Followers

Tuesday, November 30, 2010

P.Dik Ganai Pengarah serbah boleh

Nama P.Dik Horton Ganai (Fdam), bukanlah nama yang asing lagi bagi penggiat seni tempatan. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni yang telah menempah nama bukan saja di negeri Sabah, negeri di bawah bayu, malah nama P.Dik Ganai sudah dikenali di peringkat nasional. Melaui filem arahanya yang telah menggondol beberapa anugerah diperingkat nasional, P.Dik yang juga merupakan Pengarah Urusan Bayo Pictures SDN.BHD bukan saja menerbitkan telemovie tempatan malah turut menerbitkan MTV Karaoke.

P.Dik Ganai yang mendapat jolokan 'Pejuang etnik Sabah' dari rakan penggiat seni di Semenanjung Malaysia berikutan kejayaan beberapa telemovie arahan beliau yang berunsur etnik Sabah terus mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama dengan Samora (Sabah Momogun Rungus Association) bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan suku kaum rungus untuk membintangi sebuah telemovie berjudul Jatung Mu Bukan Milik Ku, sebuah drama yang mengisahkan cinta tiga segi dan pengorbanan seorang anak muda sehingga sanggup mendermakan jantungnya buat kekasih walaupun telah menjadi isteri orang. Lokasi penggambaran telemovie ini akan diadakan di daerah kecil Matunggong dan selebihnya di pekan Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Skrip ditulis oleh Elih Qaboox manakala Jelani Hamdan yang juga merupakan presiden Samora merupakan Executive Produser bagi telemovie tersebut.

Antara Produk yang telah dihasilkan oleh Bayo Pictures SDN.BHD














Berikut adalah Profile dan kronologi penglibatan P.Dik Ganai sejak beliau menceburkan diri dalam bidang seni.


P.Dik Horton Ganai (fdam)

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : P Dick Horton Ganai
Nama Pena : P Dik Ganai
Pertubuhan Kealihan : PERSATUAN TINUNGKUSAN MOMOGUN – Presiden

-PERSATUAN SUTRADARA MALAYSIA ( FDAM) – Ahli AB422

-PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA – Ahli A0722

-PERSATUAN PEKERJA PROFESIONAL FILEM MALAYSIA – (PROFIMA) Ahli 5582


2009 - Calon Filem Pendek FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE - 22, Tajuk Filem 'Damai Malam'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.

-Pemenang tempat Kedua Pertandingan Video Montaj Kepenggunaan sempena PERTANDINGAN KEPENGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009, tajuk montaj 'Keputusan Menentukan Kesejahteraan Diri'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.

-Menyertai BENGKEL PENGARAHAN oleh Unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Finas Kuala Lumpur.

-Menyertai BENGKEL PENERBITAN FILEM PENDEK oleh Unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS Kuala Lumpur.

-Penerbit Album ‘ KOPOSIZON MTV Karaoke’

-‘Anugerah Persembahan Terbaik’ Lagu-lagu Popular KDM SABAH VFM terbitan RTM Kota Kinabalu Sabah.

2008 - Anguerah ‘ Pengarah Filem Pendek Terbaik’ dan 'Filem Pendek Terbaik' dalam pertandingan Filem Peringkat Kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2008, anjuran FOMCA dengan kerjasama KPDNHEP - Tajuk filem, 'Pengguna Bijak Peniaga Beretika' Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.


2007 - Anguerah ‘ Pengarah Filem Pendek Terbaik’ dan Filem Pendek Terbaik dalam Pertandingan Filem Pendek Peringkat Kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007 anjuran KPDNHEP dengan kerjasama FOMCA. Tajuk filem ' Pejuang Hak'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.
dan ‘Filem Pendek Terbaik’ dalam Pertandingan Filem Pendek

- Berlakon dalam Teater Perdana Sempena Harijadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah -memegang watak sebagai Panglima Sumbul. Skrip oleh Nandra. Arahan Deddy M Burhan.

2006 - Menubuhkan syarikat BAYO PICTURES SDN BHD dan selaku Lembaga Pengarah Syarikat.

- Pengarah dan Pelakon Utama dalam Telemovie VCD 'Kehidupan' terbitan dan edaran BAYO PICTURES S/B


- Penolong Pengarah dan Pelakon Pembantu dalam siri drama 'Kau....Aku...'. Siaran untuk ASTRO arahan oleh Pengarah/Pelakon, Fauzi Nawawi disamping artis terkenal Lisdawati.

2005 - Pengarah Telemovie vcd tajuk ‘NADA CINTA’ dengan Original Soundtrack tema keprihatinan kumpulan penari terhadap OKU, terbitan dan usahasama JAWAT PELANGI S/B dan MASANDO PRODUCTION edaran Bamboo Sound S/B. Skrip oleh Sabtiah dan Liza Benz.

2004 - Pelakon Pembantu dalam telemovie VCD bertajuk 'Korek Lubang Tutup Lubang' terbitan PENTAS WAYANG S/B. Arahan TS Jefry.

- Penolong Pengarah dalam telemovie VCD bertajuk Cinta Silang Kata terbitan dan edaran VTR DISTRIBUTION S/B. Arahan Daniel Tan.

2003 - Pelakon Pembantu dalam telemovie RTM bertajuk ‘Dimana Alin’ disamping artis Lisdawati - Pelakon Harapan 2002, Zamani (slam) dan Rashdan Baba. Arahan TS Jefry,

2002 - Pengurus Produksi dalam telemovie ‘Huminodun’ terbitan dan edaraan SkyLine (KL)

2001 - Penolong Pengurus Produksi dan Pelakon dalam drama 'Trepedasi' arahan TS Jefry untuk siaran RTM1

2000-1999 - Penolong Pengurus Produksi / pelakon dalam drama bersiri bertajuk 'Skuad Elit', terbitan COSMOVISION untuk siaran RTM1

1998 - Tahun terakhir bekerja dengan syarikat HVD penerbit drama untuk siaran RTM disebabkan kegawatan ekonomi.

1997 - Pengurus Lokasi untuk drama 6 epsiod bertajuk ‘KOTA SETIA’ terbitan HVD untuk siaran RTM2.

- Top 4 Finalist dalam rancangan Pertandingan Akhir SINARAN KOMPOSER 97 (Ciptaan lagu) terbitan TV3

1996 - Mula kerja dalam bidang penerbitan videografi di Home video Distribution (HVD) Cheras Kuala Lumpur.

1995 – 1986 - Bekerja sebagai penyanyi solo dan berkumpulan di kelab-kelab malam sekitar ibu kota Kuala Lumpur.


1987 - Mendapat tawaran untuk merakam Album solo dengan syarikat rakaman Kuala Lumpur.


1985 - Peluang berlakon watak tambahan dalam filem bertajuk ‘Aniayah Jenayah' dibintangi oleh pelakon veteran, Allahyarham Mahmood June.

1984 - Peluang pertama berlakon watak tambahan dalam filem 'Aku Yang Berhormat' dibintangi oleh Jamali Sadat, Dharma Harun Alrashid dan Hamid Gurka.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

5 comments:

  1. Setinggi-tinggi tahniah kepada sdra EQ (editor MK) kerana berjaya menghasilkan skrip yang berkualiti dan seterusnya dapat melibatkan suku kaum Rungus menceburi bidang lakonan. Mudah-mudahan usaha sdra tidak sia-sia utk mengetengahkan bakat org Rungus dalam bidang seni lakonan khasnya. Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Bagus dan berani sekali usaha yang beliau jalankan untuk mempromosi daerah kecil matunggong kepada masyarakat seluruh Malaysia. Saya berharap skrip dialog itu akan ada bahasa rungu dan pemilihan lokasi mestilah d tempat yang paling sesuai dengan keadaan cerita.

    ReplyDelete
  3. Sdra RY, Anon, terimakasih atas komen sdra. Komen ini sya anggp sstu yg cukp bermakna dan memberi semangat kepada sya untuk terus bergiat dalam bidang ini. walaupun sedikit dan agak kerdil, saya berharap sumbngan ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada suku kaum rungus untuk menceburi pelbagai bidang. Sebagai makluman, sya telah pun menyiapkan skrip untuk telemovie berbahasa rungus berjudul TOVIVINOI yg sya adaptasi dari cerita lagenda rungus yang akan diterbitkan oleh RCA nanti.

    ReplyDelete
  4. Tahniah tobpinai EQ.. Teruskan bakat tuan..pada saya tuan adalah antara satu perintis dalam penulisan bentuk skrip (dari suku Rungus).. Tidak ramai Rungus berkemampuan seperti tuan..pastinya nama tuan akan dicatat dalam sejarah transformasi kemajuan suku Rungus kelak..

    ReplyDelete
  5. Saudara Thomas, hanya ucapan terima kasih yang mampu saya ungkapkan diatas pujian dan harapan tuan. Jika saya berjaya dalam bidang ini sekalipun, tentunya bukan semata-mata kejayaan saya seorang diri tapi kejayaan bangsa kita. Saya pasti ada orang kita di luar sana yang turut meminati bidang ini. Terima kasih atas harapan dan dorongan Tuan.

    ReplyDelete