Followers

Sunday, May 30, 2010

Apakah kriteria dan ciri-ciri calon yang sesuai di N.4 Matunggong

Saya sengaja menulis entri yang berlainan dari yang pernah saya tulis sebelum ini. Saya ingin mengajak saudara-saudara terutama pembaca blog ini untuk memberikan pendapat mengenai ciri-ciri dan kriteria pemimpin yang sesuai untuk dipilih menjadi Wakil Rakyat N.4 Matunggong pada masa akan datang. Walaupun mungkin pandangan kita hanya berkisar dalam blog ini dan tidak mempengaruhi mana-mana keputusan siapa dan kriteria yang bagaimana dipilih oleh pucuk pimpinan parti tetapi sekurang-kurangnya kita telah memberikan pandangan. Saya berharap biarlah pandangan saudara-saudara nanti telus, ikhlas dan berhemah tanpa menyentuh soal peribadi seseorang.

Seperti yang kita ketahui hampir setiap kali pilihan raya diadakan, setiap kali itu lah kita berhadapan dengan masalah calon samada calon dari parti kerajaan atau calon dari parti pembangkang.

Kita menyedari tidak ada manusia yang amat sempurna dalam dunia ini. Mungkin seseorang itu banyak kelebihanya akan tetapi pasti ada kekuranganya. Calon berkenaan mungkin berpendidikan tinggi tapi dari sudut lain memiliki sikap yang tidak transperan Jauh sekali meletakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

Ada juga berpendapat mantan ADUN yakni mereka yang pernah menjadi wakil rakyat sesuai dipilih semula kerana meraka lebih berpengalaman, tidak lagi teraba-raba dan tahu selok-belok menangani pelbagai masalah rakyat. Bagaimmanapun bagi ADUN yang telah meninggalkan parut yang dalam semasa menjadi wakil rakyat berkemungkinan sukar untuk menambat hati rakyat kalau pun pucuk pimpinan memilih semula atas sebab-sebab tertentu.

Di Matunggong meskipun ramai yang mengkritik tindakan pucuk pimpinan meletakan muka baru setiap kali pilihan raya diadakan, namun kita hampir tidak percaya bahawa masih terdapat ramai, malah terlalu ramai dalam kalangan kita bersetuju dan mengalu-alukan tindakan itu dengan alasan calon baru atau muka baru yang dipilih masih segar tanpa sebarang noda dalam menguruskan hal ehwal rakyat. Kalangan berpendapat muka-muka baru ini jauh lebih baik dan masih belum alpa menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat berbanding dengan wakil rakyat yang sudah lama berkhidmat.

Seperti yang saya sentuh awal-awal tadi, pandangan kita hanya lah pada blog ini dan tidak mempengaruhi mana-mana keputusan pucuk pimpinan samada parti pemerintah apa lagi pihak pembangkang namun kita menaruh harapan pucuk pimpinan mengambil kira pandangan rakyat dan suara majoriti siapa calon yang bakal dipilih nanti.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

21 comments:

  1. Mantan wakil rakyat?..ada lagi kah mantan wakil rakyat di Matunggong yang masih berpotensi untuk dicalonkan semula? rasanya biarlah calon yang bakal menjadi wakil rakyat prihatin terhadap masalah rakyat, kurang melakukan perkara yang terlalu memihak kepada kepentingan keluarga dan peribadi atau pertahankan wakil rakyat yang ada sekarang. Memang sukar memiliki wakil rakyat yang memeliki ciri-ciri dan kriteria yang sempurna tapi asalkan YB berkenaan senang dibawa berbincang, memahami masalah rakyat,peka kepada pengorbanan rakyat yang menyokongnya, semestinya berpendidikan dan

    ReplyDelete
  2. Saudara Anon, boleh tak sdra habiskan ayat DAN..itu. Apa pun saya setuju dengan pandangan sdra. Harap sdra brkunjung lagi ke blog ini..

    ReplyDelete
  3. Samora 1

    ...kriteria dan ciri-ciri calon untuk N4 Matunggong ?.kalau nak cari yang betu-betul secocok dengan budaya kita senang dan banyak. tapi nak mencari yang ada akauntibiliti atau yang berintegriti, barangkali boleh kita cari 1 atau 2 orang yang saya tahu. Dan saya amat tidak setuju mencalonkan mantan-mantan YB. Kalau sudah ditolak oleh rakyat bermakna tiada kepimpinanlah tu.Apapun yang penting orang kita.

    ReplyDelete
  4. Salam 1Matunggong kepada semua. Saya terpanggil untuk bersama-sama tuan-tuan memberikan pandangan mengenai calon di Matunggong pada pilihanraya akan datang. Mungkin belum terlambat saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada blogger Elih Qaboox kerana sedikit sebanyak telah membongkar banyak perkara di Matunggong. Mengenai dgn calon, saya hampir mahu menyebut nama beliau disini tapi disebabkan takut pula kommen saya nanti tidak disiarkan, maka cukuplah kalau sya katakan calon yang sya rasa sesuai dengan budaya, kematangan berpolitik rakyat Matunggong adalah seorang personaliti yang cukup menarik, pandai bergaul, berpenidikan tinggi dan tidak suka meninggi diri. Saya berpendapat jika beliau dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti, Matunggong akan menuju satu era yang lebih berdayasaing. Bagaimanapun jika wakil rakyat yang ada sekarang masih relevan sebagai Wakil rakyat dan dilihat masih boleh bekerja untuk rakyat Matunggong maka sya cadangkan biarlah beliau dibantu untuk terus memegang peranan itu.

    ReplyDelete
  5. Salam Sejahtera kepada semua pembaca blogs ini semoga komen-komen yang terdapat dalam blog ini memberikan manfaat kepada kita semua. Dalam komen-komen pembaca yang lepas ada sesetengah pihak yang tidak suka membincangkan pasal ganti-ganti calon ini (saya tak pasti siapa penulisnya). Menurut beliau kita semestinya memberikan buah fikiran kepada YB kita yang ada sekarang ini. Ada juga sesetengah pihak yang mahukan perubahan. Saya secara peribadi suatu ketika dulu pernah memberi 'clue' tentang bakal calon yang diminati ramai. Melalui clue yang saya berikan itu (walaupun tidak mempengaruhi pucuk pimpinan) tetapi ramai pembaca blog ini yang berminat seperti saudara gazo tulu, amai matunggong dan ramai lagi. Justeru, kalau kita tidak berminat dengan mantan-mantan YB yang lepas, ada baiknya jika orang yang saya maksudkan itu kita ketengahkan awal-awal sebelum PRU13. Saya secara peribadi sangat tidak setuju dengan cadangan saudara Anon bahwa mantan-mantan YB yang lepas ditolak rakyat. Tidak semua mantan-mantan YB kita yang lepas kalah dalam PRU cuma tidak dipilih oleh pucuk pimpinan. Ada seorang pembaca blog ini yang telah memberi komen mengenai seorang mantan YB yang beliau gelar sebagai Bapa Pembangunan Matunggong. Sebenarnya mantan YB yang dimaksudkan itu bukan ditolak rakyat, malah sehingga sekarang masih lagi rakyat Matunggong memerlukan buah fikiran beliau.

    ReplyDelete
  6. Saya berharap pemilihan calon pada kali ini dilakukan secara berhati-hati. Silap memilih calon, PBS akan behadapan dengan kekuatan parti pembangkang. Saya merasakan rakyat Matunggong terutama kalangan pengundi baru khususnya, memiliki presepsi yang berbeza, ramai dikalangan mereka ini berdiri atas pagar dan mampu membuat keputusan sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh media arus perdana. Pemimpin PBS perlu menyedari hakikat bahawa PRU12 amat berbeza dengan PRU13. Biarlah pemilihan calon itu nanti dinilai dari sokongan rakyat akar umbi sebelum pemilihan dibuat. Saya mengatakan demikian kerana rakyat lah yang dipertanggjawabkan untuk membuat pemilihan pada hari pengundian nanti dan bukanya pemimpimpin. Jadikan parti yang kita sokong milik bersama dan bukan milik hanya beberapa kerat manusia yang hanya mengejar sesuatu demi kepentingan peribadi. Kepada Raja Yomog saya bersetuju dgn saranan sdara...apa pun sudari/puan Inai Matunggong saya ucapkan selamat datang. (macam ngam betul itu nama Inai dan Amai..hehe)

    ReplyDelete
  7. Matunggon kini,Anonymus,Inai/Amai Motunggong, Raja Yomog: Salam kaamatan: Apa pula yang kamu urang cerita ni? Ba teruskan minta pandangan dari rakyat dan jika boleh sampaikan mesage ini kepada pucuk pimpinan parti berkaitan.. Harap2 wakil rakyat akan datang dapat menemui acuan baru utk lebih memajukan pembangunan infrastruktur malah turut diperhatikan keseimbangan sumberdaya juga..

    ReplyDelete
  8. Samora 1

    Terima kasih Raja Yomog kerana mengingatkan saya perkataan ini "ditolak rakyat", saya tidak bermaksud Mantan YB ini yang saya anggap lebih daripada seorang Bapa Pembangunan Matunggong, Saya amat bangga dan kagum kalau ada lagi pemimpim seumpamanya.Sumbangannnya amat besar.Sikap rendah diri, prihatin masalah rakyatnya menyebabkan beliau amat disenangi.

    Sekian, Tq salam 1 matunggong, salam 1 malaysia

    ReplyDelete
  9. Raja Yomog/AmaiMotunggong - Idea kamu cukup mantap n positif. Kalaulah saya ada kuasa kamu orang yg harus meninjau siapa yg layak jadi calon kita pada PRU13

    ReplyDelete
  10. Memang ramai yang layak tapi tidak ramai yang sesuai untuk bergelar YB (wakil rakyat)

    ReplyDelete
  11. Amai Motunggung sudah mengenal pasti ka beberapa individual yang tuan maksudkan ini?

    ReplyDelete
  12. Yes..Indentified..tapi tunggu dlm masa terdekat tapi soalnya sekarang samada bakal calon yang layak itu berani tampil ke depan dalam masa terdekat ini atau tidak, or they just wait and see before take any further action. Tpi nak berharap jadi calon sja tidak memandai tanpa tidakan susulan. Rakyat Matunggong tidak mahu blur dalm hal ini. make it clear Tompinai..pucuk pimpinan parti pun harus menilai dari sokongan akar umbi kalau mahu BN tetap bekuasa di Matunggong.. lastly i urged those who intend to be a candidate for this coming GE13 to start campaign from now. Siou kio Tompinai.

    ReplyDelete
  13. Amai Matunggong ..Mungkin tompinai ada ayam sabung ni tau? Ba risik la .. kita sokong ba yang betul2 layak.

    ReplyDelete
  14. Kalau silap haribulan, silap langkah dan silap calon. PKR akan tawan Matunggong kali ini. Tapi itu pun jika calon PR/SAPP tu orang kenal,bukan calon import atau calon payung terjun. Orang baru, hendakan perubahan. Ingat..orang Matunggong juga tahu apa itu istilah tranfomasi dan reformasi..SETAKAT BAGI PANDANGAN.

    ReplyDelete
  15. Ada juga bah kebenaran cakap ko itu gaman Anon, Tpi palan-palan bah. Belum kempen lgi ni. Ko ni awal-awal mo tarik hati rakyat Matunggong ka?..cuba ko lihat di sekeliling kita, satu batang hidung pun PR tidak pernah muncul di Matunggong bersama rakyat. Tapi indak apa bah. Barangkali masih mo tapuk-tapuk bah dorang tu, macam biasa last minit baru mo keluar barangkali. Last minit baru mo teriak-teriak...SETAKAT BAGI INFORMASI.

    ReplyDelete
  16. Saudara Manampahu... memang c amai Matunggong tu dah ada tandaha. rasa2nya cam sama ja kami punya tandaha sigun utk PRU13 nanti. Setakat ini saya secara peribadi belum lagi berminat dengan PR. Seperti mana yang saya pernah buat komen di blog ini suatu ketika dulu, kalau kita sokong PKR bermakna tiada perubahan apa yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  17. Samora 1, saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa mana-mana mantan Wakil Rakyat yang tidak berintegriti ketika menjadi wakil rakyat dulu tidak dicalonkan lagi. Sebebarnya di Matunggong tidak ada calon secara total ditolak oleh rakyat kecuali Dtk. Markus, itu pun atas sbb2 keadaan politik ketika itu.

    ReplyDelete
  18. Memang ramai yang layak termasuk mantan-mantan YB kita. Tapi bila kita ingat2 masa dorang dulu jadi YB, susah pula nak cakap. Tiap seorang tu ada kelebihan tapi banyak kekurangan. Bila fikir-fikir, tiada juga tandingan Datuk Mathius Majihi walaupun banyk kontroversi, tapi dia betul-betul bekerja untuk rakyat Matunggong. Datuk Mathius lah yang telah merubah wajah Matunggong kepada wajah baru yang kita lihat sekarang ini. Rasanya tidak salah blog ini menggelarkan beliau "Bapa Pembangunan Matunggong". Kalau lah bukan keadaan dia tidak mcam sekarang ni, alangkah beruntungnya kita mempunyai pemimpin mcam dia. Lain2 mantan, tepuk dada tanya selera..Jornah Mozihim Mungkin ada sedikit kelebihan.

    ReplyDelete
  19. selamat berkenalan Burunguk Tindal. Saya sangat setuju dengan komen yang saudara itu. Setelah saya membaca komen rakan-rakan peminat blog ini saya bolehlah membuat kesimpulan bahawa mantan-mantan YB kita di N4 ini tidak pernah mengguna idea YB yg sebelumnya. Setelah bergelar YB mereka akan menjana idea sendiri. Alangkah bagusnya kalau YB yang sedang berkhidmat berkongsi idea dengan mantan-mantan YB lepas. Kita dah gelar YBhg. DMM sebagai "Bapa Pembangunan Matunggong" tidak ada salahnya jika YB kita yang ada sekarang ini berkongsi idea atau agenda untuk membangunkan Matunggong. Saya rasa YBhg. DMM tidak menolak sekiranya YB sekarang ini berkongsi idea dengannya. Di peringkat nasional pun sekarang ini bekas PM kita Tun M pun digelar Menteri Mentor setelah beliau banyak memberikan idea dan kritikan kepada pemimpin-pemimpin negara. Saya harap rakan-rakan peminat blog ini menyokong pendapar saya.

    ReplyDelete
  20. Salam kenal juga Raja Yomog. Sya baru dalam blog ini. Kawan yang kasi introduce. Awal-awal saya sokong pendapt anda.

    ReplyDelete
  21. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu haruslah lebih banyak mendengar daripada berbicara..Bagi saya itu adalah suatu sifat kepimpinan yang sesuai bagi sesorang pemimpin...
    " Kemahiran berkomunakasi tidak terletak pada kemahiran untuk berbicara, akan tetapi kemahiran untuk mendengar"...TQ

    ReplyDelete