Followers

Thursday, December 10, 2009

WUJUDKAN BLOG UNTUK YB

Saudara Pengarang,

Sejak tersiarnya artikel keluaran 4 Oktober yang lepas oleh blogger Matunggongkini yang bertajuk Surat untuk YB Sarapin Magana, saya sering mencari sudah wujudkah atau belum blog yang dicadangkan oleh blooger tersebut. Dalam hal ini saya rasa tiada salahnya sekiranya saya menyokong supaya YB Sarapin Magana mewujudkan blognya sendiri untuk rakyat Matunggong mengemukakan cadangan-cadangan, masalah-masalah dan juga aduan-aduan kepada beliau. Disamping itu juga kegunaan blog ini ialah untuk beliau menyatakan sebarang bentuk jawapan kepada cadangan-cadangan atau aduan penduduk-penduduk Matunggong.

Kebanyakan rakyat Matunggong sekarang ini yang berumur 50 tahun ke bawah, 85% boleh menggunakan internet sama ada di rumah, di pejabat atau di kedai siber. Sekiranya blog yang dimaksudkan itu wujud, sudah tentu mereka ini lah golongan sasaran untuk memberikan cadangan-cadangan dan idea-idea kepada YB.

Memang tidak dinafikan bahawa blog juga merupakan senjata utama para blogger untuk menyerang peribadi seseorang tetapi di sebaliknya ada juga kebaikan. Memang wujud kebaikan dan keburukan menggunakan blog ini tetapi kalau dikira dari segi positifnya memang banyak memberi kebaikan kepada seseorang pemilik blog. Saya juga sependapat dengan Blogger Matunggongkini, saya tidak berniat untuk mengajar itik berenang tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi maklumat atau pendapat di blog yang serba canggih ini. Tahniah kepada blogger matunggong kini.

JIRAM MAJANGGIL - hafiz5456@gmail.com


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

5 comments:

  1. Terima kasih kepada saudara Jiram Majanggil kerana memberikan sumbangan artikel pada blog Matunggong Kini. Saya amat mengalu-alukan sumbangan anda dari masa ke semasa. Jutaan Terima kasih juga kerana memberikan sokongan kepada blog Matunggong Kini.Tanpa anda siapa lah Blog Matunggong Kini. Teruskan komitmen anda demi rakyat Matunggong.

    ReplyDelete
  2. Tumpang lalu Tuan Editor...sya mo tanya si Gazo Tulu pasal artikel ini. Pa pula pendapat dia. Kepala Hotak Gazo Tulu ni buli tahan juga. Selalu bagi komen yang ada kualiti. Biar pun selalu bergurau tapi selalu buat komen yang baik, berpandangan jauh. Kalau ramai orang kita mcm dia, mustahil Matunggong ndak buli maju...Mohon maaf k Gazo Tulu..

    ReplyDelete
  3. 100% setuju YB zaman sekarang WAJIB ikut sistem komunikasi yang terkini. Kalu tidak...nah, Jaga ko YB, amu kadapat manahak penjelasan isu-isu penting BAHAYA tu nanti rakyat buat kesimpulan sindiri. Boleh ba YB buat tu kan? Boyoi!... YB kadanno mongikum-ikum dot Rungus boi, gamaono Blog om FB nu. Najib pun ada Blog n FB ba, budak sikulpun ada sudah FB.

    ReplyDelete
  4. Sabar saudara/i momogun, saya percaya YB Sarapin mampu buka blogg n FB cuma buat masa sekarang,beliau amat sibuk(untuk makluman anak beliau masih di China utk transplant buah pinggang di samping kesibukan Xmas dan komitmen wakil rakyat etc) Dengan itu harap bersabar dan berempati dengan beliau. Apa pun terima kssih di atas cadangan yang baik.
    Teruskan sokongan anda kepada BN 1 Msia.

    AJK Bahagian

    ReplyDelete
  5. Apa yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga. Kita sudah pun mendapat maklum balas dari AJK Bahagian. Semoga apa yang dinyatakan oleh AJK Bahagian menjadi realiti...Kami meminta maaf sebab tidak mendapat informasi mengenai masalah beliau...Harapan saya pemindahan buah pinggang ke atas anak YB berjalan dengan selamat. God Bless

    ReplyDelete