Followers

Saturday, January 9, 2010

Pemimpin Islam Kutuk Serangan Ke Atas Empat Gereja

Jumaat, 08 Januari 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 8 Januari - Di Shah Alam, perhimpunan aman turut menjadi medan untuk pemimpin Islam mengutuk serangan ke atas empat gereja di Lembah Kelang.

Dan pengerusi majlis sendiri berkata pihaknya tidak membantah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah selagi tidak disalahgunakan dan menimbulkan ketegangan.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 500 orang ini terpaksa di pindahkan dari perkarangan masjid ke dalam dewan masjid kerana tidak mempunyai permit polis.

Penganjur perhimpunan menyifatkan sesi ini sebagai usaha memberi keterangan bersabit isu kalimah Allah dari kaca mata pentadbiran masjid dan surau.

“Kita hendak jelaskan kita tiada masalah sebenarnya kalau bukan Islam hendak menyebut kalimah Allah. Sebut kalimah Allah tidak ada masalah yang jadi isunya petang ini, salahguna kalimah Allah untuk tujuan yang kita rasa boleh menyebabkan ketegangan agama dan bangsa di Malaysia,”kata Pengerusi majlis, Mahadi Mohamad.

Perhimpunan aman masjid negeri ini turut membabitkan badan pertubuhan bukan kerajaan.

Ia meluluskan tiga resolusi termasuk menasihati semua penganut agama supaya tidak menyalahgunakan kalimah Allah.

Selain beberapa kain rentang turut dipasang di sekitar pintu masuk masjid bagi mengumpul tandatangan sokongan untuk resolusi berkenaan.

Baca artikel seterusnya disini:http://www.selangorkini.com.my/my/berita/9170

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan ingin melihat konsep 1Malyasia menjadi satu kenyataan, saya berharap agar para penganut agama Kristian di Malaysia terutama penganut Kristian di negeri Sabah tidak bertindak membalas serangan-serangan ini. Kita berharap PDRM dapat menjalankan tugas dengan telus untuk menjaga keamanan negara.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment