Followers

Sunday, November 28, 2010

Beri Peluang Orang Rungus Bertanding BN di Parlimen P168 Kota Marudu

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Editor Matunggongkini@blogspot.com kerana sudi menyiarkan artikel ini. Sebut saja orang Rungus, sudah sinonim dengan Kudat atau Matunggong. Padahal suku kaum Rungus ini mendiami kawasan Kota Marudu, Pitas dan Beluran. Dalam erti kata lain suku kaum Rungus ini bukanlah penduduk minoriti di Sabah. Namun sudah 47 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia, tidak ada seorang pun dari suku kaum Rungus yang dilantik menjawat jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan atau dilantik sebagai Senator. Di sini timbul persoalan adakah suku kaum rungus ini tidak ada yang berpendidikan tinggi? Atau tidak ada pengiktirafan sebagai salah satu suku kaum di Malaysia yang perlu ada suara sama ada di Parlimen atau Dewan Negara?

Suatu ketika dulu, seorang pemimpin politik dari suku kaum minoriti di Sabah dilantik untuk menganggotai ahli Dewan Negara. Sehari selepas beliau dilantik menjadi Senator terpampang di muka depan surat akhbar-akhbar nasional yang menyatakan pelantikan beliau sebagai senator merupakan pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap suku kaum minoriti tersebut.

Justeru, sebagai suku kaum Rungus kita memerlukan Wakil Rakyat kita yang suaranya didengar atau dilayan oleh pemimpin-pemimpin atasan demi manfaat suku kaum Rungus yang banyak ketinggalan arus perdana seperti ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. Kita mahu pemimpin kita seperti DMM semasa beliau menjadi Wakil Rakyat kita yang mana beliau begitu lantang bersuara di Persidangan ADUN untuk memperjuangkan nasib orang kita. Ramai juga orang cakap beliau ini ‘kasar’ tetapi dengan kekasaran beliaulah ia disegani oleh pemimpin-pemimpin atasan pada ketika itu.

Selain itu, suku kaum Rungus lebih kurang 20 tahun sudah tidak menduduki kerusi Parlimen, jadi sebagai penduduk di Parlimen P168 Kota Marudu yang berbangsa Rungus adalah wajar sekali supaya dalam PRU13 ini berikanlah peluang kepada suku kaum Rungus untuk menjadi Calon Kerajaan di Parlimen P168 Kota Marudu. Bukan bermakna orang Rungus mahu berkuasa di Parlimen ini tetapi sekurang-kurang suku kaum ini mendapat pengiktirafan bahawa orang-orang dari suku kaum Rungus sudah ramai yang berpendidikan tinggi yang boleh memimpin atau mentadbir sesuatu kawasan.

PRU13 menurut beberapa sumber akan diadakan dalam masa setahun ini. Justeru, kita mahukan Wakil Rakyat yang benar-benar memenuhi aspirasi rakyat. Kisah mengugut (budaya samseng- Petikan komen dari Gazo Tulu)dan menggertak haruslah dihentikan supaya calon yang kita ketengahkan itu adalah dari mereka yang berwibawa untuk menjadi Wakil Rakyat yang bila menjadi YB ‘no komen’

OLEH: RAJA YOMOG

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat -Editor MK

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

37 comments:

  1. Ya...sapatutnya kita amalkan konsep sama ada, sama rasa supaya kemerdekaan ini dapat dinikmati secara menyeluruh, tanpa batas ras atau tanpa sempadan agama

    ReplyDelete
  2. Betul tu RY...sepatutnya kawasan P168 ini diterajui oleh orang kita sendiri sama ada dr suku Tobilung mahupun Rungus.Ini kerana hanya masyarakat ini yang menjadi majoriti penduduk walaupun tidak dinafikan yang suku bajau, sungoi, kimaragang, tombonuo dan beberapa lagi etnik ada disini. Saya rasa kalau 3 penggal P168 dipegang oleh orang sendiri, jurang pembangunan diantara kawasan lain tidak jauh berbeza dan kawasan kita tidak akan dikenali dengan jolokan kawasan paling mundur. PM sendiri berkata dalam ucapan pembentangan bajet tahunan bahawa masyarkat rungus adalah yang paling mundur dan miskin. Tapi yang menghairankan, MP kita (Kota Marudu dan Kudat)langsung tidak tersentuh dengan ucapan PM... Apakah ini yang dimaksudkan dengan pemimpin yang prihatin? Susah mau cakap disini, saya harap akan ada pemimpin dari suku kita yang akan menjadi pemimpin kita dan seterusnya mengeluarkan kawasan kita dari senarai kawasan yang mundur...
    TQ

    ReplyDelete
  3. Harap-haraplah dlm PRU13 ini pucuk pimpinan BN mengambil kira semua cadangan-cadangan melalui beberapa saluran yang telah dilakukan. Saya rasa tidak menjadi kesalahan sekiranya NGO-NGO yang ada di kawasan N4 Matunggong membuat dan menghantar memorandum kepada pucuk pimpinan BN supaya pada PRU13, Parlimen P168 Kota Marudu ditandingi dari individu yang berketurunan suku kaum Rungus. Kita tidak mahu dikatakan 'tamaha kuasa' tetapi sekurang-kurangnya suatu hari nanti suku kaum Rungus sudah setanding dengan kaum-kaum yang lain dari segi aras kemiskinan. Saya sendiri yang berbangsa Rungus berasa malu apabila sukum kaum Rungus ini menjadi penanda aras sebagai kaum yang paling miskin di Malaysia. Salah satu faktornya kita tidak mempunyai pemimpin di peringkat Parlimen. Sebagai anak jati N4 Matunggong, semoga cadangan saya membuat dan menghantar memorandum tercapai disaat-saat akhir ini sebelum PRU13.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah hantar memordom......Kita tukar kerajaan.....pkr...!kita Cuba yg lain...

      Delete
    2. Tak payah htr memordom....Kita tukar kerjaan.....ini Kali lah .....pkr....must be win..!

      Delete
  4. SINGALAUTMETRO, terima kasih kerana sudi melawat dan memberikan komen. Sebagai bloggers kita adalah sebahagian dari medium yang boleh mencorakan lanskap pentadbiran negara. Tq.

    ReplyDelete
  5. Sdr RY - Tahniah kerana tuan bukan saja seorang pendidik tetapi juga seorang pejuang bangsa.. Mudah-mudahan dikemudian hari perkara ini dapat dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan khusus sekali parti rumpun momogun. Saya percaya desakan berasaskan justifikasi yg konkrit, ikhlas dan sungguh2 dari kaum kita sendiri juga membantu pemikiran mereka terdesak untuk membuat perhitungan positif pada tahun mendatang..

    ReplyDelete
  6. Saudara blogger sekalian saya menyangkal jika ada orang mengatakan tiada pembangunan di Matunggong.Cuba lihat ADUN lain dah abis laksana projek kita baru mula,contoh paling maju kakitangan pejabat daerah matunggong sendiri.Ada yg.buka kedai,kerani mahkamah jadi jurutera,malah juruteknik dan PRA jadi pemantau projek besar.Tuan ADO lebih tinggi dari YB.Ini cakap mulut orang dan belum pasti kebenarannya tapi kita boleh teropong-teropong

    ReplyDelete
  7. Sdra Anon..jika laporan yang dibuat oleh beberapa pihak, begitu lah khabarnya. Cuma saya tidak pasti samda perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. Bahagian mungkin boleh membuat teguran jika benar seperti yang sdra Anon nyatakan. Mari kita sama-sama teropong-teropong perkara ini.

    ReplyDelete
  8. Ry, pertama: saya setuju cadangan ini. Kedua, saya berharap Wakil Rakyat tersebut seorang yg berwawasan dan mampu menjadi pejuang rakyat khususnya org Rungus. Ketiga;Jangan Undi Calon Boneka/ org yg hanya Boneka (termasuklah yg hanya dpt jadi YB kerana hasil UGUTAn@budaya Samseng).Si Boneka ini sudah terbukti, tidak dapat membuat keputusan sendiri apa ta lagi bercakap lebih lantang, maklumlah terhutang budi dgn Kepala Samseng yg buat UGUTAN. Kita doalah supaya kepala samseng yg suka belakon dgn imej suci ini nyah dari kawasan kita wlpun menjejaskan peluang kita utk mjadi angkasawan tapi tak apalah kan gaji kita sudah di Angkasa hehe

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera kepada peminat blog ini terutama sekali tuan blog MK. Kaki Gurau (KG) tepat sekali tuan punya komen.. Harap2lah PRU13 nanti tiadalah samsen-samseng politik 2 membuat ugutan utk mengetengahkan sesorg calon kerajaan. Apa-apa pun harapan saya juga supaya pucuk pimpinan BN terutamanya harus mengambil kira sokongan dari akar umbi untuk menentukan calon yang bakal bertanding calon BN pada PRU13 nanti..
    Berkenaan dengan komen saudara Anon, beliau menyangkal bahawa tiada pembangunan di Matunggong... Ia, memang tepat dan benar bahawa org2 Matunggong ini terutamanya org Rungus tidak dinafikan ramai yang sudah menjadi ahli perniagaan yg berjaya akan tetapi dari segi pendapatan perkapita isi rumah org Rungus masih lagi di tahap aras yang paling miskin di Malaysia.. Maka itu lah kita memerlukan seorang Wakil Rakyat yang betul-betul komited untuk mengeluarkan kita dari kepompong kemiskinan. Kalau dah PM sendiri mengatakan dalam pembentangan bajet tahun 2011 mengatakan org Rungus yg paling miskin di Malaysia, bagi saya ada maksud tersirat disebalik ucapan PM utk memajukan suku kaum Rungus. Dengan itu kita perlu ada Wakil orang Rungus dalam Parlimen untuk bersuara bagaimana mengeluarkan masyarakat Rungus ini dari kemiskinan..

    ReplyDelete
  10. RY, Terima kasih kerana sekali lagi memberi sumbangan artikel untuk MK. MK sentiasa mengalu-alukan sumbangan artikel anda pada masa akan datang. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  11. Kemajuan dan pembangunan yg diharapkan oleh rakyat di P168 dan N4 khususnya adalah secara keseluruhan kawasan dan bukan setompok2.Memang ada pembangunan dijalankan di N4 dan P168 spnjng tahun cuma tertumpu pd kawasan tertentu shja.Peluang perniagaan dan pekerjaan harus di wujudkan di N4 supaya generasi X tidak berhijrah ke tempat lain.Ramai orang kita yang berpendidikan dan berkemahiran dalam semua bidang tidak dapat menyumbang untuk kawasan sendiri kerana ketiadaan kemudahan yang sesuai. Berhubung kekosongan di bahagian pejabat pula hanya orang yang tertentu sahaja akan diterima dan bilangan sangat sedikit. Tak dinafikan juga yang kita punya pemimpin sekarang ini khususnya N4 sedang berusaha membangunkan kawasan kita..lagipun PRU13 mau dekat sudah jd kena usaha lebih untuk memenangi hati rakyat...

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan dalan arena MK.Saya berharap blog ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan
    dan menjadi jambatan jurang perbezaan pendapat
    di kalangan aktivis sosial,politik dan itelektual.Mohon kira kita bersama-sama guna peluang ini untuk memajukan bangsa dan jangan dijadikan gelanggang menjatuhkan orang lain

    ReplyDelete
  13. salam 1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...klu xda kemajuan maka xda la pembangunan.....ekekee

    suka sgt sy membawa pendekatan ni utk msykt N4 & P168..dgn dada lapang menarik nafas lega sy btl2 menyokong pembaharuan dlm kepimpinan P168 pd PRU akn dtg(wakil org Rungus)...ini kerana faktor kepimpinan Maximus LOPEZ(penari ballet kerajaan pusat)sdh x releven lg utk menggalas tanggungjwp sbgi ahli parlimen kwsn tsbt...
    1-faktor sukukaum-mgkn dulu kita menerima kemasukan beliau dlm P168 dsbbkn keperihatinan beliau dlm memacu kemajuan P168 & kebolehan beliau ketika itu dlm senario politik masa lalu(org Gulu2 begia/expire date)...tp kita tgk blk kemajuan yg ada pd N4 sdri....bkn dsbbkn oleh kelantangan beliau utk terus membela nasib sukukaum rungus...tp semuanya kerana atur gerak kerja ADUN N4...sy berpendapat sekiranya kita memilih ketua/wakil dlm 1 suku kaum dlm N4 & P168 maka keseimbangan idea lbh mantap.xda yg msutahil..mgkn daerah kecil matunggung akn adanya balai polis,balai bomba,pejabat pos???...kita tgk apa yg ada..KUT-SIAL(kesian)...lbh kurang mcm pekan koboi penjual dadah & urusetia tersebut blm layak menerima di anugerahkan darjah kebesaran sbg "Daerah Kecil Matunggung"..Maximus la penjajah kudat skrg...dahulunya org british..."jgn bw org asing masuk umah,esk2 bini sdri kena tibai(bhsa org utara)"....
    2-Empangan Milau-berapa byk ka peluang pekerjaan yg ada semasa & selepas pembinaan tersebut selesai???...pembangunan menghampakn...sesuai ka kwsn tersebut?sdgkn hutan yg ada cuma belukar...mgkn klu menjadikan reserivor mmg bulih sekiranya projek tersebut bersama dgn proses penyulingan air laut???.. cuba pki otak dlm tempoh 20tahun akn dtg???..kemana anak2 jati rungus matunggung akn tgl sekiranya perkampungan melebihi jumlah penduduk???...mgkn skrg konco2 politik Maximus akn tersenyum..tp sy berharap keturunan dia akn terlibat jg dlm kesempitan tmpt tgl..AWAS_All Women Are sexy....women is simbolik utk konco2/tali barut yg membinasakn msykt rungus N4....

    ReplyDelete
  14. Slam sejahtera sdra Jiminingkat..sebagai orang lama di MK, bagi pihak Editor MK, saya mengucapkan selamat datang ke blog MK semoga penyertaan sdra memeriahkan lgi blog ini. Banyak blog yang saya telah lawati tapi saya memilih blog MK disebabkan blog ini menyiarkan berbagai informasi terutama isu politik yang tidak berat sebelah walaupun saya nampak masih banyak yang perlu ditambahbaik dan perlu diambil perhatian oleh Editor terutama isu politik nasional yang jarang mendapat ulasan. Tapi apa pun mungkin Sdra Editor MK ada alasan kukuh tidak mengambil serius mengenai isu-isu semasa yang melibatkan isu nasional (correct me if im wrong). Namun apa pun saya tetap memilih MK sebagai tempat untuk berbincang secara detial berbading dengan website bersirikan terutama isu yang menyentuh suku kaum rungus di negara ini. MK teruskan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Sdra/i. Untuk makluman semua Maximus Johnity Ongkili adalah penduduk asal Kota Marudu atau ketika itu dikenali sebagai daerah Bandau (selepas berpisah dgn daerah Kudat) kerana beliau memang dilahirkan di Kota Marudu. Kalau tidak percaya, cuba periksa di Pejabat Pendaftaran.

    Komen lain ada betulnya. Saya setuju.

    ReplyDelete
  16. 2 Disember lalu UPKR matunggung menganjurkan Kursus peningkatan ekonomikampung.Beberapa agensi berkaitan hadir.Semua KK dan JKKK adalah peserta program tersebut.Tahniah kepada YB.Sarapin Magana. Dalam ucapan beliau turut diumumkan kenaikan elaun KK RM 800 bermula januari 2010 semua KK amat gembira dan mula mencongak-congak.Yang sedihnya elaun JKKK masih diperingkat perbincangan menurut YB.Nampaknya konsep 1 malaysia agak susah juga dilaksanakan.Saya berharap semua JKKK di sabah yang berjumlah kira-kira 3 ribu bersabarlah sikit. Tidak semudah mengucapkan badjet bila melibatkan perbelanjaan kewangan.Sesungguhnya bagi saya biarlah kenaikan elaun diikuti oleh kualiti kerja KK dan JKKK supaya tidaklah wujud budaya makan gaji buta.

    ReplyDelete
  17. Kesian Pengerusi JKKK padahal apa yang saya nampak Pengerusi JKKK lagi banyak kerja dari KK. Adalah munasabah sekiranya elaun Pengerusi JKKK dinaikkan.. Apa yang saya nampak sendiri ada salah seorang Pengerusi JKKK di N4 ini sering saya lihat turun naik opis sekolah SK dan SMK kemudian saya tanya apa urusan? Dia jwb mau jumpa pentadbir mahu dapatkan pengesahan pelajar.. Terdetik dalam fikiran saya bahawa komitmen Pengerusi JKKK lebih banyak dari Ketua Kampung. Justeru ada wajar sekali elaun Pengerusi JKKK dapat di naikkan ke kadar yang lebih munasabah.

    ReplyDelete
  18. Tidak dinafikan bahawa Dr. Maximus J. Ongkili adalah anak kelahiran Bandau (Kota Marudu) dan sememangnya bolehlah dikatakan beliau bukanlah wakil rakyat yang diimport dari Tambunan, cuma yang kita mahukan supaya beliau memberikan laluan kepada orang Rungus untuk menjadi Calon BN pada PRU13. Kita mahukan wakil rakyat dari suku kaum Rungus yang berhujah di Parlimen bagi pihak suku kaum Rungus di Malaysia. Sekian...

    ReplyDelete
  19. saya tertarik dgn komen saudara Bekas Pengerusi (mungkin pengerusi JKKK)dan saya bersetuju jika elaun untuk JKKK dinaikan kepada kadar yang munasabah memandangkan khidmat yang diberikan oleh PJKKK adalah terlalu banyak. Tapi bagi PJKK yang sekadar berpeluk tubuh dan tidak menjalankan tugas dengan cemerlang wajarlah jika PJKKK tersebut digugurkan dan diganti dgn orang yang benar-benar menjlankan tanggungjawab. PKR dan Pemaju Mukim seharusnya memantau mana-mana PJKKK dan seterusnya mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  20. Tuan RY - Pada saya kita amat beruntung kerana Dtk Seri Dr. Maximus sebagai ADR kita selama ini. Beliau banyak membantu rakyat P.168 contoh; penganjuran pendaftaran negara (kad pengenalan), pembangunan asas (maksud saya disini menyediakan data tahap pembangunan P.168 secara menyeluruh seperti pembangunan sumber, pasarana dam ekonomi). Sedang dalam proses dokumentasi yg dijalankan oleh MOSTI dan beberapa badan profesional termasuklah UMS ialah sedang mengkaji kajana Teluk Marudu dan sekitarnya yg mungkin akan datang data tersebut menyumbang kemajuan khusus sekali dalam pembangunan pelancongan dan amnya akan mendatang peningkatan ekonomi di rantau ini kelak.
    Untuk cadangan Rungus menjadi ADR di P.168 saya berpendapat Datuk Seri telah merancangnya terlebih dahulu cuma menunggu masa saja..

    ReplyDelete
  21. Tuan TA, saya rasa nada saudara tiada pilihan mcm ni lah kan? Tak tau la kalau DR Max bukan penentu calon N4. Dalam hal ini saya faham dan hormati pendirian tuan. Dalam hal DR Max terus jadi MP KMarudu pada penggal akan datang, kalau ikut rasional CUKUPLah.....bukan tiada tempat lain jadi MP utk kekal jadi Menteri pindahlah ke Keningau. TAPI kalau mau sambung juga, saya mohon supaya tuan TA sampaikan kepada dia BUKTIkan kepada rakyat yg dia dapat membangunkan kawasan yg miskin ini, jgn Angkuh. Kalau saya banding Dr Max zaman dia wakil PBS/pembangkang sudah berlipat kali ganda dia Angkuh dan sombong, saya masih ingat pada satu majlis org kampung hulur surat permohonan pembangunan dia tak sentuh pun, punyalah saya rasa kecewa undi dia.. Tuan TA, sampaikanlah salam kami ini kepada wakil yg kami telah undi berkali-kali, dia menang kerana rakyat bukan kerana dia tinggi sikul atau kerana undi Hantu(wlp ada org cakap ada) hehe

    ReplyDelete
  22. Tuan Kaki Gurau - Boleh ka kita lakukan cadangan itu secara profesonalime. Jangan singung2 saja of course bagi saya kurang senang pendekatan begitu ia mendatang persempadanan objektif perjuangan bangsa rumpun Momogun. Kalau benar kita sudah bersedia mengganti Datuk Seri Dr. Max jangan singgung saja beliau jumpa terus ba.. tak ada jawapan dari dia jumapa lagi Tan Sri Dtk panglima Joseph Pairin. Saya sokong dan semestinya ada seorang wakil Rungus di Parlimen tetapi kalau sekadar ADR biasa cukup kuat ka suara beliau di dewan rakyat. Itulah yang saya maksudkan transaksi pemimpin sekarang dan kemudian mesti ada endorsement (persetujuan rasmi ada la perlu).Gurau tapi serius hehehe..

    ReplyDelete
  23. Tuan TA,maap kalau tersinggung. Soal cadangan profesional saya kurang yakin berkesan dalam konteks Politik PBS, malah saya tertanya-tanya adakah amalan profesional dalam pemilihan calon PBS? Adakah cara UGUTan itu profesional? Adakah pilihan seseorang yg sudah ditolak memilih adik sendiri sebagai calon itu profesional? Harap-harap akan terjadilah....impian pemilihan profesinal itu. Maafla, ini cakap orang kampung tapi ada kebenarannya. Soal jumpa Tan Sri Pairin pun saya rasa tak berbaloi, satu waktu dulu beliau dan Datin pernah cakap "siapa-siapapun calon PBS di Matunggong boleh menang" adakah kata-kata ini profesional? pada pendapat org biasa seperti saya yg tidak tinggi sikul TIDAK. Jadi apakah guna pendekatan profesional di kalangan politikus yg mempunyai percaturan yg kabur?
    Tuan TA, sekali lagi maaf kalau mengusik, ini pendapat peribadi saja. Wlbgpun saya ingin mengundang Amai Matunggong, GT, TAL, RY, Tuan JH dan rakan2 blogers lain memberi pendapat ttg amalan proesionalisme dalam pemilihan calon PBS. Wasalam

    ReplyDelete
  24. Tuan Kaki Gurau - Saya anggap tuan masih bergurau.. memang dalam politik tiada dikategori profesionalisme..politik tetap politik.. dalam politik suami dan isteri boleh bercerai..
    Maaf tuan Kaki Gurau .. tuan terpesong sedikit dari maksud saya sbenar.. saya juga berpendapat melalui respon tuan pada saya, tuan sedikit emosi sudah.. minta maaf la.. Apapun teruskan niat murni perjuangan tuan kaki Gurau..Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  25. Salam sejahtera Sdra kaki Gurau dan rakan2 bloggers. Sebelum saya melangkah lebih jauh, saya ingin meneka tentang kehadiran sdra dalam blog MK ini. Jika melihat kepada cop dagangan sdara (nama samaran) hehe, sdara memang tidak pernah membuat sebarang komen dalam blog ini sebab itu sya terpaksa menyelongkar setiap artikel ini kalau-kalau sdra pernah muncul sebelum ini. Tapi mungkin gambaran saya ttg sdra tidak silap, bagaimana mungkin sdra mengenali nama-nama yang sdra sebutkan di atas, jika baru dua atau tiga kali sdra membuat komen dalam blog ini. Bagi sya nama-nama yang sdara sebutkan di atas adalah 'tukang komen propesional' dalam blog ini (tdk termasuk saya)tapi apa pun sya ucapkan terima kasih kerana memasukan TAL dalam senarai sdara..hehe..

    Sdra KG, Tuan Thomas, untuk kali ini saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang buah fikiran atau komen kerana baru separuh saya tulis, isteri saya dah berkali-kali buat panggilan. Saya trpaksa ke hospital, untuk menghantar barang yang isteri saya telupa bawa masa turun kerja tadi. Maaf lain kali baru sambung lagi. Apa pun saya tertarik dgn perbincangan kamu yang sya nampak penuh tanggungjawab. Wsslam.

    ReplyDelete
  26. Tuan TAL- Semoga Tuhan melindungi seisi keluarga tuan. Tuan TAL saya positif saja ini, teruskan tanggapan tuan..

    ReplyDelete
  27. samora 1,

    Salam Tahun Baru 2011 & selamat hari Krismas kepada semua pengunjung blog MK. Artikal ini memang menarik. yg belum pernah muncul pun datang memberi pendapat. semoga MK selalu ceria bersama peminatnya. Dan saya amat setuju orang Rungus diberi peluang menduduki kerusi Parlimen ini dalam FRU13. Orang kita perlu bersama-sama dalam dewan parlimen untuk menjelaskan keadaan sebenar masyarakat ini yg dikategorikan sebagai yang termiskin di Malaysia dan kita akui hakikat kenyataan ini.
    tq.bo gia

    ReplyDelete
  28. Samora 1, Kita mengharapkan kaum kita pada kali ini diberi peluang untuk dicalonkan di Parlimen KM. Kalau benar DS Dr.Max sememangnya dilahirkan di KM/Bandau, elok juga pada PRU13 ini wakil dari Matunggong pula jadi ahli Parlimen untuk Parlimen KM. Kita nak tengok juga sejauh mana suku kaum Rungus bersuara di Parlimen. Saya tidak kata yang DS Dr.Max tidak menjalankan tugas dgn baik tapi kalau benar-benar beliau ikhlas ingin melihat Rungus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain di negara ini, tidak ada rasionalnya beliau menolak.

    ReplyDelete
  29. Selamat Krismas 2010 dan tahun baru 2011 kepada pengunjung blog ini. Saya setuju 100% cadangan sdra Gaparuk. Suatu ketika dahulu saya dalam penghujung tahun 1980-an kalau saya tidak silap bahawa setiap penggal Wakil Rakyat bagi Kawasan Parlimen Bandau digilir-gilirkan mengikut kawasan iaitu Matunggong. Langkon dan Tandek. Memandangkan ADR P168 Kota Marudu pada masa sekarang ini adalah dari Tandek, apa kata PRU13 akan datang ini calon BNnya adalah dari N4 Matunggong pula yang berbangsa Rungus. di N4 Matunggong ini kita tidak ketandusan pemimpin yang boleh mewakili suku kaum Rungus bersuara di Parlimen seperti TA, JH, WM, MM, JM (ramai JM ni) dan ramai lagi. RY pun boleh juga.. hehehe... RY belum lagi bersedia jadi YB. Kepada YB DSMJO yang juga Timbalan Presiden PBS dan terlibat secara langsung dalam pemilihan calon dari PBS-BN berikanlah peluang kepada suku kaum Rungus sebagai calon BN pada PRU13 nanti dan biarlah pilihan calon tersebut dipilih secara telus dan tidak dipengaruhi oleh ugutan-ugutan orang2 tertentu yang menjadi samseng politik. Sekian dan terima kasih..

    ReplyDelete
  30. Selamat datang ke blog MK saudara Rungkud dalam komennya dalam artikel 10 Dalil kenapa YB Sarapin........ Saya sangat tertarik dengan komen beliau yang sangat tajam dan saya anggap semua ini boleh membuka minda kepada pemimpin atasan. Kalaulah komen-komen kita dlm blog ini diambil kira oleh pemimpin-pemimpin atasan saya rasa penduduk N4 ini tidak akan jauh ketinggalan dari segi kemajuan baik dari segi ekonomi penduduk mahupun kemudahan infrastruktur. Majoriti penduduk N4 adalah orang Rungus dan beragama kristian dan mungkin mencapai 70% daripada jumlah penduduk keseluruhan. Saya tidak bermaksud untuk membantah komen sdr Rungkud mengenai soal pemilihan calon yang berketurunan Rungus dan beragama Islam. Suatu ketika dahulu UMNO pernah bertanding dengan calon daripada suku kaum Rungus dan beragama Islam. Saya mempunyai hipotesi sendiri kenapa calon tersebut tidak berjaya menambat hati pengundi N4. Ini adalah parti tersebut yang tidak disukai oleh penduduk N4. Perasaan sayang mereka terhadap PBS masih lagi tebal pada masa itu. Saya juga optimis sekiranya calon PBS-BN dari suku kaum Rungus dan beragama Islam dan PKR/SAPP dari suku kaum Rungus dan beragama Kristian saya pasti PBS-BN menang dalam PRU 13 nanti. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak tetapi ini adalah kenyataan bahawa sebahagian besar penduduk N4 masih lagi memerlukan kepimpinan PBS-BN di kawasan ini cuma perlu ada perubahan dari segi kepimpinan. Bukan bermaksud menolak kepimpinan YB yg ada sekarang tetapi kita mahukan pemimpin yang mempunyai visi jelas untuk membangunkan kawasan N4. Menubuhkan ’team work’ yang terdiri dari orang-orang Rungus yang berpendidikan tinggi adalah salah satu cara yang terbaik untuk merancang pembangunan suku kaum Rungus dan N4 Matunggong. Sekian dan terima kasih

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Saya sangat teruja dengan setiap artikel2 yang terdapat dalam blog ini.Sekian..

    ReplyDelete
  33. RAKAN PEJUANG BANGSA - APA KABAR SEMUA LAMA KITA ORANG TIDAK BERCERITA. SAYA PERCAYA SELEPAS PR SARAWAK, SABAH/SELURUH NEGARA AKAN MENJADI MEDAN KESIBUKAN MEMUNCAK UNTUK MENENTU SIAPA KERAJAAN BAKAL MENERAJUI NEGARA.. SALAM 1MALAYSIA WAHAI BANGSA KU.

    ReplyDelete
  34. Salam 1Malaysia kepada peminat blog ini yang saya rasa agak kurang aktif dari segi komen-komen. Saya sendiri pun sudah lama tak menulis komen. Ini adalah kerana belum ada isu dalam blog ini yang sesuai bagi diri saya untuk dikomen. Apa pun tahniah kepada rakyat Sarawak kerana masih lagi memilih BN sebagai parti pemerintah biarpun kehilangan beberapa kerusi tetapi inilah adatnya kerajaan yang mengamalkan demokrasi. Sekian dan terima kasih.

    ReplyDelete
  35. Turut mengucapkan Tahniah kepada pemimpin2 BN terutama pemimpin BN negeri KM, Luguan Siou dan YB. Datuk Ser Dr. Maximus yg telah menyumbang tenaga secara langsung pada medan kempen dan kini terjawap tidak sia-sia penat lelah YAB dan YB.
    Penurunan sedikit populariti BN Sarawak membawa petanda di Sabah akan datang tidak semuda memenangi majoriti besar pada PRU13. ?????... Salam 1M .. Selamat Berjuang.. Jumpa lagi.. saya nak ke Jakarta beberapa hari ini, ketemu lagi.

    ReplyDelete