Tak tahu nak cakap apa lagi. Nampaknya dalam tiga hari ini sudah 7 buah Gereja diserang termasuk sebuah gereja di Miri Sarawak yang merupakan gereja pertama diserang di Malaysia Timur yang sebelum ini di sebut-sebut sebagai salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan hidup dalam suasana yang amat harmoni selain Sabah.
Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, kita menaruh harapan agar insiden ini tidak berlaku di Sabah berikutan insiden menyerang gereja sudahpun berlaku di Sarawak. Ekoran kejadaian ini, ramai kalangan rakyat Sabah yang beragama islam samada melalui laman facebook atau blog merayu agar tindakan seumpama ini dihentikan dengan segera. Ramai berpendapat masalah ini segara dibawa ke meja rundingan untuk mencari titik penyelesaian.
Konsep 1Malaysia di Sabah yang pernah disiarkan di blog ini beberapa bulan lalu memperlihatkan bagaimana rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan agama, hidup aman damai sejak lama dulu. Hubungan harmoni yang telah diamalkan sekian lama tidak harus dimusnahkan dengan sekelip mata, tambahan lagi mahkmah telah menagguhkan keputusan membenarkan Herald menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.
Kita tidak mahu melihat keakraban hubungan antara kaum dan agama di Sabah akan terjejas jika insiden ini berlaku juga di Sabah. Lebih teruk lagi insiden ini mungkin akan menjejaskan institusi kekeluargaan dimana ramai penduduk Sabah mempunyai ahli keluarga yang menganut berlainan agama dan tinggal dalam satu kampung. Malah terdapat penganut agama Kristian tinggal sebumbung dengan penganut agama islam contohnya, ada ahli keluarga yang telah memeluk agama Islam tapi masih tinggal bersama dengan keluaraga yang beragama Kristian.
Marilah kita kekalkan negeri Sabah sabagai sebuah negeri yang terus aman walaupun penduduknya terdiri dari pelbagai anutan agama, belainan bangsa dan keturunan.

Widget by [ Tips Blogger ]
saya ingin menyeru kepada semua ketua-ketua aliran gereja di wilayah kudat-matunggong khususnya supaya mengambil bahagian secara positif antaranya mengadakan sidang ketua-ketua gereja dalam usaha menangani krisis melibatkan pembakaran gereja. Selain itu, langkah berjaga-jaga juga perlu dibuat sebagai usaha melindungi keselamatan di kesemua gereja di wilayah kudat khususnya. kita tidak boleh meletakkan tugas ini kepada pihak polis semata-mata sedangkan tugas ini kita boleh buat dan hak kita melindungi gereja. torima kasih.
ReplyDelete