkan melalui blog dan laman sosial seperti facebook yang dikendalikan sebilangan blogers Matunggong, Thomas Arinjamal tetap memberikan sokongan terhadap kepimpinan Dr. Maximus di Kota Marudu.

Jika beberapa kenyataan yang dibuat oleh Thomas melalui blog peribadi beliau, e-p Rungus Co dijadikan sebagai rujukan, maka sudah pasti kita dapat mengandaikan bahawa Thomas sebenarnya mempunyai cita-cita untuk berkhidmat sebagai Wakil Rakyat jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti bertanding pada PRU13 ini.

Menurut profile yang terdapat pada blog beliau, Thomas berkelulusan Master of Business Administration (MBA), aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bergiat aktif dalam bidang keagamaan (Executive Committe, PCS), bertugas sebagai Pengurus di sebuah syarikat separuh kerajaan (klik link ini) dan bercita-cita untuk memajukan bangsa rungus.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, November 14, 2010

FENOMENA RRO - BUKAN SEKADAR HIBURAN



Bagi mereka yang pernah melayari Radio Rungus Online (RRO) slogan “Avantang tantu!!” bukan lagi sesuatu yang janggal kedengaran. Tagline yang memabwa maksud ‘Sangat bagus’ ini bukan saja kedengaran berkumandang di negara kita Malaysia malah turut berkumandang di luar negara. Traugott Forchner (Jerman), Alex Yomog (Afrika) dan Keny Kagiah (Australia) antara pendengar setia RRO luar negara yang hampir setiap malam ‘berkunjung’ ke RRO.

RRO yang menyajikan pelbagai slot seperti lagu-lagu tradisi rungus, ‘Sundait’ (teka teki), bahul (pantun) dan banyak lagi slot yang bukan saja menarik perhatian kalangan masyarakat rungus di Malaysia malah RRO juga secara tidak langsung berfungsi menghubungkan masyarakat rungus yang merantau di seluruh dunia. RRO juga turut menyajikan info-info semasa dan lagu-lagu rungus moden, 24 jam sehari.

Sejak akhir-akhir ini penglibatan pelbagai lapisan peringkat umur untuk menyertai RRO semakin menggalakan sejak pages RRO dibuat di laman Facebook. Ketika artikel ini ditulis RRO mempunyai 1563 orang ahli dan sambutan ini lebih menyerlah lagi bila pages bekenaan dihujani dengan komen dan pelbagai cadangan dari para ahli pages ini dalam kiraan purata satu komen dalam masa tidak kurang dari lima minit. Mengikut catatan, RRO juga pernah mendapat keahlian seramai 680 orang dalam sehari, satu rekod yang cukup menggalakan.

Ahli-ahli RRO yang berinteraksi melalui komen/cadangan yang lebih cenderung menggunakan bahasa rungus sejak akhir-akhir ini, walaupun dilihat agak santai dan bersahaja namun disebalik kecenderungan menggunakan bahasa ibunda terutama generasi baru yang dikritik kerana tidak lagi boleh menguasai bahasa rungus dengan fasih, secara tidak langsung menyuntik semangat ahli-ahli RRO untuk menghargai bahasa ibunda seterusnya mempraktikan melalui pages RRO.

Jelani Hamdan, Penaung RRO yang juga merupakan Presiden SAMORA, berharap ahli-ahli pages RRO turut mandaftarkan diri sebagai ahli SAMORA untuk memantapkan lagi persatuan ini bagi mengisi pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini dan aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Untuk memenuhi permintaan pelbagai pihak dan pengisian aktiviti, SAMORA akan mengadakan Forum Halatuju Rungus II yang akan diadakan pada bulan Disember tahun ini sebelum perayaan krismas, berikutan kejayaan Forum Halatuju Rungus 1 yang telah diadakan beberapa bulan lalu. SAMORA juga telah pun merancang untuk menubuhkan SAMORA FC bagi memenuhi aktiviti terutama golongan belia.

Mungkin sesuatu yang agak mencabar diceburi, namun semangat kental presiden SAMORA untuk melihat masyarakat rungus terus melangkah maju seiring dengan bangsa lain di negara ini dalam pelbagai bidang, telah mendorong Jelani Hamdan untuk mengorak langkah setapak lagi dengan meceburkan diri dalam bidang penerbitan drama/telemovie. Buat permulaan SAMORA akan bekerjasama dengan Bayo Pictures Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan filem yang tidak asing lagi di negeri ini untuk menerbitkan telemovie pertama yang akan dibintangi dikalangan ahli-ahli SAMORA itu sendiri. Uji Bakat dijangka akan diadakan pada bulan Disember tahun ini atau selewat-lewatnya bulan Januari tahun hadapan. Bagaimanapun menurut Jelani Hamdan yang juga merupakan Executive Produser telemovie tersebut, pelakon-pelakon yang telah dipilih untuk membintangi telemovie itu nanti akan diberikan kursus/bengkel bagi memantapkan kemampuan mereka membawa watak masing-masing sebelum penggambaran dibuat. Tarikh ujibakat akan diumumkan melalui surat khabar, blog dan laman facebook.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, November 10, 2010

Wad Kelas 1 Hospital Daerah Kudat mengalami perubahan




Ketika melawat seorang pesakit di wad perempuan kelas satu, Hospital Daerah Kudat, saya terkejut sakan, hampir-hampir saya tidak percaya bahawa saya berada di wad kelas satu yang telah diubahsuai dengan begitu cantik dan kemas seolah-olah kita memasuki sebuah bilik hotel sederhana dengan sewa bilik lebih kurang RM75 hingga RM80 untuk satu malam.



Selain ruang yang agak besar wad ini dilengkapi dengan almari, meja sudut dan dua buah tempat duduk yang agak selesa manakala lantai diperkemaskan dengan lapisan jubin. Penghawa dingin telah digantikan dengan penghawa dingin dari jenis split unit yang agak senyap berbanding dengan penghawa dengan lama yang memekakan telinga pesakit. Lebih ketara ialah bahagian ruang bilik mandi yang agak besar yang turut dilengkapi dengan alat pemanas air.



Sekalung penghargaan kepada Pengarah Hospital Daerah Kudat, Dr. Parabakaran Dhanaraj kerana telah berusaha keras membuat banyak perubahan di hospital ini demi untuk keselesaan pesakit.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, November 8, 2010

Disebalik keputusan PRK Batu Sapi

PRK Batu Sapi berakhir sudah. Kemenangan Bn yang dijangka awal-awal lagi oleh rakyat Sabah telah menjadi kenyataan. Apa tidaknya kedua-dua parti pembangkang yang beria-ia untuk merebut kerusi itu dari tangan Bn berkeras untuk bertanding, berlawan sesama sendiri. Budak kecil pun boleh membuat ramalan bahawa Bn akan terus berkuasa di Batu Sapi.

Di pihak SAPP, Slogan ‘Sabah for Sabahans’ slogan yang pernah didokong oleh PBS suatu ketika dulu, nampaknya tidak banyak membantu, jika benar ramai pengundi di kawasan itu terdiri daripada PATI atau PADI, pendekatan SAPP ini seolah-olah lebih kepada usaha cubaan ‘membunuh diri’.

Di pihak PKR pula, insiden bertumbuk di lapangan terbang yang digembar-gemburkan oleh media, sedikit sebanyak mengambarkan ketidak sefahaman pemimpin PKR Sabah. Insiden itu walaupun mungkin tidak seteruk mana namun tetap menjadi isu yang mengakibatkan pengundi terpaksa berfikir dua tiga hingga empat kali samada menyokong atau menolak parti itu.

Apapun keputusan yang tidak mengejutkan di Batu Sapi telah memberikan pengajaran kepada kita. Pertama, Isu 20 perkara, kenaikan harga barang atau lebih dikenali sebagai pelarasan harga barang, menara warisan 100 tingkat dan autonomi kuasa politik Sabah, sedikitpun tidak menghalang hasrat Bn untuk mengekalkan pengusaanya di Batu Sapi. Yang keduanya, kemenangan besar PBS di Batu Sapi itu juga secara tidak langsung menafikan anggapan sesetengah pihak bahawa calon bumiputera beragama islam lebih sinonim bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari bumiputera islam. Ini terbukti apabila Datin Linda Tsen Thau Lin yang berketurunan cina boleh memperolehi undi yang begitu banyak di kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera islam dan pada masa akan datang tidak mustahil calon bumiputera islam juga boleh memenangi kerusi di kawasan yang majoriti pengundinya dari kalangan bumiputera bukan islam.

Ada juga berpendapat, rakyat Batu Sapi merupakan rakyat yang suka membalas budi. Rakyat yang tidak mudah lupa akan kebaikan pemimpin yang telah menabur bakti. Perjalanan PRK Batu Sapi walaupun singkat dikatakan bermacam-macam projek dan bantuan kilat telah diluluskan kerajaan berbanding dengan parti pembangkang yang hanya bermodalkan air liur.

Jika senario ini dijadikan alat timbang sukat apakah Matunggong pada PRU13 nanti akan mengalami nasib yang sama. Usahlah parti pembangkang melalak dan melolong ke sana kemari jika parti pembangkang masih tidak dapat bekerjasama. Pilihan raya 2008 lalu yang menyaksikan pertembungan PKR dan DAP di beberapa kawasan, seharusnya dijadikan sebagai iktibar namun masih berlaku di Batu Sapi. Tapi apa pun disebalik segala kekurangan dan kegagalan wajarlah SAPP, Pakatan Rakyat dan mungkin Bersekutu jikapun tidak berteduh di bawah satu bumbung atau menari mengikut rentak yang sama tetapi sekruang-kurangnya mereka mempunyai persefahaman, jika mereka benar-benar berhasrat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Sabah selepas PRU13 nanti.
Klik disini untuk baca seterusnya »»