There was an error in this gadget

Followers

Wednesday, September 16, 2009

Jabatan Kesihatan Kudat harus diberi pujian

Kudat: 16 sept 2009 - Kakitangan Jabatan Kesihatan Kudat yang diketuai oleh Pembantu Kesihatan Awam En. Kanchan Amil, harus diberi pujian diatas kesungguhan mereka menjalankan tugas mengawal penyakit berjangkit bawaan vektor, walaupun mereka terpaksa bekerja ketika orang lain sedang bercuti. Kanchan berkata, mereka terpaksa bergegas ke Sk.Lokoton Kudat pada hari itu untuk melakukan semburan kabus (fogging) di kawasan rumah kakitangan sekolah, kawasan sekolah dan rumah kongsi pekerja projek loji penapis air Kudat yang berhampiran dengan sekolah tersebut, berikutan seorang kanak-kanak pelajar tahun
empat yang menunut di Sk.Lokoton merupakan suspek mengidap penyakit berjangkit Denggi.

Bersemangat-bersedia untuk melakukan fogging. Kanchan Amil beridiri tiga dari kiri



Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan bertungkus lumus melakukan semburan




Kerja selesai-kelihatan di belakang, bangunan Pra Sekolah Sk.Lokoton dan rumah pekerja Projek Loji Penapis Air


Menurut Kanchan, unit beliau seringkali bersiap siaga untuk menjalankan tugas dalam apa keadaan sekalipun walaupun pada hari cuti umum dan sebagainya.
"Kami harus melakukan kerja-kerja semburan kabus ini dengan seberapa segera yang boleh untuk mengelakan dari wabak penyakit pembawa maut ini terus merebak di kawasan yang dirasakan perlu," katanya. Beliau menambah, orang ramai juga perlu mengambil peranan memusnahkan pembiakan nyamuk di dalam rumah dan di sekeliling rumah bagi memastikan usaha Jabatan Kesihatan Kudat membendung penyakit bawaan vektor ini lebih berkesan.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

4 comments:

  1. WAHAI KETUA KG NEGERI SABAH DI BAWA BAYU. KHUSUSNYA KETUA KAMPUNG N4 MATUNGGONG. SAYA AMAT T'TARIK DGN AYAT YG B'BUNYI " KETUA KG TAK WAJAR PENTING DIRI " KATA DT JAINAB- ADUN KARAMBUNAI. DE 11/12/2010@SABTU. JD DI SINI TDKLAH KETERLALUAN KLU SAYA KATAKAN ADA KEBENARNYA APA PUN YG DI LUAHKAN OLEH DT JAINAB. TAKKAN HUJUNG BLN BARU INGAT UNIFOM. JGNLAH B'BANGGA DGN UNIFOM YG DI PAKAI SEANDAINYA TDK DPT MELAKSANKAN AMANAT DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORG KETUA KG. AMAT-AMATLAH MENYEDIKAN KITA MELIHAT SEORG KETUA KG YG LENGKAP DGN UNIFOM TETAPI DI TANGAN TERGENGAM SEBOTOL ARAMAI TEE. RENUNG- RENUNGKANLAH

    ReplyDelete
  2. Betul tu amai. Walaupun saya bukn urang berpolitik tapi saya mimang asal dari kg juga. Saya setuju apa yang amai kumin di blok ini. Hari itu saya balik kg ngam-ngam ketua kampung (KK) terima gaji, banyak diorang mabuk sampai terdapat yg ampai2 di kaki lima kadai seterusnya bikin malu sama bangsa sendiri apa lagi diorang ini bertugas adat mengadat di kampung, maka tidak wajar kalau dia juga ketua dia juga buat hal yang orang tingu tidak bagus punya. Minum itu minum juga tapi lain kali kau bawah itu minuman di rumah sendiri. Mabuk kah ampai2 kah? orang lain tidak tingu. Ini hal sudah lama patut kasi berhenti sudah. YB Sarapin kasi woning ini KK yg buat perangai dan kasi buang dia punya bintang. Sekian, maafkan daku kalau ada kata yg salah dan silap.
    Penyukung kuat barisan.

    ReplyDelete
  3. wahai p'undi PBS yg melakarkan puitis begini. YB Sarapin Magana perlu di gantikan dgn muka baru. Tidak kah ini keterlaluan. Maksud saya begini klu sekadar gaman b'tanya melalui FB dan gaman tdk m'dpt jawaban lantas gaman syorkan supaya YB Sarapin di gantikan dgn muka baru aga- agalah kwn. Cuba bayangkan klu 50% penduduk N4 Matunggong ikut cara gaman. Apa yg akan t'jd dgn kws N4 Matunggong.Takkan PATI pula yg akan menjadi YB. LU fikirlah sendiri

    ReplyDelete
  4. SLMT PAGI, PTG, MLM DAN SLM SATU M'SIA KHUSUS UTK PENDUDUK N4 MATUNGGONG DAN RAKYAT M'SIA AMNYA. DI KESEMPATAN YANG ADA INI SAYA INGIN MENCURI SEKELUMIT MASA YG AMAT B'MAKNA KPD ANDA UTK MENGUCAPKAN SLMT MENYEMBUT TH 2011 B'SAMA DGN AZAM DAN TEKAD YG HRP2 TERLAKSAN.

    ReplyDelete