Followers

Friday, April 15, 2011

Jelani Hamdan bertekad filemkan perjuangan Aki Kulindod selepas Ginavoku Ginavonu

Pencarian barisan pelakon bagi telemovie Ginavoku Ginavonu (GKGN) kini semakin ke penghujung bila 60% dari pelakon yang diperlukan untuk menjayakan telemovie tersebut telah pun dikenal pasti. Telemovie pertama yang diberi judul dalam bahasa Rungus ini akan memulakan penggambaran pada 9hb Mei 2011 dimana lokasi penggambaran hampir sepenuhnya dibuat di daerah kecil Matunggong dan selebihnya Kota Marudu dan Kepayan.


Perhati ... Eksekutif Produser Jelani Hamdan turut memerhatikan sesi ujibakat

Ujibakat yang telah diadakan di tingat 6, Bangunan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu iaitu pada 9hb dan 10hb April lalu agak mendukacitakan kerana tidak ramai dari suku kaum Rungus yang merupakan sasaran ujibakat mengambil peluang menyertai ujibakat tersebut.


Ujibakat....Dua orang peserta menunjukan bakat masing-masing

Eksekutif Produser bagi telemovie ini, Tuan Jelani Hamdan yang turut datang ke lokasi ujibakat, melahirkan rasa kesal ditatas kurangnya penyertaan suku kaum Rungus yang diharapkan boleh memegang pelbagai watak bagi telemovie pertama yang cuba mencungkil bakat-bakat baru dikalangan suku kaum Rungus dalam bidang senilakon.


Pengarah P Dik Ganai (membelakang) memberi sedikit tips kepada peserta berbaju hitam

“Kita cuba mencungkil bakat dikalangan suku kaum Rungus yang berbakat dalam bidang senilakon tetapi tidak berpeluang menunjukan bakat mereka melalui produksi lain di negara ini. Saya juga berharap telemovie ini nanti bakal melahirkan artis-artis Rungus setanding dengan artis lain di negara ini,” katanya bila di tanya mengapa beliau sanggup membiayai pembikinan telemovie tersebut.


Cuba nasib..pelakon YB Mandi Tak Basah turut mencuba nasib

“Selepas telemovie ini, saya akan terbitkan sebuah lagi telemovie atau mungkin juga sebuah filem yang 100% berbahasa Rungus. Filem berkenaan mungkin mengisahkan tentang sejarah perjuangan pahlawan Rungus yang terbilang suatu ketika dulu agar generasi Rungus yang akan datang dapat menghayati perjuangan Phalawan Rungus yang jarang didedahkan kepada umum dengan mudah melalui filem itu nanti,” kata Jelani Hamdan.


Potensi...kedua peserta berpotensi untuk melangkah lebih jauh

“Jika sejarah perjuangan Hang Tuah sebagai pahlawan kaum melayu telah banyak kali difilemkan, kenapa perjuangan pahlawan Rungus seperti Aki Kulindod tidak boleh difilemkkan,” tambahnya penuh bersemangat.


Daftar...Peserta ujibakat sedang mengisi borang penyertaan

Susulan dari ujibakat tersebut Bayo Pictures SDN BHD yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembikinan telemovie ini telah pun menyenarai pendek beberapa nama peserta yang layak untuk memegang watak-watak tertentu. Artis-artis yang terpilih akan dihubungi sebaik saja ujibakat terakhir akan diadakan tidak lama lagi bagi mencari beberapa lagi pemegang watak yang tidak diperolehi semasa sesi ujibakat terdahulu.

Menurut Pengarah P Dik Ganai (Fdam), jika ujibakat kali terakhir ini masih gagal menemui pelakon yang sesuai untuk memegang watak-watak yang masih kosong, beliau dan Eksikutif Produser, Jelani Hamdan terpaksa mengambil pelakon sedia ada yang telah pun menempah nama dalam bidang lakonan.

Seperti biasa tarikh ujibakat akan diberitahu melalui laman facebook, blog dan surat khabar tempatan seperti Utusan Borneo, New Sabah Times dan Daily Express.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, March 21, 2011

Ginavoku Ginavonu-Surat perjanjian dimeterai


KOTA KINABALU: 17/03/2011, Upacara memeterai surat perjanjian diantara RFM/UFM group yang diwakili oleh Presiden SAMORA Tuan Jelani Hamdan selaku Eksekutif Produser bagi telemovie berjudul Ginavoku Ginavonu dengan Bayo Pictures SDN BHD yang diwakili oleh P Dik Ganai (FDAM) berjalan lancar seperti yang dirancang. Detik-detik memeterai surat perjanjian itu yang secara tidak langsung mengukir satu lagi sejarah buat suku kaum Rungus di Sabah turut disaksikan oleh wakil-wakil media tempatan dan artis Noni AF5.


Bersalaman - Pengarah P Dik Ganai bersalaman dengan Eksekutif Produser Jelani Hamdan selepas menandatangani surat perjanjian

Menurut Jelani Hamdan, beliau sengaja mengambil pendekatan memilih judul dalam bahasa Rungus walaupun skrip telemovie tersebut adalah Bahasa Malaysia, memandangkan Telemovie tersebut merupakan telemove pertama yang akan dibintangi oleh 80 peratus suku kaum Rungus dan selebihnya Cina, Bajau dan Melayu sesuai dengan konsep 1Malaysia.


Adakah kedua remaja ini bakal Hero dan Heroin Ginavoku Ginavonu?

“Kita juga cuba mengetengahkan bahasa Rungus dan budaya suku kaum Rungus melalui telemovie ini” kata Jelani Hamdan ketika diajukan soalan oleh beberapa wartawan yang menemuramah beliau.


Noni AF5 dua dari kiri, sempat bergambar bersama DJ-DJ RFM

Untuk memantapkan lagi barisan pelakon yang akan membintangi telemovie ini nanti, Bayo Pictures SDN BHD akan mengadakan sesi ujibakat di daerah Kudat yang akan diadakan di bilik mesyuarat Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat pada 26/03/2011, bermula seawal jam 9.00am hingga 5.00pm. Calon-calon yang terpilih nanti akan diberikan bengkel selama dua hari sebagai persediaan sebelum calon-calon berkenaan berhadapan dengan lensa kamera.

Jelani Hamdan berharap mereka yang berminat untuk mencungkil bakat terpendam terutama suku kaum Rungus agar mengambil peluang ini.

“Harapan saya telemovie ini merupakan langkah pertama kearah melahirkan artis Rungus dalam bidang senlakon yang boleh bersaing dengan artis-artis lain suatu hari nanti,” katanya.

Ginavoku Ginavonu akan memulakan penggambaran pada bulan April tahun ini bermula di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan selebihnya di Matunggong.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, March 3, 2011

Bersatu demi masa depan Matunggong

Lama sangat rasanya saya berehat dari membuat sebarang ulasan dan pandangan khususnya mengenai pergolakan politik. Bukan apa, sejak PRK Parlimen Batu Sapi yang telah diadakan tahun lalu saya seolah-olah kehilangan minat untuk membuat sebarang ulasan atau pandangan yang kebanyakanya saya timba dari rakan-rakan yang memang otai dalam politik atau paling tidak pun melalui pengamatan saya samada melalui media elektronik atau media alternatif. Hal-hal lain yang masih perlu saya pertimbangkan ialah kemana halatuju sokongan blog ini samada menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang pada masa akan datang. Blog Matunggong Kini yang selama ini bersikap atas pagar, tidak berat sebelah kepada mana-mana parti mahu pun pemimpin. Mengkritik dengan cara berhemah dan membina, lalu saya terus berfikir samada konsep tersebut perlu diteruskan atau tidak dan ternyata semua itu membantutkan sebarang cubaan saya untuk menghasilkan tulisan yang berunsur politik.

Sejak saya mula menulis dalam blog ini, nama-nama pemimpin veteran Rungus seperti Datuk Mathius Majihi (DMM), Datuk George Abbah Mengimpal (DGAM) pernah saya ketengahkan yang saya anggap sebagai pemimpin Rungus yang cukup berjasa kepada rakyat Matunggong manakala nama-nama pemimpin ‘baru’ seperti mantan Wakil Rakyat Jornah Mozihim, YB Sarapin Magana, Thomas Arinjamal, Jelani Hamdan, Berman Angkap dan beberapa orang lagi turut mendapat ‘tempat’ dalam blog ini yang saya anggap mereka ini boleh meneruskan kepimpinan terdahulu. Masing-masing mempunyai latar belakang pengalaman dan tahap akademik yang saya kira mampu menjana anjakan paradigma di kawasan Matunggong walaupun mereka yang saya sebutkan di atas mendapat pelbagai kritikan dari pengunjung setia blog ini.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi (bukan demokasi) lambat laun pemilihan untuk menentukan siapa yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai meneruskan kepimpinan terdahulu pasti akan menemui titik penghujungnya nanti. Samda parti pembangkang akan menerajui tampuk pemerintahan negara atau kerajaan yang ada sekarang ini terus berkuasa akan ditentukan kelak selepas saja pengiraan kotak-kotak peti undi selesai pada PRU13 nanti. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Matunggong, samada YB Sarapin akan terus diberi mandat oleh rakyat atau disebaliknya. Dalam kem PBS, pemilihan Ketua Bahagian mungkin diadakan tidak lama lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai ada kalangan pemimpin muka baru dalam PBS Matunggong akan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian yang kini disandang oleh YB Sarapin Magana. Dan jika ini benar-benar berlaku, apakah YB Sarapin Magana mampu mempertahankan jawatan Ketua Bahagian itu nanti. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang lebar mengenai hal ini. Kita tunggu dan lihat.

Apa pun yang berlaku nanti, secara peribadi saya berharap agar kita terus bersatu untuk masa depan Matunggong. Mungkin kita tidak boleh hidup dalam satu bumbung politik atau terlalu mustahil dapat menggunakan kereta dengan jenama yang sama, tapi kita mungkin boleh fikirkan bagaimana kita bersatu walaupun berlainan pandangan politik, berlainan agama dan sebagainya demi generasi anak-anak Matunggong yang akan datang.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, February 12, 2011

Pekan Sikuati dicemari sampah sarap menjijikan



Bagi mereka yang pernah berkunjung ke pekan Sikuati Kudat, mungkin pernah melihat pemandangan yang menjijikan lagi meloyakan ini. Sampah sarap yang bertaburan di atas jalanraya bagaikan tidak dipedulikan lagi oleh sesiapa. Apakah Majlis Daerah Kudat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan pekan ini tidak menjalankan tugas? atau sengaja membiarkan sampah sarap sebagai santapan mata yang amat menjijikan.

Pekan Sikuati yang merupakan laluan dan tempat persinggahan ramai pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Tanjung Sempang Mengayau (Tips Of Borneo) pasti melihat pemandangan yang memabukan sekalipun tidak minum todi. Diharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan membersihkan sampah sarap tersebut agar pekan Sikuati bebas dari pemandangan yang meloyakan.
Klik disini untuk baca seterusnya »»