Followers

Thursday, September 3, 2009

PBS N.4 Matunggong selepas PRU13


Masa begitu cepat berlalu, tanpa kita sedari kita telah melangkah setahun enam bulan meninggalkan PRU12. Ini bermakna PRU13 akan diadakan kurang dari 4 tahun semasa artikel ini ditulis.

Umum mengetahui tumbangnya beberapa kerusi Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia di tangan gambungan parti pembangkang, sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dikalangan pemimpin Barisan Nasional pusat, tapi keresahan ini tidak 'dikongsi' oleh kepimpinan Barisan Nasional Sabah memandangkan kerusi yang diperolehi BN lebih dari cukup unuk membentuk Kerajaan Negeri selepas pengiraan undi selesai dijalankan. Ramai pemerhati mengatakan BN tidak mendapat sebarang tentangan dari parti pembangkang samada parti pembangkang dari Semenanjung yang telah lama bertapak di Sabah atau parti pembangkang tempatan seperti Pasok dan Bersekutu.

Di kawasaan DUN N.4 Matunggong walaupun calon BN ditukar pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon, namun calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan PBS pusat disaat-saat akhir itu tetap mendapat sokongan dengan majoriti undi yang cukup memberangsangkan.

Kalau keputusan undi PRU12 ini dirujuk sebagai kayu pengukur, mampukah PBS mempertahankan kerusi N.4 Matunggong ini pada PRU13 nanti tanpa perlu berbuat sesuatu untuk memenangkan hati rakyat. Harus diingat PRU12 yang telah diadakan pada bulan Mac tahun lalu merupakan medan ujian sejauh mana keberkesanan sokongan rakyat terhadap kepimpinan DSAI. Kalau UMNO boleh mengembangkan pengaruhnya di Sabah dan rakyat Sabah menerima UMNO sebagai platform wadah perjuangan mereka, tidak mustahil PKR juga turut mendapat sokongan rakyat Sabah pada PRU13 nanti.

Keputusan berani Datuk Yong Teck Lee keluar dari Barisan Nasional tidak boleh dipandang remeh. SAPP sebuah parti yang dilahirkan di Sabah dan dipimpin oleh anak tempatan, mungkin menjadi satu 'ancaman' kepada pengaruh PBS di Sabah. Kesanggupan parti itu keluar dari Barisan Nasional yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan hak-hak negeri Sabah, seperti mana yang selalu disuarakan oleh PBS suatu ketika dulu, mungkin satu senjata yang amat ampuh untuk menarik minat para pengundi terutama generasi baru yang dahagakan perubahan.

Sukar membuat andaian apakah PBS masih menjadi parti idola rakyat N.4 Matunggong pada pilihanraya akan datang jika angin perubahan terus melanda pengundi-pengundi baru yang bakal menentukan masa depan dan hala tuju politik Matunggong. Apa yang pasti rakyat N.4 Matunggong terutama pengundi-pengundi baru terus memerhatikan kepimpinan PBS dan Barisan Nasional di kawasan ini sebagai pengadil dan jurunilai atas apa yang mampu dilakukan oleh wakil rakyat sehingga pilihanrya diadakan nanti.





Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment