Followers

Monday, September 28, 2009

Ada juga penghuni CH ni Fetish...Curi pakaian dalam pelajar perempuan..

Kasihan budak-budak Kolej Masterskill Kota-Kinabalu. Walaupun Country Hight apartment yang pihak kolej bagi dorang tinggal tu dikira selamat sebab security berjaga 24 jam, ada juga barang-barang peribadi dorang hilang. Isssh...bikin malu. Nak cerita pun macam tak larat. Malu sangat-sangat.


CH Apartment..pssssst....Awas! ada orang curi suar dalam woOOoo!!!

Bukan itu saja. Dikhabarkan fetishes tu pernah kantoi semasa tengah buat **** menggunakan pakaian dalam pelajar tu. Ehem..ehem..faham-faham je la. Mungkin mamat fetishes tu tidak sedar budak-budak kolej tu balik awal. Tak tahu lah apa perasaan budak-budak tu bila pakaian dalam mereka menjadi mangsa sex pelik lelaki tu.


sekadar gambar hiasan

Hah..fetish ni macam-macam. Di Malaysia rasanya belum ada lagi persatuan fetishes atau persatuan pengemar pakaian dalam wanita, tapi di negara barat dan negara Jepun pengemar pakaian dalam wanita ini mempunayi kelompoknya tersendiri. Di Jepun umpamanya terdapat kedai khas untuk memenuhi permintaan fetishes. Syarikat atau kedai berkenaan menawarkan pembelian pakaian dalam kotor (worn penties) dengan harga yang mahal. Pakaian-pakaian dalam ini kemudian ditinkan (macam sardin lah tu)dimana gambar pemilik akan ditampal pada tin atau bekas tersebut sebagai label atau pengenalan kepada pemiliknya.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, September 24, 2009

Replika buah kelapa di pekan Tomborungus akan digantikan dengan replika buah kelapa sawit?

Masyarakat Kudat terpaksa menerima hakikat bahawa replika buah kelapa yang dibina berhampiran pentas terbuka pekan Tombarungus akan digantikan dengan replika buah kelapa sawit.

Replika buah kelapa ini sering kali mendapat kunjungan para pelancong tempatan dan luar negara dan amat sinonim dengan perayaan pesta kelapa yang diadakan setiap tahun di daerah ini. Seperti daerah-daerah lain di Sabah. Replika buah kelapa yang berdiri megah bagi menggamit para pelancong berkunjung ke daerah ini, merupakan mercu tanda daerah Kudat sebagai pengeluar produk kelapa di Sabah. Namun apa yang membimbangkan kita, aktiviti penanaman kelapa sawit yang semakin hari semakin mendapat sambutan para pekebun di daerah ini dikhuatiri akan menjejaskan tanaman kelapa jika pihak-pihak berkenaan telah ketandusan usaha kearah memulihkan keyakinan para pekebun agar penanaman semula kelapa dapat dilakukan dengan segera.




Mercu tanda -replika buah kelapa menjadi kebangaan masyarakat daerah Kudat

Menyedari hakikat ini mungkin pihak-pihak yang berwajib harus melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini dari menjadi kenyataan. Atau kita terpaksa mengadakan pesta kelapa sawit setiap tahun jika tanaman kelapa sawit menguasi kawasan tanaman kelapa di daerah ini. Usaha sesetengah pihak mempelbagaikan produk dari bahan asas kelapa, seperti minyak kelapa dara yang semakin mendapat sambutan bukan saja di negara kita Malaysia malah turut mendapat perhatian di luar negera patut dipertingkatkan.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, September 18, 2009

Siapa selepas Sarapin Magana?

Bukan cakap kosong tapi sejarah membuktikan bahawa DUN Matunggong merupakan kerusi DUN yang sering bertukar wakil rakyat. Entah dimana silapnya senario ini terus berlaku seakan satu kemestian YB YB ini harus digugur dan ditukar dengan muka baru pada hampir setiap kali pilihanraya diadakan. Apakah wakil-wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat Matunggong ini kurang kredibiliti atau mereka dilihat tidak mampu untuk membawa Matunggong keluar dari kepompong kemiskinan? Maka mereka harus menerima 'hukuman' disingkir dari terus menjadi wakil rakyat Matunggong dan secara tidak langsung senario ini akan mengagalkan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh wakil rakyat berkenaan untuk penggal yang seterusnya.

Atong Mangabis


Jornah Mozihim


Sarapin Magana




Kalau mantan ADUN matunggong, Atong Mangabis digugurkan dari senarai calon PBS pada pilihanraya umum 2004 kerana dikatakan penggantinya Jornah Mozihim memiliki kelebihan dari segi akademik, Jornah Mozihim pula digugur dari senarai calon disaat akhir sebelum hari penamaan calon walaupun Jornah Mozihim mendakwa telah mempersiapkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihanraya itu. President parti Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika mengumumkan tindakan parti membuat pindaan senarai calon disaat akhir itu berkata, keputusan dibuat setelah menimbang semua faktor termasuk rayuan dari peringkat akar umbi parti. Datuk Pairin juga berkata parti mempunyai sebab untuk mengugurkan Jornah Mozihim dari senarai calon.

Apapun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti, rakyat Matunggong seharusnya diberi penjelasan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dikalangan ahli-ahli diperingkat akar umbi. Tindakan tergesa-gesa seumpama ini secara tidak langsung akan membawa kepada wujudnya puak-puak tertentu yang pasti akan mencetuskan perpecahan dikalangan ahli parti itu sendiri. Rasa tidak puas hati dikalangan penyokong ini, lambat laun akan mengubah presepsi rakyat terhadap ketelusan kepimpinan parti pada masa akan datang. Pada PRU12 yang baru lalu, kita mendengar banyak suara-suara sumbang yang datang dari penyokong kuat PBS Matunggong itu sendiri yang menyarankan agar ahli-ahli parti tidak memberi undi kepada calon Parlimen, Datuk Maximus Ongkili, tetapi pada masa yang sama akan terus mempertahankan kerusi PBS Matunggong sebagai melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penyingkiran Jornah Mozihim dari senarai calon. Memang pelik, tapi itulah yang berlaku dan mereka ini mempunyai alasan dan sebab untuk berbuat demikian.

Melihat pada senario ini, apakah YB Sarapin Magana turut menerima nasib yang sama, digugurkan dalam senarai calon pada PRU13 nanti. Apa lagi alasan yang bakal dikemukan untuk membolehkan muka baru memegang title YB selepas PRU13. Kita tunggu dan lihat.



Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, September 16, 2009

Jabatan Kesihatan Kudat harus diberi pujian

Kudat: 16 sept 2009 - Kakitangan Jabatan Kesihatan Kudat yang diketuai oleh Pembantu Kesihatan Awam En. Kanchan Amil, harus diberi pujian diatas kesungguhan mereka menjalankan tugas mengawal penyakit berjangkit bawaan vektor, walaupun mereka terpaksa bekerja ketika orang lain sedang bercuti. Kanchan berkata, mereka terpaksa bergegas ke Sk.Lokoton Kudat pada hari itu untuk melakukan semburan kabus (fogging) di kawasan rumah kakitangan sekolah, kawasan sekolah dan rumah kongsi pekerja projek loji penapis air Kudat yang berhampiran dengan sekolah tersebut, berikutan seorang kanak-kanak pelajar tahun
empat yang menunut di Sk.Lokoton merupakan suspek mengidap penyakit berjangkit Denggi.

Bersemangat-bersedia untuk melakukan fogging. Kanchan Amil beridiri tiga dari kiri



Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan bertungkus lumus melakukan semburan




Kerja selesai-kelihatan di belakang, bangunan Pra Sekolah Sk.Lokoton dan rumah pekerja Projek Loji Penapis Air


Menurut Kanchan, unit beliau seringkali bersiap siaga untuk menjalankan tugas dalam apa keadaan sekalipun walaupun pada hari cuti umum dan sebagainya.
"Kami harus melakukan kerja-kerja semburan kabus ini dengan seberapa segera yang boleh untuk mengelakan dari wabak penyakit pembawa maut ini terus merebak di kawasan yang dirasakan perlu," katanya. Beliau menambah, orang ramai juga perlu mengambil peranan memusnahkan pembiakan nyamuk di dalam rumah dan di sekeliling rumah bagi memastikan usaha Jabatan Kesihatan Kudat membendung penyakit bawaan vektor ini lebih berkesan.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, September 11, 2009

Bina blog sendiri di Blogger.com

Membina blog sendiri bukanlah sesuatu yang sukar bagi mereka yang sudah mahir dalam bidang ini. Namun saya kira masih ramai di luar sana yang belum tahu bagaimana membina blog sendiri. Sejak akhir-akhir ini kewujudan blog umpama cendawan tumbuh selepas hujan, walaubagaimanapun seperti yang saya katakan tadi masih ramai yang berminat untuk membina blog sendiri tetapi disebabkan kekurangan pengetahuan dan dihambat dengan kekurangan waktu untuk belajar maka hasrat untuk membina blog sendiri tidak pernah kesampaian. Disini saya akan tunjukan bagaimana membina blog sendiri dengan cara yang amat mudah, semudah ABC. Saya tidak mengatakan yang saya mahir dalam bidang ini kerana saya pun baru juga belajar dan terus membina blog sendiri dan akhirnya terciptalah blog 'Matunggongkini.blogspot.com' walaupun tidaklah sebaik mana.

Sebenarnya terdapat dua kategori blog yang boleh anda bina iaitu blog berbayar dan blog percuma. Tapi dalam ruangan ini saya akan tunjukan secara ringkas bagaimana mencipta blog percuma, bila anda sudah mahir membina blog dan berhasrat untuk mencuba blog berbayar pula, terserahlah kepada anda.Blog percuma adalah blog yang menyediakan hosting dan domain secara percuma. Antara blog percuma yang paling popular adalah Blogger.com dan Wordpress.com.

Dalam tutorial ringkas ini saya memilih Blogger.com kerana selain popular, ia juga amat mudah digunakan. Sebelum mencipta blog, anda harus membuat persediaan tentang nama blog dan alamat blog yang sesuai menurut kehendak anda.

Sebagai langkah pertama, anda haruslah mendaftar akaun Gmail anda. Langkah seterusnya adalah mendaftar akaun blogger. Ikuti langkah-langkah dibawah..


1. Daftar akaun Gmail

Klik ini:- www.Gmail.com

2. Daftar akaun Blogger

Klik ini:- www.blogger.com



3. Mengisi maklumat pada borang pendaftaran

Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap, masukan email iaitu Gmail yang anda buat sebelum ini, password dan nama yang dipaparkan pada blog anda nanti. Setelah selesai mengisi borang pada bahagian ini, klik continue



4. Namakan blog anda

Dalam ruangan ini, anda hanya perlu meletakan nama blog anda dalam ruangan yang telah disediakan. Sebagai contoh saya telah meletakan 'matunggongkini' pada bahagian blog title. Dalam ruangan blog address pula, anda cuma perlu meletakan URL yang ada rasa sesuai untuk blog anda. Bagamanapun bergantung samada URL atau alamat blog anda masih belum dimiliki oleh pengguna lain atau sebaliknya. Namun blogger menyediakan URL cadangan. Klik Continue



5. Memilih template

Klik pada ruang template yang anda kehendaki kemudan klik continue.





sekarang anda telah pun berjaya menghasilkan sebuah laman blog. Mudah kan? Apa yang anda perlu lakukan seterusnya adalah membuat satu artikel atau memuatkan gambar dan sebagainya dalam blog pertama anda.

6. Tulis artikel dan hantar

Kini tibalah masanya anda menulis sebarang artikel yang ada fikir sesuai. Blog yang telah anda hasilkan sebenarnya bukan saja sebagai ruang untuk menulis artikel tetapi boleh dimanfaatkan sebagai alat untuk menjana pendapatan sampingan.




Semoga tipis membina blog sendiri ini walaupun cukup ringkas diharapkan dapat membantu anda yang benar-benar belum mengenali blog. Selamat mencuba.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, September 8, 2009

Jainal Amambing mengangkat martabat rungus dipersada antarabangsa


Tidak perlu diperkenalkan lagi. Jainal Amambing adalah satu nama yang cukup gah dipersada seni tanah air, malah beliau antara pelukis bertaraf dunia yang cukup disegani. Berkat ketabahan, kesungguhan dan bakat semulajadi yang dimilikinya, tanpa mendapat pendidikan formal dalam bidang seni lukis, beliau mampu mengangkat martabat suku kaum rungus di mata dunia dengan sentuhan-sentuhan ajaib di atas kanvas yang bercirikankan budaya rungus.

Sila rujuk profile lengkap Jainal Amambing di - http://www.sabah.gov.my

Antara lukisan yang bercirikan budaya rungus yang
dipertandingkan di Jepun dan mendapat tempat
kedua. (The Last Day I Lived In a Long House)- 2006








Jainal mula meminati bidang lukisan sejak berusia 6 tahun. Lantai rumah merupakan tempat beliau mencurahkan imaginasi di zaman kanak-kanaknya. Namun tiada siapa yang menyangka ,bermula dari contengan-contengan beliau diatas lantai rumah, akhirnya membuahkan hasil bila beliau mendapat tempat hadiah ketiga dalam pertandingan lukisan antara sekolah-sekolah menengah peringkat negeri Sabah 1983. Pada masa itu beliau berada dalam tingkatan 3. Anugerah yang beliau perolehi dalam pertandingan itu telah menyuntik semangant beliau untuk terus memperjuangkan seni.


Berikut adalah antara anugerah antarabangsa yang dimenangi saudara Jainal Amambing:

1998 - Awarded encouragement prize - The Noma Councours ACCU,UNESCO Japan
Lovely Butterfly - Sedang dalam proses penerbitan untuk ilustrasi buku kanak-kanak
di German.

2000 - Second prize - The Noma Councours ACCU,UNESCO Japan
The wonder Sparrow

2002 - Runner up - The Noma Councours ACCU, UNESCO Japan
Tadtaru Missing The Sunrise

2004 - Runner up - The Noma Councours ACCU, UNESCO Japan
Wonder Tree

2006 - Second Prize - The Noma Councours ACCU, UNESCO Japan
The last day I lived in a long house


My Self - Koleksi lukisan saudara Jainal Amambing, Oil On Canvas, berukuran
30in X 36in. Kepada yang berminat membeli lukisan ini bolehlah
menghubungi beliau ditalian - 013-8532804

Penulis mengenali beliau secara peribadi sejak dulu, sebelum beliau bergelar artis antarabangsa. Sesungguhnya Jainal tidak pernah berubah. Walaupun beliau kini merupakan artis antarabangsa dalam bidang beliau, beliau tetap ramah dan bersikap rendah diri. Bayangkan, semasa penulis menganjurkan agar temubual beliau dengan penulis diadakan di sebuah perhentian bas berdekatan kampung Lajong, beliau langsung tidak menolak. Artikel ini pun dapatlah dipost sehari selepas pertemuan kami. Dalam pertemuan singkat itu beliau sempat melahirkan harapan agar ada genarasi baru dari suku kaum rungus yang turut mengikut jejak langkah beliau.








Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, September 3, 2009

PBS N.4 Matunggong selepas PRU13


Masa begitu cepat berlalu, tanpa kita sedari kita telah melangkah setahun enam bulan meninggalkan PRU12. Ini bermakna PRU13 akan diadakan kurang dari 4 tahun semasa artikel ini ditulis.

Umum mengetahui tumbangnya beberapa kerusi Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia di tangan gambungan parti pembangkang, sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dikalangan pemimpin Barisan Nasional pusat, tapi keresahan ini tidak 'dikongsi' oleh kepimpinan Barisan Nasional Sabah memandangkan kerusi yang diperolehi BN lebih dari cukup unuk membentuk Kerajaan Negeri selepas pengiraan undi selesai dijalankan. Ramai pemerhati mengatakan BN tidak mendapat sebarang tentangan dari parti pembangkang samada parti pembangkang dari Semenanjung yang telah lama bertapak di Sabah atau parti pembangkang tempatan seperti Pasok dan Bersekutu.

Di kawasaan DUN N.4 Matunggong walaupun calon BN ditukar pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon, namun calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan PBS pusat disaat-saat akhir itu tetap mendapat sokongan dengan majoriti undi yang cukup memberangsangkan.

Kalau keputusan undi PRU12 ini dirujuk sebagai kayu pengukur, mampukah PBS mempertahankan kerusi N.4 Matunggong ini pada PRU13 nanti tanpa perlu berbuat sesuatu untuk memenangkan hati rakyat. Harus diingat PRU12 yang telah diadakan pada bulan Mac tahun lalu merupakan medan ujian sejauh mana keberkesanan sokongan rakyat terhadap kepimpinan DSAI. Kalau UMNO boleh mengembangkan pengaruhnya di Sabah dan rakyat Sabah menerima UMNO sebagai platform wadah perjuangan mereka, tidak mustahil PKR juga turut mendapat sokongan rakyat Sabah pada PRU13 nanti.

Keputusan berani Datuk Yong Teck Lee keluar dari Barisan Nasional tidak boleh dipandang remeh. SAPP sebuah parti yang dilahirkan di Sabah dan dipimpin oleh anak tempatan, mungkin menjadi satu 'ancaman' kepada pengaruh PBS di Sabah. Kesanggupan parti itu keluar dari Barisan Nasional yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan hak-hak negeri Sabah, seperti mana yang selalu disuarakan oleh PBS suatu ketika dulu, mungkin satu senjata yang amat ampuh untuk menarik minat para pengundi terutama generasi baru yang dahagakan perubahan.

Sukar membuat andaian apakah PBS masih menjadi parti idola rakyat N.4 Matunggong pada pilihanraya akan datang jika angin perubahan terus melanda pengundi-pengundi baru yang bakal menentukan masa depan dan hala tuju politik Matunggong. Apa yang pasti rakyat N.4 Matunggong terutama pengundi-pengundi baru terus memerhatikan kepimpinan PBS dan Barisan Nasional di kawasan ini sebagai pengadil dan jurunilai atas apa yang mampu dilakukan oleh wakil rakyat sehingga pilihanrya diadakan nanti.





Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wanita separuh bogel di kaki lima



Bukan sesuatu yang lucah bila kita melihat wanita separuh bogel sedang duduk bertinggung di kaki lima dengan kaki yang terbuka luas tanpa mengenakan seluar dalam jika kita mengetahui wanita tersebut kurang siuman. Bagaimanapun kehadiran wanita kurang siuman ini sedikit sebanyak mencemarkan keindahan bandar apatah lagi sebuah bandar yang sering dilawati oleh pelancong asing. Begitu lah yang berlaku di bandar Kudat dimana dua orang wanita kurang siuman sering berlegar-legar di kawasan kaki lima bandar itu.

Jika perkara ini tidak diambil perhatian oleh pihak yang berwajib, kita bimbang, pelancong asing yang baru menikmati keindahan Sempang Mengayau akan disajikan pula dengan aksi wanita kurang siuman ini bila mereka singgah berehat di bandar Kudat. Selain itu ibu bapa yang sering membawa anak-anak mereka bersiar-siar, kurang selesa dengan keadaan seumpama ini.




Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, September 1, 2009

Jalan raya Matunggong perlu dinaiktaraf


Minggu lalu saya terserempak dengan kawan lama saya semasa saya menukar 'tie rod end' kereta buruk saya di sebuah bengkel membaikpulih kenderaan berhampiran bandar Kudat. Rupanya kereta kawan saya juga turut mengalami masalah yang sama. Mungkin kereta kawan saya lebih teruk sebab terpaksa di tunda sehingga sampai ke bengkel tersebut.

"Bila lah agaknya jalan raya kampung-kampung di kawasan matunggong ini dinaiktaraf? itu perkataan pertama yang keluar dari mulut kawan saya selepas menghulur duit upah kepada mekanik. Saya cuma mengeleng kepala. Akal saya mati. Tidak ada khalimah yang logik dan yang saya kira masuk akal untuk menjawab pertanyaan itu. Nak kata masalah itu tak lama lagi berakhir sebab kini Sabah berada dibawah pemerintahan Barisan Nasional, saya tidak berani.

Sejak kerajaan USNO, Berjaya, PBS dalam Barisan Nasional, PBS pembangkang dan sekarang BN yang diterajui oleh UMNO berkuasa di Sabah, jalan raya menuju ke kampung-kampung di kawasan Matunggong belum jauh berubah. Masih banyak tempat yang perlu mendapat perhatian dari kerajaan. Masalah kerosakan jalan raya yang hanya ditabur batu merah akan menjadi serius apabila musiam tengkujuh. Penduduk luar bandar yang kebanyakanya hanya mampu memiliki kenderaan kecil selalu menjadi mangsa kerakusan jalan raya yang berlubang dan berlumpur. Rakyat semenanjung merungut bila minyak naik kerana mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ditambah dengan bayaran tol tapi masyarakat Sabah terutama penduduk luar bandar walaupun tidak berhadapan dengan bayaran tol namun sering kali berhadapan dengan masalah kerosakan kenderaan. Mungkin tidak mengalami kerosakan kenderaan setiap hari tapi sekali rosak, pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih. Keadaan jalan raya yang teruk juga secara tidak langsung mengakibatkan penggunaan bahan bakar yang lebih disebabkan kekerapan penggunaan gear rendah.

Saya tidak pasti samada wakil rakyat N4 matunggong atau bekas-bekas ADUN yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan ini sudah berusaha untuk menaiktaraf jalan raya menuju ke kampung-kampung ini atau tidak. Jika ya, kenapa sehingga sekarang penduduk luar bandar masih berhadapan dengan masalah ini sejak sekian lama? Dimana silapnya? Diharapkan peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri sabah kali ini, dapat mengubah wajah jalan-jalan raya di kawasan ini agar rakyat benar-benar dapat menghayati aspirasi 1malaysia rakyat didahulukan yang dilaungkan oleh PM Malaysia.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Harga minyak naik lagi??


Pagi tadi ketika saya mengisi minyak kereta di stesen minyak, langsung saya tidak menyedari rupanya harga petrol sudah naik. Saya tidak mendapat informasi awal sebab malam tadi kebetulan bekalan elektrik di rumah saya tiba-tiba putus sejak pukul 7 petang semalam sehinggalah saya balik dari pekan tengahari tadi, barulah saya periksa dan menggantikan fius yang rosak dan selepas itu baru saya mengetahui melalui internet rupanya minyak sudah naik.

wahh..betul-betul naik oo.. RON95 yang baru diperkenalkan di Sabah beberapa minggu lalu naik 5 sen menjadikan harga RM1.80 seliter dan RON97 pula naik 25 sen menjadikan harga RM2.05 seliter.

Sebenarnya saya tidak terkejut kalau harga minyak naik. Kita sebagai rakyat malaysia sudah biasa dengan keadaan ini. Sekejap harga minyak turun, sekejap harga minyak naik. Hendak tak hendak kita terpaksa menerima kenaikan harga minyak walaupun mungkin sukar untuk menerima hakikatnya lebih-lebih lagi kita baru saja merayakan sambutan hari kemerdekaan yang ke 52. Bagi yang beragama Islam, mungkin kenaikan harga minyak ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kos perbelanjaan bagi persediaan hariraya nanti. Biasanya bila minyak naik harga barang keperluan harian juga turut melonjak naik. Harap-harap lah kali ini harga barang tidak naik.

Sebagai rakyat biasa, secara jujur saya tidak mahu menyalahkan kerajaan dalam soal ini sebab itu hak kerajaan buat keputusan. Mungkin perkara ini sudah ditimbang dan difikirkan masak-masak baru keputusan menaikan harga minyak dibuat. Mungkin kenaikan harga minyak ini juga kebaikan untuk rakyat. Saya percaya kerajaan akan mendahulukan kepentingan rakyat agar dapat mengutamakan sesuatu pencapaian.





Klik disini untuk baca seterusnya »»