Followers

Monday, December 7, 2009

Ebon Metol melangkah setapak dalam bidang nyanyian dengan album sulungnya

Mungkin masih ramai yang tidak mengenali Ebon Metol seorang penyayi tempatan yang baru saja merakamkan album solonya dalam bentuk VCD Karaoke. Tapi di Matunggong, nama Ebon bukan lagi baru dalam bidang nyanyian, ini kerana Ebon seringkali diundang untuk menghiburkan para tetamu samada majlis-majlis keramaian seperti pesta Kaamatan atau majlis-majlis perkahwinan. Disamping menyanyi, Ebon juga seorang pemain muzik yang berbakat. Beliau merupakan ketua kugiran miliknya sendiri.



Pertama kali mendenar lagu-lagu dalam album VCD Karaoke Ebon, saya dapat merasakan penyanyi ini boleh melangkah lebih jauh lagi dalam bidang nyanyian. Cara beliau menyampaikan sesebuah lagu begitu bersungguh-sungguh. Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini terdiri daripada lagu berbasaha rungus/dusun dan sebuah lagu melayu. Antara lagu-lagu yang mungkin menjadi hits ialah:-

1. Kau Pinggirkan Diriku – lagu dalam bahasa melayu
2. Sodu-sodu ku Mongitung
3. Magapid Tie

Lagu Kau Pinggirkan Diriku merupakan lagu berentak rock balada dan amat menyentuh perasaan jika bait-bait lirik lagu dan alunan suara Ebon yang ala-ala penyanyi kumpulan Spoon dihayati. Dalam album ini Ebon bukan saja berjaya membawakan lagu-lagu berentak Sumazau, beliau juga boleh membawa lagu-lagu berentak dangdut dengan baik. Lagu Sodu-sodu Ku Mongitung merupakan lagu berentak dangdut dan lagu ini pasti menjadi siulan bagi kaki-kaki dangdut.


Bagi pembaca yang tak sabar-sabar lagi untuk memiliki VCD Karakoe ini, saya telah upload beberapa buah lagu beserta dengan klip videonya sekali. Mungkin klip video ini kurang memuaskan tapi sekurang-kurangnya anda dapat sedikit informasi mengenai album ini. Lagi pun takut pula nanti anda tidak membeli yang original..hehe..

Klik di bawah ini untuk melihat Klip Video

http://www.youtube.com/watch?v=9QfQjWgK92I
http://www.youtube.com/watch?v=9QfQjWgK92I

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

7 comments:

  1. Tahniah, Pinsan Sotibon Pitong,
    Teruskan usaha yang baik, jaga imej dan jangan terlalu mabuk kalau minum.
    Kepada Rakan-rakan, marilah kita sokong Album saudara kita ini.Beli dan beri peluang mereka mendendangkan lagu-lagu mereka dalam majlis-majlis utama(cth. Kaamatan, Magahau & Pesta Gong) dan pihak penganjur berilah penghargaan kepada artis-artis tempatan motunggong. Bayar sedikit RM walaupun tidak semahal bayaran si Ampal atau J. Samud.

    Selamat Berhibur. Jumpa di Kantin Tokou atau Rasa Ria.

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu Tobpinai Gazo Tulu..kalau nk jadi seorang penghibur, kena la jaga penampilan diri, supaya status pun naik skit tidak nampk murah..Siapa pun saudara Gazo Tulu dlm kesemptan ini saya ucapkan selamat menyambut Hari Natal dn tahun baru 2010..

    ReplyDelete
  3. buli tahan.....keep up!!!!

    ReplyDelete
  4. apa pun mesti ada kesabaran.

    ReplyDelete
  5. mest harus bersabar.

    ReplyDelete
  6. mesti ada kesabaran.

    ReplyDelete
  7. mesti ada kesabaran.

    ReplyDelete