Followers

Friday, September 18, 2009

Siapa selepas Sarapin Magana?

Bukan cakap kosong tapi sejarah membuktikan bahawa DUN Matunggong merupakan kerusi DUN yang sering bertukar wakil rakyat. Entah dimana silapnya senario ini terus berlaku seakan satu kemestian YB YB ini harus digugur dan ditukar dengan muka baru pada hampir setiap kali pilihanraya diadakan. Apakah wakil-wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat Matunggong ini kurang kredibiliti atau mereka dilihat tidak mampu untuk membawa Matunggong keluar dari kepompong kemiskinan? Maka mereka harus menerima 'hukuman' disingkir dari terus menjadi wakil rakyat Matunggong dan secara tidak langsung senario ini akan mengagalkan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh wakil rakyat berkenaan untuk penggal yang seterusnya.

Atong Mangabis


Jornah Mozihim


Sarapin Magana




Kalau mantan ADUN matunggong, Atong Mangabis digugurkan dari senarai calon PBS pada pilihanraya umum 2004 kerana dikatakan penggantinya Jornah Mozihim memiliki kelebihan dari segi akademik, Jornah Mozihim pula digugur dari senarai calon disaat akhir sebelum hari penamaan calon walaupun Jornah Mozihim mendakwa telah mempersiapkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihanraya itu. President parti Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika mengumumkan tindakan parti membuat pindaan senarai calon disaat akhir itu berkata, keputusan dibuat setelah menimbang semua faktor termasuk rayuan dari peringkat akar umbi parti. Datuk Pairin juga berkata parti mempunyai sebab untuk mengugurkan Jornah Mozihim dari senarai calon.

Apapun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti, rakyat Matunggong seharusnya diberi penjelasan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dikalangan ahli-ahli diperingkat akar umbi. Tindakan tergesa-gesa seumpama ini secara tidak langsung akan membawa kepada wujudnya puak-puak tertentu yang pasti akan mencetuskan perpecahan dikalangan ahli parti itu sendiri. Rasa tidak puas hati dikalangan penyokong ini, lambat laun akan mengubah presepsi rakyat terhadap ketelusan kepimpinan parti pada masa akan datang. Pada PRU12 yang baru lalu, kita mendengar banyak suara-suara sumbang yang datang dari penyokong kuat PBS Matunggong itu sendiri yang menyarankan agar ahli-ahli parti tidak memberi undi kepada calon Parlimen, Datuk Maximus Ongkili, tetapi pada masa yang sama akan terus mempertahankan kerusi PBS Matunggong sebagai melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penyingkiran Jornah Mozihim dari senarai calon. Memang pelik, tapi itulah yang berlaku dan mereka ini mempunyai alasan dan sebab untuk berbuat demikian.

Melihat pada senario ini, apakah YB Sarapin Magana turut menerima nasib yang sama, digugurkan dalam senarai calon pada PRU13 nanti. Apa lagi alasan yang bakal dikemukan untuk membolehkan muka baru memegang title YB selepas PRU13. Kita tunggu dan lihat.



Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

11 comments:

  1. All people of N4.Matunggong should choose wisely this time...'We dont want Assemblyman yg tak boleh bersuara tapi We NEED someone who knwos what we need... my time is yet to come to join with this politics thing..wish you all the best

    ReplyDelete
  2. Very Good Mr.L, but u should start from now. GE13 is coming very soon. Tunjukan kepimpinan,jangan tunggu masa pilihnraya baru muncul. We'll support u...

    ReplyDelete
  3. Ada orang cakap cuba dulu Thomas Arinjamal kali ini. Kasi dia tempoh 1 penggal. Klau tidak bekerja juga, tukar lagi sampai kita jumpa pemimpin yg benar-benar boleh bekerja untuk rakyat Matunggong. Dalam Umno pun ada sudah cawangan buat usul, seorang wakil rakyat hanya dibolehkan pegang jawatan 2 penggal. 10 tahun la tu kalau sampai. Ini kunun mengelakan daripada YB berkenaan sudah mula lalai menjalankan tanggungjawab, sebab dia ingat kalau parti tu kuat di kawasan berkenaan, bila2 pilihanraya dia tetap menang punya walupun pengaruh tidak sampai kemana. Ba kita fikir2 dulu.

    ReplyDelete
  4. Saya sudah bersedia berjuang jika mungkin rakyat dan pemimpin parti memberi kepercayaan

    ReplyDelete
  5. Sangup Momogun BanalJuly 2, 2010 at 11:34 AM

    Syabas Tuan Arin, mcm ini pemimpin yang sya suka. Ada hasrat untk menjadi wakil rakyat, perkenalkan diri awal-awal, bukan sesetengah tu yang duduk diam tapi mengidam nk jdi YB. Bila dicalonkan di bekerja untk siapa? tk kn bkreja untk parti sja. Rkyat msti diutamakan. Rkyat yg buat pertaruhan/buang undi, sehrausnya rkyat dpt manfaat. Zaman ini bukan zamn batu lagi, zaman bodek membodek. Biar rakyat menentukan siapa calon yang mereka kehendaki, kalau parti itu hendak kekal berkuasa. Ada juga sa dengr, rakyat dah muak dgn perangainya masa jadi wakil rakyat dulu tpi masih lgi mengigau nk jgi YB lgi. Haha ampun..kita tdk mau Wakil Rkyat mcm tu lgi. Jenis yg suka orng pndang dia dngan cara mendongak ke langit..hahaha. semoga Tuan berjaya.

    ReplyDelete
  6. Tuan S. Momogun Banal - Tidak terus terang siapa yang tau.. kan tuan SMB?.. Sesiapa sja wakil rakyat akan datang sepatutnya sudah siap bersedia sekarang tahu apa dia buat..(contoh: dimana itu kg. Penampang, kg. Pinurat, kg. Novusung dan kg. Birahaan Darat). Apa yg kurang lagi? Dan byk lagi. Ada perancangan tangible n intangible. WRakyat.. ada Helpdesk centre..khas bertindak melayan segala keperluan dan rintihan rakyat. Pejabat WRakyat boleh dimana-mana kecuali yg rasmi mesti ada protokol.. Respon dan pendapat sahaja..tks.

    ReplyDelete
  7. Dear all and potential YB...

    Good luck for challenging the existing YB...this is good for Yb to think that he must be putting big effort to transform Matunggong into a more developed small district. Datuk Mathius has did many good things to Matunggong people...we can see this pekan Matunggong now...

    So there is no problem changing YB...go ahead.

    ReplyDelete
  8. For Thomas A...it is very good to hear that we in Matunggong have a potential leader as you said that your ready if selected. Just to dig a bit more deeper...how much are you ready??? it is questionable as everybody can say that he or she is ready to go into politic. How do you convince us in Matunggong....??? I can say hundred times that I am ready even I not fully ready. True leaders always put their personal interest aside...would you dare to do that Mr Thomas? If not then you are not ready...

    ReplyDelete
  9. amdjabou-Greetings you n 1000 apology coz had with me group of NGo's from South Korea gone to few kampung in the district of Kota Marudu from 18 to 22 July n subsequently my regional meeting in KK on 23 July. Coz m time mgmt in short; Words is wonderful, wisdom,expression, uncertainty, commandable, tangible n intangible n master of all dignity.However words comes with devotion, perfection, transformation once must be proven during the construction period. Words considered innocent and guilty prior proven action taken. Bear in mind the only words had proven perfect is the dictionary. One for formost whoever the choosen future YB is very crucial to embark our community economic n living standard as whole.Regards personal interest I had being head of deparment for the past 13 years praise the Lord m always committed with highly ethical n no biase.. All up to you to judge m ready to be crucify for the sake our community.. Best regards.

    ReplyDelete
  10. Mr. TA...of course reading your line of sentences cannot convince us / me...but at least it is from your heart. The problems with out leaders ( i am not pointing anybody..) in general is when they are in the position of YB they forget his or her original objectives. Most of the time they will think of their own pocket..or their close family pocket or cronies' pocket. So Matunggong community has a big task to do..that is to assess a future potential leader in leading us in better future...

    ReplyDelete
  11. Saya senentiasa menyokong siapa pun yang akan dicalonkan untuk Pilihan Raya akan datang, kami mengalu-alukan jika Tn.Thomas Arinjamal yang dicalonkan pada Pilihan Raya akan datang..

    ReplyDelete