Followers

Wednesday, October 14, 2009

Antara Umno dan PKR di Sabah

Ketika sebilangan rakyat Sabah yang menyokong parti pembangkang beria-ia menolak parti Umno dan melahirkan rasa kesal terhadap kemasukan Umno di Sabah dengan alasan parti Umno adalah parti import dari Semenanjung, pada masa yang sama usaha untuk memantapkan lagi kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini semakin rancak dijalankan. Perebutan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah membuktikan PKR, parti pimpinan DSAI cukup mendapat sambutan dari para pemimpin politik Sabah.

Mungkin Umno berbeza berbanding PKR dari segi perlembagaan parti. Tapi apakah perlembagaan parti cukup untuk memberi jaminan rakyat Sabah tidak akan kesal jika suatu hari nanti PKR akan berkuasa di negeri Sabah sebagaimana Umno menjadi tulang belakang kerajaan negeri Sabah pada masa ini.

Kekuatan Umno di Sabah tidak boleh dipandang remeh. Tanpa parti yang benar-benar mempunyai kredibiliti dan mampu bersaing, jangan bermimpi Umno akan kehilangan kuasa di Sabah pada PRU13 nanti. Alasan ini mungkin menjadi punca sebilangan rakyat Sabah yang pro kepada pembangkang menaruh harapan dan beranggapan PKR boleh mengatasi pengaruh Umno di Sabah.

Parti-parti pemabangkang lain di Sabah yang hanya muncul umpama buah-buahan bermusim ketika menjelang pilihan raya, parti yang diibaratkan hidup segan mati tak mahu, bukanlah sandaran yang tepat untuk rakyat Sabah menaruh harapan membawa Sabah keluar dari cengkaman Umno.

Dalam keadaan ini SAPP sebuah parti berbilang kaum, seharusnya mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan kekuatan jentera parti. Turun padang bertemu rakyat di seluruh pelusuk negeri Sabah, memantau pandangan rakyat keseluruhanya sebelum menghadapi ujian pertarungan sebenar dalam gelangang pilihan raya tanpa dibayangai oleh pengaruh BN pada PRU13 nanti.

Usaha menghidupkan parti Usno, parti yang membawa Sabah mencapai kemerdekaan patut diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Usno yang dilihat sebagai parti yang sinonim dengan masyarakat Islam di Sabah dan dikatakan masih memliliki pengaruhnya dilihat masih relevan mengambil bahagian dalam percaturan politik Sabah walaupun ramai yang mengkehendakan Usno perlu melakukan transfomasi kepada sebuah parti berbilang kaum jika parti itu dapat dihidupkan semula.

PRU13 yang bakal kita hadapi nanti akan mengajak rakyat Sabah menimbangkan keputusan yang semasak-masaknya samada terus bersama Umno atau atau sebaliknya. Masyarakat kita hari ini terdiri daripada masyarakat yang berkebolehan menilai yang mana intan dan yang mana batu. Usah mengajar orang-orang kampung mana satu parti politik yang harus mereka sokong apa lagi masyakat bandar yang saban hari terdedah kepada pergolakan politik semasa. Apa yang pemimpin politik Sabah harus lakukan adalah untuk membuktikan keikhlasan sesebuah parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat Sabah tanpa dipengaruhi oleh kerakusan minda. Memburuk-burukan parti lawan adalah jalan singkat yang selalunya memakan tuan.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

1 comment:

  1. Ya sya setuju. PKR dan UMNO tu sama ja. Kalau dorang jadi tulang belakang dalam kerajaan negeri Sabah nanti, mungkin tidak jauh berbeza dengan konsep yang dibawa oleh UMNO. Kalau korang ndak mo sama dorang, biar PBS tanding banyak2 kerusi pada PRU13 nanti. Pastu kita sokong ramai-ramai. haha.

    ReplyDelete