Followers

Sunday, November 28, 2010

Kesedaran Pentingnya Pendidikan Masayarakat Rungus

Jika dilihat dari dahulu sehingga sekarang, ramai anak-anak muda khususnya di Matunggong yang tidak mempunyai pendidikan, sebagaimana yang kita harapankan agar bangsa kita melahirkan ramai generasi yang berpendidikan dan profesional bukan saja memiliki kemahiran malah memiliki taraf pendidikan yang tinggi setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Saya juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, apa lagi tergolong diantara mereka yang digelar profesional, namun impian untuk melihat lebih ramai lagi bangsa Rungus khususnya di daerah kecil Matunggong yang berpendidikan dan menjadi seseorang yang profesional justeru berpengaruh didaerah Matunggong adalah sangat tinggi. Saya bangga dengan individu-individu (Rakyat Matunggong) yang berpendidikan tinggi dan tersenarai dalam golongan-golongan yang profesional, kerana mereka adalah contoh terbaik bagi masayarakat kita (MATUNGGONG).

Namun jika dilihat pada masa kini, masih ramai di antara kita (Ibu bapa/Generasi-genarasi baru) yang tidak sedar akan pentingnya pendidikan, kerana ianya ialah pemangkin masa depan seseorang.Sememangnya ada banyak lagi sebab lain, tapi saya mengambil ini sebagai perkara yang ingin dikatan, kerana hal inilah yang selalu diucapkan mereka, kelihatanya seperti sudah menjadi kata-kata hikmat. Saya tidak mengadili sesiapa, akan tetapi alasan yang kita selalu dengar daripada golongan ibu bapa khususnya bagi anak-anak mereka yang baru selesai (SPM/STPM) mereka selalu berkata "Aso siin pamalanja tanganak sumikul/Tidak punya duit untuk membiayai pembelajaran anak sekolah"). Ini bukanlah fakta yang betul, apa lagi untuk dijadikan sebagai alasan. Untuk melanjutkan pembelajaran, kerajaan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan seperti (PTPTN/MARA)malahan biasiswa juga disediakan bagi mereka yang berkelayakan, kemiskinan bukanlah penghalang kepada kita untuk berjaya dalam pendidikan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Saya tidak segan untuk menyatakan keperitan hidup keluarga saya kerana ini adalah suntikan semangat bagi masayarakat kita di Matunggong. Ibu saya sendiri Asmoi Minjun semasa zaman sekolahnya dahulu mempunyai latar belakang keluarga serba kekurangan, zaman sekolahnya tidak seperti rakan-rakanya yang lain sering berkecukupan,wala sehingga pernah semasa tiba masa untuk beliau kembali ke sekolah di (SMK/ABDUL RAHIM), beliau hanya diberi RM 2.00, cukup untuk membiayai perjalan pergi ke sekolah sahaja. Namun disebabkanupun mungkin tidak semua sama, namun keinginan untuk mengubah kehidupan dan ingin mengejar pendidikan, semuanya itu dilakukan dengan tabah dan sukacita. Hari ini saya dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada kehidupan Ibu saya di zaman sekolah beliau. Ternyata dengan adanya pendidikan ianya boleh melakukan transfomasi yang besar dalam kehidupan. Tujuan saya menyatakan ini bukanlah untuk membangga-banggakan keluarga saya, tapi sebagai suntikan sem! angat bagi bangsa kita,tidak ada alasan bahawa kedaifan hidup kita menjadi penghalang untuk berjaya,saya berharap masayarakat kita berfikiran lebih terbuka lagi untuk kemajuan bangsa kita sendiri.

Kesedaran yang tinggi mengenai usaha meningkatkan kesedaran berhubungan pentingnya pendidikan di kalangan masayarakat kita Rungus perlu dipertingkatkan melalui pendedahan dan penyertaan awam bagi memberi kesedaran dan pemahaman mengenai isu pendidikan dikalangan bangsa kita. Untuk mengikis stigma ketidaksedaran pentingnya pendidikan perlu membabitkan individu, keluarga, orang ramai, masayarakat sekeliling dan dikalangan profesional. Ini merupakan cabaran utama yang kita hadapi dikalangan masayarakat kita, ini kerana ianya berkait rapat dengan masa depan masayarakat rungus di daerah kita khususnya(MATUNGGONG.)..

"Impikan satu kelompok bangsa yang berpendidikan, justeru menyumbang kepada kemajuan negara kita MALAYSIA"


OLEH: EGMENT

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau sutruktur ayat: EDITOR MK.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

2 comments:

  1. Sdra Egment - Tahniah kerana memiliki minda paradigma, minda berintikan transformasi.

    ReplyDelete
  2. Sdra Egment,
    Tahniah anda berani memaparkan kelemahan masyarakat kita.Artikel saudara kurang respon ,mungkin tak setuju atau mungkin sedang mengutuk tanda bantahan.
    Namun itu memang realiti dan secara peribadi saya juga mempunyai misi untuk ingin melihat masyarakat rungus kita setanding dengan kaum lain khususnya macam kaum dari Tambunan dan Penampang.
    Saya amat setuju,itulah alasan masyarakat kita aso siin dan berserah kepada nasib asal apasi om aso susuzan dino bansa vokon tu memang inondoi kinoringan ka.
    Namun begitu,hasrat kita mungkin tak ke mana.mungkin saudara macam saya juga tiada kuasa untuk merealisasikan impian tersebut.
    Sebenarnya ada juga segelintir kecil orang kita yang ingin study hingga peringkat phd.termasuk saya sendiri.Tapi yang malang itu,pemimpin-pemimpin kita sendiri yang hanya dalam manisfesto semasa pilihanraya saja ada misi memperjuangkan pendidikan selepas menang lain cerita.Perjuangan beralih ke material.
    Sepatutnya pemimpin-pemimpin inilah yang punya power memberi suntikan semangat kepada kita semua tidak kira muda ka atau dah berumur.Pembelajaran itu adalah aktiviti sepanjang hayat.
    Sesungguhnya harapan kita,YB yang sedia ada dan bakal YB akan datang.Berikanlah dorongan,buat seminar bagaimana rungus boleh bersaing melalui pendidikan.kerna saya percaya bilangan pemegang phd rungus kita di utara ini mungkin belum mencecah 20 orang,pemegang master belum mencecah 100 orang.
    Jadi,saya juga sebagaimana saudara Egment menyeru kepada semua warga rungus agar menyedari hakikat bahawa hanya melalui pendidikan yang tinggi maka masyarakat kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat lain.Selain itu,dengan ilmu yang tinggi dapatlah kita membuat pertimbangan-pertimbangan secara profesional.
    Saya juga merayu kepada pemimpin=pemimpin politik khususnya,sokong lah kami,apa salah kalau ada dalam kalangan rungus ingin continue study ke peringkat master apatah lagi peringkat phd. sokonglah kami dan support lah kami.Mungkin tidak salah jika YB2 sudi menghulur bantuan dalam lingkungan RM4,000 kepada ahli rungus kita yang melanjutkan pelajaran.itu merupakan motivasi kepada masyarakat kita.

    Sekian.Moga Rungus boleh bersaing dalam pendidikan.

    ReplyDelete