Followers

Wednesday, January 27, 2010

Sejarah dan masa depan momogun rungus dalam bidang politik

Sejak kerajaan Perikatan (1967) dulu penglibatan Momogun Rungus dalam bidang politk telah bermula. Nama-nama seperti Mondorusun, Angkangon, Tinjan Ambu, George Abah Mengimpal, Sait Giuk, Jiun Masagi, Tuntudun Masagi, Oloh, Patrick Manjil Madalag, Joe Ojihi Supiring, Amil Matinggi, Sagang, Mangipat Kuyanga dan mungkin beberapa nama lagi yang tidak sempat sebutkan di sini adalah pemimpin awal masyarakat rungus dan penaraju dalam bidang politik.

Diantara nama-nama yang disebutkan di atas, George Abah Mengimpal merupakan momogun rungus pertama yang berjaya dipilih menjadi Ahli Parlimen (1978-1982) setelah memenangi kerusi Parlimen P.147 Bandau semasa era kerajaan parti Berjaya . Beliau juga merupakan anak momogun rungus pertama mendapat darjah kebesaran bergelar ‘Datuk’. Manakala Patrick Manjil Madalag merupakan anak momogun rungus pertama menyandang jawatan sebagai Setiausaha Politik (era kerajaan Berjaya). Selepas itu pada tahun 1981, Amil Matinggi pula mencatat sejarah sebagai anak Momogun Rungus pertama dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.4 Matunggong juga semasa era kerajaan Berjaya. Seorang lagi ahli politik rungus yang dianggap cukup menyerlah pada masa itu, iaitu Joe Ojihi Supiring. Pernah memegang jawatan Pegawai Lembaga Padi Sabah kawasan Kudat, sebelum dipilih sebagai ahli parlimen bagi kawasan P.146 Marudu (1986-1994) kemudian dilantik sebagai setiausaha politik (1994-1999)

Walaupun mungkin perjuangan dan pengorbanan mereka dalam bidang politik tidak lah sehebat mana kerana mungkin dihambat oleh keterbatasan akademik berbanding dengan kaum-kaum lain yang turut mengambil peranan dalam percaturan politik pada masa itu, namun masyarakat Momogun Rungus pada hari ini seharusnya merasa terhutang budi kerana nama-nama yang disebutkan di atas merupakan peneraju dan perintis jalan kepada genarasi sekarang. Tanpa penglibatan awal mereka, masyarakat Momogun Rungus mungkin masih jauh ketinggalan bukan saja dalam bidang politik bahkan dalam bidang sosio ekonomi dan sebagainya.

Penglibatan mereka dalam bidang politik dilihat sebagai titik permulaan yang telah membuka mata dunia akan kewujudan masyarakat Momogun Rungus sebagai kaum yang beridentiti walaupun suatu ketika dulu semua kawasan yang sepatutnya diwakili oleh suku kaum ini terpaksa diwakili oleh suku kaum lain.

Di Matunggong misalnya bermula dari era pemerintahan kerajaan Berjaya (1975-1985) dan selepas itu kerajaan PBS (1985-1994) yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah menyaksikan lebih ramai lagi dari suku kaum ini yang diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin. Datuk Mathius Majihi, Hendry Madatang Morejal, Datuk Markus Majihi dan Atung Mangabis merupakan nama-nama yang tidak asing lagi dalam kalangan suku kaum Momogun Rungus. Bagaimanapun Datuk Mathius Majihi merupakan wakil rakyat yang dianggap paling berjaya walaupun sebilangan rakyat mengkritik kepimpinan beliau yang penuh dengan kontroversi. Beliau juga merupakan suku kaum Momogun Rungus pertama yang diberi kepercayaan memegang portfolio Pembantu Menteri.

Masyarakat Momogun Rungus di Matunggong sekali lagi menghadapi ujian getir bila wanita pertama dari suku kaum ini mencuba nasib menguji sejauh mana sokongan rakyat terhadap pemimpin dari kalangan wanita. Dalam masa aura PBS masih bersinar di Matunggong, Jornah Mozihim mampu mengekalkan kerusi keramat PBS sekaligus menjadi wantia pertama dalam kalangan Momogun Rungus dipilih sebagai Adun dan terus mengekalkan tradisi portfolio tertinggi yang pernah dipegang oleh wakil rakyat terdahulu iaitu Pembantu Menteri.

Kesemua Adun momogun rungus yang pernah dipilih di Matunggong, Atong Mangabis dianggap Adun yang kurang bernasib baik kerana menjadi wakil rakyat semasa PBS dalam pembangkang, walaupun ramai yang menganggap beliau merupakan hero PBS Matunggong kerana sanggup mendaki gunung dan menurunui lurah bersama PBS, dan sudah tentu amat mustahil jika beliau dilantik memegang sebarang portfolio dalam kerajaan.

Sarapin Magana pula merupakan Adun pertama dikalangan wakil rakyat Matunggong yang tidak diberikan sebarang portfolio dalam kabinet walaupun rakyat Matunggong menaruh harapan tinggi menggunung dengan penyingkiran Jornah dari bertanding semula pada PRU12, rakyat Matunggong dianugerahkan jawantan Menteri Penuh dalam kabinet melalui Sarapin Magana. Dari sudut kelebihan undi, Sarapin Magana telah mengatasi undi yang pernah diperolehi Jornah Mozihim pada PRU11.

Melihat pada senario ini apakah masa depan politik suku kaum Momogun Rungus akan terus merudum atau senario ini hanya secara kebetulan. Fikir-fikirkan lah.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, January 22, 2010

COLA dan elaun rumah guru dipotong?

Belum pun reda isu pemotongan peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah yang membantutkan pelbagai aktiviti sampingan sekolah seperti tuisyen, kini timbul lagi isu yang melibatkan semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) yang dikatakan akan dipotong bermula pada Februari 2010.

Jika berita ini benar, sudah pasti ramai guru-guru di ngara ini akan berhadapan dengan masalah besar tambahan lagi kenaikan harga beberapa barangan runcit berikutan kenaikan harga gula baru-baru ini pasti melemahkan semagat warga pendidik yang merupakan aset kepada pembentukan genarasi masyarakat berilmu. Kita berharap berita ini hanyalah khabar agin yang tidak akan menjadi kenyataan.


KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.


Baca artikel seterusnya disini: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/01/cola-dan-elaun-rumah-sudah-pasti-akan.ht
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, January 18, 2010

Jangan jadikan keluarga kita penutur terakhir bahasa KDMR

Fenomena kepupusan bahasa terutama masyarakat minoriti di dunia ini bukanlah perkara baru. Menurut kajian Professor Steve Sutherland dari Universiti East Anglia, United Kindom, pada tahun 2006, melaporkan bahawa kadar kepupusan bahasa di dunia sejak 500 tahun dahulu melebihi kadar kepupusan burung dan mamalia. Kenyataan ini amat membimbangkan kerana mendapati semakin meningkat maju pesekitaran masyarakat minoriti semakin cepat kepupusan bahasa itu berlaku.

Di Sabah pelbagai usaha telah dan akan dijalankan untuk membendung masalah kepupusan bahasa ibunda. Bahasa KDMR yang semakin diancam kepupusan amat membimbangkan kita. Menurut kajian hampir setiap tahun ratusan penutur terakhir dalam satu-satu keluarga KDMR pergi meninggalkan kita. Genarasi KDMR yang telah biasa menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan seharian, terus hanyut bersama dengan arus kemajuan tanpa memikirkan implikasi kepupusan bahasa ibunda turut melenyapkan identiti bangsa.

Sebagai contoh Keluarga A mempunyai 4 orang anak iaitu B,C,D dan E. Setelah mereka mendirikan rumahtangga anak-anak A iaitu B,C dan D mengambil pendekatan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan di rumah. Dalam situasi ini kepupusan bahasa ibunda masih belum dirasai sepenuhnya kerana A (ibu/bapa) B,C,D,E masih boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda. Tetapi setelah A meninggal dunia, tinggal lagi B,C,D dan E boleh menguasai bahasa ibunda dengan baik. Masa berlalu tanpa kita sendari, berpuluh tahun kemudaian setelah B,C,D dan E meninggal dunia, kepupusan bahasa mula berlaku. Anak-anak mereka iaitu cucu kepada A tidak lagi boleh bertutur dalam bahasa ibunda dan fenomena ini akan berterusan kepada genarasi yang akan datang sehingga pada akhirnya bahasa ibunda akan punah sama sekali dimuka bumi ini walaupun tercatat bangsa KDMR dalam kad pengenalan mereka.

Menyedari hakikat ini, masyarakat KDMR di Sabah seharusnya mengambil bahagian dan bersedia memikul tanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibunda dari terus mengalami kepupusan. Jangan jadikan keluarga kita penutur terakhir bahasa KDMR.

Seiring dengan perkembangan ini, Puan Jornah Mozihim, mantan Adun Matunggong, telah berusaha menubuhkan Persatuan Kebudayaan Rungus (RCA) yang telahpun didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 10/10/2009. Antara matlamat penubuhan persatuan ini ialah mendokumentasikan bahasa rungus dalam bentuk penerbitan buku dan sebagainya. RCA mensasarkan seramai 500 orang ahli menjelang AGM persatuan ini pada bulan Mac 2010. Anda boleh melayari blog rasmi persatuan ini di http://rca-sabah.blogspot.com


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, January 14, 2010

Terima kasih Tuan Guru Niz Aziz

Penganut agama kristian di negara ini merasa terharu diatas lawatan yang dibuat oleh Mursydul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Aziz (TGNA) di beberapa buah gereja di kuala lumpur sebagai menunjukan rasa simpati terhadap penganut kristian di negara ini susulan dari beberpa insiden siri serangan ke atas beberapa buah gereja di negara ini, walaupun lawatan itu mungkin mengundang pelbagai reaksi dan presepsi dari pelbagai pihak.

Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan lawatanya ke gereja-gereja yang terbakar kerana dikhianati, umpama menziarahi orang yang sakit.

Kesediaan Nik Aziz membuat lawatan di gereja-gereja berkenaan kalaupun mungkin disalah anggap oleh segelintir masyarakat, namun sikap pemimpin Pas itu perlu diberi penghormatan khususnya penganut kristian di negara ini tanpa mengira ideologi politik. Keikhlasan beliau membuat lawatan di beberapa gereja dilihat mampu memulihkan tanggapan serong masyarakat terhadap agama islam terutama penganut kristian di negara ini sekalipun ada yang mengatakan lawatan beliau lebih kepada meraih sokongan masyarakat bukan islam di negara ini.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan itu pernah melawat kuil hindu dan buddha di Tumpat suatu ketika dulu. Ini menggambarkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin islam yang benar-benar cintakan keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia. Menurut TGNA lawatan tersebut secara tidak langsung dapat menterjemahkan keindahan agama islam kepada golongan bukan islam.

Masyarakat kristian di Sabah mengucapkan terima kasih kepada TGNA


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, January 12, 2010

Berkas segera golongan tidak bertanggungjawab untuk mengelakan tuduhan

Cubaan membakar rumah ibadat penganut agama kristian saban hari bertambah. Ramai yang menuding jari kepada penganut agama islam dan tidak kurang juga yang mengandaikan bahawa perlakuan keji ini didalangi kelompok manusia yang provokatif dan mengambil kesempatan diatas kemelut yang melanda negara untuk memburukan dan membusukan lagi keadaan.

Hakikatnya umat krisitan di negara ini berada dalam keadaan yang amat sukar, bermula dari 4 buah gereja yang diserang oleh golongan manusia yang tidak berperikemanusian, disusuli insiden cuban membakar beberapa buah gereja lagi selepas itu. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan ketakutan dan kerisauan kepada penganut agama kristian di negara ini malah turut mendatangkan ketakutan dan kebimbangan kepada pelancong dari luar negara terutama pelancong yang beragama kristian untuk melawat negara ini. Masalah ini jika tidak dapat diatasi segera sudah tentu mendatangkan implikasi yang merugikan negara dan rakyat Malaysia keseluruhanya.

Pihak keselamatan seharusnya melipatgandakan usaha agar golongan yang tidak bertanggungjawab ini dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan. Selagi tidak ada tangkapan dibuat maka pelaku ini terus menjadi misteri dan tuduhan demi tuduhan berterusan yang menuding kepada golongan tertentu walaupun belum dibuktikan. Keadaan sedemikian membawa kepada perpecahan hubungan antara kaum dan agama yang semakin merunsing di negara ini. Kita bimbang slogan 1Malaysia yang baru meniti dibibir rakyat Malaysia akan berkubur begitu saja tanpa mencapai objektif yang diharapkan


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, January 11, 2010

Kenyataan Media: Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Gereja

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10hb Januari 2010

Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.

Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.

Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.

Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.

Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)

Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri. (al-Ankabut, 29:46)

Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.

Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.

Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.

ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang

link: http://anwaribrahimblog.com
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Kekalkan suasana aman di negeri Sabah

Tak tahu nak cakap apa lagi. Nampaknya dalam tiga hari ini sudah 7 buah Gereja diserang termasuk sebuah gereja di Miri Sarawak yang merupakan gereja pertama diserang di Malaysia Timur yang sebelum ini di sebut-sebut sebagai salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan hidup dalam suasana yang amat harmoni selain Sabah.

Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, kita menaruh harapan agar insiden ini tidak berlaku di Sabah berikutan insiden menyerang gereja sudahpun berlaku di Sarawak. Ekoran kejadaian ini, ramai kalangan rakyat Sabah yang beragama islam samada melalui laman facebook atau blog merayu agar tindakan seumpama ini dihentikan dengan segera. Ramai berpendapat masalah ini segara dibawa ke meja rundingan untuk mencari titik penyelesaian.

Konsep 1Malaysia di Sabah yang pernah disiarkan di blog ini beberapa bulan lalu memperlihatkan bagaimana rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan agama, hidup aman damai sejak lama dulu. Hubungan harmoni yang telah diamalkan sekian lama tidak harus dimusnahkan dengan sekelip mata, tambahan lagi mahkmah telah menagguhkan keputusan membenarkan Herald menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Kita tidak mahu melihat keakraban hubungan antara kaum dan agama di Sabah akan terjejas jika insiden ini berlaku juga di Sabah. Lebih teruk lagi insiden ini mungkin akan menjejaskan institusi kekeluargaan dimana ramai penduduk Sabah mempunyai ahli keluarga yang menganut berlainan agama dan tinggal dalam satu kampung. Malah terdapat penganut agama Kristian tinggal sebumbung dengan penganut agama islam contohnya, ada ahli keluarga yang telah memeluk agama Islam tapi masih tinggal bersama dengan keluaraga yang beragama Kristian.

Marilah kita kekalkan negeri Sabah sabagai sebuah negeri yang terus aman walaupun penduduknya terdiri dari pelbagai anutan agama, belainan bangsa dan keturunan.


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, January 9, 2010

Pemimpin Islam Kutuk Serangan Ke Atas Empat Gereja

Jumaat, 08 Januari 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 8 Januari - Di Shah Alam, perhimpunan aman turut menjadi medan untuk pemimpin Islam mengutuk serangan ke atas empat gereja di Lembah Kelang.

Dan pengerusi majlis sendiri berkata pihaknya tidak membantah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah selagi tidak disalahgunakan dan menimbulkan ketegangan.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 500 orang ini terpaksa di pindahkan dari perkarangan masjid ke dalam dewan masjid kerana tidak mempunyai permit polis.

Penganjur perhimpunan menyifatkan sesi ini sebagai usaha memberi keterangan bersabit isu kalimah Allah dari kaca mata pentadbiran masjid dan surau.

“Kita hendak jelaskan kita tiada masalah sebenarnya kalau bukan Islam hendak menyebut kalimah Allah. Sebut kalimah Allah tidak ada masalah yang jadi isunya petang ini, salahguna kalimah Allah untuk tujuan yang kita rasa boleh menyebabkan ketegangan agama dan bangsa di Malaysia,”kata Pengerusi majlis, Mahadi Mohamad.

Perhimpunan aman masjid negeri ini turut membabitkan badan pertubuhan bukan kerajaan.

Ia meluluskan tiga resolusi termasuk menasihati semua penganut agama supaya tidak menyalahgunakan kalimah Allah.

Selain beberapa kain rentang turut dipasang di sekitar pintu masuk masjid bagi mengumpul tandatangan sokongan untuk resolusi berkenaan.

Baca artikel seterusnya disini:http://www.selangorkini.com.my/my/berita/9170

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan ingin melihat konsep 1Malyasia menjadi satu kenyataan, saya berharap agar para penganut agama Kristian di Malaysia terutama penganut Kristian di negeri Sabah tidak bertindak membalas serangan-serangan ini. Kita berharap PDRM dapat menjalankan tugas dengan telus untuk menjaga keamanan negara.


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, January 6, 2010

ISNA Commends Malaysian Court Ruling that Affirms Religious Freedom of Christians

From Islamic Society of North America
FOR IMMEDIATE RELEASE

(Plainfield, IN – January 4, 2010) The Islamic Society of North America (ISNA) commends the landmark ruling by a Malaysian Court on December 31, 2009, that affirms the religious freedom of Malaysian Christians. The ruling asserts that Christians have the right to use the word “Allah” to translate “God” into Bahasa Melayu, the Malaysian language. It strikes down a government ban that was placed in 2007 on the use of the term in Christian literature.

The opponents of the use of the word Allah in reference to God have argued that the term “God” is usually translated by Malaysians who follow faiths other than Islam as “Tuhan” in Bahasa Melayu, not “Allah.” They insist that “Allah” should only be used to refer to God in Islam. This argument is contrary to both Islamic understanding and practice.

The Qur’an is quite explicit that Muslims worship the same God recognized by Christians. The Qur’an commands Muslims to declare that the God they worship and the one worshiped by the followers of revealed books, including Christians, is one: “… and say: We believe in that which has been revealed to us and revealed to you, and our God and your God is One, and to Him do we submit.” (Qur’an 29:46)

With regards to actual and historical practices, Christian Arabs have been using the word “Allah” to refer to God in their religious sources since the inception of Islam, and have never been challenged by private Muslims or Muslim governments on this ground. Islamic law is clear that followers of the Christian faith have the right to practice their religion according to their own religious teachings.

We call on the Malaysian government to uphold the religious freedom of Christians and to let the court ruling stand. We also urge Muslim NGOs to respect Islamic teachings and long-held Islamic traditions, and to withdraw their opposition to the use of the word “Allah” by their Christian compatriots.

Link: http://anwaribrahimblog.com


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, January 5, 2010

Kenyataan PKR mengenai isu kalimah Allah

KENYATAAN MEDIA

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH”

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Baca artikel seterusnya disini: http://amkpermatangpauh.wordpress.com


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, January 2, 2010

Kenaikan harga gula membebankan penduduk luar bandar

Kenaikan harga gula memang telah dijangka sebelum akhir tahun 2009 lagi dan kenaikan harga ini nampaknya menjadi kenyataan setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menaikan harga gula berkuatkuasa 1hb Jan 2010 akibat daripada lonjakan kenaikan harga gula mentah di pasaran antarabangsa.

Kenaikan sebanyak 20 sen sekilogram bukanlah mahal sangat namun biasanya sesuatu barangan keperluan asas akan mengakibatkan kenaikan berangkai kepada barangan keperluan lain seperti biskut, roti dan produk lain yang mempunyai kandungan gula.

Kenaikan harga gula ini mungkin tidak membebankan bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan tetap tetapi bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap terutama masyarakat yang tinggal di luar bandar, kenaikan sebanyak 20 sen agak membebankan. Jika harga gula di Sabah dijual dengan harga RM1.75 sekilogram di kawasan bandar, maka bayangkanlah kos yang terpaksa dibayar oleh masyarakat kampung yang tinggal jauh dari kawasan bandar untuk mendapatkan sekilogram gula setelah kenaikan harga gula berkuatkuasa semalam.

Sebelum kenaikan harga gula, terdapat peniaga di kawasan luar bandar di Sabah terpaksa menjual sekilogram gula dengan harga RM2.00 sekilogram. Kos pengangkutan yang agak tinggi mendorong para peniaga di kawasan luar bandar menaikan harga barangan runcit termasuk gula untuk menampung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk mengangkut barangan tersebut, peniaga terpaksa melalui jalan tidak berturap yang agak jauh dari kawasan bandar.

Dengan kenaikan haga gula ini, sekali lagi masyarakat luar bandar di Sabah terpaksa berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang meningat. Penduduk luar bandar perlu mengoptumum dan melipatgandakan usaha agar anak-anak yang menjadi tanggungan mereka sentiasa mendapat gizi makanan yang mencukupi.


Klik disini untuk baca seterusnya »»