Followers

Tuesday, May 11, 2010

Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran

10 Mei 2010

Matunggong: “Saya berjanji akan mengatasi masalah sistem saliran untuk kegunaan padi sawah yang tuan-tuan kemukakan secepat mungkin,” demikian dinayatakan oleh wakil rakyat Matunggong YB Sarapin Magana ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran yang diadakan di dewan serbaguna kampung Rondomon.


Berucap-ADUN Matunggong YB Sarapin Magana

Sarapin berkata, walaupun perkara tersebut tidak sesuai dibangkitkan pada masa itu yang dikhuatiri merosakan mood/suasana perayaan kaamatan, namun sebagai respon kepada rungutan petani-petani di kampung Rondomon, beliau berjanji akan berhubung dengan pihak berwajib mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.


upacara simbolik menuai padi

“kita telah berusaha untuk mengadakan pesta kaamatan disetiap mukim bagi memberi peluang kepada rakyat Matunggog merayakan pesta kaamatan di kawasan mukim masing-masing. Tanpa kerjasama dan usaha gigih pesta kaamatan seumpama ini tidak akan berjaya dilaksanakan,” kata Sarapin.


Johan pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Mukim Tambuluran Cik Cally Priscilla Mangabis

Menurut Sarapin, Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran merupakan pesta kaamatan peringkat Mukim yang terakhir diadakan di Matunggong pada tahun ini selepas mengadakan lima perayaan yang sama.


Johan Sugandoi Cik Cherylvesella Jelson

Seperti biasa, acara yang cukup mendapat perhatian daripada pengunjung adalah acara pertandingan ratu pesta kaamatan atau lebih dikenali Unduk Ngadau. Seramai 6 peserta berentap merebut gelaran Johan Unduk Ngadau Peringkat Mukim Tambuluran 2010. Selain pertandingan ratu, pertandingan sugandoi juga diadakan bagi memilih peserta yang berbakat dalam bidang seni suara.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment