Followers

Monday, November 2, 2009

Keputusan Dr.Jeffrey meletakan Jawatan Naib Presiden PKR terburu-buru.


Selepas perlantikan Thamrin sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah seperti yang dijangka ramai pemerhati politik, Dr. Jeffrey Kitingan akhirnya melepaskan semua jawatanya dalam PKR. Dr. Jeffrey bagaimanapun pada awalnya menafikan perletakan jawatanya ada kena mengena dengan perlantikan Thamrin sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah menggantikan Azmin Ali.

Bagi Dr. Jeffery keputusan beliau meletakan semua jawatan dalam PKR itu ada kebenaranya jika benar kepimpinan pusat PKR seperti yang didakwanya melalui akhbar Berita Harian 30 Oktober 2009, yang dipetik sebagai berkata, pemimpin tertinggi parti itu (PKR) tidak memperdulikan suara akar umbi PKR Sabah. Dr.Jeffrey mendakwa DSAI hanya mahu pemimpin Sabah yang boleh dikawal dan tidak berkelibar untuk menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Persoalanya mengapa Dr. Jeffrey meletakan jawatan setelah beliau tidak dilantik sebagai ketua perhubungan PKR Sabah? Mungkinkah Jeffrey tidak berbuat demikian jika pucuk pimpinan parti melantiknya sebagai ketua perhubungan PKR yang baru?

Sebagai pemimpin yang berkelibar dan berpengelaman luas dalam bidang politik, Dr. Jeffrey tidak sepatutnya mengambil tindakan secara terburu-buru melepaskan semua jawatanya dalam PKR yang mengakibatkan timbulnya pelbagai tanggapan buruk dan prasangka yang negatif, samada datangnya dari pihak yang sememangnya anti terhadap kepimpinan beliau atau rakyat Sabah terutama masyarakat KDMR yang masih mengharapkan Jeffrey menjadi hero bagi menghadapi kekuatan BN pada PRU13 nanti. Jikapun Dr. Jeffrey mengambil keputusan untuk keluar dari PKR, beliau seharusnya mengambil kira pandangan rakyat Sabah yang menyokong kepimpinanya terlebih dahulu kerana jika perjuangan beliau benar-benar telus, beliau tidak berseorangan dalam hal ini. Rakyat Sabah masih menghargai ‘pengorbanan’ yang pernah beliau lakukan semasa era PBS dulu

Dalam keadaan sekarang Dr. Jeffrey mungkin boleh menyertai PBS walaupun sudah pasti beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam parti itu. Dalam politik, tidak ada istilah musuh kekal dan begitu juga sebaliknya namun rakyat Sabah mungkin memberi tanggapan yang lebih buruk lagi terhadap kepimpinan beliau jika beliau menyertai PBS dalam masa terdekat ini. Kita masih percaya tidak semua rakyat Sabah yang menyokong beliau semasa dalam PKR turut bertindak keluar meninggalkan parti itu jika Dr. Jeffrey menyertai BN.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

1 comment:

  1. Memang patut DJK keluar dari parti PKR. Kalau boleh tubuhkan parti baru. Saya pasti kemana pun DJK mesti mempunyai penyokong yang ramai. Saya tidak bersetuju kalau DJK dikatakan meletakan jawatan secara terburu-buru. Itu cuma kebetulan dan telah difikir masak-masak sebelum mengambil tindakan. Tindakan itu memang wajar dan tepat pada masanya. DJK tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia mempunyai pengalaman dalam politik. Kemana pun DJK, saya tetap menjadi penyokong kuat beliau..

    ReplyDelete