Bagi mereka yang pernah melayari Radio Rungus Online (RRO) slogan “Avantang tantu!!” bukan lagi sesuatu yang janggal kedengaran. Tagline yang memabwa maksud ‘Sangat bagus’ ini bukan saja kedengaran berkumandang di negara kita Malaysia malah turut berkumandang di luar negara. Traugott Forchner (Jerman), Alex Yomog (Afrika) dan Keny Kagiah (Australia) antara pendengar setia RRO luar negara yang hampir setiap malam ‘berkunjung’ ke RRO.
RRO yang menyajikan pelbagai slot seperti lagu-lagu tradisi rungus, ‘Sundait’ (teka teki), bahul (pantun) dan banyak lagi slot yang bukan saja menarik perhatian kalangan masyarakat rungus di Malaysia malah RRO juga secara tidak langsung berfungsi menghubungkan masyarakat rungus yang merantau di seluruh dunia. RRO juga turut menyajikan info-info semasa dan lagu-lagu rungus moden, 24 jam sehari.
Sejak akhir-akhir ini penglibatan pelbagai lapisan peringkat umur untuk menyertai RRO semakin menggalakan sejak pages RRO dibuat di laman Facebook. Ketika artikel ini ditulis RRO mempunyai 1563 orang ahli dan sambutan ini lebih menyerlah lagi bila pages bekenaan dihujani dengan komen dan pelbagai cadangan dari para ahli pages ini dalam kiraan purata satu komen dalam masa tidak kurang dari lima minit. Mengikut catatan, RRO juga pernah mendapat keahlian seramai 680 orang dalam sehari, satu rekod yang cukup menggalakan.
Ahli-ahli RRO yang berinteraksi melalui komen/cadangan yang lebih cenderung menggunakan bahasa rungus sejak akhir-akhir ini, walaupun dilihat agak santai dan bersahaja namun disebalik kecenderungan menggunakan bahasa ibunda terutama generasi baru yang dikritik kerana tidak lagi boleh menguasai bahasa rungus dengan fasih, secara tidak langsung menyuntik semangat ahli-ahli RRO untuk menghargai bahasa ibunda seterusnya mempraktikan melalui pages RRO.
Jelani Hamdan, Penaung RRO yang juga merupakan Presiden SAMORA, berharap ahli-ahli pages RRO turut mandaftarkan diri sebagai ahli SAMORA untuk memantapkan lagi persatuan ini bagi mengisi pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini dan aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Untuk memenuhi permintaan pelbagai pihak dan pengisian aktiviti, SAMORA akan mengadakan Forum Halatuju Rungus II yang akan diadakan pada bulan Disember tahun ini sebelum perayaan krismas, berikutan kejayaan Forum Halatuju Rungus 1 yang telah diadakan beberapa bulan lalu. SAMORA juga telah pun merancang untuk menubuhkan SAMORA FC bagi memenuhi aktiviti terutama golongan belia.
Mungkin sesuatu yang agak mencabar diceburi, namun semangat kental presiden SAMORA untuk melihat masyarakat rungus terus melangkah maju seiring dengan bangsa lain di negara ini dalam pelbagai bidang, telah mendorong Jelani Hamdan untuk mengorak langkah setapak lagi dengan meceburkan diri dalam bidang penerbitan drama/telemovie. Buat permulaan SAMORA akan bekerjasama dengan Bayo Pictures Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan filem yang tidak asing lagi di negeri ini untuk menerbitkan telemovie pertama yang akan dibintangi dikalangan ahli-ahli SAMORA itu sendiri. Uji Bakat dijangka akan diadakan pada bulan Disember tahun ini atau selewat-lewatnya bulan Januari tahun hadapan. Bagaimanapun menurut Jelani Hamdan yang juga merupakan Executive Produser telemovie tersebut, pelakon-pelakon yang telah dipilih untuk membintangi telemovie itu nanti akan diberikan kursus/bengkel bagi memantapkan kemampuan mereka membawa watak masing-masing sebelum penggambaran dibuat. Tarikh ujibakat akan diumumkan melalui surat khabar, blog dan laman facebook.
RRO yang menyajikan pelbagai slot seperti lagu-lagu tradisi rungus, ‘Sundait’ (teka teki), bahul (pantun) dan banyak lagi slot yang bukan saja menarik perhatian kalangan masyarakat rungus di Malaysia malah RRO juga secara tidak langsung berfungsi menghubungkan masyarakat rungus yang merantau di seluruh dunia. RRO juga turut menyajikan info-info semasa dan lagu-lagu rungus moden, 24 jam sehari.
Sejak akhir-akhir ini penglibatan pelbagai lapisan peringkat umur untuk menyertai RRO semakin menggalakan sejak pages RRO dibuat di laman Facebook. Ketika artikel ini ditulis RRO mempunyai 1563 orang ahli dan sambutan ini lebih menyerlah lagi bila pages bekenaan dihujani dengan komen dan pelbagai cadangan dari para ahli pages ini dalam kiraan purata satu komen dalam masa tidak kurang dari lima minit. Mengikut catatan, RRO juga pernah mendapat keahlian seramai 680 orang dalam sehari, satu rekod yang cukup menggalakan.
Ahli-ahli RRO yang berinteraksi melalui komen/cadangan yang lebih cenderung menggunakan bahasa rungus sejak akhir-akhir ini, walaupun dilihat agak santai dan bersahaja namun disebalik kecenderungan menggunakan bahasa ibunda terutama generasi baru yang dikritik kerana tidak lagi boleh menguasai bahasa rungus dengan fasih, secara tidak langsung menyuntik semangat ahli-ahli RRO untuk menghargai bahasa ibunda seterusnya mempraktikan melalui pages RRO.
Jelani Hamdan, Penaung RRO yang juga merupakan Presiden SAMORA, berharap ahli-ahli pages RRO turut mandaftarkan diri sebagai ahli SAMORA untuk memantapkan lagi persatuan ini bagi mengisi pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini dan aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Untuk memenuhi permintaan pelbagai pihak dan pengisian aktiviti, SAMORA akan mengadakan Forum Halatuju Rungus II yang akan diadakan pada bulan Disember tahun ini sebelum perayaan krismas, berikutan kejayaan Forum Halatuju Rungus 1 yang telah diadakan beberapa bulan lalu. SAMORA juga telah pun merancang untuk menubuhkan SAMORA FC bagi memenuhi aktiviti terutama golongan belia.
Mungkin sesuatu yang agak mencabar diceburi, namun semangat kental presiden SAMORA untuk melihat masyarakat rungus terus melangkah maju seiring dengan bangsa lain di negara ini dalam pelbagai bidang, telah mendorong Jelani Hamdan untuk mengorak langkah setapak lagi dengan meceburkan diri dalam bidang penerbitan drama/telemovie. Buat permulaan SAMORA akan bekerjasama dengan Bayo Pictures Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan filem yang tidak asing lagi di negeri ini untuk menerbitkan telemovie pertama yang akan dibintangi dikalangan ahli-ahli SAMORA itu sendiri. Uji Bakat dijangka akan diadakan pada bulan Disember tahun ini atau selewat-lewatnya bulan Januari tahun hadapan. Bagaimanapun menurut Jelani Hamdan yang juga merupakan Executive Produser telemovie tersebut, pelakon-pelakon yang telah dipilih untuk membintangi telemovie itu nanti akan diberikan kursus/bengkel bagi memantapkan kemampuan mereka membawa watak masing-masing sebelum penggambaran dibuat. Tarikh ujibakat akan diumumkan melalui surat khabar, blog dan laman facebook.
Widget by [ Tips Blogger ]
saya kira2 mo buat komen di facebook RRO tapi bila saya tengok, terlampau ramai yang buat post dan selalunya komen yang kita hantar bertindih dengan komen lain sebelum benar-benar menemukan jawapan dan ada juga ahli kadang2 memberi jawapan yang jauh menyimpang dari apa yang kita kehendaki (berjenaka walaupun kita tanya secara serius) Jadi saya buat komen saja disini. Harap2 sipa2 yang berkenaan boleh memberikan jawapan.
ReplyDelete1. Apakah pihak pengurusan RRO tidak bercadang untuk mengadakan Uji Bakat sebagai DJ yang boleh bertugas sepenuh masa. Dengan cara ini DJ-DJ yang akan dipilih benar-benar berkualiti.
2. Apakah kriteria pelakon yang diperlukan oleh pihak Produksi? a. Umur? b.Bilangan pelakon?. Ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada mereka yang berminat dalam bidang ini.
Harap bagi penjelasan. Terima kasih.
Sebagai selebriti yang menjadi tumpuan orang ramai, saya bersetuju jika DJ RRO di tapis sebelum menjalankan tugas mereka sebagai DJ/juruhebah bukan main lantak tak tentu pasal sebab itu tidak heran jika DJ-DJ mendapat kritikan yang kadang-kadang memalukan DJ itu sendiri walaupun secara peribadi saya tidak setuju dengan kritikan yang terlalu liar/peribadi umpamanya yang berlaku terhadap DJ Korizongkong. Kepada DJ, jika merasakan dirinya tidak layak/sesuai untuk mengalas tugas sebagai DJ lebih baik undur diri sebelum di kutuk oleh pendengar. RRO mungkin milik anda tapi sekarang sudah mnenjadi milik saya dan semua orang rungus di dunia ini. Perlu ingat itu. Lagipun bukan saja orang rungus itu sendiri yang akan menilai tetapi bangsa lain juga, teruma Kadazan dan Dusun turut mendengar suara-suara sumbang anda.
ReplyDeleteBila ba ni Radio Rungus Onlin diMainkan.? Sy pernah dengar ba ni tapi inda dapat pula.. kenapa tu.?
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana keperihatinan anda semua terhadap RRO.
ReplyDeleteSaya tak ada penjelasan panjang lebar kepada persoalan. tapi saya selaku Creator RRO di sini ingin membuat beberapa penjelasan mengenai pemilihan DJ yang ada kini..
Saya meminta maaf kepada semua kerana saya akui pemilihan DJ sebelum ini tidak melalui UJIBAKAT atau PEMILIHAN atau PENAPISAN tetapi saya telah memilih mereka berdasarkan "KOMITMEN" mereka. saya telah menghantar berita dan jemputan untuk menjadi KREW RRO tetapi sekali lagi saya terangkan jika saya hantar jemputan dan makluman kepada 250 orang yang dikenalpasti momogun hanya 20 orang yang akan memeberikan respon dan daripada 20 itu hanya 2-3 orang yang memberikan hasrat untuk menyertai dan daripada 2-3 orang itu.. hanya mereka yang menjadi DJ sekarang ini. DJ Muni ( Seain DJ juga sibuk dengan tugas-tugas dan urusan dalaman RRO) DJ Intan (Pelajar - kini menduduki exam) DJ Korizongkong (Pelajar), dan DJ Sisca(Pelajar).
Saya sedar mereka tidak ada sebarang kemahiran da boleh dikatakan bermula dari "0" tetapi untuk mencari "DJ Yang Mahir" ketika saya berusaha menubuhkan RRO semuanya seolah-olah memandang SINIS.. ada juga yang sampai bertanya kepada saya "BERAPA GAJI??" dan dari situ saya terangkan.. saya tak mampu membayar mereka gaji. Saya hanya mencari mereka yang Berkomitmen ketika itu dan saya telah temui DJ-DJ yang ada sekarang ini.
Kepada DJ-DJ yang ada sekarang ini, saya sangat terhutang budi kepada anda semua, apa pun orang kata saya sentiasa mempertahankan anda. saya sayang semua DJ yang ada hari ini. kalau bukan kamu RRO tidak akan dapat bertapak sehingga hari ini. jadi saya harap anda semua akan dapat Bersama-sama dengan saya untuk terus maju. saya akan sentiasa menyokong anda dan kita sama-sama berlatih untuk memantapkan lagi siaran kita. saya suka dengan komitmen kamu yang bermula dari "KOSONG" dan kini anda sudah mula mengorak langkah jangan berhenti..
Saya secara peribadinya berterima kasih kepada SAMORA kerana selepas 2 minggu kami bersiaran dari "HOME" Tuan Jelani telah menjemput saya ke Pejabat Beliau untuk berbincang mengenai Siaran, halatuju, misi, visi dan paling penting adalah KEPERLUAN RRO.. selepas berbincang, Tn Jelani telah memberikan kami satu konti untuk bersiaran dan dari situlah semangat kami TERBAKAR untuk bersiaran. selain itu Tuan Jelani hamdan juga telah Membiayai Perbelanjaan kami ketika mengadakan Roadshow di sikuati untuk mempromosikan RRO di sana. sebab itu kami memilih Tuan Jelani Hamdan sebagai Penaung kami dan Tn Felix Manap Akiam sebagai Eksekutif Producer kami, Untuk Pengetahuan, Tn Felix Manap bukan sahaja bertindak sebagai Eksekutif Producer kami malah ketika di konti beliau menjaga kami dari segi Keselamatan sampailah ke Makan Minum kami di konti.. beliau lebih layak dikatakan sebagai Penjaga kami.. pengorbanan ini terlalu besar.. sehingga melupakan keselesaan dan masa bersama keluarga di rumah semata-mata kerana kami di konti..
Sebenarnya di sini saya sedia menanggung Segala Kelemahan siaran sekarang tapi untuk melihat Dj yang ada ini berundur saya tak sanggup.. mereka telah banyak berkorban demi RRO.. mungkin kamu katakan saya Hipokrit dalam hal ini tetapi saya tak takut dengan anggapan itu, saya sanggup berusaha 1000% untuk memperbaiki kelamahan kami.
Untuk siaran ini, sebenarnya ada banyak cara mendengar dan cara paling mudah:
http://www.rungus.org
http://rungus.listen2myradio.com
atau anda juga boleh mendengar RRO melalui TUTORIAL ini:
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_170743229606605&view=doc&id=176128852401376
Kounsapatan kavi dit habal2 dit tavantang, agazo banal ot pokimahap ku sid ongopinai kavi, yoku kopurimon oku dot agazo banal kasalahan diti dot kirong ko nunu varo ot kokurangan diti vaza dahai dot mongumbangan diti RRO tu ong DJ2 nga oguma banal ot kokurangan soal dot boros dit amu tantu otulid momoros dot RUNGUS, Pagkah tu tinahakan oku dot kosipan dot Mitamong dioti RRO amu oku okukuvan sakali monorimakasih oku tagazo sid dikou tu varo kotimbangan dikou dot manahak dahai dot boros dot momozo-bozo dahai tu mad osianan kou diti RRO om RUNGUS dot usibaoon dot rurungan vokon. Yadilo boi, okon no ka yoku ot papakan dioti baiko misingkavaro ilo tu varo ot katagan nitahak di Tuan Jelani Hamdan yadko Upis (Konti), om kavi it kosukupan RRO om ino kokorui dahai yadko kakanan no, nga kasarakan no dahai ti miirung tu mad angod banal boi ong ompug-umpug. Tongo tobpinai kavi tahakai okoi dikou vaza mangatag diti RRO kasip oku ong insan tadau kaabal dot Radio vokon. Magavi okoi no ma diti oi. It vaza dot DJ2 mumbongut diti nga ontupat banal ti ong ele-laan po amu no dara goluvan dot boros rurungan vokon dara boi, nga kilo kou no bo kavi ti nga nogosukod sid miamung dot rurungan vokon jadi koilo kou no bo. Ong banal no, amu dara biti ong varo ogi ot ulun tokou dot kopurimon dot iti hal nga varo ngavi sid dau yadko ilo kororulan do iso DJ 1.karahati om otulid banal ot vaza momorus RUNGUS. 2. Amu obingikum momoros. 3. Karahati dot mangahatul dot komputer (teknikal) om mamakai. 4. Kogoos dot amu mogitung dot masa kumaraja (Sodop) osuvaban om asadapan, cuti. 5. Amu obingkukuvan dot vaza dot ulun kinogumuan manahak boros dit ogingisan. Ong banal no mad osianan oku no dilo vaza dilo DJ2 RRO gumama mai kadang2 songluvadang modop, mogom ogom nga kotodong e tu banal ko mad opagasan banal mai nga ilaan po dikou bang oritan no ilo RUNGUS yadko nopupulahan mai tu kohodom dit gamaon dau. Ilo baiko vaza ku patarang sid dikou, hal ko ilo varo ot nakalandak ot boros dahai om ilo DJ2 mokimahap banal bo. Kada kou kamai bai ma ko ekou ot pokitulungan dahai manahapan diti RRO diti bo hal ko kosurutan. Kounsapatan vagu sid di TUAN JELANI HAMDAN tu it vaza dau manahapan RRO kavi katagan kosuvang no ngavi it ringgit, konti, kosukupan om vokon it kohoturan dot RRO.
ReplyDeleteVagu po gulion ku tahakai e dikou dot boros dot nunu nopo kai isai po ot momoros tanid po ko ulun tokou om kasip oku dot ino vozo dikou momoros dino manahak kou vaza mangatag okon ko oholiban antawa sumana kou dino kounsapatan banal sid tongo ongo obpinai kavi bo. Ong varo ot orongou antawa amu ozi kou dit DJ2 vaza mumbongut boroso e di kou dot sombo2 nopo kai sukul ong imot dahai antawa nga talipaunai oku dikou ka 0168454222 bo. Yoku FELIX MANAP AKIAM
Tahniah RRO sebab menerima kritikan dan teguran. Setiap yang bermula mesti ada kekuranganya tapi masih boleh diperbaiki jika ada kesungguhan. Tahniah juga kepada Tuan Jelani Hamdan walaupun bukan WAKIL RAKYAT N.4 Matunggong tapi menjalankan kewajiban sebagai pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan berwawasan.
ReplyDeleteTobpinan om pinsan koinsanan. Teruskan dgn komen dan sarana kalian yg membina. Semoga pihak yg b'wajib dan dan yg terasa dpt mengambil langkah yg sewajarnya
ReplyDeletePEMBETULAN !!!!! b' = ber. Sorry ah
ReplyDeleteKopivosihan kumaa kavi-avi dikou sokoviai, yoku dati atag e dot pigovul-govulan o bahasa tu sukod vagu bianono okon noko 100% nabarasan do rungus antad dit opodok po smpai nosukod yosido. Ogumu boros do rungus amu ohorotizan dau. Jadi varo cadanganku dot atag dati ong varo iso ot ketua DJ it banal ko karahati momoros do rungus supaya bila varo DJ sedang ON-Air it ketua dino obuli pumbangan do kuran pamarasan ong sid rungus ot boros antad sid bansa vokon (melayu/english).
ReplyDeleteOm it ongo kinoruhangan dit ozi mongining diti RRO supaya mozon banal mongumin dot oholian banal tu iti okonko kosurut ino e nga kokugui do semangat dioti. Avantang dati ong nunu nopo it noboros dioti(DJ) it amu banal nokontok sid boros rungus itokou o mangahatul maza diti blog antawa nga tolipunan yoti antawa vagu sid rinuvang do FB...Baiko yadino dati o borosku biano tuan..torima kasi sid sokovaiai..
Sdra MK, sya pernah berkunjung ke pages RRO tapi masalhnya pages itu hanya sesuai untuk tempat melepak dan berbincang Nonsense topic dan sesuai untuk mereka yng suka borak-borak tanpa faedah. Banyk perbincangan yang 'lebih hebat dari rupa'. Haha..memanglah 'to many cooks spoil the sup' hehe..
ReplyDeleteSaudara/i Anonym, terima kasih atas komen sdra/i. Saya menganggap komen saudara/i adalah komen yang membina walaupun mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah pihak dan saya juga menganggap sdra/i adalah pengunjung setia RRO sebab itu sdra/i berkata demikian. Apa pun teruskan bersama RRO demi masa depan suku kaum rungus dalam bidang penyiaran. Maaf jika merasakan tidak sependapat dengan saudara/i.
ReplyDeleteSaya mau komen dari segi penulisan blog ini. Sebolehnya gunakanlah huruf besar untuk huruf "R" dalam perkataan "Rungus" itu. Memang sudah peraturan penulisannya seperti itu. Saya sebagai orang Rungus tidak suka melihat perkataan "Rungus" ditulis seperti perkataan biasa. Ia adalah kata nama khas, dan hanya untuk merujuk kepada bangsa Rungus. Saya faham dan tahu ini adalah blog; dan bukan penulisan akademik yang memerlukan si penulis untuk mengikut peraturan tatabahasa dan sebagainya; dan ia menjadi hak pemilik blog untuk membuat entri yang difikirkan boleh dipaparkan kepada umum. Sekadar mencadang, semua terpulang kepada kita. Apa-apa pun, tahniah dengan kewujudan blog ini yang memaparkan berita dan isu-isu yang terkini, khususnya dari Matunggong dan masyarakat Rungus. Sekian.
ReplyDeleteTahniah kejayaan RRO - Tapi bagi saya belum cukup sampai d sini.. BILA LAGI DI RTM?
ReplyDeleteSaya mengucapkan tahniah dan syabas atas kesungguhan SAMORA kerana berjaya menganjurkan Magahau pada 31hb Disember 2010 dan 1hb Januari 2011 baru-baru ini. Lebih meriah dengan kehadiran beberapa artis tempatan yang sudah menempah nama dipersada seni tanah air seperti Saudara John Samud, Ampal dan Atama. Bagaimana pun saya amat terkilan bagaimana pihak penganjur tidak terfikir untuk menjemput artis-artis Rungus yang merupakan penyumbang kepada lagu-lagu yang sering diputarkan di Radio Rungus Online. Bukan kah Magahau merupakan masa yang sesuai untuk mengetengahkan artis-artis Rungus jika benar-benar RRO/SAMORA ingin melihat artis-artis Rungus lebih dikenali. Tentunya perayaan suku kaum lain di Sabah, artis-artis Rungus tidak akan dijemput untuk membuat persembahan. Kalau pun SAMORA tidak dapat menjemput semua artis yang sering memberikan nafas kepada RRO tetapi dengan menjemput beberapa orang artis Rungus sudah cukup memadai. Dari segi bayaran, mungkin artis kita tidak semahal apa yang diminta oleh artis-artis yg saya sebutkan diatas tetapi saya yakin artis kita juga boleh menghiburkan para pengunjung setanding dengan mereka. Apakah ada sesuatu yang hendak ditonjolkan sehingga melupakan artis sendiri? Jangan pula bila kita sudah memanjat naik ke atas kita lupa melihat ke bawah sehingga tangga pun hilang dari pandangan mata. Fikir-fikirkan.
ReplyDeleteTuan Jailani Hamdan @ Jelim Dazangap,
ReplyDeleteMana janji kau dalam Blog ini, mau bawa artis Rungus dalam Magahau 2010? mana janji kau Magahau tatap ada di Matunggong?
Saudara Lupa Diri: Terima kasih kerana memberi ingatan kepada saya dua perkara iaitu Magahau di Matunggong dan Isu Artis Rungus. Saya memohon maaf kerana amat jarang sekali saya menulis di ruangan MK ini. Pertama kerana agak sibuk dan kedua kerana " teguran" ahli MK yang nama saya kerap sangat keluar atau dipaparkan di sini. Mengenai Magahau, saya terlupa terangkan di sini bahawa Saya telah berusaha untuk membawa Magahu 2010 di kawasan Matunggong tetapi majoriti ahli Majlis tertinggi Samora telah membuat keputusan untuk memberi peluang saudara2 saudara kita di kawasan Pitas khasnya di kawasan kanibongan. Walaubagaimanapun kami telah buat kompromi dan ketetapan bahawa mulai tahun ini pusat Magahau peringkat Pusat mestilah diadakan di kawasan Matunggong. Kawasan2 atau daerah lain bolehlah mengadakan Magahau kalau mampu tetapi bertaraf daerah sahaja. Seperkara lagi, pihak berwajib telah mengikhtiraf Magahau sebagai perayaan Masyarakat Rungus dan akan dimasukan dalam kalendar tahunan pelancongan. Kita disyorkan agar menetapkan tarikh Magahau diadakan sehari selepas Pesta Gong . Ini bererti pesta Gong akan diadakan pada setiap 24 september dan Magahau pada hari berikutnya dan akan di sambut di Daerah Matunggong sebagai pusat Magahau. Ini sudah ditetapkan. Mengenai Artis Rungus, kita telah membewa beberapa artis Rungus di pesta Magahau Pitas baru2 ini. Antara artis yang membuat persembahan ialah Brenda Londoh, Raymond dan beberapa orang artis lagi dari kawasan Pitas. Sebenarnya kita hadkan pembabitan artis kali ini kerana pada bulan mac tahun ini kita ada program pertandingan mencipta dan menyanyi dalam bahasa Rungus. Pertandingan ini dianjurkan oleh Samora dan RRO. Kalau nak dapat info terkini dari masa ke semasa jang lupa berkunjung ke laman RRO dan FB Samora Saya berharap penjelasan ini dapat menjawab pertanyaan sdra.
ReplyDeleteAgenda Malap: Terima kasih atas komen saudara. Saya akui agak kurang artis Rungus yang membuat persembahan di Pesta Magahau Pitas baru-ini. Ada beberapa faktor atau sebab. Pertama pihak penganjur yang diterajui oleh orang Pitas sendiri dan pejabat Daerah Piyas meminta artis2 Rungus yang berasal dari Pitas diberi peluang . Keduanya ada beberapa artis dari kawadan Matunghong yang tidak hadir di saat-saat akhir kerana clash dengan program masing2 pada hari tersrbut, maklimlah hari akhir tahun 2010 dan permulaan tahun 2011. Ada yang memberi alasan " clash dengan tahun baru". Walaubagaimanapun jangn bimbang, kita sentiasa memberi peluang kepada artis2 Rungus dalam sebarang acara kita khasnya dalam program pertandingan mencipta dan nyanyian lagu2 Rungus yang akan dianjurkan oleh Samora dan RRO pada bulan mac ini.
ReplyDeleteTerima kaih atas komen yang sangat membina oleh Saudara Lupa Diri dan Agenda Malap apa pun itu saya anggap baik untuk dikongsi bersama untuk kita RUNGUS, cuma saya memberikan penjelaan sedikit tentang lokasi pesta magahau 2010, sebenarnya Presiden merayu agar loksi dikekalkan di matunggung tetapi memandangkan atas permintaan saudara2 kita Rungus di Pitas yang juga kebanyakannya ahli SAMORA beliau terpaksa akur.Pesta Mahgahau untuk 2011 ini belum lagi ditentukan sebab kita kena bincang dengan kementerian pelacungan negeri mungkin di kudat mungkin di Beluran atau matunggung juga terpulang kepada keputusan Jaawatankuasa penganjur Pesta Magahau 2011 nanti. Menyentu soal kehadiran artis Rungus di pesta magahau 2010 di pitas, sebenarnya ramai artis kita yang telah dijemput tetapi yang hadir kurang daripada 10 orang yang saya ingat Jerik Daptal, Branda, Alexmon, Raymond dan beberapa lagi yang lain saya tidak ingat nama mereka. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak hadir terutamanya soal bayaran , ada program lain, masalah lokasi dan sebagainya.Kita da masukan dalam radio dan secara lisan kita jemput mereka hadir tetapi mereka gagal hadir. Kehadiran Ampal (Mewakili Org Sungai), John Samud (Mewakili Tobilung) dan Ridah(Mewakili Kimarangan) adalah atas jemputan kementerian Kesenian dan Atama secara kebetulkan mereka buat pengambaran tele movie di kudat dan pitas yang mengisahkan kehidupan 3 suku kaum etnik terbesar di Sabah dan pesta magahu adalah masa yang mereka tunggu, Samalah kehadiran saudara Pedik Ganai mencari pelakon telemovie barunya yang 100% berlatarbelakangkan RUNGUS. Jadi kami tidak berniat langsung melupakan artis RUNGUS. Tetapi mungkin tahun berikutnya kita tidak bergantung sepenuhnya kepada Facebook, radio dan media lagi untuk menjemput artis kita cari jalan bagaimana menjemput mereka agar benar2 dapat hadir, kita akan kaji.Teriam kasih sekali lagi dari saya FELIX MANAP AKIAM Tim.Setiauaha Agung SAMORA dan Penerbit RRO
ReplyDelete