Semakin hari semakin ramai rakyat Sabah berhijrah ke Semenanjung Malaysia atas desakan hidup. Kekurangan peluang pekerjaan semakin lama semakin menghimpit rakyat Sabah dan sekaligus memaksa sebilangan rakyat Sabah terutama golongan muda mencari sesuap nasi dan cuba memperbaiki taraf hidup di negeri orang. Bukan saja Semenanjung Malaysia menjadi destinasi, negara jiran seperti Singapura juga turut menjadi tempat mencari rezeki yang halal.
Saban hari terpampang iklan-iklan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang cukup lumayan di kebanyakan dinding bangunan tumpuan awam samda di bandar-bandar besar atau di pekan-pekan kecil sekalipun di setiap daerah di negeri Sabah, yang dikendalikan oleh agen-agen syarikat yang cuba mengaut keuntungan dari aktiviti ini. Di Singapura khabarnya passport dan kad pengenalan ditahan sebagai jaminan, agar pekerja tidak dapat melarikan diri walaupun bidang pekerjaan yang diberikan oleh agen syarikat tidak bersesuaian dengan kehendak pekerja. Masalah ini sering kali dihadapi rakyat Sabah dan sudah semestinya mendatangkan pelbagai masalah susulan yang lebih teruk lagi.
Masalah seumpama ini sebenarnya bukan lah masalah baru, malah menjadi satu topik yang sering dibahaskan melalui blog atau forum yang dikendalikan oleh rakyat Sabah. Walaupun belum ada tanda-tanda masalah ini dapat diatasi atau belum ada usaha yang benar-benar telus untuk mengubah keadaan ini dari terus menjadi kebimbangan rakyat Sabah, namun rakyat Sabah masih menaruh harapan agar senario ini tidak akan berterusan sehingga ke generasi akan datang.
Selain dari masalah kebajikan, keselamatan dan sosial yang sering dihadapi oleh rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia dan Singapura, sebenarnya kita juga menghadapi masalah kekurangan peratus undi setiap kali pilihan raya diadakan. Di Matunggong saja entah berapa ribu rakyat Matunggong telah bekerja di sana. Ramai dalam kalangan mereka ini tentunya tidak berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih setiap kali pilihan raya diadakan. Agak mustahil ada majikan yang sanggup memberikan duit belanja pergi dan balik termasuk tambang kapal terbang untuk membolehkan mereka balik ke kawasan masing-masing dan seterusnya mengambil bahagian menentukan siapa yang benar-benar layak dinobatkan sebagai pemerintah. Perkara ini amat membimbang dan harus dipikul oleh semua pihak dengan minda yang terbuka. Mungkin kah suatu hari nanti peratus undi di setiap kawasan pilihan raya hanya didominasikan oleh golongan tua yang mudah dikotak-katikan.

Widget by [ Tips Blogger ]
Betul tu..macamana pengundi baru yg berpandangan jauh, berfikiran lebih dinamik untuk mengubah keadaan kita jika mereka tidak dpt mengambil bahagian dlm PRU13 nanti. Bercakap dari jauh, tidak mampu mengubah sebarang keadaan..Jadi terpaksa lah kita bergantung kepada pengundi2 lama untuk menentukan hala tuju politik Matunggong..
ReplyDelete