There was an error in this gadget

Followers

Saturday, January 2, 2010

Kenaikan harga gula membebankan penduduk luar bandar

Kenaikan harga gula memang telah dijangka sebelum akhir tahun 2009 lagi dan kenaikan harga ini nampaknya menjadi kenyataan setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menaikan harga gula berkuatkuasa 1hb Jan 2010 akibat daripada lonjakan kenaikan harga gula mentah di pasaran antarabangsa.

Kenaikan sebanyak 20 sen sekilogram bukanlah mahal sangat namun biasanya sesuatu barangan keperluan asas akan mengakibatkan kenaikan berangkai kepada barangan keperluan lain seperti biskut, roti dan produk lain yang mempunyai kandungan gula.

Kenaikan harga gula ini mungkin tidak membebankan bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan tetap tetapi bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap terutama masyarakat yang tinggal di luar bandar, kenaikan sebanyak 20 sen agak membebankan. Jika harga gula di Sabah dijual dengan harga RM1.75 sekilogram di kawasan bandar, maka bayangkanlah kos yang terpaksa dibayar oleh masyarakat kampung yang tinggal jauh dari kawasan bandar untuk mendapatkan sekilogram gula setelah kenaikan harga gula berkuatkuasa semalam.

Sebelum kenaikan harga gula, terdapat peniaga di kawasan luar bandar di Sabah terpaksa menjual sekilogram gula dengan harga RM2.00 sekilogram. Kos pengangkutan yang agak tinggi mendorong para peniaga di kawasan luar bandar menaikan harga barangan runcit termasuk gula untuk menampung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk mengangkut barangan tersebut, peniaga terpaksa melalui jalan tidak berturap yang agak jauh dari kawasan bandar.

Dengan kenaikan haga gula ini, sekali lagi masyarakat luar bandar di Sabah terpaksa berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang meningat. Penduduk luar bandar perlu mengoptumum dan melipatgandakan usaha agar anak-anak yang menjadi tanggungan mereka sentiasa mendapat gizi makanan yang mencukupi.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

2 comments:

  1. harap2 harga minuman tidak naik mendadak..Harap pihak berkuasa memantau setiap peniaga yang mengambil kesempatan atas kenaikan harga gula ini untuk kebaikan pengguna..

    ReplyDelete
  2. Kalau nanti air kopi O pun mo naik sampai RM2, kurang lah sikit orang duduk bersembang di kedai kopi. Dapat juga buat kerja berfaedah..hehe

    ReplyDelete