Followers

Friday, December 4, 2009

Kemudahan infrastruktur di Matunggong mengecewakan

Oleh: HAFIZ ABDULLAH

Saya begitu tertarik dengan artikel-artikel yang diluahkan oleh pembaca blog ini. Saya juga berharap dengan wujudnya blog Matunggong Kini, para pembaca blog ini dapat menyuarakan pendapat untuk kepentingan bersama. Tidak dinafikan juga dengan luahan para pembaca atau peminat blog ini secara tidak langsung kita dapat bertukar-tukar fikiran mengenai kemajuan yang dikecapi khususnya kawasan DUN Matunggong. Kawasan DUN Matunggong yang saya kira sangat besar kawasannya mungkin sebesar Negeri Melaka di Semenanjung adalah sukar bagi seseorang ADUN untuk memajukannya dalam masa kurang 5 tahun. Faktor inilah yang menyebabkan seseorang ADUN di kawasan ini sukar menunjukkan 'kehebatan' sebagai seorang ADUN.

Kalau kita tengok sejarah lalu, Mantan ADUN N4. Matunggong, YBhg. Datuk Mathius Majihi, beliau menjadi ADUN selama 9 tahun, kita telah nampak hasilnya semasa beliau menjadi ADUN di kawasan ini. Dengan terbinanya blok kedai Pekan Baru Matunggong dan Bangunan Urusetia Kecil Matunggong kita nampak hasil atau pencapaian beliau sebagai seorang ADUN. Saya tak sebut beberapa projek pembangunan yang lain sebab tidak semua penduduk Matunggong ini yang melihatnya.

Saya begitu kagum juga dengan mantan ADUN N4 Matunggong iaitu Datuk Markus Majihi, walaupun beliau seringkali digelar 'katak' namun usaha gigih beliau merayu dengan Kerajaan Pusat begitu menyerlah dan banyak memberi manfaat kepada penduduk Matunggong khasnya. Wujudnya 1 kampung 1 industri adalah idea beliau sendiri untuk membangunkan ekonomi penduduk khasnya di Matunggong.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

16 comments:

  1. Saya bersetuju dengan pendapat saudara Hafiz mengenai mantan YB, Ybh. Datuk Mathius Majihi. Rasanya selama ini belum ada ADUN Matunggong yang berjaya menandingi pencapaian yang telah dibuat oleh Datuk Mathius Majihi. Walaupun penuh kontroversi namun belau benar-benar wakil rakyat sejati. Bejerka untuk rakyat...

    ReplyDelete
  2. Andang-andang begitulah itu Amai Mtgg,
    Pada pendapat saya, salah satu kunci kekuatan Dtk Mathius adalah sokongan rakyat yang kuat dan keberanian semulajadi beliau yang tak gentar apa jua cabaran.
    Belum ada pemimpin kita yg mcm beliau, BERRRAAANI BAH nga sayangnya siii....kaaalaaaanng beliau sudah... tengoklah di pongivasan atau di pisuk-pisuk tamu

    ReplyDelete
  3. Sedih ada kesal ada dan mcm-mcm lagi perasaan bila tengok keadaan Dtk Mthius sekarang..DMM ni dikira bapa pembangunan Mtunggong tapi betul ko cakap tu Gazo Tulu, hard to explain..sebnrnya rkyat Matunggong masih mengharap sumbangan idea DMM tpi nk buat mcm mana..Orubaat tantu mai....

    ReplyDelete
  4. Agazo ko tulu nu oi gazo tulu? misingkavaro k. Tapi apa pun, saya sokong gazo tulu dan amai Matunggong. Humarap dot Wakil Rakyat tokou didino diti kumiupakat om mongoguna idea mantan-mantan Wakil Rakyat Matunggong, supaya kosurut e komojuan om ekonomi tulun Matunggong. Amu mustahil tohudi tadau okon no ko antad sid PBS ot Wakil Rakyat tokou sitid Matunggong ong aso kosuroton bansa tokou.

    ReplyDelete
  5. Raja Yomog, yadno dino ka bo. Andang2 agazo ot tulu banal(fizikal) okonko kobuatano(sikap).

    Kurozonpo "patah tumbuh hilang berganti" aharap dot varo tulun tokou dot manambung dit kecemerlangan di DMM. Merry X'mas.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan saya kepada Saudara Amai Mtgg, Gazo Tulu dan saudara Raja Yomog..Sya telah lama perhatikan blog ini, dan akhirnya sya tertarik dengan perbincangan kamurang. Pilihanraya akan datang rasa2nya orang2 muda (pengundi baru) akan menentukan kemenangan seseorang calon. Ayoh..mari kita pilih yang kita rasa boleh membawa matunggong ke satu era yang lebih baik. Kalau YB yang kita pilih tu tidak buat kerja dgn baik, kita kasi pencen ja pda PRU berikutnya...

    ReplyDelete
  7. Black Fish Bone salam berkenalan juga. Rakyat Matunggong ni memang suka kasi pencen YB yang tak berapa bekerja dengan baik. PRU 11 yang lepas nasib calon BN sangat baik sebab manifesto Kelapa Sawit hanya menjurus kepada Kuam Rungus dan bukan menyeluruh bagi semua pengundi-pengundi N4 Matunggong. Bang numbanganan Kelapa Sawit ot manifesto dau apo elaan calon BN amanang antawa amu. PRU yang akan datang sama ada solumpak vagu atau pengundi lama, fikir-fikirkan lah siapa yang harus kita pilih mewakili suara kita sama ada di DUN atau Parlimen. Kalau kita pilih parti mantan TPM tu pun sama juga keadaannya macam sekarang. Parti dari malaya juga. tulah pasal Datuk Dr. Jeffrey tu letak jawatan disebabkan beliau mendapat layanan yang tak baik dari pusat. Fikir-fikir kan lah saudara-saudari ku rakyat Matunggong.

    ReplyDelete
  8. Ya..betul tu Raja Yomog, tapi sblum itu slam prkenalan juga sama Black fish bone bertopeng tu.. Kalau sokong PKR sama juga ceritanya kita orang sokong UMNO. Satu hari nanti mungkin keadaannya tidak jauh berbeza. Dari segi perlembagaan barangkali mungkin berbeza tapi sebarang keputusan untuk rakyat sabah terpaksa kita tanya dorang dulu baru boleh dilaksanakan sesuatu. Kita bukan anti orang SANA tapi kalau boleh biarlah mcm keadaan dulu. Masa Parti USNO,Berjaya,dan PBS memerintah Sabah negeri tercinta ini..

    ReplyDelete
  9. Otopot pendapat nu Amai Matunggong. Kosukung oku 100%. I tokou sebagai rakyat biasa amu kadapat tokou sumodiri pemerintah. Nokotiim no PBS ri sid luar do BN, koupakat po di Mahathir e Pairin miguli si BN, upakato no dialo it ongokinoruhangan dau. Komojuan kaka o gusaon. Memang varo komojuan lah tapi dari segi hak di tokou sebagai penduduk tempatan iri noko iri yadko e gulu-gulu po. Potodon yoti tulun malaya kumaraja siti, gojian oji ogumu. Moki Wawaibi dara Raja Yomog ti......

    ReplyDelete
  10. Teruskan komen-komen anda yang bernas, berhemah dan membina. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Blog Matunggong Kini. Blog ini adalah milik kita bersama demi masa depan Matunggong. Kalau bukan kita, siapa lagi..

    ReplyDelete
  11. Saudara saudari semua....saya berterima kasih atas kerana kalian menghargai jasa DMM..memang sayang bila lihat keadaan nya sekarang.meskipun ada kontroversi sewaktu menjadi ADUN tapi beliau yg saya kenal selama 27 tahun adalah seorang yang serius bekerja untuk rakyat...hingga sekarang, masih ramai orang yg datang ke rumahnya di kg.kitobu untuk meminta nasihat dan bantuan...bukan mahu menaikkan tapi inilah realiti yg saya lihat sebagai anak..bila masa yg sesuai tiba saya ingin meneruskan legacy beliau dan ingin melebihi kerjaya politik dan pencapaiannya..
    Buat sementara..masih banyak yg perlu saya belajar
    Time will come...

    Salam hormat dari saya untuk semua
    Larry Datuk Mathius

    ReplyDelete
  12. TQ Omijol(Larry) Where r u? we miss u. GBU n yr family.

    ReplyDelete
  13. Im now based in KL...working hehehe..thanks to u too...GBU

    ReplyDelete
  14. kenapa nak dilihat keadaan DMM yg skrg? apa yg dilihat d pongivasan dan d tamu itu adalah kerana beliau menjaga hati rakyat dgn adat minum2 momogun yg dibawa oleh rakyat sampai ke tamu. mmg benar kata Mr. L, bahawa hingga kini org ramai masih dtg ke rumah beliau d kg. Kitobu utk minta pandangan dan bantuan (baik secara material maupun kewangan). malahan penduduk kg. kitobulah yg seringkali mdpt keuntungan drp DMM yg dperas secara halus oleh mereka. saya mau tanya, berapa ramai rakyat yg dtg tolong DMM dlm keadaannya skrg ini tanpa memeras atau membantu tanpa ada niat di sebaliknya terhadap beliau? saya boleh katakan bahawa anak2 DMM sendiri tidak sebertuah rakyat yg mendapat bantuan dan sokongan macam2 drp DMM, kerna beliau mgutamakan rakyat hingga kini. saya kesal kerna bilamana DMM tidak dpt membantu rakyat (sbb ada masanya DMM jg berkekurangn) di situlah beliau mulai di hentam, pdhal sepatutnya rakyat kena minta bantuan drp ADUN yg ada. sedangkan anak2 DMM sendiri harus berdikari hinggalah kini. namun ini tidak bermakna anak2 DMM telah diabaikan kerana setiap satu dr mereka berjaya dgn cara mereka sendiri, itupun msh ada yg mengata bhw beliau tidak dpt myekolahkan anak sehingga mendapat 'Master'. secara peribadi hal itu tak perlu dibuat perbandingan kerana anak2 rakyat senang mendapat biasiswa/pinjaman pendidikan sdgkan keistimewaan itu tiada pd anak2 DMM. dan sy ingin katakan disini bhw sbb utama DMM masuk bidang politik adalah utk menentang pengislaman di kalangan masyarakat rungus oleh parti berjaya, dan ini saya dgr dr mulut beliau sendiri.

    salam utk sekalian.

    Lea Liana Mathius.

    ReplyDelete
  15. Keadaan DMM yang kita lihat skrang tu pun satu kenyataan. Dan benar seperti yang dinyatakan oleh ramai komentator di blog ini bahawa DMM adalah bapa pembangunan Matunggong. Semoga DMM sihat2 sja hendaknya. Rakyat Matunggong tetap mengkagumi beliau sampai bila-bila pun.

    ReplyDelete
  16. Hari Sabtu yg lepas saya ke Kota Marudu utk jumpa kawan2 lama. Saya gembira bila jalan yg korek dan ditampal dgn batu kini telah diaspal semula. Kerana kalau tidak saya takut 1 biji lg tayar saya pecah sebagaimana 8 hari sebelum raya hari tu.

    Namun saya masih tertunggu2 bila la Simpang Tiga itu dibaiki. Mana jalannya tidak rata, jalan malam pun kalau dari Kudat pg KK asyik telimpas. Harap lampu jalan yg dakt R&R tu, perlu saya bikin cermin mata utk rabun jauh baru nampak. Takkan dalam mas 3-4 tahun ni pihak JKR tidak nampak yg hakiki di situ.

    Ditambah lg jalan Ulu Kukut yg berlubang seakan gaung. Memang kadang2 ada yg menyelengara lubang maut tu (mgkn oleh JKR - Jalan Kurang Rata) tp bukan dibuat sehingga masalah tu selesai. Mungkin kerana terlalu jauh dari Pejabat yg bertanggungjawab maka perkara itu berlarutan sedangkan berjuta2 RM telah dihabiskan utk membaiki jalan di sebalik bukit. Biarpun nampak mcm pulau sebap jalan di kedua2 hujung masih teruk.

    6 org YB2 kita pun tidak perasan tu sbp mana la terasa dgn keadaan suspensi mereka yg beribu harganya tu... termasuk sorang menteri penuh dan timbalan menteri pengangkutan.

    ReplyDelete