There was an error in this gadget

Followers

Wednesday, November 10, 2010

Wad Kelas 1 Hospital Daerah Kudat mengalami perubahan




Ketika melawat seorang pesakit di wad perempuan kelas satu, Hospital Daerah Kudat, saya terkejut sakan, hampir-hampir saya tidak percaya bahawa saya berada di wad kelas satu yang telah diubahsuai dengan begitu cantik dan kemas seolah-olah kita memasuki sebuah bilik hotel sederhana dengan sewa bilik lebih kurang RM75 hingga RM80 untuk satu malam.



Selain ruang yang agak besar wad ini dilengkapi dengan almari, meja sudut dan dua buah tempat duduk yang agak selesa manakala lantai diperkemaskan dengan lapisan jubin. Penghawa dingin telah digantikan dengan penghawa dingin dari jenis split unit yang agak senyap berbanding dengan penghawa dengan lama yang memekakan telinga pesakit. Lebih ketara ialah bahagian ruang bilik mandi yang agak besar yang turut dilengkapi dengan alat pemanas air.



Sekalung penghargaan kepada Pengarah Hospital Daerah Kudat, Dr. Parabakaran Dhanaraj kerana telah berusaha keras membuat banyak perubahan di hospital ini demi untuk keselesaan pesakit.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

2 comments:

  1. Bah Tahniah Tuan Duktur(Pengarah) dan semua warga Hospital Kudat. Satu lagi pembaharuan yg dinanti-nantikan rakyat yg juga pelanggan di Kudat. Saya juga teringat dan mau ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada Mantan Pengarah Hospital Kudat yang telah memulakan pembaharuan di hospital ini iaitu kalau tak silap Dr Dony Daud. Waktu beliaulah imej staf Hospital Kudat yang kalah-kalah Harimau Garang bertukar menjadi staf yg peramah, sentiasa senyum dan bertimbangrasa, khususnya waktu melawat.Semoga Hospital Kudat terus maju cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Slam sdra GT..Sebagai orang Kudat, sya juga ingin mengucapkan tahniah kepada warga Hospital Daerah Kudat terutama Pengarah Hospital diatas kesungguhan beliau membuat banyak perubahan untuk kebaikan pelanggan dan terima kasih juga kepada kerajaan yang prihatin. Tahniah sekali lagi dan teruskan sikap ramah kepada pesakit. Semoga Hospital Daerah Kudat menjadi hospital terbaik di negeri ini.

    ReplyDelete