Followers

Tuesday, October 27, 2009

Farhanna berbakat besar dalam bidang nyanyian


Farhanna Francis bercita-cita menjadi penyanyi

Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Itulah gambaran paling tepat tentang gadis tinggi lampai berasal dari kampung Tinutudan Kudat. Farhanna Francis atau lebih dikenali dengan panggilan Anna di kalangan rakan-rakanya amat berbakat dalam bidang nyanyian dan jika bakatnya digilap, gadis berusia 16 tahun ini pasti berjaya dalam bidang nyanyian. Bapa kepada Farhanna, Francis Baharun bukan saja pencipta lagu-lagu tempatan yang semakin mendapat perhatian di negeri Sabah, malah beliau adalah seorang pengiat seni budaya yang cukup aktif mempromosi dan memperkenalkan beberapa tarian kebudayaan etnik Sabah ke luar negara.



Francis Ku Baharun - Pencipta lagu dan penulis lirik lagu 'Sugandoi'

"Saya akan cuba bimbing Anna untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang penyanyi jika diizinkan Tuhan," kata Francis ketika dihubungi Matunggong kini semasa Pesta Gong Matunggong 2009 baru-baru ini. Francis merasa yakin anaknya akan memperolehi kejayaan dalam bidang seni suara melihat kepada pencapaian Farhana yang seringkali mendapat tempat pertama dalam sebarang pertandingan nyanyian yang pernah disertainya.


Farhanna - berdebar menunggu keputusan pemilihan akhir pertandingan nyanyian Pesta Gong Matunggong 2009.

Farhanna yang membawa lagu Sugandoi ciptaan bapanya semasa pertandingan nyanyian pesta Gong Matunggong 2009 itu telah merangkul hadiah johan dan menewaskan 10 peserta lain. Bagi peminat lagu-lagu tempatan, lagu Sugandoi bukan lagi asing bgai mereka disebabkan lagu tersebut selalu mendapat permintaan untuk diputarkan di corong-corong radio tempatan seperti Sabah VFM dan Suria FM.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment