Followers

Friday, May 14, 2010

Pesata Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong 2010

13 Mei 2010

MATUNGGONG: Huguan Siou Datuk Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kerajaan bercadang untuk mendirikan perpustakaan di Daerah Kecil Matunggong pada tahun ini. Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan jalan raya Pinawantai – Matunggong dan jalan pekan baru Matunggong untuk dinaik taraf. Belau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong 2010.


Rasmi - Huguan Siou berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggong

Sementara itu Wakil Rakyat Matunggong Sarapin Magana ketika berucap pada majlis itu berharap agar perayaan Pesta Kaamatan dapat mencetuskan perpadauan dan kerjasama dikalangan rakyat berbilang kaum di daerah ini.


Huguan Siou diiringi YB.Sarapin Magana

“Sambutan perayaan kaamatan bukan saja mampu memupuk semangat perpaduan dikalangan berbilang kaum di Matunggong malah dapat memberi impak positif dari segi perubahan ekonomi, ini kerana perayaan seumpama ini dapat menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negera untuk melihat keunikan pelbagai budaya suku kaum di Matunggong,” kata Sarapin.


Sambut-ketibaan Huguan Siou disambut AJK penganjur

Sarapin berkata, Matunggong merupakan tumpuan pelbagai agensi kerajaan memberi bantuan terutama petani dan nelayan sebagai kumpulan sasar, bagaimanapun mereka haruslah berusaha gigih untuk mencapai usaha murni kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan.

Persembahan koir kg.Tinutudan pimpinan Charles Osingko

Beliau juga berkata, pada tahun 2009 sahaja, kerajaan melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah meluluskan empat buah projek tanaman getah berkelompok dengan keluasan melebihi 1000 ekar dan merupakan satu rekod di Matunggong yang belum penah dibuat sebelum ini. Disamping itu pada tahun yang sama 187 permohonan tanaman getah secara individu yang melibatkan 800 ekar keluasan tanah keseluruhanya juga telah diluluskan.


Wanita rungus lengkap berpakaian tradisi

“Saya juga difahamkan pada tahun ini tiga buah projek tanaman getah berkelompok telah diluluskan dan saya berharap agar pihak LIGS dapat menambah satu lagi projek serupa seperti yang diluluskan pada tahun 2009,” katanya.


Upacara 'Mongingkogos'

Sarapin menyifatkan projek tanaman getah di Matunggong sebagai berjaya jika dilihat dari pendapatan pekebun getah di daerah ini ada yang melebihi sepuluh ribu sebulan.


Kagum - pelancong amat kagum dengan pakaian tradisi kaum rungus

Seperti biasa Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun dipenuhi dengan acara-acara tradisional seperti tarian kebudayaan oleh pelbagai etnik dan kaum, persembahan koir, acara sukan gusti tangan. Tarik tali, pertandingan Sugandoi dan pertandingan Unduk Ngadau yang merupakan acara kemuncak.


Pemenang Unduk Ngadau- dari kiri, Cally Priscilla Mangabis (Tempat kedua), Rikha Idora Jefry (Johan) dan Mezah Janaim (tempat ketiga)

Turut hadir memeriahkan lagi acara itu ialah Adun N.5 Tandek, Anita Baranting dan Mantan Adun Matunggong, Jornah Mozihim.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment