Followers

Sunday, May 30, 2010

Ulama UMNO Bakar Kapal

Saya cukup tertarik dengan kenyataan Dr.Mohd Asri yang disiarkan dalam blog beliau MINDA TAJDID yang disiarkan pada 29hb Mei 2010. Secara peribadi walaupun saya bukan penganut agam Islam, kenyataan beliau cukup menyentuh hati saya. Berikut kenyataan beliau yang saya copy paste dari blog peribadi beliau:-

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.
Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.
Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.
Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.
Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Sumber: Minda Tajdid
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Apakah kriteria dan ciri-ciri calon yang sesuai di N.4 Matunggong

Saya sengaja menulis entri yang berlainan dari yang pernah saya tulis sebelum ini. Saya ingin mengajak saudara-saudara terutama pembaca blog ini untuk memberikan pendapat mengenai ciri-ciri dan kriteria pemimpin yang sesuai untuk dipilih menjadi Wakil Rakyat N.4 Matunggong pada masa akan datang. Walaupun mungkin pandangan kita hanya berkisar dalam blog ini dan tidak mempengaruhi mana-mana keputusan siapa dan kriteria yang bagaimana dipilih oleh pucuk pimpinan parti tetapi sekurang-kurangnya kita telah memberikan pandangan. Saya berharap biarlah pandangan saudara-saudara nanti telus, ikhlas dan berhemah tanpa menyentuh soal peribadi seseorang.

Seperti yang kita ketahui hampir setiap kali pilihan raya diadakan, setiap kali itu lah kita berhadapan dengan masalah calon samada calon dari parti kerajaan atau calon dari parti pembangkang.

Kita menyedari tidak ada manusia yang amat sempurna dalam dunia ini. Mungkin seseorang itu banyak kelebihanya akan tetapi pasti ada kekuranganya. Calon berkenaan mungkin berpendidikan tinggi tapi dari sudut lain memiliki sikap yang tidak transperan Jauh sekali meletakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

Ada juga berpendapat mantan ADUN yakni mereka yang pernah menjadi wakil rakyat sesuai dipilih semula kerana meraka lebih berpengalaman, tidak lagi teraba-raba dan tahu selok-belok menangani pelbagai masalah rakyat. Bagaimmanapun bagi ADUN yang telah meninggalkan parut yang dalam semasa menjadi wakil rakyat berkemungkinan sukar untuk menambat hati rakyat kalau pun pucuk pimpinan memilih semula atas sebab-sebab tertentu.

Di Matunggong meskipun ramai yang mengkritik tindakan pucuk pimpinan meletakan muka baru setiap kali pilihan raya diadakan, namun kita hampir tidak percaya bahawa masih terdapat ramai, malah terlalu ramai dalam kalangan kita bersetuju dan mengalu-alukan tindakan itu dengan alasan calon baru atau muka baru yang dipilih masih segar tanpa sebarang noda dalam menguruskan hal ehwal rakyat. Kalangan berpendapat muka-muka baru ini jauh lebih baik dan masih belum alpa menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat berbanding dengan wakil rakyat yang sudah lama berkhidmat.

Seperti yang saya sentuh awal-awal tadi, pandangan kita hanya lah pada blog ini dan tidak mempengaruhi mana-mana keputusan pucuk pimpinan samada parti pemerintah apa lagi pihak pembangkang namun kita menaruh harapan pucuk pimpinan mengambil kira pandangan rakyat dan suara majoriti siapa calon yang bakal dipilih nanti.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, May 20, 2010

Tidak ada cawangan PBS menyertai Umno di Matunggong



Matunggong: “Saya tidak pernah berniat untuk menamatkan jawatan Ketua Kampung dan sejak saya menjadi Wakil Rakyat Matunggong, belum ada seorangpun Ketua kampung yang saya telah tamatkan perkhidmatanya,” Sarapin Magana, berkata demikian ketika berucap marasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Cawangan PBS, Kampung Bonduk yang diadakan pada 14 Mei lalu di rumah panjang KDCA kampung Bonduk.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khbar angin yang mendakwa kononya beliau telah menyenaraikan beberapa nama Ketua-Ketua Kampung di kawasan Matunggong yang akan ditamatkan perkhidmatanya tidak lama lagi.

“Saya bukan jenis pemimpin macam itu,” katanya.

Sarapin juga menafikan khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan 18 Cawangan PBS Matunggong, telah menyertai UMNO.

“Sebenarnya orang-orang yang mendakwa telah menyertai UMNO adalah segelintir ahli UMNO yang sedia ada di Matunggong yang mungkin tidak berpuas terhadap kepimpinan saya dan mereka ini tidak pernah menjadi ahli PBS,” katanya.

Mengulas tentang mangsa tadahan air Milau, Sarapin mengakui bahawa projek itu dibuat dalam keadaan kelam kabut dan tergesa-gesa. Sepatutnya pihak yang menjalankan projek tersebut menyediakan penempatan dan prasarana kepada mangsa-mangsa yang terlibat terlebih dahulu sebelum memulakan projek tersebut untuk mengelakan timbulnya masalah penempatan bagi mereka yang terlibat.

Mengenai pilihan raya akan datang (PRU13), Sarapin mengesa ahli-ahli PBS terus memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada parti tanpa mengira siapa calon PBS yang akan diletakan di kawasan itu. Beliau berharap siapa pun calon yang akan bertanding nanti seharusnya mendapat majoriti undi melebihi apa yang diperolehinya pada PRU12 lalu.

Sementara itu dalam Majlis yang sama Mantan Wakil Rakyat Matunggong, Puan Jornah Mozihim meminta kerajaan mengujudkan semula DUN Langkon sejajar dengan kehendak rakyat di kawasan itu. Pengujudan semula DUN Langkon katanya secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kawasan Matunggong yang dikenal pasti salah satu kawasan termiskin di negeri ini bila DUN Matunggong yang kini meliputi kawasaan yang agak besar sehingga ke kampung Menggaris dikecilkan. Selain itu katanya pengujudan semula kawasan itu memudahkan Wakil Rakyat memantau keperluan dan masalah yang dihadapi rakyat.

Dalam ucapanya, Jornah juga menyentuh tentang betapa pentingnya mengikis sikap suka berpindah randah dari parti komponen lain kepada parti komponen lain walaupun parti tersebut berada dalam satu bumbung yang sama.

“Saya menggesa ahli-ahli PBS di kawasan ini terutama ahli-ahli cawangan untuk terus memberi sokongan kepada PBS. Kita harus menanamkan tekad untuk terus berjuang melalui parti PBS. Kita tidak mahu melihat PBS kalah pada pilihanraya akan datang,”

“Sekali kita mengalami kekalahan dan kehilangan kerusi PBS di kawasan ini, agak mustahil untuk kita mendapatkanya kembali,” kata Jornah.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, May 15, 2010

Tubuhkan Alumni Bekas Unduk Ngadau

Saudara Pengarang,

Ini adalah sekadar berkongsi idea. Saya terfikir,setiap daerah di sabah,masing2 berlumbah2 mahu mempopurlarkan daerah mereka dgn pelbagai cara dgn tujuan ntk mengangkat budaya mereka di mata masyarakat dalam dan luar.Dan dgn itu sempena pesta kaamatan ini di mana begitu sinonim dgn pertandingan unduk ngadau,saya terfikir satu idea,sejak kita masyarakat rungus sudah ada pesta yg kita sambut setiap tahun yg mana baru saja di sambut sekali pada tahun lalu iaitu pesta MAGAHAU RUNGUS,kenapa kita tidak ketengahkan gadis2 cantik kita untuk mempromosikan perayan tersebut ntk tujuan yg baik seperti mempromosikan budaya RUNGUS? Caranya ialah,kita ada mantan atau pun bekas2 GIMPUHUT rungus atau lebih dikenali sebagai unduk ngadau yg begitu berpengalaman bertanding di peringkat negeri.Kenapa kita tidak buat satu ALUMNI BEKAS2 UNDUK NGADAU yg pernah mewakili masyarakat rungus ntk tujuan melaksanakan kerja2 kebajikan ntk tujuan memperkembangkan atau mempromosikan budaya masyarakat rungus yang begitu unik di mata dunia......gadis2 rungus begitu cantik2 belaka. Kita patut bangga ada mereka yg dikira pernah menggalas tanggungjawab ntk mengangkat budaya rungus di mata masyarakat luar..mempertaruhkan segalah kebijaksanaan,cuma nasib saja yg tidak pernah menyebelahi mereka yg setakat ini belum pernah memenangi title unduk ngadau negeri sabah..namun kita tahu ada cara lain ntk kita menaikkan nama budaya RUNGUS!!!

Kiriman: Davisca Phlip

Nota: Artikel ini disiarkan tanpa diedit oleh pihak editorial Matunggong Kini Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, May 14, 2010

Pesata Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong 2010

13 Mei 2010

MATUNGGONG: Huguan Siou Datuk Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kerajaan bercadang untuk mendirikan perpustakaan di Daerah Kecil Matunggong pada tahun ini. Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan jalan raya Pinawantai – Matunggong dan jalan pekan baru Matunggong untuk dinaik taraf. Belau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong 2010.


Rasmi - Huguan Siou berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong

Sementara itu Wakil Rakyat Matunggong Sarapin Magana ketika berucap pada majlis itu berharap agar perayaan Pesta Kaamatan dapat mencetuskan perpadauan dan kerjasama dikalangan rakyat berbilang kaum di daerah ini.


Huguan Siou diiringi YB.Sarapin Magana

“Sambutan perayaan kaamatan bukan saja mampu memupuk semangat perpaduan dikalangan berbilang kaum di Matunggong malah dapat memberi impak positif dari segi perubahan ekonomi, ini kerana perayaan seumpama ini dapat menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negera untuk melihat keunikan pelbagai budaya suku kaum di Matunggong,” kata Sarapin.


Sambut-ketibaan Huguan Siou disambut AJK penganjur

Sarapin berkata, Matunggong merupakan tumpuan pelbagai agensi kerajaan memberi bantuan terutama petani dan nelayan sebagai kumpulan sasar, bagaimanapun mereka haruslah berusaha gigih untuk mencapai usaha murni kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan.

Persembahan koir kg.Tinutudan pimpinan Charles Osingko

Beliau juga berkata, pada tahun 2009 sahaja, kerajaan melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah meluluskan empat buah projek tanaman getah berkelompok dengan keluasan melebihi 1000 ekar dan merupakan satu rekod di Matunggong yang belum penah dibuat sebelum ini. Disamping itu pada tahun yang sama 187 permohonan tanaman getah secara individu yang melibatkan 800 ekar keluasan tanah keseluruhanya juga telah diluluskan.


Wanita rungus lengkap berpakaian tradisi

“Saya juga difahamkan pada tahun ini tiga buah projek tanaman getah berkelompok telah diluluskan dan saya berharap agar pihak LIGS dapat menambah satu lagi projek serupa seperti yang diluluskan pada tahun 2009,” katanya.


Upacara 'Mongingkogos'

Sarapin menyifatkan projek tanaman getah di Matunggong sebagai berjaya jika dilihat dari pendapatan pekebun getah di daerah ini ada yang melebihi sepuluh ribu sebulan.


Kagum - pelancong amat kagum dengan pakaian tradisi kaum rungus

Seperti biasa Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun dipenuhi dengan acara-acara tradisional seperti tarian kebudayaan oleh pelbagai etnik dan kaum, persembahan koir, acara sukan gusti tangan. Tarik tali, pertandingan Sugandoi dan pertandingan Unduk Ngadau yang merupakan acara kemuncak.


Pemenang Unduk Ngadau- dari kiri, Cally Priscilla Mangabis (Tempat kedua), Rikha Idora Jefry (Johan) dan Mezah Janaim (tempat ketiga)

Turut hadir memeriahkan lagi acara itu ialah Adun N.5 Tandek, Anita Baranting dan Mantan Adun Matunggong, Jornah Mozihim.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, May 11, 2010

Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran

10 Mei 2010

Matunggong: “Saya berjanji akan mengatasi masalah sistem saliran untuk kegunaan padi sawah yang tuan-tuan kemukakan secepat mungkin,” demikian dinayatakan oleh wakil rakyat Matunggong YB Sarapin Magana ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran yang diadakan di dewan serbaguna kampung Rondomon.


Berucap-ADUN Matunggong YB Sarapin Magana

Sarapin berkata, walaupun perkara tersebut tidak sesuai dibangkitkan pada masa itu yang dikhuatiri merosakan mood/suasana perayaan kaamatan, namun sebagai respon kepada rungutan petani-petani di kampung Rondomon, beliau berjanji akan berhubung dengan pihak berwajib mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.


upacara simbolik menuai padi

“kita telah berusaha untuk mengadakan pesta kaamatan disetiap mukim bagi memberi peluang kepada rakyat Matunggog merayakan pesta kaamatan di kawasan mukim masing-masing. Tanpa kerjasama dan usaha gigih pesta kaamatan seumpama ini tidak akan berjaya dilaksanakan,” kata Sarapin.


Johan pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Mukim Tambuluran Cik Cally Priscilla Mangabis

Menurut Sarapin, Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran merupakan pesta kaamatan peringkat Mukim yang terakhir diadakan di Matunggong pada tahun ini selepas mengadakan lima perayaan yang sama.


Johan Sugandoi Cik Cherylvesella Jelson

Seperti biasa, acara yang cukup mendapat perhatian daripada pengunjung adalah acara pertandingan ratu pesta kaamatan atau lebih dikenali Unduk Ngadau. Seramai 6 peserta berentap merebut gelaran Johan Unduk Ngadau Peringkat Mukim Tambuluran 2010. Selain pertandingan ratu, pertandingan sugandoi juga diadakan bagi memilih peserta yang berbakat dalam bidang seni suara.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, May 4, 2010

Gara-gara ekzos, polis trafik saman

Saudara Pengarang,

Mungkin kita biasa melihat kereta-kereta modifikasi yang telah pun diubahsuai dengan begitu cantik merangkak di jalan-jalanraya dan lazimnya pemasangan aksesoris cantik selalunya memerlukan perbelanjaan yang mahal. Bagaimanapun terdapat pemilik kereta merungut bila pemasangan aksesoris mengundang saman polis trafik.

Baru-baru ini seorang rakan saya telah disaman polis trafik gara-gara memasang paip ekzos yang dikatakan terlalu besar dan polis trafik mengeluarkan saman mungkin kerana bunyi dari ekzos tersebut terlalu bising.


Nampak cantik tapi mengundang saman polis trafik

Dalam soal ini, saya tidak mahu menyalahkan polis trafik kerana menyaman rakan saya atas kesalahan tersebut namun apa yang saya persoalkan disini ialah, apakah tidak ada penguatkuasaan kerajaan terhadap premis-premis perniagaan yang menjual aksesoris kereta agar pelanggan tidak tertipu dan terbeli aksesori 'haram' yang menyalahi undang-undang.



Sepatutnya pihak berwajib memantau bukan saja aksesori yang telah dipasang oleh pengguna pada kenderaan mereka tetapi turut membuat pemeriksaan keatas peniaga aksesoris kenderaan agar mereka tidak sewenang-wenangnya menjual barangan yang menyalahi undang-undang.


TEN

Jika pengedar dadah ditangkap kerana menjual dadah kepada pelangganya, mengapa pula peniaga aksesoris kenderaan yang tidak mematuhi sepsifikasi JPJ tidak dikenakan tindakan kerana menjual aksesoris kereta yang bakal dikenakan saman.

Apa yang menjadi masalah ialah aksesoris kereta terutama paip ekzos yang dijual kepada pelanggan tidak dapat ditentukan tahap kekuatan bunyi sebelum dipasang pada kenderaan. Dalam keadaan ini sudah tentu penjual tidak akan menerima barangan yang telah dijual jika sekiranya pelanggan mengembalikan ekzos tersebut dengan alasan bunyi ekzos terlalu bising.

Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya agar pelanggan tidak akan terus tertipu pada masa akan datang.

TEN - Kudat

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, May 3, 2010

Konsert Rohani Belia PCS Tinutudan

01 mei 2010

Matunnggong: Konsert Rohani Belia PCS Kg.Tinutudan yang diadakan setiap bulan berlangsung lagi. Kali ini seramai 40 belia mengambil bahagian bagi menjayakan konsert tersebut dengan tema “MELANGKAH MAJU BESAMA YESUS” yang diadakan di Gereja PCS Kg. Tinutudan.


Lagu rohani - Sebahagian peserta yang menjayakan Konsert Rohani

Disamping menyampaikan lagu-lagu rohani, mereka juga mementaskan sketsa yang berkisar tentang kehidupan remaja yang dipengaruhi oleh masalah sosial terutama penyalahgunaan dadah, pengaruh alkohol dan rokok dalam kalangan remaja.


Heldie Harun - Pengerusi Belia PCS Tinutudan

Pengerusi Belia PCS Kg Tinutudan, Heldie Harun yang juga merupakan Pengerusi Penganjur berkata, konsert yang diadakan setiap bulan oleh persatuan belia ini bertujuan untuk menyedarkan remaja Kristian agar mereka tidak terpengaruh dengan kegiatan yang tidak bermoral yang merupakan masalah yang selalu dihadapi remaja di negara ini.


Turut bergambar - Pengerusi AJKG PCS Tinutudan, Charles Osingko duduk 3 dari kiri dan Pdt. Daniel Oduhau, duduk 4 dari kiri

“Kita berharap konsert ini dapat mendorong para belia di kampung ini untuk menggunakan karunia Tuhan yang ada dalam diri mereka sendiri pada jalan yang benar disamping memberi kebebasan kepada para belia menemukan diri mereka sendiri dalam penyembahan kepada Tuhan,” jelas Heldie.

Sementara itu Pengerusi AJKG PCS Tinutudan, Charles Osingko berharap lebih ramai remaja di sekitar kampung Tinutudan dan kampung berdekatan dapat menyaksikan konsert rohani pada masa akan datang.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, May 2, 2010

Penggunaan daun kayu sebagai bekas makanan mengurangkan pemanasan global

30 April 2010

Matunggong : Penggunaan bekas makanan yang diperbuat dari bahan asas sitrofom atau polistren seharusnya diharamkan penggunaanya sebagai salah satu langkah mengatasi pencemaran alam sekitar yang menjurus kepada pemanasan global yang semakin merunsingkan sejak kebelakangan ini.


Berucap - Mantan ADUN Matunggong YBH.Jornah Mozihim

Gesaan tersebut dibuat oleh mantan wakil rakyat Matunggong Jornah Mozihim ketika berucap pada Mesyuarat Agong Persatuan Warga Emas Matunggong 2010 (PERMAS) yang diadakan di Dewan Serbaguna Tinangol.

Jornah Mozihim yang juga merupakan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) merangkap penasihat PERMAS mengesa ahli-ahli PERMAS agar menjadi perintis kepada masyarakat di negeri ini (Sabah) untuk mengaplikasikan semula penggunaan daun kayu sebagai alternatif kepada penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polistren.


Warga emas berminat mendengar penjelasan Mantan Adun Matunggong

"Kita sedar saranan penggunaan semula daun kayu seperti yang digunakan secara tradisi suku kaum Rungus untuk membungkus nasi seolah-olah memaksa kita berundur beberapa langkah ke belakang, namun menyedari hakikat bahawa kita perlu melakukan sesuatu bagi memastikan dunia selamat dihuni anak-anak dan genarasi akan datang, maka kita perlu mengorbankan sedikit kemudahan yang ada pada hari ini," tegas Jornah

"Sebagai sebuah persatuan, sudah tentu kita berbangga jika dapat membantu masyarakat dunia mengatasi masalah penipisan lapisan ozon yang mengakibatkan berlakunya pamanasan global. Walaupun mungkin sumbangan ahli-ahli PERMAS amat kecil kearah itu namun sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk membantu masyarakat dunia," tambah Jornah lagi


Nasi yang dibungus menggunakan daun kayu dari spesis ini boleh bertahan sehingga 2 hari tanpa menggunakan bahan pengawet

Jornah berkata, penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polistren amat meluas ketika musim perayaan. Ini mungkin disebabkan harga bekas makanan tersebut amat murah dan senang diselengarakan berbanding dengan penggunaan bekas makanan lain. Bagaimanapun bekas makanan yang diperbuat dari polistren tidak mudah lupus selepas menjadi bahan buangan dan selalunya kaedah membakar bahan tersebut dilakukan sebagai langkah pelupusan yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Mesyuarat Agong PERMAS kali yg kedua ini telah dirasmikan oleh YB Sarapin Magana ADUN N.4 matunggong.
Klik disini untuk baca seterusnya »»