Followers

Friday, October 15, 2010

Anak-Anak Muda Matunggong

kalangan anak-anak muda kita sekarang, saya sendiri tidak lepas untuk mengalami@melalui alam remaja, semua orang pastinya mengalami hal yang sama dimana mereka juga pernah turut serta melalui alam remaja, namun pangharapan yang tinggi diletakkan anak-anak muda di era baru yang diharapkan akan menjadi pelapis sebagai pemimpin pada masa akan datang yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah daerah, bandar, wilayah baik negara sangatlah mengecewakan apabila anak-anak muda sering kali dikaitkan dengan gejala-gejala yang tidak bermoral, malahan terbabit dengan hal-hal yang menjadi musuh utama negara, jika dilihat peratus pesal! ah yang didapati di Negara kita Malaysia, ianya membabitkan ramai anak-anak muda yang diharapkan untuk menjadi pelapis pemimpin akan datang, antara hal-hal yang selalu kita dengar ialah :

" Kes Pembuangan Bayi".
Bayi yang tidak berdosa ini kehilangan hak untuk terus hidup,sedangkan
hal ini berlaku akibat daripada kerasukan
nafsu individu yang tidak bertanggunjawab!
" Penyalahan Gunaan DADAH "
" Pembunuhan Tanpa Bersikap Perikemanusian"
" Melibatkan Diri Dalam Kumpulan Gengster "
" Kes Samun "
" Merompak "
dan banyak lagi. Layakkah golongan anak-anak muda kita ini menjadi pemimpin?
Jawabnya ialah "TIDAK "!

Anak-anak muda, khususnya bagi daerah (MATUNGGONG), bangsa kita (RUNGUS), hari ini saya ingin mencabar anda semua, buktikan pada semua, seluruh dunia bahawasanya kita adalah anak-anak muda yang punya prinsip dalam hidup, punya tujuan yang positif untuk dikerjakan, kita adalah mereka yang dimaksudkan sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang, buktikan pada dunia bangsa kita adalah bangsa yang mempunyai ramai anak-anak muda yang membangun di atas dasar yang teguh, anak-anak muda yang mempunyai pendidikan, kita tidak boleh ketinggalan dengan pendidikan bangsa- bangsa lain, kita juga punya daya saing, dan bukanlah menjadi bahan cerita oleh bangsa-bangsa lain. Suatu hari nanti kitalah yang akan menjadi pemimpin akan negara kita khususnya (DAERAH MATUNGGONG), sangat mustahil kita akan senang apabila daerah kita dipimpin oleh bangsa lain, sedangkan kita sebagai penduduk tetap di daerah ini (MATUNGGONG) tidak dapat memimpin daerah sendiri. Hari ini saya mencabar anak-anak muda! MATUNGGONG! Bangkitlah, dan tanggapilah bahawa anda adalah pemimpin pelapis khususnya bagi daerah kita.(MATUNGGONG)." ANAK-ANAK MUDA ADALAH PEMIMPIN PELAPIS DIMASA AKAN DATANG"...Tanggapinya anak-anak muda daerah Matunggong!

OLEH: Egment

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat - Editorial MK.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

11 comments:

  1. samora 1,

    EQ, artikal yg menarik.tongobpinai sokoviai. Ada 3 kategori generasi kita. generasi sebelum mereka, gererasi 60an dan generasi 70an. Generasi sebelum mereka adalah generasi yg belum mendpt pendidikan formal.generasi 60an dan 70an sudah mendpt pendidikan formal di sekolah walaupun tidak ramai yang berjaya kerana kekangan kemiskinan pada ketika itu. dan genarasi inilah merupakan pencetus minda, khidmat nasihat, contoh tauladan yg baik. Dunia semakin terbuka dgn pelbagai sumber yg boleh merosakkan akidah, akhlak dan melalaikan. Kata PM " berubah atau ketinggalan" ungkapan ini pendek tapi amat bermakna untuk kita sampaikan kepada anak2, belia2 dan juga org dewasa.

    baiko ino. Tq

    ReplyDelete
  2. " Perubahan bukanlah suatu perubahan sampai terjadi perubahan ". Generasi era inilah yang harus bangun, sedar akan tanggungjawab yang bakal dipikul, jangan hanya melihat kepimpinan orang lantas menjadi pengkritik yang hanya tahu untuk menilai akan tetapi diri sendiri tidak punya sifat kepimpinan, anak-anak muda kita kongsi bersama untuk masa depan bangsa kita(RUNGUS)..

    TQ

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih saudara EGMENT dengan artikel ini...Sememangnya adalah wajar kita melihat kepimpinan orang lain&dan yang terdahuli dati kita dan kita seharusnya mengkritik kepimpinan itu sekiranya berkalu kesilapan dalam cara kepimpinan nya secara kritikan yang membina""Jika takut dikritik jangan jadi pemimpin"".Kerana setiap kita yang memberikan kritikan itu adalah menunjukkan kita ini berpengetahuan dan mempunyai kemajuan.Tiada orang yang maju ke depan tanpa sebarang kritikan.Mengenai artikel anda ini saya amat bersetuju untuk kita sebagai anak2 muda terutama kaum rungus harus menyahut cabaran ini.

    Shallom
    Tanak Rungus.

    ReplyDelete
  4. Tuan MK.. artikel tuan buat kali ini santai sahaja tapi amat mengusik minda paradigma.Yap.. sepatutnya ketua pentadbir (ADO) Matunggong orang kita kalau nanti masa akan datang.
    Wahai orang muda pigi sekolah la tinggi2 supaya boleh melihat apa yang sepatutnya diperjuangkan..

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan saudara ANONYMOUS adanya kritikan daripada pelbagai pihak sekiranya berlaku kesilapan,kerana saya percaya bahawa tujuan utama ialah untuk memantapkan/dasar membangunkan lagi kepimpinan pemimpin tersebut, akan tetapi jika dilihat sebahagian daripada kita lebih banyak yang hanya tahu untuk mengkritik daripada ingin mengetahui hal yang sebenarnya,seandainya sifat mengkritik diterapkan kepada seorang pemimpin,kemungkinan akan berlaku hal2 yang tidak diingini."Seni komunikasi tidak terletak kepada kebolehan untuk berbicara, akan tetapi kebolehan untuk mendengar". Seandainya setiap pemimpin dan juga anak2 muda yang ada di Daerah Matunggong ini mempunyai kebolehan yang sedemikian, tidak mustahil ianya akan melahirkan anak2 muda yang berkualiti untuk memimpin di masa yang akan datang.

    ReplyDelete
  6. Tuan Editor..Saya nak bercadang kalau tuan dapat ujud satu fomulasi berbentuk forum khas para pemimpin, intelek, profesional dan graduan rungus boleh menempatkan fakta2 positif perihal pembangunan am masa depan bangsa rungus of course bila forum halatuju rungus kelak disimpulkan data ini menjadi rujukan.. Sekadar pendapat sahaja

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas cadangan Tuan Arin..saya akan fikirkan dalam bentuk yang bagaimana forum ini dibuat nanti.

    ReplyDelete
  8. Tuan EQ.. Terima kasih tuan semoga forum tersebut mendapat sambutan and akhirnya menjadi dokumen penting khas pembangunan suku kaum rungus..

    ReplyDelete
  9. Saya tertarik dengan tajuk artikel ini.

    Saya bukan juga diketogerikan sebgai Remaja sebab saya sudah pun lewat 20-an tapi saya masih menganggap diri saya sebagai Anak Muda la.. ( tu bujang po kagi amu po nakatanid hahaha..)

    Bagi saya Remaja dan Anak-Anak Muda itu 2 kategori yang berbeza. mereka yang remaja adalah mereka yang masih dalam proses menuntut ilmu dan masih dalam proses penyediaan diri mereka dalam menghadapi kehidupan akan datang. manakala mereka yang dikatakan Anak-Anak muda adalah mereka yang telah melepasi peringkat REMAJA dan sudah melengkapkan diri mereka dengan ilmu di dada serta bersedia untuk mempraktikkan apa yang telah dituntut ( setakat yang mereka dapat la ).

    Bagi menyediakan Anak-Anak muda yang berpotensi mereka haruslah dididik dari peringkat awal remaja lagi, mereka harus diberikan pendidikan awal yang secukupnya, selain itu aktiviti yang mereka lakukan juga haruslah memberikan manfaat kepada mereka.

    tujuan utama saya memberikan post ini sebenarnya untuk membuat "panggilan" kepada anak-anak muda dan remaja khususnya rungus untuk menyertai pelbagai aktiviti yang memberikan faedahnya. sebagai makluman awal dalam bulan november atau december SAMORA akan menganjurkan satu pertandingan Bola Sepak khusus untuk momogun. dan buat masa ini saya sedang membuat kertas kerja untuk dibentangkan kepada Presiden SAMORA.

    Untuk itu Remaja dan Anak-Anak muda bolehlah mula menubuhkan pasukan bola sepak mereka bermula pada hari ini. bukan sahaja remaja sebenarnya tetapi pertandingan ini adalah TERBUKA kepada semua golongan peringkat umur dan jantina kerana pertandingan akan dibuat untuk Lelaki dan Perempuan juga..

    Segala maklumat terbaru mengenai acara ini akan disebarkan dari masa ke semasa tidak kira samada melalui Blog, Website, Radio Rungus Online atau Facebook.

    Jamalit A
    SAMORA FC

    ReplyDelete
  10. satu pendekatan yang baik untuk kalangan peminat-peminat sukan bola sepak terutama dikalangan jaguh-jaguh bola sepak rungus. Terima kasih kerana diwar-warkan dalam blog ini kerana saya merasakan blog ini salah satu blog yang digemari oleh orang-orang kita. Mulai hari ini..opps tidak sempat petang sudah...sya akan war-warkan kepada rakan-rakan sya di kampung. Ok Jumpa di padang nanti.

    ReplyDelete
  11. Tuan JA (SAMORA FC) - Setahu saya (back 1999) jika kita tubuh kelab bolasepak, dan aktif boleh memohon perhatian daripada SAFA. Justeru, jangka masa pemain Kelab (SAMORA FC) berkemungkinan boleh memohon jurulatih SAFA dan pemain yang ada kesungguhan ada peluang menjadi pemain SAFA akhirnya. Maaf mungkin pendapat ini kelihatan mengajar itik berenang. Akan tetapi apa salahnya mengambil kesempatan dalam apa jua ruang demi pendedahan kebolehan anak2 muda rungus..

    ReplyDelete