Followers

Monday, January 18, 2010

Jangan jadikan keluarga kita penutur terakhir bahasa KDMR

Fenomena kepupusan bahasa terutama masyarakat minoriti di dunia ini bukanlah perkara baru. Menurut kajian Professor Steve Sutherland dari Universiti East Anglia, United Kindom, pada tahun 2006, melaporkan bahawa kadar kepupusan bahasa di dunia sejak 500 tahun dahulu melebihi kadar kepupusan burung dan mamalia. Kenyataan ini amat membimbangkan kerana mendapati semakin meningkat maju pesekitaran masyarakat minoriti semakin cepat kepupusan bahasa itu berlaku.

Di Sabah pelbagai usaha telah dan akan dijalankan untuk membendung masalah kepupusan bahasa ibunda. Bahasa KDMR yang semakin diancam kepupusan amat membimbangkan kita. Menurut kajian hampir setiap tahun ratusan penutur terakhir dalam satu-satu keluarga KDMR pergi meninggalkan kita. Genarasi KDMR yang telah biasa menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan seharian, terus hanyut bersama dengan arus kemajuan tanpa memikirkan implikasi kepupusan bahasa ibunda turut melenyapkan identiti bangsa.

Sebagai contoh Keluarga A mempunyai 4 orang anak iaitu B,C,D dan E. Setelah mereka mendirikan rumahtangga anak-anak A iaitu B,C dan D mengambil pendekatan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan di rumah. Dalam situasi ini kepupusan bahasa ibunda masih belum dirasai sepenuhnya kerana A (ibu/bapa) B,C,D,E masih boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda. Tetapi setelah A meninggal dunia, tinggal lagi B,C,D dan E boleh menguasai bahasa ibunda dengan baik. Masa berlalu tanpa kita sendari, berpuluh tahun kemudaian setelah B,C,D dan E meninggal dunia, kepupusan bahasa mula berlaku. Anak-anak mereka iaitu cucu kepada A tidak lagi boleh bertutur dalam bahasa ibunda dan fenomena ini akan berterusan kepada genarasi yang akan datang sehingga pada akhirnya bahasa ibunda akan punah sama sekali dimuka bumi ini walaupun tercatat bangsa KDMR dalam kad pengenalan mereka.

Menyedari hakikat ini, masyarakat KDMR di Sabah seharusnya mengambil bahagian dan bersedia memikul tanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibunda dari terus mengalami kepupusan. Jangan jadikan keluarga kita penutur terakhir bahasa KDMR.

Seiring dengan perkembangan ini, Puan Jornah Mozihim, mantan Adun Matunggong, telah berusaha menubuhkan Persatuan Kebudayaan Rungus (RCA) yang telahpun didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 10/10/2009. Antara matlamat penubuhan persatuan ini ialah mendokumentasikan bahasa rungus dalam bentuk penerbitan buku dan sebagainya. RCA mensasarkan seramai 500 orang ahli menjelang AGM persatuan ini pada bulan Mac 2010. Anda boleh melayari blog rasmi persatuan ini di http://rca-sabah.blogspot.com


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

15 comments:

  1. Pulitik + Budaya = Kepentingan Peribadi

    ReplyDelete
  2. Dalam keadaan sekarang terlalu awal untuk menilai. Setakat ini sya belum nampak lagi ada unsur2 kepentingan peribadi walaupun diterajui oleh ahli politik (Jornah Mozihim). Kita bagi peluang kepada beliau untuk menarajui persatuan ini untuk kepentingan masyarakat rungus dan jika dakwaan Anonymous benar, perstuan ini tidak sampai kemana. Masyarakat rungus pada hari ini cepat menilai mana batu dan mana permata. Ada persatuan berasaskan rungus sebelum ini tidak sampai kemana kerana dilihat lebih menjurus kepada kepentingan peribadi...

    ReplyDelete
  3. Ngam la itu, anak-anak barisan kepimpinan RCA ni ramai yang tak tau momoros Rungus. Opsss Minta maap.... misingkavaro.

    ReplyDelete
  4. wakakaka..Gazo Tulu, Lma ndak jumpa ko disini.Slamat bertemu kembali..ko tau baru juga sya mo komen pasal barisan kepimpinan dorang ni tapi ko sudah duluan. Ko juga bah Gazo tulu..pendapat ko tu memang betul. Durang ni rata2 sya tengok jenis yg ndak mo cakap momogun rungus di rumah. Klau bukan cakap urang putih mesti cakap melayu punya. Macamana mo terapkan nilai-nilai budaya rungus kalau macam tu..?? ini bukan misingkavaro lgi..bukan cobaan..

    ReplyDelete
  5. Amai Matgg, misingkavaro atau serius itu kenyataan. Harap diorg tidak okukuvaan. sebaliknya berazam kuat mengajar anak-anak cakap momogun sekurang-kurangnya tau perbezaan "mee" dengan "mi..t". Isu lain, kemahiran penutur rungus juga makin merosot termasuk Luguan RCA itu dalam satu ayat mcm2... ada.

    ReplyDelete
  6. Banal ko otopot itit binoros dikou diti...mungki dati dalam 5 hingga 10 toun akan datang okudik no dati ot ining tokou dot momoros rungus terutama sekali it sukod vagu..tu sid kogumuai kampung sid Matunggong..rata rata it anganak umur 18 toun ke bawah okudik no momoros rungus atau afasih rungus. Jadi yoku mongitung itit hal dot bahasa diti banal ko 'urgent' dot gamamon dot persatuan berasaskan budaya yadko RCA. Vokon hal nga opentingi nga itit bahasa diti iso ot hal dot kadapat memastikan (nunu ong rungus iti?)dot kehadiran suku rungus sid vatas dot Sabah or Malaysia...timai tokou mongitung itit hal diti...

    ReplyDelete
  7. kenyataannya anak2 belajar bahasa melalui pendengaran...bahasa yang paling kerap didengar bahasa itulah yang akan dijadikan bahasa pertuturan utama. seperti pepatah melayu pernah berkata, MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA. Ramai anak2 rungus yang mahu fasih bertutur dalam bahasa ibunda namun ibu bapa sendiri menganggap anak e2 akan pandai sendiri apabila sudah dewasa (xbenar sama sekali).

    Jika boleh dijadikan cadangan, cuba terapkan bahasa rungus dalam kurikulum sekolah seperti bahasa kadazan dan iban selain itu mereka yang mempunyai kemahiran mendidik buka lah kelas bahasa rungus jika benar2 prihatin.

    *anak rungus baru belajar*

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan pandangan Anonym *anak rungus baru belajar*, dalam soal ini ibu bapa lah yang harus dipersalahkan walaupun sebenarnya ibu bapa berhasrat untuk mendidik anak-anak mereka lebih awal dengan bahasa asing terutama bahasa inggeris dan melayu yang amat perlu dlam konteks pendidikan agar mereka tidak akan lagi merasa terlalu sukar bila mereka memulakan alam persekolahan nanti.

    ReplyDelete
  9. Tuan Anonymous.. Mohon maaf saya tergolong yang tuan maksudkan..anak2 saya tidak pandai cakap rungus.Saya juga merasa tersindir dan bertanggungjawap dalam hal ini. Nama2 anak2 pun semua nama orang putih.. Bagaimanalah kita mengarahtuju landasan yang amat tercemar ini. Melalui nama rungus dan pakaian identiti rungus telah lenyap (99% kalangan orang muda). Saya berpendapat persatuan rungus mungkin boleh membawa kesan perubahan..

    ReplyDelete
  10. Salam Sejahtera Tuan Thomas, pemimpin yang suka mengaku kesilapan adalah pemimpin yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Saya terharu dengan pengakuan tuan. Tapi jika belum terlambat boleh mulakan hari ini juga. Sebagai makluman, saya telah pun mulakan dalam keluarga saya. Insyalah telah menampakan hasil. Jika perkahwinan campuran, contohnya Bajau + rungus, ajar kedua-dua bahasa tersebut agar bahasa ibunda kita tidak akan pupus. Selamat mencuba tuan.

    ReplyDelete
  11. Tuan TAL.Harapan saya 1 masa nanti ada kesempatan bersua muka dengan tuan sambil mengimbas cerita2 positif. Terima kasih nasihat tuan. Nah tuan..tiba2 saya terfikir satu idea pula tuan TAL. Saya nak mencadang kepada Blog Matunggong Kini supaya mengujud 1 ruang mungkin berbentuk forum juga dalam bahasa Rungus sahaja, boleh tuan TAL dan EQ?

    ReplyDelete
  12. Kinoruhangan...

    Ya otopot dikou TAL om TA...timpunai tokou no it keluarga tokou momoros rungus. varo insan tadau dot nokohiza oku dot anganak sunsang om varo kumpulan dot anganak Koling sid saralom LIF...yoti miboboros dot boros dau. Varo insan tadau dot nokohiza oku tanganak toku rungus sid supermarket...malayu ot piboros dioti. Itokou ot ongo molohing ot kisala dalam hal diti. TOKOU NO TIMPUNAI TOKOU NO MAMAKAI VAGU BOROS RUNGUS SID ONGKOB TOKOU KONDIRI.

    ReplyDelete
  13. Yadno dino ot avantang Tuan Arin, makin osomok ot PRU13 makin agazo ot gama mangatag dot rekod peribadi. Tahniah. Baiko isopo vagu ot imuhunku dikau, kadano polingai it ngaran di amanu, mad anakko di Arinjamal ot kematan dot ulun. mokimahap banal nga ....iti diti kebaikannu .TAM bah bukan TA.

    ReplyDelete
  14. Varisnu - Torima kasih dino pandangan nu. Akan timbangon om invantangan ku ino hal dino..

    ReplyDelete
  15. Yoku varo kondiri pengalaman (pengalaman-amu elaan ku sid boros rungus), tanak ku apat. e kotuaan umul dau didino 11 toun, nokosikul no yosido om elo ogi momoros melayu tu inubas ku om i tidi dau momoros rungus antad di kosino po yosido. e tolu tanak ku kaharati e momoros rungus nga amu momoros tu ikum kabarasan tu kinoruhangan dau sid sombol ongo sama nopo. Jadi ikum momoros. Kosimpulan dau banal ko osusa tokou monuduk momoros boros kondiri sid anganak tokou....

    ReplyDelete