Followers

Friday, October 1, 2010

Radio Momogun Online

Ketika Forum Halatuju Rungus (FHR) yang lepas antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan Slot Siaran Momogun Dalam RTM. sehubungan dengan itu penjelasan yang diperolehi manyatakan bahawa kita perlu merangka kertas kerja berserta program pelaksanaan termasuk kepakaran penyampai untuk slot tersebut. apabila melibatkan RTM ini sudah tentu setiap prestasi hendaklah menepati KPI mereka. dengan ini agak menyulitkan kita untuk memulakan proses tersebut memandangkan terlalu banyak prosedur untuk dilalui.

Kebelakangan ini, seperti yang kita ketahui CAPAIAN ke Internet sudah menjadi agak mudah dengan adanya Broadband, dan saya yakin buat masa ini itu bukan lagi mustahil kepada kebanyakan individu. jika dilihat juga di Internet sekarang ini Internet Radio Broadcast begitu popular dikalangan pendengar dan setelah mencari maklumat saya dapati pelaksanaan Internet Radio tersebut tidaklah susah dan pelaksanaan juga tidak memerlukan Prosedur yang susah mahupupn KPI tertentu.

Untuk memulakan proses itu saya telah berusaha mencari maklumat dan saya juga telah membuat beberapa percubaan untuk membuat Siaran Radio Secara online sejak jumaat lepas dan apa yang saya lihat sambutan dikalangan pendengar khususnya momogun begitu memberangsangkan biarpun saya belum murnikan player tersebut.

Anda boleh terus mendengar daripada server radio iaitu:
http://rungus.youstream.fm

ataupun memasukkan "code" ke dalam website atau blog anda.. berikut adalah Code yang dimaksudkan:

========Copy From Here========

<!-- START FreeVideoCoding.com -->
<embed pluginspage="http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/download/" autostart="1" showstatusbar="1" type="application/x-mplayer2" height="150" src="http://68.168.98.191:12065/" width="500" showcontrols="1"> </embed>
<!-- END FreeVideoCoding.com -->

OLEH: JAMALIT

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

19 comments:

  1. Saudara Jamalit..saya mohon maaf atas kelambatan menyiarkan artikel yang saudara hantar sehingga memakan masa lebih sebulan baru dapat disarkan. Ketika saya cuba mengejar masa untuk menyiapkan skrip drama yang sedang saya tulis sekarang, ada tanggungjawab lain yang hampir-hampir saya abaikan sehingga ‘terlupa’ untuk membuka email yang saya khususkan untuk menerima ‘Artikel Dari Pembaca’. Sekali lagi saya mohon maaf. Mengenai dengan usaha saudara mengujudkan Radio Momogun/Rungus Online, dalam kesempatan ini saya ucapakan syabas kerana saudara telah berjaya membuka lembaran baru yang saya kira merupakan satu sejarah dalam masyarakat kita dalam bidang penyiaran. Sesungguhnya usaha murni saudara patut menjadi contoh kepada rakan-rakan kita yang lain terutama mereka yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang mereka untuk mengembling tenaga, buah fikiran, dan idea yang mampu melonjakan nama kaum rungus seiring dengan kaum lain tanpa mengharapkan imbalan dan imbuhan yang melimpah ruah. Kita harus ingat kejayaan sesuatu kaum tidak datang bergolek di depan mata tanpa usaha yang gigih, tanpa sokongan dan tanpa rasa tanggungjawab. Saya percaya kaum lain tidak akan berusaha untuk mengubah lanskap kehidupan kita ,kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab sebagai nakhoda kapal untuk kaumnya sendiri. Saya penuh yakin generasi kita yang akan datang pasti akan memberi tabik hormat kepada kita jika kita mampu………sambuang saja kalau ada yang mo sambung…terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tahniah sid Radio Momogun Rungus Online minsan ko kakal po ogumu ot perlu diperbetulkan om osusa po tumorining kiro-kiro it ongo DJ tu mad ahambar banal nga apa pun mimang ogi tu sera ma dot varo boros momogun ot penyampaian dalam penyiaran, iti ogi tu varo no nagama dot bansa tokou..tahniah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah MK, sdra. Jamalit dan SAMORA kerana usaha diatas kejayaan Radio Online.. nga sebenarnya saya telah merujuk tidak secara rasmi dari RTM Sabah, sememangnya ada peluang siaran bahasa Rungus. Oleh sebab itu dicadang kepada SAMORA dan sekitarnya, why not ada jawatankuasa menerajui secara serius dalam hal ini..

    ReplyDelete
  4. Pendengar setia Radio RungusOctober 5, 2010 at 11:49 PM

    Siaran radio rungus online? nga nokuro tu varo DJ (DJ Kusai) ot asarok momoros dot boros dot malazu. Suntuan ku siti yadko "Menduduki tangga ke... om ogumu po, mad bai amu insanan mongoguna boros dot malazu" nokuro tu amu ihiman dot istilah boros tokou. Nunu2 ot penyiaran nga patut dot varo 'etika' it boros dit aso no banal sid rungus om iri ogi molos ogi dot boros bansa vokon.. osusa mamantu inot ongo DJ dit gumama dino pinsan Jamalit. Minsan ko iti vagu po ot penyiaran tokou nga kadan no jodizon dot alasan ino. Mokimahap.

    ReplyDelete
  5. Terlebih dahulu saya mohom maaf kerana menggunakan bahasa Melayu bila menjawab atau beri komen di MK ini. Okon ko amu elo momoros Rungus nga tujuan utama supaya iti komen atau pendapat tokou ong abasa dioti sid savat terutama no pomimpin/ kakitangan kerajaan berbangsa Malazu ohorotizan dioti. Sebelum Tobpinai Jamalit buat response saya beri jawaban atau response dulu kerana Radio Rungus Online (RRO) adalah diusahakan (fully financed by Samora) bersama tobpinai Jamalit dan Samora. Walaubagaimanapun saya atau Samora sendiri memberi kebebasan sepenuhnya kepada kakitangan atau krew RRO untuk menjalankan operasi mereka. Memang bagus cadangan Tuan Thomas, kita perlu ada jawatankuasa khas untuk slot siaran Radio dalam bahasa Rungus ini. Saya telah kemukakan idea slot siaran dalam bahasa Rungus ini sejak tahun 1998 lagi.Adalah lebih baik kalau jawatankuasa ini dianggotai bersama oleh Samora dan RCA supaya kerajaan nampak kita serius dan bersatu dalam usaha kita mendapatkan slot siaran tersebut. Sementara menunggu ' slot siaran ' dalam bahasa Rungus yang ntah bila kita akan dapat, lebih baiklah kita buat persediaan dahulu dengan memberi latihan dan kepakaran kepada orang2 kita sebagai DJ, pengawal rancangan dan sebagainya. Saya akui terdapatnya kelemahan yang ketara dalam pengendalian RRO terutamanya penggunaan bahasa Rungus yang dicampur adukkan dengan bahasa Melayu. Kita cuba minimumkan dan seterusnya menyelesaikan masaalah ini. Kebetulan kebanyakan DJ bertugas adalah DJ part time dan ada yang masih bersekolah di Universiti. Ada antara mereka yang amat terhad pengetahuannya mengenai bahasa Rungus tetapi mempunyai semangat untuk belajar dan cuba mempraktikkannya . Memang ' baru beroperasi' bukanlah alasan yang baik kerana setiap yang baru kalau dirancang secara kemas dan teliti akan jadi hampir perfect juga. Apapun sekali lagi saya bagi pihak RRO memohon maaf atas kelemahan ini. Kita akan perbaiki kelemahan tersebut semaximum mungkin.( JH)

    ReplyDelete
  6. Tahniah JH, SAMORA dan tuan Jamalit juga kerana usaha anda menjadi realiti. Tuan2/puan, saudara/saudari berilah sokongan..jangan buntuhkan usaha permulaan ini..JH, SAMORA n Jamalit ambillah komen negatif itu sebagai pendorong kejayaan..
    Tuan JH, tuanlah memberi kata putus bila JK Siaran Rungus d RTM itu d bentuk n pada saya adakan pada kadar segera.. Idea yg masih hangat perlu d semarak otherwise lenyap n tiada kesudahannya..

    ReplyDelete
  7. Pujian kepada Tuan Thomas Arinjamal, pandangan anda ada rasionalnya. Kalau nak jadi pemimpin, nak jadi calon macam ni lah, perlu awal-awal turun ke padang. Berikan pandangan dan pendapat untuk kebaikan rakyat bukan masa penamaan calon baru muncul, baru nak jadi pemimpin walhal tidak pernah pun berdampingan dengan rakyat. Kalau melalui blog pun tidak mahu luangkan masa bersama rakyat, inikan pula meluangkan masa bersama rakyat di arena sebenar. Semoga pucuk pimpinan memilih tuan Arinjamal sebagai calon jika YB Sarapin direhatkan pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  8. Inai Matunggong.. Jika kata2 itu ikhlas terima kasih tidak terhingga. Marilah sesungguhnya memperjuangkan bangsa kita yang amat ketinggalan ini..diharap dapat berkenalan dengan Inai Matunggong dalam masa2 akan datang..GBU

    ReplyDelete
  9. Terlebih dahulu terima kasih kerana memberikan reaksi kepada topik yang saya post ini. juga saya tidak lupa memohon maaf kerana menjawab thread ini dalam bahasa melayu. bukan tak pandai tetapi saya menganggap bahawa blog ini ada blog rasmi umum yang dibaca oleh bukan sahaja rungus tetapi seluruh masyarakat malaysia.

    saya akui dalam tempoh kurang daripada 10jam On Air siaran saya ( dalam beberapa slot ) sebagai Dj Jams di Radio Rungus Online banyak kelemahan. terus terang saya katakan, buat masa ini saya belum lagi menekankan kualiti siaran tersebut dari segi bahasa, tetapi dalam tempoh ini saya masih lagi menekankan kualiti dari aspek Kualiti Teknikal Siaran dari segi penggunaan mic, kawalan suara ketika bersiaran, kawalan intonasi ketika bercakap, paduan suara dan muzik latar ketika siaran, ketepatan masa dalam menyampaikan maklumat, mempelajari teknik ulasan maklumat semasa, teknik memainkan lagu, teknik dan pelbagai teknik lagi yang saya rasakan lebih penting. dari segi aspek kualiti siaran. buat masa ini dismaping mencari pengisian radio kami juga sibuk dalam menyediakan pelbagai bahan untuk dimuatkan. nasib baik adanya bantuan daripada rakan-rakan yang jauh dari kl sana yang menyumbangkan tenaga dalam membuat banner. buat masa ini hanya Logo Radio sahaja yang sudah siap dibuat itu pun masih perlu sedikit ubahsuai.

    oleh itu saya memohon maaf atas kelemahan ini, dalam masa akan datang saya akan perbaiki kelemahan ini dan saya juga akan membawakan isu ini dalam perbincangan krew radio pada hari jumaat hingga ahad ini. sesiapa yang ingin mendengar siaran penuh Radio ini sila dengarkan siaran penuh kami pada hari jumaat hingga ahad ini. selain siaran radio anda juga boleh mengikuti bagaimana kami mengendalikan siaran ini secara LIVE dari http://samora.bigforumpro.com

    ReplyDelete
  10. Mongindazou oku dino usaha nu tobpinai Jamalit om posuruto dikou banal ino Radio Rungus..Memang ogumu o kodohigongo nga ba piimot-imot sid hiza pamanahan.

    ReplyDelete
  11. Tahniah pihak yang bekerja keras...JAnggak, SAMORA dll...sehingga Radio Rungus Online ini dapat diwujudlkan...

    W/pun masih banyak kelemahan tetapi teruskan...tiada yang mudah kalau mau ke depan...

    iso no cadangan: Bagaimana kalau DJ-DJ yang ada dan yang berminat mungkin boleh hadir kursus jadi DJ (kawalan suara, interkasi dll)..mungkin SAMORA boleh bekerjasama dengan RTM Sabah (salah satu langkah pertama dalam pengwujudan Bahasa Rungus di RTM masa akan datang....)untuk mengadakan kursus DJ...

    Cadangan saja...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas Respon sokoviai kumaa pendengar do Radio Rungus Online~yang cukup memberi inspirasi kepada kami krew2 RRO..Satu perkara yang kami ingin sampaikan kami sangat teruja kerna buat pertama kali kami dapat menjadi Penyampai radio dalam slanga BAHASA sendiri.Kami rela menghabiskan waktu hujung minggu kami bersama2 semata-mata mahu menyebarkan rasa bangga kepada umum bahawa kami ANAK RUNGUS wlau sedikit perbualan bahasa tercampur aduk. kami memohon maaf sekiranya ada pendengar tidak senang dgn cara kami berinteraksi melalui ON AIR~

    Krew Poluvadang- DJ MUNI

    ReplyDelete
  13. DJ Muni..suara anda memang best bila ke UDARA. Diharap bila slot Rungus di RTM nanti telah diluluskan, anda merupakan salah seorang dari DJ itu nanti..Saya suka penyampaian yang bersahaja dan tidak keterlaluan. Teruskan.

    ReplyDelete
  14. Dj2 Rungus .. mongindazou dino usaha dikou. Ohigak om unsopot sabab ino nagama dikou dino jumadi do sejarah rungus..Rontob nopo aso po kasampatan mogining humarap sid tohudi tadau..

    ReplyDelete
  15. Saya cukup kagum dengan RRO dan berharap RRO akan meletakan syarat untuk tidak mengambil DJ-DJ yang tidak fasih berbahasa rungus...Burunguk Tindal suka dengar suara DJ Intan. Macam radio betul-betul..

    ReplyDelete
  16. SAMORA dan RCA.. Ada apa2 cadangan dan perancangan siaran Rungus di RTM?

    ReplyDelete
  17. Untuk pengetahuan, dalam usaha memantapkan lagi siaran RRO, pihak samora selaku NGO dimana kami RRO bernaung telah menyatakan kesediaan untuk membuka peluang kepada Krew RRO meningkatkan kemahiran.

    Untuk itu Pihak samora telah mengusulkan kepada kami untuk kami menghadiri satu kursus bersama FINAS di yang bertempat di Kuala Lumpur. Jika diizinkan tuhan, menurut Presiden SAMORA kesemua Krew RRO yang ada masa pada bulan December ini akan dihantar untuk berkursus dibawah pembiayaan SAMORA.

    Saya secara peribadinya merasakan bahawa ini adalah sesuatu yang terlalu besar sebab kos untuk program ini sudah tentunya besar.

    Terima kasih kepada SAMORA khususnya Presidennya kerana sudah terlalu banyak sumbangan anda dalam usaha memantapkan RRO. SAMORA bukan sahaja menjadi penaung RRO malah seolah-olah menjadi keluarga angkat krew-krew RRO khususnya DJ-DJ yang bertugas di RRO.

    Sebagai tambahan, di website rasmi samora http://www.rungus.org kami menyediakan ruang untuk iklan. sekiranya anda mempunyai laman web atau produk serta perkhidmatan untuk diiklankan sila berhubung dengan RRO untuk urusan iklan. kami juga membuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menggunakan RRO sebagai medium pengiklanan. segala urusan pengiklanan bolehlah berhubung terus dengan kami di RRO.

    Jamalit A.
    RRO Krew

    ReplyDelete
  18. Kita cuba perbaiki kelemahan yang sedia ada! Saya suka menggunakan perkataan KITA kerana saya juga pendengar bersama-sama anda pendengar Radio Rungus Online.

    Memang menjadi satu cabaran buat Krew RRO memulakan tugasan sebagai penyampai RRO kerana jika pengetahuan cetek untuk ke udara agak sukar dan canggung melayan karenah pendengar. Maksud saya disini,contohnya apabila terdapat pendengar meminta ulasan sedikit mengenai lirik lagu Tak Tak Lungkaki nyanyian Masdin Hezzie Metol- penyampai mesti bersedia dan mencari fakta.
    Masa inilah krew RRO harus bertindak mengawal rancangan itu dengan baik. Kekangan waktu tidak mengizinkan kita mencari bahan dan lebih banyak info.
    Menyedari senario begini,baru kita tahu tanggungjawab penyampai radio bukan setakat di konti untuk bersuara namun mencari bahan dari pelbagai maklumat,lagu-lagu sesuai untuk dimainkan dan berinterakasi dengan pendengar. Komitmen padu diperlukan.
    Sokongan dari pelbagai pihak sangat di alukan dan terima kasih diucapkan buat mereka yang sudi memberi respon apabila halwa telinga mereka terusik gara-gara lagu tidak sedap di dengar. Kami akui kelemahan dari sudut pengisian dan lagu-lagu pula masih terlalu sedikit. Namun , ini bukan alasan kerana usaha yang harus gigih dilaksanakan.
    Ketika saya sedang membaca comment tulisan ini, saya sedang melaksanakan Kertas Kerja Program Siaran radio-Slot Bahasa Rungus untuk dihantar ke pihak pengurusan RTM. Saya meninjau hasrat orang-orang kita bagaimana nanti jika slot bahasa Rungus di adakan di dalam Program Siaran Radio-Sabah VFM (slot bahasa Rungus). Jawapannya-Kita jangan pandang ke belakang lagi, teruskan dengan rencana kita.
    Harapan saya besar kiranya, apa jua kelemahan kami KREW RRO dalam memajukan RADIO sama-sama kita pertingkatkan. Hanya untuk K.I.T.A semua.

    Kerana saya juga pendengar seperti anda!
    Salam Manis dan Teristimewa,
    DJ MUNI

    ReplyDelete
  19. satu lagi perubahan yg dicapai oleh kaum kita..
    saya harap kaum kita akan terus berkembang selaras perkembangan teknologi. walau pun, sy hanya seorang pelajar. saya akan support setiap perkara yang dapat membantu kaum kita untuk berkembang.. "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

    bila ka ni radio di main kan.?
    setiap hari apa.?

    ReplyDelete