Followers

Friday, December 4, 2009

Datuk Mathius Majihi ADUN Matunggong paling cemerlang

Saudara Pengarang,

Susulan kepada kepada artikel yang ditulis oleh Hafiz Abdullah, salah seorang penulis blog Matunggong Kini, saya segera teringat kembali di zaman kegemilangan PBS suatu ketika dulu bila beliau menyebut seorang tokoh politik Matunggong (mungkin itu cuma pandangan peribadi saya) yang saya anggap seorang wakil rakyat yang cukup cemerlang dalam sejarah politik Matunggong. Tokoh yang saya maksudkan ialah mantan Adun Matunggong, Datuk Mathius Majihi.

Datuk Mathius Majihi semasa menjadi wakil rakyat Matunggong, beliau cukup terkenal dengan sikap tegas dan berani dan tidak hairanlah jika ramai yang menggelarkan diri beliau sebagai Hero Matunggong pada masa itu. Disebalik sikap tegas wakil rakyat suku Momogun Rungus pertama yang dilantik sebagai Pembantu Menteri ini, Datuk Mathius mempunyai kelebihan yang amat berlainan dengan wakil rakyat yang pernah menjadi Adun Matunggong sebelumnya. Beliau dikatakan sanggup melayan rakyat yang datang berumpa beliau di pejabat terutama mereka yang benar-benar memerlukan bantuan segera walaupun diluar masa pejabat.

Selain dari pengujudan pekan baru Matunggong yang merupakan usaha murni Datuk Mathius Majihi, mungkin masih ramai dikalangan rakyat Matunggong yang merasa terhutang budi secara peribadi atas usaha Datuk Mathius Majihi memberi sokongan sehingga ramai yang memperolehi pekerjaan tetap samada di sektor swasta dan kerajaan dan kebanyakan diantara mereka ini masih bekerja sehingga sekarang.

Sebagai manusia biasa, Datuk Mathius Majihi juga mungkin tidak terlepas dari melakukan kesilapan semasa beliau menjadi wakil rakyat Matuggong, namun jika dinilai dari aspek perkhidmatan beliau selama beliau menjadi wakil rakyat, beliau masih dianggap wakil rakyat yang paling cemerlang dan menonjol. Rakyat Matunggong seharusnya perlu mengenang jasa-jasa yang pernah beliau lakukan dan sekurang-kurangnya apa yang rakyat Matunggong bangga-banggakan sekarang terutama dengan wujudnya pekan baru Matunggong yang telah membuka minda rakyat Matunggong dalam bidang perniangaan adalah hasil usaha beliau. Kita berharap suatu hari nanti akan ada lagi wakil rakyat yang boleh melakukan lebih dari apa yang pernah dilakukan oleh YB yang pernah digelar Hero Matunggong ini.

TOMY SAIT -rayumbacci@yahoo.com

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

1 comment:

  1. saya agak tertarik dengan komen encik Tomy Sait, dan saya agak tersentuh dengan komen beliau. Kerana komennya agak sama dengan apa yang saya fikirkan.Saya sebenarnya generasi baru yang telah mendengar cerita, sanjungan dan juga pujian kepada Datuk Mathius Majihi, selama saya berkhidmat dengan kerajaan untuk membantu membasmi kemiskinan di Matunggong ini saya telah mendengar banyak rakyat Matunggong ingin supaya Datuk Mathius di calonkan semula. walaupun begitu,saya juga berharap ada pemimpin baru yang berfikiran luas dan berpengetahuan serta mempunyai strategi yang boleh membangunkan semangat dan fikiran rakyat Matunggong.Sebenarnya saya ada melihat seorang yang ada ciri-ciri untuk jadi pemimpin tapi saya rasa di perlukan beberapa tahun lagi untuk membimbing masyarakat kita.

    ReplyDelete