PRK Batu Sapi berakhir sudah. Kemenangan Bn yang dijangka awal-awal lagi oleh rakyat Sabah telah menjadi kenyataan. Apa tidaknya kedua-dua parti pembangkang yang beria-ia untuk merebut kerusi itu dari tangan Bn berkeras untuk bertanding, berlawan sesama sendiri. Budak kecil pun boleh membuat ramalan bahawa Bn akan terus berkuasa di Batu Sapi.
Di pihak SAPP, Slogan ‘Sabah for Sabahans’ slogan yang pernah didokong oleh PBS suatu ketika dulu, nampaknya tidak banyak membantu, jika benar ramai pengundi di kawasan itu terdiri daripada PATI atau PADI, pendekatan SAPP ini seolah-olah lebih kepada usaha cubaan ‘membunuh diri’.
Di pihak PKR pula, insiden bertumbuk di lapangan terbang yang digembar-gemburkan oleh media, sedikit sebanyak mengambarkan ketidak sefahaman pemimpin PKR Sabah. Insiden itu walaupun mungkin tidak seteruk mana namun tetap menjadi isu yang mengakibatkan pengundi terpaksa berfikir dua tiga hingga empat kali samada menyokong atau menolak parti itu.
Apapun keputusan yang tidak mengejutkan di Batu Sapi telah memberikan pengajaran kepada kita. Pertama, Isu 20 perkara, kenaikan harga barang atau lebih dikenali sebagai pelarasan harga barang, menara warisan 100 tingkat dan autonomi kuasa politik Sabah, sedikitpun tidak menghalang hasrat Bn untuk mengekalkan pengusaanya di Batu Sapi. Yang keduanya, kemenangan besar PBS di Batu Sapi itu juga secara tidak langsung menafikan anggapan sesetengah pihak bahawa calon bumiputera beragama islam lebih sinonim bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari bumiputera islam. Ini terbukti apabila Datin Linda Tsen Thau Lin yang berketurunan cina boleh memperolehi undi yang begitu banyak di kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera islam dan pada masa akan datang tidak mustahil calon bumiputera islam juga boleh memenangi kerusi di kawasan yang majoriti pengundinya dari kalangan bumiputera bukan islam.
Ada juga berpendapat, rakyat Batu Sapi merupakan rakyat yang suka membalas budi. Rakyat yang tidak mudah lupa akan kebaikan pemimpin yang telah menabur bakti. Perjalanan PRK Batu Sapi walaupun singkat dikatakan bermacam-macam projek dan bantuan kilat telah diluluskan kerajaan berbanding dengan parti pembangkang yang hanya bermodalkan air liur.
Jika senario ini dijadikan alat timbang sukat apakah Matunggong pada PRU13 nanti akan mengalami nasib yang sama. Usahlah parti pembangkang melalak dan melolong ke sana kemari jika parti pembangkang masih tidak dapat bekerjasama. Pilihan raya 2008 lalu yang menyaksikan pertembungan PKR dan DAP di beberapa kawasan, seharusnya dijadikan sebagai iktibar namun masih berlaku di Batu Sapi. Tapi apa pun disebalik segala kekurangan dan kegagalan wajarlah SAPP, Pakatan Rakyat dan mungkin Bersekutu jikapun tidak berteduh di bawah satu bumbung atau menari mengikut rentak yang sama tetapi sekruang-kurangnya mereka mempunyai persefahaman, jika mereka benar-benar berhasrat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Sabah selepas PRU13 nanti.

Widget by [ Tips Blogger ]
Jika melihat kepada trend rakyat Sabah, rasanya PBS/BN tetap akan memperolehi kejayaan kalaupun PRK diadakan di Matunggong. Kita bagaikan sudah lali dengan segala apa yang selalu diperkatakan, tentang kenaikan harga barang, pembangunan yang tidak setara dengan kawasan lain di semenanjung dan macam-macam yang harus dipertikaikan oleh rakyat tapi hendak tak hendak rakyat Sabah sanggup tutup mata, sanggup melupakan segala masalah yang dihadapi akibat kurang perhatian kerajaan namun tetap memberi sokongan kepada kerajaan/BN. Rakyat tidak peduli jika harga gula dan harga barangan lain meningkat asalkan dengan ikhlas dapat menyokong kerajaan. Bina lah bangunan beratus tingkat, tapi rakyat Sabah tetap setia dengan kerajaan.
ReplyDeleteSalam sejahtera sdra AM, saya juga sependapat dengan tuan dalam hal ini. Saya tidak fikir PBS akan kalah di Matunggong pada PRU13 nanti jika pendekatan 'tutup mata' rakyat berterusan. Apa pun mungkin kita memerlukan pemimpin di Matunggong yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakyat keseluruhan. Pemimpin yang boleh menyelami hati rakyat di semua peringkat bukan saja golongan veteran (golongan lama) tetapi juga golongan baru (remaja)yang mungkin berupaya mencorakan Matunggong pada masa akan datang. Kita tidak mahu generasi kita yang akan datang tidak mempunyai pendirian dalam politik kerana telah dibiasakan dengan konsep 'mak angguk' dan 'pak turut'.
ReplyDeleteTuan AM - Salam sejahtera.di mana perginya AM baru kembali bertemu rakyat2 bloggers MK. Rasanya pendapat AM ini mengundang persoalan lanjutan saya dan penyokong orang muda dalam arena politik masa kini. Bagi saya terus terang pada masa ini hanya BN saja yang dapat menjamin masa depan negara.. saya tidak sanggup Matunggong jatuh di tangan pembangkang, elok politik yg memerintah tu sengaja tabur pembangunan d kawasan pembangkang kerana mungkin mengambil hati rakyat tapi kalau disebaliknya lagi kita bertambah tiada pembangunan.Apa yang saya cadang di sini kalau ada sesuatu yang tidak berpuas hati cari strategi/formulasi untuk mendapatkannya sebab sememangnya pemimpin tahu keperluan secara umum tapi mungkin mereka (bagi pemimpin)remeh saja atau.
ReplyDeleteSekadar pendapat peribadi. teruskan perjuangan tuan2 sekalian..
selamat bertemu kembali Tuan Thomas, cari makn punya pasal sya jarang melayari internet. Apa pun semasa PRK Batu Sapi dulu, sya pernah berselesih dgn tuan di sana. sya harap tuan terus berjuang demi kebaikan rakyat Matunggong. Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan cepat menyerah kalah.
ReplyDeleteSaudara Editor MK, cuba tuan hurai sedikit mengenai hasrat kerajaan BN mengenai pembinaan bangunan 100 tingkat menara warisan. Mungkin tuan juga tidak bersetuju dalam hal ini. kalau kita tunggu pemimpin Matunggong menyuarakan bagi pihak rakyat Matunggong, saya rasa sampai bila pun mungkin tidak ada pemimpin yg berani tampil memberikan pandangan..maaf jika pandangan tuan tidak sehaluan dgn pendapat saya.
ReplyDeleteAmai Matunggong - terima kasih ungkapan kata tuan.. saya akan pertimbangkannya..
ReplyDeleteSaudara MK, sebilangan rakyat Sabah merasa kecewa dan sudah berputus asa untuk menentang BN. Nampaknya pengaruh BN semakin kuat di Sabah selepas PRK Batu Sapi. PKR juga kini semakin tertekan, bila seorang demi seorang pemimpin mereka keluar meninggalkan parti itu. Apa yang pasti, saya lihat BN akan tetap berkuasa di Sabah. Kalau pun barangkali PR atau SAPP memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Sabah pada PRU13 nanti, sudah pastilah hanya kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari KDM. Tunggu dan lihat.
ReplyDeleteTuan Selipar Jipun - Soal2 meroba pemerintah bukannya senang.Kalaupun Sabah pembangkang memerintah apalah dapat perubahan mungkin.. Kalau perubahan senegara itu mungkin .. Nga pemimpin pembangkangpun tidak meyakinkan pada masa kini..
ReplyDeleteSaudara Thomas, saya bersetuju dgn pandangan saudara walaupun ada beberapa perkataan yang saudara guna saya tidak paham. Apa-apa pun jangan lah harap satu malaysia (bukan 1Malaysia) pembangkang boleh kuasai pada PRU13 ini, sedangkan Batu Sapi pun pembangkang tidak dapat kuasai, apa lagi satu Malaysia. Kalau dicampur kedua-dua undi pembangkang pun masih lagi tidak boleh lawan undi BN di Batu Sapi. Ini bermakna jika satu lawan satu pun BN tetap menang. Parlimen Kota Marudu? apa pandangan saudara Thomas?
ReplyDeletePengundi Parlimen Kudat
Tuan Anonymous - Saya amat yakin Parlimen Kota tetap d tawan oleh BN kecuali sala satu komponan besar BN menghiananti.. (maaf menggunakan perkataan menghianati)
ReplyDelete