Followers

Tuesday, September 1, 2009

Harga minyak naik lagi??


Pagi tadi ketika saya mengisi minyak kereta di stesen minyak, langsung saya tidak menyedari rupanya harga petrol sudah naik. Saya tidak mendapat informasi awal sebab malam tadi kebetulan bekalan elektrik di rumah saya tiba-tiba putus sejak pukul 7 petang semalam sehinggalah saya balik dari pekan tengahari tadi, barulah saya periksa dan menggantikan fius yang rosak dan selepas itu baru saya mengetahui melalui internet rupanya minyak sudah naik.

wahh..betul-betul naik oo.. RON95 yang baru diperkenalkan di Sabah beberapa minggu lalu naik 5 sen menjadikan harga RM1.80 seliter dan RON97 pula naik 25 sen menjadikan harga RM2.05 seliter.

Sebenarnya saya tidak terkejut kalau harga minyak naik. Kita sebagai rakyat malaysia sudah biasa dengan keadaan ini. Sekejap harga minyak turun, sekejap harga minyak naik. Hendak tak hendak kita terpaksa menerima kenaikan harga minyak walaupun mungkin sukar untuk menerima hakikatnya lebih-lebih lagi kita baru saja merayakan sambutan hari kemerdekaan yang ke 52. Bagi yang beragama Islam, mungkin kenaikan harga minyak ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kos perbelanjaan bagi persediaan hariraya nanti. Biasanya bila minyak naik harga barang keperluan harian juga turut melonjak naik. Harap-harap lah kali ini harga barang tidak naik.

Sebagai rakyat biasa, secara jujur saya tidak mahu menyalahkan kerajaan dalam soal ini sebab itu hak kerajaan buat keputusan. Mungkin perkara ini sudah ditimbang dan difikirkan masak-masak baru keputusan menaikan harga minyak dibuat. Mungkin kenaikan harga minyak ini juga kebaikan untuk rakyat. Saya percaya kerajaan akan mendahulukan kepentingan rakyat agar dapat mengutamakan sesuatu pencapaian.





Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment