Followers

Thursday, October 7, 2010

Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang?

Kata-kata pembakar semangat atau slogan “Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang” mungkin tidak boleh lagi dijadikan sebagai kata-kata keramat pada pilihan raya akan datang jika senario politik negara dijadikan sebagai kayu pengukur kepada perubahan angin politik. Ini bermakna calon PBS di Matunggong pada kali ini terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kerusi DUN Matunggong hatta kerusi Parlimen Kota Marudu sekali pun.

Kalangan pemerhati politik Matunggong mendapati, sokongan pengundi lama terhadap PBS/Bn di kawasan ini masih bertahan pada kedudukan yang agak stabil walaupun sedikit tergugat akibat isu Ketua Kampung dan isu tadahan air Milau sedikit masa dulu, bagaimanapun pemberian kerajaan melalui kebajikan masyarakat sebanyak RM300 sebulan kepada golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dilihat mampu meraih sokongan dari golongan ini. Manakala sokongan pengundi baru/genarasi baru agak membimbangkan. Golongan ini yang dikatakan ‘mampu membuat keputusan sendiri’ yakni boleh mengikuti perkembangan politik tanah air dengan lebih baik malah mampu membuat analisis politik tanpa dipengaruhi oleh golongan tertentu, merupakan cabaran yang bakal dihadapi siapa saja calon PBS di Matunggong pada PRU13 nanti.

Ramai golongan generasi baru yang terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung atau Singapura akibat kekurangan peluang pekerjaan di tempat sendiri, golongan terpelajar yang tidak diberi peluang untuk menduduki hieraki jawatan-jawatan penting kerajaan pusat dan negeri di Sabah, status kaum rungus yang merupakan salah satu kaum yang termiskin di Malaysia (seperti yang diumumkan sendiri oleh PM) walaupun berada dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Kesemua ini merupakan isu-isu yang selalu diperkatakan yang mendorong golongan ini terpaksa berfikir samada menyokong Barisan Nasional atau Pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun PBS dan BN sebenarnya masih belum terlambat untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi segala kemungkinan ini jika pilihan raya tidak diadakan terlalu awal dan ada usaha yang transperan untuk memperbaiki kesilapan ini.

Konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan saban hari melalui kaca TV dan media-media massa masih tidak ‘menjadi’ sepenuhnya di Matunggong walaupun dari sudut lain contohnya, hubungan antara kaum telah lama dipraktikan sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi. Memandangkan masih ramai pengundi lama atau generasi lama menjadi pemilih pada pilihan raya akan datang, usaha untuk mendekatkan pemahaman mereka tentang konsep 1 Malaysia sepatutnya dilakukan dengan sungguh-sungguh. Wakil Rakyat perlu turun padang untuk memberi penjelasan tentang nilai-nilai konsep 1 Malaysia hingga ke akar umbi. Di semenanjung Malaysia umpamanya, Wakil Rakyat terpaksa mengadakan perjumpaan dengan rakyat bagi menjelaskan tentang pelarasan (kenaikan) harga gula dan Bahan Bakar walaupun mereka mempunyai JKKK/JKKKB untuk menyampaikan maklumat itu kepada rakyat yang diwakilinya.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

33 comments:

  1. Tahniah MK .. kerana perjuangan blog MK la kita sering berinteraksi serta dapat menduga awal pembangunan politik semasa khususnya d N4 Matunggong n P168. Teruskan perjuang MK.. Saya sependapat dengan MK calon PBS khusus N4 Matunggong tidak semudah kemenangannya pada PRU13.

    ReplyDelete
  2. Siapa kata PBS tidak boleh menang di Matunggong? Kalau esok pilihan raya pun, PBS tetap menjadi pilihan nombor 1 rakyat Matunggong. Kerana kematangan rakyat Matunggong lah mejadikan PBS menjadi pilihan. Aku rasa siapa pun calon tetap menang melalui Party PBS. Saudara/saudari boleh cakap apa saja melalui blog tapi hakikatnya kalau election, PBS tetap menang. Hidup PBS Matunggong.

    ReplyDelete
  3. Saudara Anon & rakan2 , ada kata-kata yg lebih sensasi lagi selain drp Siapa2 calon PBS boleh menag di N4" dulu seorg yg amat berkuasa pernah berkata "Kalau Anjingpun bertanding atas tiket PBS di N4, tetap menang" tapi dulu lain sekarang lain.
    Sekarang pembangunan sangat kurang di N4, ditambah lagi dgn isu-isu yang menyusahkan rakyat dan prestasi YB semasa meminta perhatian kerajaan kurang memuaskan.Sebagai contoh, kedudukan beliau sebagai SUPOL kpd YAB Ketua Menteri tidak sedikitpun memberi kelebihan kepada beliau. Kalaulah saya yg beliau, sudah lama saya bawa YAB KM itu ke Matunggong. Harap2 beliau sempat berbuat demikian.
    Akhir sekali kalau percaturan PBS begini:
    1. YBH Jornah -calon P168
    2. Julita M-Calon N4
    PBS bakal kalah buat pertama kalinya di bumi Matunggong.

    ReplyDelete
  4. Belum cuba belum tau lagi saudara Nostradamus..issssh..susah betul tulis nick name ko ni obpinai. Itu lah yg orang bilang tapi aku tengok tiada pun isu di Matunggong yang sampai boleh tumbangkan PBS. Bukan pasal YB Sarapin tu tk mau kerja, tk bagi peruntukan tapi tidak kecukupan kalau stakat RM500 ribu saja dalam setahun. YB Sarapin bukan tukang kasi cop duit.

    ReplyDelete
  5. Tuan Anonymous.. pada saya saya tetap mengharapkan Calon PBS N4 Matunggong pada PRU13akan menang..cuma sengaja mencabar.. jangan kita terlalu yakin..SAPP tu sedang berusaha selain PKR..Bahkan dalam komponen BN sendiri rasanya belum tentu tindak-tanduk sokongan nanti hehehe.. Maaf kalau menyinggung of course kalau mau berpolitik mesti ada keterbukaan..

    ReplyDelete
  6. Aslmkum...sya sependapat dgn MK bahawa slogan siapa sja calon jika calon itu datangnya dari PBS tidak lagi relevan sbagai slogan pada PRU13 nanti. Ini kerana angin perubahan para pengundi telah pun berubah. Bagaimana pun jika pengundi baru mengambil sikap berkecuali atau dgn kata lain tidak turun mengundi pada pilihan raya nanti, sudah pasti keadaanya tetap sama. Sya difahamkan setiap tahun golongan ini tidak ramai yang berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka samda mereka tidak berkesempatan pulang ke kawasan masing-masing ketika pilihan raya diadakan atau sememangnya mereka belum mendaftar sebagai pemilih. Saya mengakui dari cakap-cakap yang kita dengar dimana saja di Matunggong, golongan ini lebih berminat untuk menyokong parti pembangkang berbanding parti pemerintah. Mungkin ada kebenaran seperti yang dihuraikan oleh MK mengenai beberpa isu atau perkara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan untuk menarik sokongan golongan ini. Seperkara lagi menyentuh tentang konsep 1Malaysia yang disentuh oleh penulis blog ini..sya setuju dgn pendapat MK bahawa konsep 1Malaysia masih belum 'menjadi' di kawasan ini dari sudut lain. Sukacita sya mencadangkan, bagaimana jika sekiranya calon pada pilihan raya akan datang tak kira lah samdada calon itu dari PBS atau PKR dan seumpamanya diambil dari kalangan suku kaum rungus yang beragama islam untuk memantapkan lagi sokongan setiap lapisan masyarakat di Matunggong dan sekaligus konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh PM benar-benar berintikan keikhlasan. Saya minta maaf jika cadangan ini boleh menimbulkan tanggapan yang negatif. Apapun pendapat ini hanya cadangan dan merupakan pandangan peribadi saya.

    ReplyDelete
  7. Sdr TAL - Pada saya jika 1Malaysia tu benar2 mahu praktikal dan rasional jangan bilang N4 Matunggong atau sekitarnya, bahkan Ketua Menteripun harus diberi giliran non muslim..1Malaysia perlu diteliti lagi penambahbaikannya..Ini isu nasional..kita sebenarnya di Sabah telah lama mengamalkan suasana ini..Mohon maaf jika menimbul sensitiviti..

    ReplyDelete
  8. Haloo TAL apa kena mengena nya calon itu dengan agama?Jika agama yang dijadikan ukuran untuk memantapkan sokongan masyarakat saya awal2 minta maaf,pada pandangan saya jika isu agama yang dimainkan oleh mana2 parti pada pilihan raya ia akan membawah padah.sendiri mau ingat lah di kawasan N4 Matunggong penganut agama mana yg ramai?jadi jika isu agama itu yg jadi modal meraih sokongan masyarakat bersedia sahaja lah untuk menangung akibat...Shallom...

    ReplyDelete
  9. Kopivosahan...

    Mad avantang mamasa dinot komen dikou kavi. Berkaitan pandangan MK "Siapa saja...pasti menang", saya macam sedikit skeptikal kerana memang hari ini ramai golongan muda/belia yang sudah ada akses internet dan boleh buat keputusan sendiri...jadi kemungkinan angin perubahan itu berlaku memang ada...berapa % kita tidak tahu. Satu yang jelas, PBS harus benar-benar bekerja keras.

    Pandangan peribadi TAL (calon beragama Islam..), saya melihat ini sebagai backward strategy kalau digunakan pada pilihanraya akan datang kerana saya setuju dengan Anon bilangan pengundi non-muslim di Matunggong adalah majoriti. Dan pastinya calon non-muslim mempunyai kelebihan kan!!!! Seperkara lagi, jika di Matunggong pun calon beragama Islam w/pun Rungus...pastinya konsep 1Malaysia semakin jauh. Lihat saja apa yang berlaku di pelbagai Jabatan...contohnya Jabatan Pendidikan (layarilah lawan Web Jabatan Pendidkan Sabah)...semua PPD diseluruh Sabah adalah orang beragama Islam (this is fact!!)....amu elaan ku dot konsep 1Malaysia iti atau tidak...

    Mokimahap ong varo ot okukuvaan...bai pandangan iti...yadko ikou kavi...

    ReplyDelete
  10. kopvosian.. macam hangat ja isu yang di bincabgkan ni.. bagi pandangan saya, kita perlu berdiri sendiri tampa bergantung kepada orang lain. kita perlu berdikari dalam apa pun hal.. Saya tidak pasti sama ada selogan “Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang” ini akan menjadi kenyataan. Disebabkan bebarapa perkara, cuba kita ingatkan masa lalu untuk menjadi panduan kita adakah PBS pernah mengambil berat tentang kehidupan suku Kaum Rungus.??? Bagi saya PBS hanya memperalatkan suku Kita untuk kepentingan mereka sendiri tampa sedikit pun bahagian kepada kaum kita sendiri.. Berapa tahun sudah PBS N BN memerintah tetapi tiada pembahuruan berlaku kepada kaum kita. PBS ialah Pati Bersatu Sabah, persoalannya adakah kita bersatu dalam apa pun hal.. jawapan saya tidak sebab kebanyakan calon PBS ialah KadazanDusun bukan.??? Cuba kita renungkan seketika adakah seorang dari kaum kita yang pernh menjadi MENTERI ATAU TERSENERAI DALAM KEBENIT SABAH.??? JAWAPANNYA TIADA.. BUKAN.??? Jadi siapa yang menjadi menteri??? semestinya kaum mereka sendiri.. kita hanya menjadi alat bagi mereka untuk membangun dan kepentingan mereka.. Saya cadangkan Supaya kita membentuk PATI BARU untuk KAUM KITA SENDIRI.. Kenapa kaum lain boleh membentuk pati mereka sendiri, kenapa kita tidak.??? di sarawak kaum dayak telah membentuk pati mereka sendiri untuk menjadi tulang belakang mereka untuk berdiri. kenapa kita tidak??? Ingin ku katakan di sini saya telah buat keputusan, yang saya tidak akan mengundi PBS..muktamad... Pati Pasok Momogun...

    ReplyDelete
  11. Saudara Madjabou...adakah ini bermakna Jelani Hamdan tidak berpeluang untuk bertanding di Matunggong. Itu pun jika dia nak bertanding...

    ReplyDelete
  12. saudara TAL, kenapa kaum Rungus hanya tertumpu di motunggung sahaja. kenapa kaum rungus tidak bertanding di DUN N PARLIMEN lain di bahagian kudat??? bahagian kudat mempunyai 5 DUN dan 2 PARLIMEN yang mejoriti penduduk ialah kaum Rungus.. kenapa tidak mahu menjangkau kaum Rungus yang lain seperti yang ada di pitas, kota marudu, pulau bangi, berulan.??? Kenapa pemimpin rungus hanya mahu menjadi wakil rakyat di matunggong sahaja.???
    harap maaf..

    ReplyDelete
  13. TAL Pada pandangn saya saudara telah tersalah tafsif,bagi saya bukan Tuan JH tidak boleh bertanding(Itu pun kalau dia mahu lah)tapi bagi saya pandangan peribadi kamu mengenai ""Sukacita sya mencadangkan, bagaimana jika sekiranya calon pada pilihan raya akan datang tak kira lah samdada calon itu dari PBS atau PKR dan seumpamanya diambil dari kalangan suku kaum rungus yang beragama islam untuk memantapkan lagi sokongan setiap lapisan masyarakat di Matunggong dan sekaligus konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh PM benar-benar berintikan keikhlasan"" Bagi saya sendiri ini secara tidak langsung melibatkan isu agama,seolah-olah membandingkan sokongan orang Islam dan Kristian.Jadi seelok-eloknya kita janganlah memainkan isu agama di dalam hal berpolitik ini.Macam orang yg kehabisan modal berpolitik pula kalau sampai menyentuh isu agama ni.

    Shallom.
    Tanak Rungus

    ReplyDelete
  14. Saudara Osukod, saya tak nak cakap panjang lebar mengenai persoalan saudara. Saudara boleh rujuk fakta ini untuk menjawab persoalan saudara. Parlimen P167 Kudat meliputi DUN N.2 Tanjong Kapor, N.3 Pitas dan N.1 Banggi dimana pengundinya terdiri dari tiga kaum utama. Peratusan pengundi mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:- N1. Banggi – Bumi Putera Islam (BI) – 62.67 %, Bumiputera bukan islam (BBI)-36.68%, Cina (C)-0.3% dan lain-lain bangsa (LL)- 0.33%. N2. Tanjong Kapor – BI- 46.87%, BBI- 23.44%, C- 29.44%, LL-0.25%. N3 Pitas pula terdiri daripada BI-53.51%, BBI-31.33%, C-14.91% dan LL-).25%. Dengan itu jelas lah bahawa suku kaum rungus bukanlah pengundi yang terbanyak dalam ketiga-tiga kawasan ini. Dan jikga kita lihat peratusan pengundi mengikut pecahan kaum di parlimen P167 Kudat, kalaupun Cina dan Rungus/Dusun Banggi bergabung, kita masih tidak dapat mengatasi kaum lain yang lebih menonjol dari segi bilangan pengundi. Perhatikan fakta ini.. P.167 Kudat: BI-53.51%, BBI, 31.33% C-14.91 dan LL-0.2%. Dan Saudara bandingkan pula kawasan Parlimen P.168 Kota Marudu: BI-27.11%, BBI-69.62%, C-3.!!% dan LL -0.16 peratus. Parlimen P.168 Kota Marudu meliputi hanya dua kawasan DUN iaitu N.4 Matunggong dan N.5 Tandek. N.5 Tandek terdiri daripada Pengundi BI-36.37%, BBI-59.06%, C-4.32% dan LL-0.25%. Dari 59.06% pengundi di N.5 Tandek, hanya lebih kurang 25% atau kurang daripada itu pengundi yang benar-benar berbangsa rungus. Kebanyakanya berbangsa Dusun, Tobilung, dan Kimaragang. Bagaimanapun Parlimen Bandau (kini parlimen Kota Marudu) pernah ditandingai pemimpin kita berbangsa rungus tulen dan menang di kawasan itu, iaitu Datuk George Abbah Mengimpal dan Henry Madatang Morejal. Cuba saudara perhatikan pula pecahan pengundi di Parlimen P.183 Beluran, BI-60.66%, BBI-37.35%, C-1.61% dan LL-0.38%. Jika melihat fakta-fakta di atas jelas lah mengapa pemimpin kita lebih gemar bertanding di kawasan Matunggong atau Parlimen Kota Marudu…sebelum N.6 Langkon ditiadakan dalam peta SPR, kita masih ada lagi tiga kawasan dimana suku kaum rungus mempunyai potensi untuk bertanding.. Mungkin penduduk rungus ramai di kawasan itu seperti yang saudara dakwa tapi mungkin ramai yang tidak mendaftar sebagai pemilih, sebab itu jika menurut daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR, kita masih jauh ketinggalan dari segi bilangan pengundi di kawasan yang saudara sebutkan. Harap saudara mencari rujukan jika saudara masih kurang berpuas hati dengan penjelasan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. TAL, Osukod and Anony.. Tuan2 sememangnya berwasan jauh. Jika segala usul yang tuan2 suarahkan digembelengkan (brain storming) akan menjadi landasan paradigma khusus pejuangan bangsa dalam pembangunan politik.. Apapun elakan saja daripada sensitiviti yang akan mencemar 1Malaysia.. Marilah memperjuangkan bangsa kita dengan penuh amanah..sekadar cetusan minda peribadi..Selamat berjuang bangsa ku

    ReplyDelete
  16. Saudara..., Teropong,Thomas.. saya susun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada kata-kata saya yang menyentu isu sensetif. Jika dilihat dari segi statistik yang di senaraikan oleh saudara Teropong ini menenjukkan Bahagian Kudat di Mejoriti oleh kaum BI bukan kaum Rungus bukan??? Jadi ingin saya tanya sini, Bahagian kudat siapa yang empunya sebenarnya.??? Tetapi apabila di sebut Daerah Kudat orang beranggapan mejoriti penduduk ialah dari suku Kaum Rungus. Apakah fakta ini salah.?? dan dari manakah asal Kaum Rungus sebenarnya.???

    ReplyDelete
  17. Saudara Osukod..Dari sudut geografi penduduk daerah Kudat teridiri daripada 80% atau lebih penduduknya teridiri daripada suku kaum rungus. Dan dari sudut sejarah pun rungus merupakan penduduk asal daerah Kudat. Kudat yang diadaptasi daripada "Kutad" iaitu lalang yang banyak tumbuh dikawasan itu pada zaman dahulu turut meyakinkan kita bahawa daerah Kudat merupakan daerah yang didominasikan oleh suku kaum rungus sejak berkurun lamanya. Dari sudut Geografi, daerah kudat meliputi bandar Kudat sehinggalah ke daerah kecil Matunggong dan sudah tentu penduduk suku kaum rungus adalah penduduk yang terbanyak berbanding dengan kaum lain tapi dari sudut persempadanan pilihan raya pula agak berlainan. Parlimen P.167 Kudat meliputi DUN N.1 Banggi, N.2 Tanjug Kapor dan N.3 Pitas. Di ketiga-tiga kawasan itu suku kaum rungus masih tidak dapat mengatasi suku kaum lain sepeti yang saya nayatakan sebelum ini. Andainya Parlimen KUDAT meliputi kawasan Matunggong, sudah tentu suku kaum rungus adalah pengundi yang paling ramai. Ada sebab-sebab lain yang mengakibatkan peratusan pengundi dari kalangan BBI ini semakin berkuangan dari tahun ke tahun dan tidak hairan suatu hari nanti Matunggong juga turut mengalami fenomena yang sama. Harus diingat, BI tidak semestinya terdiri dari suku kaum bajau atau suluk dan sebagainya tetapi ramai juga dikalangan orang rungus yang tergolong dalam kategori ini. Sebagai tambahan, istilah BBI,BI,C danl LL ini tidak pernah wujud di Sabah sebagai satu istilah yang mempengaruhi minda pengundi sekali pun di zaman kerajaan USNO..

    ReplyDelete
  18. Tuan Osukod dan TAL.. tuan2 terbuka/open minded ba, kan?..baik sangat fakta Tuan osukod dan respon tuan TAL.
    Pada saya timbul pula minat saya ingin mendapat tahu data atau jumlah sebenar kependudukan suku rungus d daerah kudat khasnya dan amnya di Sabah/Malaysia.. Ada juga maklumat tidak rasmi bahawa suku rungus yang menggunakan BIN disalah tafsir dan berkemungkinan tergolong beragama islam ( harap tidak sensitif dalam hal ini). Pada saya kita harus mengambil pedul hal ini sebab lama kelamaan suku rungus akan lenyap dimuka bumi ini..

    ReplyDelete
  19. terima kasih saudara Tuan Thomas dan TAL.. jika 80% dan lebih ialah dari suku Kaum Rungus ini bererti Suku kita yang paling ramai.. bukan.. Menyentu apa yang saudara TAL tadi yang ada antara dari Sku Kaum Rungus yang tergolong Dari BI mustahil mereka tidak memberi sokongan kepada Kaum Sendiri..kan.??

    ReplyDelete
  20. Saudara TAL...

    Peluang beliau (JH) tetap ada...tetapi pada pandangan saya banalko opodok. dan dari segi logik, Matunggong masib lagi lebih wajar kalau diwakili oleh Rungus Kristian. Pada saya JH adalah sangat wajar kalau terus aktif dalam NGO SAMORA...

    ReplyDelete
  21. Tuan Madjabou..Apapun semuanya akan ditentukan oleh Rakyat, kan tuan? Disebaliknya keteguhan SAMORA juga dalam keadaan yang serupa..

    ReplyDelete
  22. Pamadsalon kou naka dino oi. aso bo sumolod dikou dino.

    ReplyDelete
  23. Tuan Anonymous.. Nakal juga tuan ini. Tidak boleh menjadi calon semua of dalam satu tiket BN, PR, Bebas kalau Parlimen dan ADUN baru 6 tuan. Kita pilih lah yang terbaik.. teropong2 la sekarang hehehe..

    ReplyDelete
  24. Kenapa SAPP belum buat lawatan ke kampung-kampung lagi di kawasan Matunggong, SAPP seharusnya sudah bersedia. Jangan nanti mau dekat-dekat penamaan calon baru berkokok. Matunggong sesuai lah kalau SAPP lawan PBS. Tapi pastikan bakal calon itu ada kridebiliti sebagai pemimpin bukan hanya pandai berlagak sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  25. Tuan Anonymous - Ada maklumat ka siapa2 bakal calon SAPP tu? Mau tahu juga la..

    ReplyDelete
  26. Tuan Thomas A. Mojinggal, saya rasa org kuat SAPP Matunggong tidak jauh dari kg asal tuan. tak kan la tuan tidak tau atau ada MOU...hehe

    ReplyDelete
  27. Salam sejahtera kepada rakan-rakan peminat blog MK. Saya tertarik dengan komen rakan-rakan pembaca blog ini. Tajuk artikel ini pada suatu ketika dulu memang betul tetapi saya rasa era 80-an dan 90-an sudah jauh berbeza senario politiknya pada masa kini sebab pengundi sudah lebih matang memilih pemimpin yang patut memimpin mereka ke era kemajuan dari semua aspek. Bagi saya, secara peribadi siapa pun calon PBS-BN di N4 kita tidak ada salah untuk memberikan kemenangan tanpa mengira agama sama ada beragama Islam atau Kristian yang pasti dari suku kaum Rungus, berwawasan, berintegriti, mempunyai perancangan pembangunan di N4 dan sentiasa bekerja sama dengan bekas-bekas YB terdahulu. Sekian.

    ReplyDelete
  28. Saudara Raja Yomog...(orang lama di MK) selamat datang kembali ke MK..

    ReplyDelete
  29. Terima kasih saudara editor sebab masih lagi ingat saya. Orang lama di MK cuma dah lama tak beri komen disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dpt d elakkan.

    ReplyDelete
  30. Obpinai Yusan-Usan - Salam 1Rungus mohon maaf banyak2 macam ada rintangan sikit saya masuk blog MK. Saya ingi menafikan disini jangan tuduh semberangan obpinai nanti saya sogit tuan d Marina Resort Kudat hehehe.. Saya tak pasti siapa yang tuan maksudkan ini dan sememangnya saya tiada hubungan politik selain PBS sahaja buat masa ini. Of course PBS pada 1984 sebenarnya saya ada turut sama dengan Luguan Siou dalam satu perjalanan kempen beliau di Tambunan (ketika itu Tambunan dilucut status daerah oleh mantan KM Dtk Haris Salleh). Setakat ini saya tetap setia dengan PBS apapun perubahan politik masa akan datang itu belum saya dapat jangkau. Harap obpinai Yusan-Usan Open Minded marilah berjuang dengan satu tujuan memartabat bangsa sendiri..

    ReplyDelete
  31. Tuan-tuan sekalian melabel sdr,Thomas Bakal Calon N4 Matunggong pilihan Datuk Max belum pasti kebenarannya.Cuba kita fikir Sdr.Morius Masain yang sedang kerja keras rebut ketua bahagian PBS Matunggong? Adalah lebih baik kita tanya tuan punya diri sendiri.Setahu saya Thomas ini orang kuat Pn.Julita (SUPOL)

    ReplyDelete
  32. Jangan emosi bah kawan...open bh kita.hehe..kan no mad miokokot sompi tokou lah..sekadar pendapat, cadangan bukan paksaan..

    ReplyDelete
  33. DATO MIXIMUS PERNAH BERKATA WALAU PNN ANJING YANG BERTANDING SEBAGAI WAKIL CALON PBS DI MOTUNGGUNG TETAP MENANG .

    ReplyDelete