Followers

Tuesday, September 1, 2009

Jalan raya Matunggong perlu dinaiktaraf


Minggu lalu saya terserempak dengan kawan lama saya semasa saya menukar 'tie rod end' kereta buruk saya di sebuah bengkel membaikpulih kenderaan berhampiran bandar Kudat. Rupanya kereta kawan saya juga turut mengalami masalah yang sama. Mungkin kereta kawan saya lebih teruk sebab terpaksa di tunda sehingga sampai ke bengkel tersebut.

"Bila lah agaknya jalan raya kampung-kampung di kawasan matunggong ini dinaiktaraf? itu perkataan pertama yang keluar dari mulut kawan saya selepas menghulur duit upah kepada mekanik. Saya cuma mengeleng kepala. Akal saya mati. Tidak ada khalimah yang logik dan yang saya kira masuk akal untuk menjawab pertanyaan itu. Nak kata masalah itu tak lama lagi berakhir sebab kini Sabah berada dibawah pemerintahan Barisan Nasional, saya tidak berani.

Sejak kerajaan USNO, Berjaya, PBS dalam Barisan Nasional, PBS pembangkang dan sekarang BN yang diterajui oleh UMNO berkuasa di Sabah, jalan raya menuju ke kampung-kampung di kawasan Matunggong belum jauh berubah. Masih banyak tempat yang perlu mendapat perhatian dari kerajaan. Masalah kerosakan jalan raya yang hanya ditabur batu merah akan menjadi serius apabila musiam tengkujuh. Penduduk luar bandar yang kebanyakanya hanya mampu memiliki kenderaan kecil selalu menjadi mangsa kerakusan jalan raya yang berlubang dan berlumpur. Rakyat semenanjung merungut bila minyak naik kerana mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ditambah dengan bayaran tol tapi masyarakat Sabah terutama penduduk luar bandar walaupun tidak berhadapan dengan bayaran tol namun sering kali berhadapan dengan masalah kerosakan kenderaan. Mungkin tidak mengalami kerosakan kenderaan setiap hari tapi sekali rosak, pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih. Keadaan jalan raya yang teruk juga secara tidak langsung mengakibatkan penggunaan bahan bakar yang lebih disebabkan kekerapan penggunaan gear rendah.

Saya tidak pasti samada wakil rakyat N4 matunggong atau bekas-bekas ADUN yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan ini sudah berusaha untuk menaiktaraf jalan raya menuju ke kampung-kampung ini atau tidak. Jika ya, kenapa sehingga sekarang penduduk luar bandar masih berhadapan dengan masalah ini sejak sekian lama? Dimana silapnya? Diharapkan peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri sabah kali ini, dapat mengubah wajah jalan-jalan raya di kawasan ini agar rakyat benar-benar dapat menghayati aspirasi 1malaysia rakyat didahulukan yang dilaungkan oleh PM Malaysia.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

1 comment:

  1. Saya pernah terdengar ada individu yang mengatakan bahawa "bajet daripada kerajaan pusat belum ada lagi"..tapi persoalan saya adakah hal ini betul atau sebaliknya, hakikatnya sewaktu menjelang pilihan raya sahaja baru kita dapat melihat pembaharuan jalan raya di kampung-kampung daerah Matunggong. Apakah keselamatan dan keselesaan penduduk tempatan juga harus dikaitkan dengan politik..dukacita dimalkumkan seandainya tindakan sedemikian yang di laksanakan.

    ReplyDelete