Saudara Pengarang,
Saya begitu tertarik dengan artikel yang ditulis oleh blooger bertajuk Slogan 1Malaysia di Matunggong. Bagi kita penduduk di Sabah dan di Matunggong khasnya slogan tersebut macam satu perkara yang mustahil lahir idea pemimpin atasan kerana seperti yang dinyatakan oleh saudara blogger sejak dari nenek moyang kita lagi slogan tersebut telah lama wujud.
Saya teringat cerita orang-orang tua, memang dari dulu lagi semangat 1Malaysia ini telah lama dipupuk oleh penduduk kawasan ini. Sebagai contoh, semasa hari kebesaran orang-orang Bajau yang beragama Islam, semasa Hari Raya Puasa, orang-orang yang berbangsa Rungus ini dijemput berkunjung ke rumah mereka dan sebagai membalas budi orang yang menjemput beraya maka orang-orang Rungus yang berkunjung ini pun membawalah buah tangan seperti ubi, pisang, buah-buahan dan tidak kurang juga yang membawa beras padi huma.
Pada masa sekarang ini pula majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwin dari kalangan orang Rungus yang bukan beragama Islam mendapat tetamu dari kalangan orang Bajau yang beragama Islam. Begitu juga dengan majlis-majlis keramaian orang-orang Bajau yang mendapat tetamu dari kalangan orang Rungus. Perkara-perkara seperti ini haruslah dicontohi oleh rakyat Malaysia yang masih mengamalkan sikap perkauman. Saya ingin mengambil contoh Kampung Tigaman, Radu dan Seri Aman yang penduduknya 100% kaum Bajau, kalau ada majlis seperti Hari Raya Puasa rumah-rumah mereka di kampung ini tidak putus-putus dikunjungi oleh orang-orang Rungus dari Kampung Sampir, Kirangawan, Rasak dan Teringai. Begitu juga dengan majlis keramaian seperti majlis kahwin di perkampungan orang Rungus, sudah menjadi tradisi pembekal makanan atau tukang masaknya terdiri dari orang-orang yang beragama Islam agar makanan yang dihidangkan adalah halal. Pembinaan rumah ibadat juga tidak pernah menjadi isu. Banyak kawasan atau kampung di Matunggong ini yang mana bangunan gereja didirikan bersebelahan dengan surau. Dalam soal menganut agama, ada di antara kampung-kampung di Matunggong ini yang dihuni 50-50 penduduk yang beragama Islam dan Kristian. Mereka boleh hidup dalam keadaan tenteram dan harmoni. Tidak pernah timbul ada perasaan musuh memusuhi antara satu dengan yang lain.
Perkara-perkara yang telah saya sentuh di atas bukan hanya berlaku di Matunggong tetapi diamalkan oleh seluruh penduduk Sabah yang cintakan keharmonian dan perpaduan. Saya juga masih teringat kenyataan pemimpin-pemimpin peringkat pusat bahawa mereka berbangga dengan negeri Sabah dan Sarawak kerana tanpa slogan 1Malaysia sebelum ini pun mereka sudah bersatu antara kaum-kaum di kedua-dua negeri ini.

RAJA YOMOG - hafiz5456@gmail.com
Widget by [ Tips Blogger ]
raja bukit
ReplyDeleteKogulu po tahniah sid Matunggongkini to nakadapat mewujudkan blog diti yang saya kira amat-amat sesuai pada masa kini. Mudah-mudahan laman ini dapat memberikan peluang kepada orang-orang kita memberi pandangan berkaitan dengan masyarakat kita sendiri. Masyarakat Rungus perlukan sokongan idea dan moral daripada kita untuk melangkah lebih jauh.
Om porontobon po siti.Selamat Hari Krismas sokoviai
bah sya keliru sudah ni, mana satu Raja Yomog, mana satu raja bukit?..ai si Gazo Tulu ndak lagi mo kuluar-kuluar. Mangkali sibuk persediaan Chirstmas ba kan..huhu.ndak pa la, Jumpa korang d tahun depan. Sya pn sibuk juga ni mo besedia, cousin sya lgi mo khwin nie...
ReplyDeleteSaya respon komen yg telah dikeluarkan hampir setahun yg lepas ni.
ReplyDeleteSemasa mula2 bertugas sebagai kakitangan kerajaan pada pertengahan 90an, saya ada ramai kawan2 yg berasal dari Semenanjung. Yg saya ingat, satu jabatan dgn saya ialah dari Johor (1 org), Pahang (2), Perak (2), Pulau Pinang (3), Kedah (1), Terengganu (2) dan Kelantan(5). Kawan yg berasal dari Kelantan hairan dgn pergaulan tanpa batas (antara kaum la, bukan apa2) masyarakat di Sabah. Sdgkan tau2 la klu durg ni dalam bab berkawan.
Mana tidaknya, kita boleh berkunjung (naik ke rumah) ke rumah org lain yg lain bangsa, agama dan keturunan.
Mungkin durg lebih faham lagi sbp pada masa itu durg dibagi salam perkenalan berkursus berkaitan adat-istiadat di Sabah. Saya masih ingat durg ada tanya pasal ilmu2 di Sabah termasuk kasi mati dan kasi pindah anu.
Saya jg masih ingat, selain pakar2 yg berpelajaran tinggi, salah satu penceramah pada hari itu ialah mendiang Jiun bin Masagi.
Yang menjadi kekesalan saya, semenjak 1Malaysia diperkenalkan, bagi memupuk semangat perpaduan, perkara itu dipertandingkan untuk menentukan pemenang.
Bagi saya itu adalah satu langkah 20 tahun menggostan bagi bukan sahaja masyarakat di Sabah tetapi kepada Sarawak juga. Kita tidak boleh menyertai pertandingan yg seakan membawa kita ke zaman mundur sedangkan kita sudah maju pada masa sekarang. Ini berlainan samasekali dgn pertandingan kebersihan antara Kampung Desa Wawasan. Kerana yg bersih boleh jadi kotor balik dalam jangka masa yg singkat tp perpaduan hanya 'kotor' jika semua otak suda 'kotor'. Tidak menjadi hal jika 'kotor' saturang ja.
Terpulang la kalau ada kg di Sabah yg ingin menyertai pertandingan Perpaduan tersebut... Kalau menang dapat duit lagi kan...