Followers

Thursday, May 20, 2010

Tidak ada cawangan PBS menyertai Umno di Matunggong



Matunggong: “Saya tidak pernah berniat untuk menamatkan jawatan Ketua Kampung dan sejak saya menjadi Wakil Rakyat Matunggong, belum ada seorangpun Ketua kampung yang saya telah tamatkan perkhidmatanya,” Sarapin Magana, berkata demikian ketika berucap marasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Cawangan PBS, Kampung Bonduk yang diadakan pada 14 Mei lalu di rumah panjang KDCA kampung Bonduk.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas khbar angin yang mendakwa kononya beliau telah menyenaraikan beberapa nama Ketua-Ketua Kampung di kawasan Matunggong yang akan ditamatkan perkhidmatanya tidak lama lagi.

“Saya bukan jenis pemimpin macam itu,” katanya.

Sarapin juga menafikan khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan 18 Cawangan PBS Matunggong, telah menyertai UMNO.

“Sebenarnya orang-orang yang mendakwa telah menyertai UMNO adalah segelintir ahli UMNO yang sedia ada di Matunggong yang mungkin tidak berpuas terhadap kepimpinan saya dan mereka ini tidak pernah menjadi ahli PBS,” katanya.

Mengulas tentang mangsa tadahan air Milau, Sarapin mengakui bahawa projek itu dibuat dalam keadaan kelam kabut dan tergesa-gesa. Sepatutnya pihak yang menjalankan projek tersebut menyediakan penempatan dan prasarana kepada mangsa-mangsa yang terlibat terlebih dahulu sebelum memulakan projek tersebut untuk mengelakan timbulnya masalah penempatan bagi mereka yang terlibat.

Mengenai pilihan raya akan datang (PRU13), Sarapin mengesa ahli-ahli PBS terus memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada parti tanpa mengira siapa calon PBS yang akan diletakan di kawasan itu. Beliau berharap siapa pun calon yang akan bertanding nanti seharusnya mendapat majoriti undi melebihi apa yang diperolehinya pada PRU12 lalu.

Sementara itu dalam Majlis yang sama Mantan Wakil Rakyat Matunggong, Puan Jornah Mozihim meminta kerajaan mengujudkan semula DUN Langkon sejajar dengan kehendak rakyat di kawasan itu. Pengujudan semula DUN Langkon katanya secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kawasan Matunggong yang dikenal pasti salah satu kawasan termiskin di negeri ini bila DUN Matunggong yang kini meliputi kawasaan yang agak besar sehingga ke kampung Menggaris dikecilkan. Selain itu katanya pengujudan semula kawasan itu memudahkan Wakil Rakyat memantau keperluan dan masalah yang dihadapi rakyat.

Dalam ucapanya, Jornah juga menyentuh tentang betapa pentingnya mengikis sikap suka berpindah randah dari parti komponen lain kepada parti komponen lain walaupun parti tersebut berada dalam satu bumbung yang sama.

“Saya menggesa ahli-ahli PBS di kawasan ini terutama ahli-ahli cawangan untuk terus memberi sokongan kepada PBS. Kita harus menanamkan tekad untuk terus berjuang melalui parti PBS. Kita tidak mahu melihat PBS kalah pada pilihanraya akan datang,”

“Sekali kita mengalami kekalahan dan kehilangan kerusi PBS di kawasan ini, agak mustahil untuk kita mendapatkanya kembali,” kata Jornah.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

6 comments:

  1. Bravo YB..saya tabik pemimpin yang punya pendirian, ikhlas mengakui kesilapan...Mantan YB Jornah, sya puji pendirian puan sebb sentiasa menyokong parti PBS walaupun tidak dicalonkan pada pilihan raya lalu...

    ReplyDelete
  2. Dear PB, "Recycle" adalah konsep yang baik tetapi harus diingat bahawa barangan yang sudah dibuang MESTI mendapat inovasi/sentuhan wajah baru/dibersihkan daripada cemaran lama- sebelum digunakan semula.
    Tentang KK & JKKK, YB Sarapin sepatutnya berani membersihkan duri dalam daging, kalau tidak ...kita tengokla...

    ReplyDelete
  3. Sdra Pemantau..sebnarnya situasi ini memaksa YB berada dalam keadaan dilema. YB mungkin boleh bertindak mencantas mana-mana KK/pjkkk yang meragukan, namun tindakan ini perlu disiasat dgn teliti, takut pula nanti mereka yang digugurkan bukan lagi menjadi duri dlm danging malah bertukar menjadi seteru politik yakini menyertai parti pembangkang. Tapi secara jujur jika orang2 ini bnr2 menjadi duri dlm daging, apa lgi, pecat dan ganti dgn orang bru.

    ReplyDelete
  4. wakaka..siapa benda recycle tu ah? mo pakai lagi kah tu?

    ReplyDelete
  5. Boleh pakai selepas dikitar semula. Tapi biasanya benda2 recycle ni tidak tahan lama. 'Second Hand Baru'..hehe.

    ReplyDelete
  6. Betul ka itu YB? tapi orang bilang ada juga cawangan PBS tu menyertai/menubuhkan cawangan UMNO. Di kamgpung Narandang itu bukan dari cawangan PBS ka dulu? Ketua kampung pun banyak sya dengar mau lumpat sukung itu UMNO. Kenapa? apa masalah? daripada orang bilang YB kita tiada pendirian, tidak tegas, bagus kasi tukar itu ketua2 kampung yang tidak sehaluan lagi dengan parti.

    ReplyDelete