Followers

Wednesday, December 30, 2009

Transformasi Komuniti Petani

Oleh: Bogonew

Bogonewkimia ditubuhkan pada 29hb September 2007 di lot 8 pekan baru Matunggong merupakan kedai pertama yang menjual dan menyimpan bahan dan alat-alat pertanian di Matunggong. Matlamat utama penubuhan Bogonewkimia ialah menyuntik motivasi komuniti petani Matunggong supaya mereka mengkormesialkan pertanian sejajar dengan dasar yang diwujudkan oleh Pak Lah mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu "pertanian adalah perniagaan". Selain itu, menjadikan Bogonewkimia sebahagian daripada sumber keperluan komuniti petani di kawasan Matunggong selain sumber lain yang sedia ada.

Kepada masyarakat matunggong, berfikirlah secara rasional dan janganlah berpolitik semata-mata tetapi fikirkanlah bagaimana memajukan masyarakat Matunggong disamping memajukan diri sendiri. Untuk membantu memajukan orang lain, tidak semestinya kita memberi mereka secara percuma tetapi cukuplah kita memberikan mereka kemudahan. Otopot ko amu?...

Kepada penganalisis politik di kawasan Matunggong, kalau kita merujuk kepada konsep HRM (Human Resource Management), kesan daripada wakil rakyat yang silih berganti akan menimbulkan perubahan struktur organisasi, perubahan pentadbiran, pengurusan, komunikasi yang tidak baik dikalangan masyarakat, cadangan dan perancangan tidak dapat diteruskan, pembangunan tidak teratur , projek terbengkalai dan akhirnya matlamat atau objektif untuk membangunkan Matunggong tidak tercapai. Oleh itu konsep selalu menukar wakil rakyat bukan lah satu pendekatan yang terbaik. Dalam politik mungkin satu perkara yang biasa berlaku tapi kita harus memikirkan kesan negatif kepada masyarakat sebab matlamat kita adalah membangunkan masyarakat Matunggong keseluruhanya. Kadan tokou no mongitung dot mangaganti dot YB gam ogi tabangai tokou e YB kuran pamaju diti tulun tokou.

Cadangan - kalau saya mampu, saya akan membina sebuah rumah rehat di pekan Matunggong. Oleh kerana saya tidak mampu, saya bercadang kepada YB Sarapin Magana supaya berusaha membina sebuah rumah rehat di pekan Matunggong yang lengkap dengan bilik seminar selain bilik penginapan. Bilik seminar penting kerana boleh digunakan semasa mengadakan seminar atau kursus yang dianjurkan oleh kerajaan, agensi kerajaan atau swasta. Seminar atau kursus penting untuk pengetahuan, kemahiran, pendidikan, pembangunan dan motivasi kepada masyarakat Matunggong.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

6 comments:

  1. kebanyakan daripada artikel yang dihantar di Blog Matunggongkini lebih kepada mempertikai dan melihat kelemahan dan kesilapan orang lain terutama pemimpin-pemimpin di Matunggong khususnya tetapi tiada usaha, kerjasama membetulkan kesilapan itu. Cadangan adalah usaha yang paling releven bagi pengkritik-pengkritik tetapi cadangan itu tidak dibuat sama ada yang mengkritik atau yang dikritik. jadi kesudahannya tiada yang releven dan logik sebab orang lain tidak nampak dan dapat menilai apa yang dikritik melainkan pengkritik itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam hormat saudara Bogonew...Saya mo tanya ni apakah usaha dan bentuk kerjasama yang bagaimana perlu dilakukan yang saudara rasa relevan dan logik seperti yang saudara maksudkan agar orang lain boleh lihat dan dapat menilai kritikan itu sehingga kesilapan dapat diperbetulkan..minta penjelasan...

    ReplyDelete
  3. Bah kadanno mikokot sampai okinis ot tolingo bo...unopodon tokouno.Salamat Toun Vagu 2010

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan Saudara Gazo Tulu..Tidak lah sampai mo gigit2 telinga ni. Nanti Editor Matunggongkini kasi BAN sya punya komen. Sya juga yg susah. Kita orang baik-baik juga bah ni..Salamat Toun Vagu 2010 juga sama Gazo tulu dan anak bini (itu pun klu ko sudh bebini)hehe

    ReplyDelete
  5. kopivosihan tadau xmas dit nakatalib om toun vagu kumaa sokoviai pembaca diti blog terutama sidi Amai Matunggong om monorima kasih oku dit komen nu dit arikel ku porogi. amai matunggong, asas kepada usaha dan bentuk kerjasama ialah bergantung kepada matlamat atau objektif sama ada individu atau berkumpulan(organisasi) itu sendiri. contoh, matlamat amai matunggong mokigugumu dot parai diti toun biano 2010. amai matunggong mestilah BERUSAHA mangagazo dot rilikon, insakatan, vuhavon. macam mana bentuk usaha?.. mengupah kawan-kawan, menubuhkan gotong-royong kampung bagi mencapai matlamat amai matunggong. begitu juga dengan organisasi di kampung, matlamat mereka adalah memajukan kampung secara menyeluruh. begitu juga dengan Organisasi PBT di kawasan matunggong mempunyai matlamat memajukan masyarakat matunggong. Jadi, sekiranya amai matunggong ada matlamat memajukan masyarakat matunggong, banyak yang perlu dimajukan kepada masyarakat matunggong. cuma tengok matlamat amai itu untuk siapa? kenapa matlamat itu dipilih? bila matlamat itu dilaksanakan? dimana matlamat itu dilaksanakan? untuk apa? matlamat memberikan pendidikan, penambahbaikan ekonomi, transformasi budaya,kemudahan sosial dan mcm2 lagi kepada tulun tokou. semua ini termasuk dalam cadangan pembangunan di matunggong, cuma kalau amai matunggong mahu melaksanakan matlamat itu perlulah ikut dasar atau garis panduan yang ditentukan oleh kerajaan atau PBT. ini menunjukkan BENTUK KERJASAMA kepada kerajaan, pemimpin dan masyarakat setempat. Jadi kepada kumaa sid kinoruhangan kavi engin oku mitukar-tukar dot gutika, so lawato oku dikou sitid laman web ku http///www:BOGONEWKIMIA.ning.com
    om mokimahap bo obpinai sokoviai.

    Jeffry

    ReplyDelete
  6. Mohon maaf saudara Bogonew/Jeffry sbb lama tak kunjungi blog ini. Sya amat sibuk awal tahun baru ini. Maklumlah banyak kerja yang perlu diselesaikan, mana lagi nak hantar anak2 ke sekolah, hntr ke kolej. Perniagaan sya pun kena manage lgi sbb rmai pekerja nak ambil cuti...sya fham mksud saudara sbb itu melalui blog ini sya menyuarakan apa yang terbuku dihati demi msa depan Matunggong. Soal kerjasama yg saudara maksudkan itu, kita sbenarnya telah dan akan bekerjasama dgn pemimpin jika pemimpin mahu berbuat sstu untuk rakyat. Kita tidak akan menolak sebarang pembangunan jika ada. Kalau tidak ada? nak buat mcmana lagi..Ooops lupa pula..Happy new year buat saudara dan keluarga..

    ReplyDelete