Followers

Friday, December 31, 2010

Salam terakhir 2010

Malam 31 haribulan atau sering disebut malam hujung tahun merupakan satu tarikh yang dianggap cukup bermakna. Malam ini pastinya ramai dikalangan kita yang sanggup bersengkang mata menunggu detik 12 tengah malam menandakan berakhirnya tahun 2010 dan bermulalah lembaran baru tahun 2011. Malam ini sudah tentu pelbagai aktiviti akan dilakukan, ada yang mengambil kesempatan membawa keluarga berkunjung ke rumah ibadat untuk melahirkan rasa bersyukur diatas segala yang diberikanNya sepanjang tahun namun seperti kebiasaanya tidak kurang juga mereka yang menyambut tahun baru di pusat-pusat hiburan bersama rakan-rakan atau melakukan ‘buang sial’ di tepi pantai.

Kepada pengunjung setia dan followers blog MATUNGGONG KINI apa pun aktiviti yang anda lakukan untuk menyambut ketibaan tahun baru, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. Bagi saya, tanpa penglibatan anda samada secara langsung atau tidak langsung, blog ini tidak akan kemana dan tanpa disedari artikel ini merupakan artikel saya yang terakhir untuk tahun 2010. Selamat tinggal tahun 2010, selamat datang tahun 2011.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, December 15, 2010

Berman Angkap Tubuh Parti Baru

Tindakan mantan Presiden parti Bersekutu, Berman Angkap menubuhkan parti baru yang diberi nama 'Sabah People Front Party' (SPF) atau Parti Barisan Rakyat Sabah, menjelang pilihan raya akan datang (PRU13), merupakan satu tindakan yang positif memandangkan prestasi Bersekutu yang pernah dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd Salleh dilihat tidak lagi relevan untuk beraksi di gelanggang politik Sabah yang dijangka akan berhadapan dengan situasi politik yang lebih mencabar berbanding dengan PRU12 lalu. Ujian demi ujian telah dilalui oleh parti Bersekutu sejak parti itu ditubuhkan namun parti itu tetap gagal menambat hati rakyat Sabah. Jika Bersekutu kekal sebagai sebuah parti yang hidup segan mati tak mahu masih cuba bertahan sehingga pilihan raya akan datang, pemerhati beranggapan Bersekutu hanya membuang masa. PRU 13 lalu menyaksikan kesemua calon yang mewakili Bersekutu kehilangan wang pertaruhan mereka.

Berman Angkap ketika menghubungi Matunggong Kini malam tadi memberitahu bahawa SPF telah pun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Beliau akan mengemukakan sijil pendaftaran tersebut kepada wartawan sebaik saja beliau mendarat di lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu pada 2.30 petang ini, 15.12.2010.

Mengenai dengan parti Bersekutu, Berman Angkap yang juga Presiden SPF berkata, parti Bersekutu telah pun dibatalkan pendaftaranya berkuatkuasa 8hb Disember lalu. Nama-nama besar dalam arena politk Sabah yang telah menyertai SPF akan diketahui semasa pelancaran parti itu nanti yang akan diadakan samada di daerah Kudat atau Kota Marudu dalam masa terdekat ini, katanya.

Masih terlalu awal untuk membuat andaian sejauh mana kemampuan SPF yang diterajui oleh Berman Angkap pada kali ini untuk bersaing dengan parti-parti politik yang sedia ada di Sabah. Bagaimanapun Berman Angkap bukan saja telah menyahut cabaran sesetengah pihak yang mengkehedakan beliau (Berman Angkap) menjenamakan semula Bersekutu yang dilihat masih dibayangi oleh bekas Presiden Parti itu, Datuk Harris Mohd Salleh, malah beliau dengan berani menubuhkan sebuah parti baru. Kita tunggu dan lihat…
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, December 3, 2010

Harga minyak petrol dan gula naik berkuatkuasa tengah malam ini

Minyak dan gula naik lagi? Apa kah kenaikan ini hadiah kepada kemenangan besar BN di parlimen Batu Sapi dan Dun Galas baru-baru ini?

Minyak petrol naik kepada 5 sen setiap liter dan gula naik 20 sen sekilogram. Kenaikan ini berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini 4hb Disember 2010.

Ron 95: RM1.85 kepada RM1.95 seliter
Gula: RM1.90 sekilogram kepada RM2.10 sekilogram

Setiap kali kenaikan harga bahan bakar kerajaan akan membandingkan harga bahan bakar itu dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak.

Selepas ini barang-barang lain yang sudah pun mengalami kenaikan harga akibat kenaikan harga bahan bakar dan gula baru-baru ini pastinya turut mengalami kenaikan harga yang mendadak. Tak tahu lah macamana lagi rakyat berpendapatan rendah akan hidup jika keadaan ini berterusan.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, November 30, 2010

P.Dik Ganai Pengarah serbah boleh

Nama P.Dik Horton Ganai (Fdam), bukanlah nama yang asing lagi bagi penggiat seni tempatan. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni yang telah menempah nama bukan saja di negeri Sabah, negeri di bawah bayu, malah nama P.Dik Ganai sudah dikenali di peringkat nasional. Melaui filem arahanya yang telah menggondol beberapa anugerah diperingkat nasional, P.Dik yang juga merupakan Pengarah Urusan Bayo Pictures SDN.BHD bukan saja menerbitkan telemovie tempatan malah turut menerbitkan MTV Karaoke.

P.Dik Ganai yang mendapat jolokan 'Pejuang etnik Sabah' dari rakan penggiat seni di Semenanjung Malaysia berikutan kejayaan beberapa telemovie arahan beliau yang berunsur etnik Sabah terus mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama dengan Samora (Sabah Momogun Rungus Association) bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan suku kaum rungus untuk membintangi sebuah telemovie berjudul Jatung Mu Bukan Milik Ku, sebuah drama yang mengisahkan cinta tiga segi dan pengorbanan seorang anak muda sehingga sanggup mendermakan jantungnya buat kekasih walaupun telah menjadi isteri orang. Lokasi penggambaran telemovie ini akan diadakan di daerah kecil Matunggong dan selebihnya di pekan Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Skrip ditulis oleh Elih Qaboox manakala Jelani Hamdan yang juga merupakan presiden Samora merupakan Executive Produser bagi telemovie tersebut.

Antara Produk yang telah dihasilkan oleh Bayo Pictures SDN.BHD














Berikut adalah Profile dan kronologi penglibatan P.Dik Ganai sejak beliau menceburkan diri dalam bidang seni.


P.Dik Horton Ganai (fdam)

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : P Dick Horton Ganai
Nama Pena : P Dik Ganai
Pertubuhan Kealihan : PERSATUAN TINUNGKUSAN MOMOGUN – Presiden

-PERSATUAN SUTRADARA MALAYSIA ( FDAM) – Ahli AB422

-PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA – Ahli A0722

-PERSATUAN PEKERJA PROFESIONAL FILEM MALAYSIA – (PROFIMA) Ahli 5582


2009 - Calon Filem Pendek FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE - 22, Tajuk Filem 'Damai Malam'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.

-Pemenang tempat Kedua Pertandingan Video Montaj Kepenggunaan sempena PERTANDINGAN KEPENGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009, tajuk montaj 'Keputusan Menentukan Kesejahteraan Diri'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.

-Menyertai BENGKEL PENGARAHAN oleh Unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Finas Kuala Lumpur.

-Menyertai BENGKEL PENERBITAN FILEM PENDEK oleh Unit Latihan Perfileman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS Kuala Lumpur.

-Penerbit Album ‘ KOPOSIZON MTV Karaoke’

-‘Anugerah Persembahan Terbaik’ Lagu-lagu Popular KDM SABAH VFM terbitan RTM Kota Kinabalu Sabah.

2008 - Anguerah ‘ Pengarah Filem Pendek Terbaik’ dan 'Filem Pendek Terbaik' dalam pertandingan Filem Peringkat Kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2008, anjuran FOMCA dengan kerjasama KPDNHEP - Tajuk filem, 'Pengguna Bijak Peniaga Beretika' Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.


2007 - Anguerah ‘ Pengarah Filem Pendek Terbaik’ dan Filem Pendek Terbaik dalam Pertandingan Filem Pendek Peringkat Kebangsaan sempena HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007 anjuran KPDNHEP dengan kerjasama FOMCA. Tajuk filem ' Pejuang Hak'. Skrip oleh Robert Chin Fook Onn.
dan ‘Filem Pendek Terbaik’ dalam Pertandingan Filem Pendek

- Berlakon dalam Teater Perdana Sempena Harijadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah -memegang watak sebagai Panglima Sumbul. Skrip oleh Nandra. Arahan Deddy M Burhan.

2006 - Menubuhkan syarikat BAYO PICTURES SDN BHD dan selaku Lembaga Pengarah Syarikat.

- Pengarah dan Pelakon Utama dalam Telemovie VCD 'Kehidupan' terbitan dan edaran BAYO PICTURES S/B


- Penolong Pengarah dan Pelakon Pembantu dalam siri drama 'Kau....Aku...'. Siaran untuk ASTRO arahan oleh Pengarah/Pelakon, Fauzi Nawawi disamping artis terkenal Lisdawati.

2005 - Pengarah Telemovie vcd tajuk ‘NADA CINTA’ dengan Original Soundtrack tema keprihatinan kumpulan penari terhadap OKU, terbitan dan usahasama JAWAT PELANGI S/B dan MASANDO PRODUCTION edaran Bamboo Sound S/B. Skrip oleh Sabtiah dan Liza Benz.

2004 - Pelakon Pembantu dalam telemovie VCD bertajuk 'Korek Lubang Tutup Lubang' terbitan PENTAS WAYANG S/B. Arahan TS Jefry.

- Penolong Pengarah dalam telemovie VCD bertajuk Cinta Silang Kata terbitan dan edaran VTR DISTRIBUTION S/B. Arahan Daniel Tan.

2003 - Pelakon Pembantu dalam telemovie RTM bertajuk ‘Dimana Alin’ disamping artis Lisdawati - Pelakon Harapan 2002, Zamani (slam) dan Rashdan Baba. Arahan TS Jefry,

2002 - Pengurus Produksi dalam telemovie ‘Huminodun’ terbitan dan edaraan SkyLine (KL)

2001 - Penolong Pengurus Produksi dan Pelakon dalam drama 'Trepedasi' arahan TS Jefry untuk siaran RTM1

2000-1999 - Penolong Pengurus Produksi / pelakon dalam drama bersiri bertajuk 'Skuad Elit', terbitan COSMOVISION untuk siaran RTM1

1998 - Tahun terakhir bekerja dengan syarikat HVD penerbit drama untuk siaran RTM disebabkan kegawatan ekonomi.

1997 - Pengurus Lokasi untuk drama 6 epsiod bertajuk ‘KOTA SETIA’ terbitan HVD untuk siaran RTM2.

- Top 4 Finalist dalam rancangan Pertandingan Akhir SINARAN KOMPOSER 97 (Ciptaan lagu) terbitan TV3

1996 - Mula kerja dalam bidang penerbitan videografi di Home video Distribution (HVD) Cheras Kuala Lumpur.

1995 – 1986 - Bekerja sebagai penyanyi solo dan berkumpulan di kelab-kelab malam sekitar ibu kota Kuala Lumpur.


1987 - Mendapat tawaran untuk merakam Album solo dengan syarikat rakaman Kuala Lumpur.


1985 - Peluang berlakon watak tambahan dalam filem bertajuk ‘Aniayah Jenayah' dibintangi oleh pelakon veteran, Allahyarham Mahmood June.

1984 - Peluang pertama berlakon watak tambahan dalam filem 'Aku Yang Berhormat' dibintangi oleh Jamali Sadat, Dharma Harun Alrashid dan Hamid Gurka.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, November 28, 2010

Beri Peluang Orang Rungus Bertanding BN di Parlimen P168 Kota Marudu

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Editor Matunggongkini@blogspot.com kerana sudi menyiarkan artikel ini. Sebut saja orang Rungus, sudah sinonim dengan Kudat atau Matunggong. Padahal suku kaum Rungus ini mendiami kawasan Kota Marudu, Pitas dan Beluran. Dalam erti kata lain suku kaum Rungus ini bukanlah penduduk minoriti di Sabah. Namun sudah 47 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia, tidak ada seorang pun dari suku kaum Rungus yang dilantik menjawat jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan atau dilantik sebagai Senator. Di sini timbul persoalan adakah suku kaum rungus ini tidak ada yang berpendidikan tinggi? Atau tidak ada pengiktirafan sebagai salah satu suku kaum di Malaysia yang perlu ada suara sama ada di Parlimen atau Dewan Negara?

Suatu ketika dulu, seorang pemimpin politik dari suku kaum minoriti di Sabah dilantik untuk menganggotai ahli Dewan Negara. Sehari selepas beliau dilantik menjadi Senator terpampang di muka depan surat akhbar-akhbar nasional yang menyatakan pelantikan beliau sebagai senator merupakan pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap suku kaum minoriti tersebut.

Justeru, sebagai suku kaum Rungus kita memerlukan Wakil Rakyat kita yang suaranya didengar atau dilayan oleh pemimpin-pemimpin atasan demi manfaat suku kaum Rungus yang banyak ketinggalan arus perdana seperti ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. Kita mahu pemimpin kita seperti DMM semasa beliau menjadi Wakil Rakyat kita yang mana beliau begitu lantang bersuara di Persidangan ADUN untuk memperjuangkan nasib orang kita. Ramai juga orang cakap beliau ini ‘kasar’ tetapi dengan kekasaran beliaulah ia disegani oleh pemimpin-pemimpin atasan pada ketika itu.

Selain itu, suku kaum Rungus lebih kurang 20 tahun sudah tidak menduduki kerusi Parlimen, jadi sebagai penduduk di Parlimen P168 Kota Marudu yang berbangsa Rungus adalah wajar sekali supaya dalam PRU13 ini berikanlah peluang kepada suku kaum Rungus untuk menjadi Calon Kerajaan di Parlimen P168 Kota Marudu. Bukan bermakna orang Rungus mahu berkuasa di Parlimen ini tetapi sekurang-kurang suku kaum ini mendapat pengiktirafan bahawa orang-orang dari suku kaum Rungus sudah ramai yang berpendidikan tinggi yang boleh memimpin atau mentadbir sesuatu kawasan.

PRU13 menurut beberapa sumber akan diadakan dalam masa setahun ini. Justeru, kita mahukan Wakil Rakyat yang benar-benar memenuhi aspirasi rakyat. Kisah mengugut (budaya samseng- Petikan komen dari Gazo Tulu)dan menggertak haruslah dihentikan supaya calon yang kita ketengahkan itu adalah dari mereka yang berwibawa untuk menjadi Wakil Rakyat yang bila menjadi YB ‘no komen’

OLEH: RAJA YOMOG

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat -Editor MK
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Kesedaran Pentingnya Pendidikan Masayarakat Rungus

Jika dilihat dari dahulu sehingga sekarang, ramai anak-anak muda khususnya di Matunggong yang tidak mempunyai pendidikan, sebagaimana yang kita harapankan agar bangsa kita melahirkan ramai generasi yang berpendidikan dan profesional bukan saja memiliki kemahiran malah memiliki taraf pendidikan yang tinggi setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Saya juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, apa lagi tergolong diantara mereka yang digelar profesional, namun impian untuk melihat lebih ramai lagi bangsa Rungus khususnya di daerah kecil Matunggong yang berpendidikan dan menjadi seseorang yang profesional justeru berpengaruh didaerah Matunggong adalah sangat tinggi. Saya bangga dengan individu-individu (Rakyat Matunggong) yang berpendidikan tinggi dan tersenarai dalam golongan-golongan yang profesional, kerana mereka adalah contoh terbaik bagi masayarakat kita (MATUNGGONG).

Namun jika dilihat pada masa kini, masih ramai di antara kita (Ibu bapa/Generasi-genarasi baru) yang tidak sedar akan pentingnya pendidikan, kerana ianya ialah pemangkin masa depan seseorang.Sememangnya ada banyak lagi sebab lain, tapi saya mengambil ini sebagai perkara yang ingin dikatan, kerana hal inilah yang selalu diucapkan mereka, kelihatanya seperti sudah menjadi kata-kata hikmat. Saya tidak mengadili sesiapa, akan tetapi alasan yang kita selalu dengar daripada golongan ibu bapa khususnya bagi anak-anak mereka yang baru selesai (SPM/STPM) mereka selalu berkata "Aso siin pamalanja tanganak sumikul/Tidak punya duit untuk membiayai pembelajaran anak sekolah"). Ini bukanlah fakta yang betul, apa lagi untuk dijadikan sebagai alasan. Untuk melanjutkan pembelajaran, kerajaan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan seperti (PTPTN/MARA)malahan biasiswa juga disediakan bagi mereka yang berkelayakan, kemiskinan bukanlah penghalang kepada kita untuk berjaya dalam pendidikan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Saya tidak segan untuk menyatakan keperitan hidup keluarga saya kerana ini adalah suntikan semangat bagi masayarakat kita di Matunggong. Ibu saya sendiri Asmoi Minjun semasa zaman sekolahnya dahulu mempunyai latar belakang keluarga serba kekurangan, zaman sekolahnya tidak seperti rakan-rakanya yang lain sering berkecukupan,wala sehingga pernah semasa tiba masa untuk beliau kembali ke sekolah di (SMK/ABDUL RAHIM), beliau hanya diberi RM 2.00, cukup untuk membiayai perjalan pergi ke sekolah sahaja. Namun disebabkanupun mungkin tidak semua sama, namun keinginan untuk mengubah kehidupan dan ingin mengejar pendidikan, semuanya itu dilakukan dengan tabah dan sukacita. Hari ini saya dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada kehidupan Ibu saya di zaman sekolah beliau. Ternyata dengan adanya pendidikan ianya boleh melakukan transfomasi yang besar dalam kehidupan. Tujuan saya menyatakan ini bukanlah untuk membangga-banggakan keluarga saya, tapi sebagai suntikan sem! angat bagi bangsa kita,tidak ada alasan bahawa kedaifan hidup kita menjadi penghalang untuk berjaya,saya berharap masayarakat kita berfikiran lebih terbuka lagi untuk kemajuan bangsa kita sendiri.

Kesedaran yang tinggi mengenai usaha meningkatkan kesedaran berhubungan pentingnya pendidikan di kalangan masayarakat kita Rungus perlu dipertingkatkan melalui pendedahan dan penyertaan awam bagi memberi kesedaran dan pemahaman mengenai isu pendidikan dikalangan bangsa kita. Untuk mengikis stigma ketidaksedaran pentingnya pendidikan perlu membabitkan individu, keluarga, orang ramai, masayarakat sekeliling dan dikalangan profesional. Ini merupakan cabaran utama yang kita hadapi dikalangan masayarakat kita, ini kerana ianya berkait rapat dengan masa depan masayarakat rungus di daerah kita khususnya(MATUNGGONG.)..

"Impikan satu kelompok bangsa yang berpendidikan, justeru menyumbang kepada kemajuan negara kita MALAYSIA"


OLEH: EGMENT

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau sutruktur ayat: EDITOR MK.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, November 20, 2010

Siapa Bakal Calon PBS N.4 Matunggong?




Ketika sebilangan rakyat dan pemimpin akar umbi PBS di Matunggong membayangkan akan menolak Dr.Maximus Ongkili jika dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan parti pada pilihan raya akan datang kerana dikatakan gagal meggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Kota Marudu dan sering dilabelkan sebagai Wakil Rakyat import, namun pada masa yang sama seorang pemimpin PBS Matunggong yang pernah diwar-warkan untuk dicalonkan menggantikan Jornah Mozihim pada PRU12, 2008 dilihat sering menyebelahi Dr. Maximus. Beliau yang saya maksudkan adalah Thomas Arinjamal Mojingal.

Melalui laman facebook dan blog peribadi beliau, Thomas seringkali membuat kenyataan-kenyataan yang lebih cendurung memihak kepada tindak-tanduk Dr. Maximus di Parlimen Kota Marudu yang acapkali menimbulkan komen-komen yang pelbagai dari pengunjung blog beliau.

Dalam keadaan sokongan rakyat Matunggong terhadap PBS yang agak kabur selepas wakil rakyat (Parlimen dan DUN) dikatakan gagal menangani masalah isu Tadahan Air Milau, gagal membangunkan Matunggong, gagal menangani masalah kemiskinan tegar (seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia baru-baru ini) dan banyak lagi isu yang sering dibangkitkan melalui blog dan laman sosial seperti facebook yang dikendalikan sebilangan blogers Matunggong, Thomas Arinjamal tetap memberikan sokongan terhadap kepimpinan Dr. Maximus di Kota Marudu.

Jika beberapa kenyataan yang dibuat oleh Thomas melalui blog peribadi beliau, e-p Rungus Co dijadikan sebagai rujukan, maka sudah pasti kita dapat mengandaikan bahawa Thomas sebenarnya mempunyai cita-cita untuk berkhidmat sebagai Wakil Rakyat jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti bertanding pada PRU13 ini.

Menurut profile yang terdapat pada blog beliau, Thomas berkelulusan Master of Business Administration (MBA), aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bergiat aktif dalam bidang keagamaan (Executive Committe, PCS), bertugas sebagai Pengurus di sebuah syarikat separuh kerajaan (klik link ini) dan bercita-cita untuk memajukan bangsa rungus.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, November 14, 2010

FENOMENA RRO - BUKAN SEKADAR HIBURAN



Bagi mereka yang pernah melayari Radio Rungus Online (RRO) slogan “Avantang tantu!!” bukan lagi sesuatu yang janggal kedengaran. Tagline yang memabwa maksud ‘Sangat bagus’ ini bukan saja kedengaran berkumandang di negara kita Malaysia malah turut berkumandang di luar negara. Traugott Forchner (Jerman), Alex Yomog (Afrika) dan Keny Kagiah (Australia) antara pendengar setia RRO luar negara yang hampir setiap malam ‘berkunjung’ ke RRO.

RRO yang menyajikan pelbagai slot seperti lagu-lagu tradisi rungus, ‘Sundait’ (teka teki), bahul (pantun) dan banyak lagi slot yang bukan saja menarik perhatian kalangan masyarakat rungus di Malaysia malah RRO juga secara tidak langsung berfungsi menghubungkan masyarakat rungus yang merantau di seluruh dunia. RRO juga turut menyajikan info-info semasa dan lagu-lagu rungus moden, 24 jam sehari.

Sejak akhir-akhir ini penglibatan pelbagai lapisan peringkat umur untuk menyertai RRO semakin menggalakan sejak pages RRO dibuat di laman Facebook. Ketika artikel ini ditulis RRO mempunyai 1563 orang ahli dan sambutan ini lebih menyerlah lagi bila pages bekenaan dihujani dengan komen dan pelbagai cadangan dari para ahli pages ini dalam kiraan purata satu komen dalam masa tidak kurang dari lima minit. Mengikut catatan, RRO juga pernah mendapat keahlian seramai 680 orang dalam sehari, satu rekod yang cukup menggalakan.

Ahli-ahli RRO yang berinteraksi melalui komen/cadangan yang lebih cenderung menggunakan bahasa rungus sejak akhir-akhir ini, walaupun dilihat agak santai dan bersahaja namun disebalik kecenderungan menggunakan bahasa ibunda terutama generasi baru yang dikritik kerana tidak lagi boleh menguasai bahasa rungus dengan fasih, secara tidak langsung menyuntik semangat ahli-ahli RRO untuk menghargai bahasa ibunda seterusnya mempraktikan melalui pages RRO.

Jelani Hamdan, Penaung RRO yang juga merupakan Presiden SAMORA, berharap ahli-ahli pages RRO turut mandaftarkan diri sebagai ahli SAMORA untuk memantapkan lagi persatuan ini bagi mengisi pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini dan aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Untuk memenuhi permintaan pelbagai pihak dan pengisian aktiviti, SAMORA akan mengadakan Forum Halatuju Rungus II yang akan diadakan pada bulan Disember tahun ini sebelum perayaan krismas, berikutan kejayaan Forum Halatuju Rungus 1 yang telah diadakan beberapa bulan lalu. SAMORA juga telah pun merancang untuk menubuhkan SAMORA FC bagi memenuhi aktiviti terutama golongan belia.

Mungkin sesuatu yang agak mencabar diceburi, namun semangat kental presiden SAMORA untuk melihat masyarakat rungus terus melangkah maju seiring dengan bangsa lain di negara ini dalam pelbagai bidang, telah mendorong Jelani Hamdan untuk mengorak langkah setapak lagi dengan meceburkan diri dalam bidang penerbitan drama/telemovie. Buat permulaan SAMORA akan bekerjasama dengan Bayo Pictures Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan filem yang tidak asing lagi di negeri ini untuk menerbitkan telemovie pertama yang akan dibintangi dikalangan ahli-ahli SAMORA itu sendiri. Uji Bakat dijangka akan diadakan pada bulan Disember tahun ini atau selewat-lewatnya bulan Januari tahun hadapan. Bagaimanapun menurut Jelani Hamdan yang juga merupakan Executive Produser telemovie tersebut, pelakon-pelakon yang telah dipilih untuk membintangi telemovie itu nanti akan diberikan kursus/bengkel bagi memantapkan kemampuan mereka membawa watak masing-masing sebelum penggambaran dibuat. Tarikh ujibakat akan diumumkan melalui surat khabar, blog dan laman facebook.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, November 10, 2010

Wad Kelas 1 Hospital Daerah Kudat mengalami perubahan




Ketika melawat seorang pesakit di wad perempuan kelas satu, Hospital Daerah Kudat, saya terkejut sakan, hampir-hampir saya tidak percaya bahawa saya berada di wad kelas satu yang telah diubahsuai dengan begitu cantik dan kemas seolah-olah kita memasuki sebuah bilik hotel sederhana dengan sewa bilik lebih kurang RM75 hingga RM80 untuk satu malam.



Selain ruang yang agak besar wad ini dilengkapi dengan almari, meja sudut dan dua buah tempat duduk yang agak selesa manakala lantai diperkemaskan dengan lapisan jubin. Penghawa dingin telah digantikan dengan penghawa dingin dari jenis split unit yang agak senyap berbanding dengan penghawa dengan lama yang memekakan telinga pesakit. Lebih ketara ialah bahagian ruang bilik mandi yang agak besar yang turut dilengkapi dengan alat pemanas air.



Sekalung penghargaan kepada Pengarah Hospital Daerah Kudat, Dr. Parabakaran Dhanaraj kerana telah berusaha keras membuat banyak perubahan di hospital ini demi untuk keselesaan pesakit.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, November 8, 2010

Disebalik keputusan PRK Batu Sapi

PRK Batu Sapi berakhir sudah. Kemenangan Bn yang dijangka awal-awal lagi oleh rakyat Sabah telah menjadi kenyataan. Apa tidaknya kedua-dua parti pembangkang yang beria-ia untuk merebut kerusi itu dari tangan Bn berkeras untuk bertanding, berlawan sesama sendiri. Budak kecil pun boleh membuat ramalan bahawa Bn akan terus berkuasa di Batu Sapi.

Di pihak SAPP, Slogan ‘Sabah for Sabahans’ slogan yang pernah didokong oleh PBS suatu ketika dulu, nampaknya tidak banyak membantu, jika benar ramai pengundi di kawasan itu terdiri daripada PATI atau PADI, pendekatan SAPP ini seolah-olah lebih kepada usaha cubaan ‘membunuh diri’.

Di pihak PKR pula, insiden bertumbuk di lapangan terbang yang digembar-gemburkan oleh media, sedikit sebanyak mengambarkan ketidak sefahaman pemimpin PKR Sabah. Insiden itu walaupun mungkin tidak seteruk mana namun tetap menjadi isu yang mengakibatkan pengundi terpaksa berfikir dua tiga hingga empat kali samada menyokong atau menolak parti itu.

Apapun keputusan yang tidak mengejutkan di Batu Sapi telah memberikan pengajaran kepada kita. Pertama, Isu 20 perkara, kenaikan harga barang atau lebih dikenali sebagai pelarasan harga barang, menara warisan 100 tingkat dan autonomi kuasa politik Sabah, sedikitpun tidak menghalang hasrat Bn untuk mengekalkan pengusaanya di Batu Sapi. Yang keduanya, kemenangan besar PBS di Batu Sapi itu juga secara tidak langsung menafikan anggapan sesetengah pihak bahawa calon bumiputera beragama islam lebih sinonim bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari bumiputera islam. Ini terbukti apabila Datin Linda Tsen Thau Lin yang berketurunan cina boleh memperolehi undi yang begitu banyak di kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera islam dan pada masa akan datang tidak mustahil calon bumiputera islam juga boleh memenangi kerusi di kawasan yang majoriti pengundinya dari kalangan bumiputera bukan islam.

Ada juga berpendapat, rakyat Batu Sapi merupakan rakyat yang suka membalas budi. Rakyat yang tidak mudah lupa akan kebaikan pemimpin yang telah menabur bakti. Perjalanan PRK Batu Sapi walaupun singkat dikatakan bermacam-macam projek dan bantuan kilat telah diluluskan kerajaan berbanding dengan parti pembangkang yang hanya bermodalkan air liur.

Jika senario ini dijadikan alat timbang sukat apakah Matunggong pada PRU13 nanti akan mengalami nasib yang sama. Usahlah parti pembangkang melalak dan melolong ke sana kemari jika parti pembangkang masih tidak dapat bekerjasama. Pilihan raya 2008 lalu yang menyaksikan pertembungan PKR dan DAP di beberapa kawasan, seharusnya dijadikan sebagai iktibar namun masih berlaku di Batu Sapi. Tapi apa pun disebalik segala kekurangan dan kegagalan wajarlah SAPP, Pakatan Rakyat dan mungkin Bersekutu jikapun tidak berteduh di bawah satu bumbung atau menari mengikut rentak yang sama tetapi sekruang-kurangnya mereka mempunyai persefahaman, jika mereka benar-benar berhasrat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Sabah selepas PRU13 nanti.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, October 27, 2010

PKR, SAPP dan PBS ada peluang untuk menang dan kalah di Batu Sapi

PRK BATU SAPI



Pertembungan tiga parti utama SAPP, PBS (BN) dan PKR bagi merebut kerusi Parlimen Batu Sapi bukan lagi satu andaian. Nama-nama calon telah pun diumumkan dan kempen bagi pilihan raya kecil itu telah pun bermula semalam.

Parlimen Batu Sapi yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 25,582 dengan pecahan pengundi mengikut kaum iaitu 15,099 atau 59.02 % merupakan bumiputera Islam, 689 bukan Islam (2.7%), pengundi Cina 9737 (38%) dan lain-lain 0.22% dan dari jumlah itu 1,535 adalah pengundi pos. Parlimen Batu Sapi merupakan kawasan baru selepas persempadan semula SPR dan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah merupakan ahli parlimen pertama memenangi kerusi itu pada tahun 2004 tanpa sebarang pertandingan dan memenangi semula kerusi berkenaan pada 2008 mengalahkan calon Bebas dengan majoriti 3,708.

Barisan Nasional diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin iaitu balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura. SAPP diwakili oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee manakala Peguam Ansari Abdullah, Ketua PKR Cabang Tuaran mewakili PKR.

Jika dilihat dari koposisi pengundi dan faktor-faktor yang bersangkutan, masing-masing calon mempunyai peluang untuk menang dan kalah di kawasan itu.

FAKTOR MENANG:

PKR – Calon PKR adalah seorang yang beragama islam dan lebih dari separuh pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi adalah pengundi beragama islam. Pengundi kaum cina yang memberikan undi kepada PBS pada PRU12 lalu berkemungkinan berpecah kepada dua iaitu menyokong PBS dan sebahagian lagi menyokong SAPP. Perpecahan sokongan kaum cina ini dengan sendirinya memberikan kelebihan undi kepada PKR jika lebih separuh penghundi bumiputera islam memilih PKR.

SAPP – Walau pun hanya 38% pengundi dari kalangan cina, tetapi harus diingat SAPP merupakan parti tempatan yang lantang menyuarakan masalah Pendatang Tanpa Izin, Bertekad untuk mengembalikan kuasa autonomi politik di Sabah tanpa campurtangan pemimpin dari Semenanjung dan yang paling penting SAPP, parti yang dilahirkan di Sabah.

PBS (BN) – Pemilihan Datin Linda Tsen, isteri mendiang Datuk Edmund Chong mungkin mendapat undi simpati. Sebagai calon kerajaan, mereka juga bebas menggunakan media arus perdana sebagai alat untuk menyalurkan maklumat kepada pengundi. Segala kemudahan yang ada pasti digunakan oleh PBS (BN) untuk meraih sokongan rakyat Batu Sapi.

FAKTOR KALAH:

PKR – Calon PKR walaupun seorang yang beragama islam tetapi beliau berasal dari daerah lain malah beliau merupakan Ketua Cabang PKR Tuaran. Pemilihan calon yang dilihat mempunyai tentangan penyokong akar umbi PKR Batu Sapi, memungkinkan orang-orang yang menyokong Hassnar Ebrahim berpaling tadah samada kepada BN atau SAPP.

SAPP – Mendapat hanya sebahagian pengundi islam manakala pengundi cina berpecah kepada dua

PBS (BN) - Selain daripada faktor perpecahan undi kaum cina, PBS juga lebih banyak bergantung kepada pembangunan yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat sebelum ini. Jika janji-janji pilihan raya 2008 telah diabaikan oleh penyandang terdahulu, rakyat Batu Sapi sudah pasti akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti pembangkang yang mereka rasakan boleh mengatasi masalah rakyat di kawasan itu.

Apa pun pendapat dan pandangan orang ramai bukanlah penentu kepada keputusan PRK Batu Sapi itu nanti.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, October 24, 2010

PRK BATU SAPI - Pertahankan hak-hak rakyat Sabah tanpa dipengaruhi sentimen perkauman




Jika keputusan kedua-dua parti pembangkang PKR dan SAPP tidak berubuah untuk terus meletakan calon mereka menentang BN bagi PRK Batu Sapi, BN kemungkinan akan mengulangi pencapaianya pada Pilihanraya 2004 dan 2008 lalu.

Pemerhati politik optimis berpendapat kemenangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah pada dua pilihan raya terdahulu tidak boleh dijadikan kayu pengukur sokongan sebenar rakyat di kawasan itu memandangkan pada pilihan raya 2004 beliau tidak mendapat tentangan mana-mana calon selepas beliau disahkan menang tanpa tanding dan pada 2008 pula beliau hanya ditentang oleh calon bebas.

Semalam SAPP membuat pengumun, Presiden Parti itu Datuk Yong Teck Lee akan bertanding di parlimen Batu Sapi yang sekali gus menamatkan teka teki samada SAPP akan tunduk kepada permintaan PKR agar dapat bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

Parlimen Batu Sapi kosong beriktuan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Tanjung Aru.

Jika pertandingan tiga penjuru diatara PKR, SAPP dan BN bagi kerusi Parlimen Batu Sapi tidak dapat dielakan lagi BN pasti akan tersenyum lebar. Undi pembangkang pastinya akan berpecah dan keadaan ini akan memberikan kelebihan kepada BN.

Walau apa pun PRK Batu Sapi dilihat sebagai ujian pertama SAPP untuk menilai pengaruhnya selepas keluar dari Barisan Nasional.

Rakyat Sabah di Batu Sapi seharusnya mengambil peluang ini untuk memilih parti yang dirasakan benar-benar boleh berjuang mempertahankan hak-hak rakyat Sabah tanpa dipengaruhi oleh sentiman perkauman.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, October 21, 2010

ADAT MINUM-MINUM KITA (RUNGUS)

Pernah sekali saya terbaca sebuah artikel, dan di dalam artikel itu ada yang mengaitkan bahawa minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) adalah adat istiadat bangsa Rungus. Secara peribadi saya tertarik akan hal ini, malah ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang adat istiadat suku kaum kita, saya cuma orang biasa yang tidak punya pengetahuan, tambahan pula saya bukanlah seorang yang arif tentang adat istiadat bangsa kita RUNGUS, apakan lagi pengetahuan yang mendalam tentang adat istiadat Rungus. Walaupun saya seorang yang berbangsa Rungus, dibesarkan dikalangan masayarakat Rungus di Daerah Matunggong, banyak hal yang masih perlu saya pelajari dan saya mohon petunjuk sekiranya ada salah@silap dalam artikel saya ini, Namun persoalan saya sekarang ini adakah minum-minum ( Minuman Yang Memabukkan) ini sememangnya termasuk dalam adat istiadat bangsa kita(RUNGUS) atau hanya menjadi kebiasaan bagi bangsa kita?

Jika jawabannya ialah YA!!

Saya ingin bertanya, sejauh manakah penghormatan bangsa kita terhadap adat istiadat suku kaum Rungus? Jika dilihat dan dinilai secara pratikal, setujukah anda apabila minum-MINUM( Minuman Yang Memabukan) dilakukan setiap hari, tidak dinafikan setiap hari kita dapat melihat orang yang mabuk, malahan ada diantara mereka individu yang sama mabuk setiap hari. Jika dilihat di tamu-tamu daerah Matunggong:

- Tamu Daerah Kecil Matunggong(Tamu Pada Hari KHAMIS)

- Tamu Matunggong(Tamu Pada Hari SABTU)

Perbuatan minum-minum yang seringkali kelihatan, sehinggakan mereka tersadai di merata tempat disebabkan mabuk akan minuman,saya pasti seandainya salah seorang diantara mereka yang pengsan di di khyalak orang ramai akibat mabuk ialah ahli keluarga anda, anda pasti punya perasaan malu, itu adalah hakikatnya. Ditambah lagi dengan perkara yang lebih menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang hanya kerana perkara minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) yang mana bangsa kita jadikan sebagai adat istiadat bangsa Rungus.Adakah hal ini boleh digelar sebagai adat istiadat suku kaum kita lagi,jika YA! Mungkin tidak salah jika saya katakan banyak diantara bangsa kita (RUNGUS) yang tidak menghormati adat tradisi bangsa kita sendiri, hal sedemikian kelihatanya bukan lagi sebagai adat istiadat , tetapi menjadi kebiasaan bangsa kita, kita semua pasti tahu, bangsa kita selalu dikaitakan sebagai suku yang kuat minum, apabila adat kita dijadikan kebiasaan sehinggakan ianya a! kan menjadi batu sandungan bagi bangsa-bangsa yang lain.

Hal ini berlaku di kalangan masayarakat kita daripada dahulu sehinggalah sekarang ini, tanpa mengira usia, daripada peringkat mereka yang Berusia, Dewasa, Remaja, malah lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak yang berumur 5 ke 10 tahun tahu bagaimana untuk minum-minum (Minuman Yang Memabukan), banyak anak-anak muda sekarang yang terjebak dalam gejalah minum, yang kita namakan sebagai adat, akan tetapi ianya seperti hanya kebiasaan, anak-anak muda Matunggong yang bakal menjadi pelapis kepimpinan akan datang bagi daerah Matunggong kebanyakannya semua kaki botol. Sampai bila bangsa kita (RUNGUS) akan maju sekiranya hal ini seringkali dikaitkan dengan adat istiadat bangsa RUNGUS......BERUBAHLAH............
RINDUKANLAH SEBUAH BANGSA YANG BEBAS DARIPADA BELENGU KEMABUKAN
“ PERUBAHAN BUKANLAH SUATU PERUBAHAN, SAMPAI TERJADI PERUBAHAN “

" Kita Tidak Tenggelam di dalam air, kita tenggelam kerana kita diam disana "

OLEH: Anak Rungus.

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat - Editorial MK.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, October 19, 2010

Sukar terima kenyataan kematian Annie John Dismas



“Pembunuhan kejam jururawat Annie John Dismas seminggu lalu benar-benar menghantui fikiran saya. Saya tidak boleh melelapkan mata setiap kali terbayangkan wajah nya, ”

Begitu lah luahan perasaan Feldirine Umin seorang jururawat yang bertugas di Hospital Daerah Kudat dimana mendinag Annie John Dismas bertungas.

“Saya amat terkejut mendengar berita kehilanganya, disusuli dengan penemuan mayat Annie pada hari selasa 13 Oktober di dalam longkang berdekatan taman Kingsfisher, saya berharap sangat mayat yang dijumpai itu bukan milik Annie. Katanya

“Sebagai jururawat saya selalu melihat pesakit meninggal di depan mata saya, tapi kematian Annie terlalu mengharukan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Annie menghadapi penderitaan ketika berhadapan dengan pembunuh kejam itu,” katanya dengan nada sedih.

Feldrine mengenali Annie sejak beliau mula bertugas di Hospital Daerah Kudat sekitar tahun 2000. Menurut Feldrine, Annie adalah seorang yang periang dan amat disenangi oleh rakan-rakan setugas. Beliau juga seorang yang bertanggungjawab terhadap kerluarga.

“Seminggu sebelum kejadian yang meragut nyawanya, kami sempat bercerita bermacam-macam perkara termasuk pengajianya yang akan tamat tidak lama lagi. Saya tidak menyangka hari itu adalah hari terakhir saya melihat wajah Annie. Terlalu sukar menerima kenyataan dia sudah tidak ada lagi,” katanya lagi.

Annie John yang telah dibunuh dengan kejam dan mayatnya dijumpai dalam keadaan separuh bogel, menggemparkan bukan saja warga hospital Daerah Kudat malah turut mendapat liputan media-media nasional sejak kehilanganya pada 9 Oktober kemudian penemuan kereta kancil milik Annie yang ditinggalkan berdekatan hotel Garden Kota Kinabalu pada jam 2 pagi hari ahad 10hb Oktober lalu seolah-olah mengingatkan kita kepada pembunuhan berprofil tinggi Datuk Sosilawati dan tiga rakanya baru-baru ini.

“Saya amat terkilan kerana tidak dapat menyertai rombongan kakitangan Hospital Daerah Kudat untuk menyaksikan pengkebumian mendiang Annie John di Kuala Penyu, kampung asal keluarga mendiang,” kata Feldrine mengakhiri perbualan dengan Matunggong Kini.

Ucapan Tahniah kepada pihak polis kerana telah berjaya menahan suspek pembunuhan kejam ini dalam jangkamasa yang agak singkat.


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, October 15, 2010

Anak-Anak Muda Matunggong

kalangan anak-anak muda kita sekarang, saya sendiri tidak lepas untuk mengalami@melalui alam remaja, semua orang pastinya mengalami hal yang sama dimana mereka juga pernah turut serta melalui alam remaja, namun pangharapan yang tinggi diletakkan anak-anak muda di era baru yang diharapkan akan menjadi pelapis sebagai pemimpin pada masa akan datang yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah daerah, bandar, wilayah baik negara sangatlah mengecewakan apabila anak-anak muda sering kali dikaitkan dengan gejala-gejala yang tidak bermoral, malahan terbabit dengan hal-hal yang menjadi musuh utama negara, jika dilihat peratus pesal! ah yang didapati di Negara kita Malaysia, ianya membabitkan ramai anak-anak muda yang diharapkan untuk menjadi pelapis pemimpin akan datang, antara hal-hal yang selalu kita dengar ialah :

" Kes Pembuangan Bayi".
Bayi yang tidak berdosa ini kehilangan hak untuk terus hidup,sedangkan
hal ini berlaku akibat daripada kerasukan
nafsu individu yang tidak bertanggunjawab!
" Penyalahan Gunaan DADAH "
" Pembunuhan Tanpa Bersikap Perikemanusian"
" Melibatkan Diri Dalam Kumpulan Gengster "
" Kes Samun "
" Merompak "
dan banyak lagi. Layakkah golongan anak-anak muda kita ini menjadi pemimpin?
Jawabnya ialah "TIDAK "!

Anak-anak muda, khususnya bagi daerah (MATUNGGONG), bangsa kita (RUNGUS), hari ini saya ingin mencabar anda semua, buktikan pada semua, seluruh dunia bahawasanya kita adalah anak-anak muda yang punya prinsip dalam hidup, punya tujuan yang positif untuk dikerjakan, kita adalah mereka yang dimaksudkan sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang, buktikan pada dunia bangsa kita adalah bangsa yang mempunyai ramai anak-anak muda yang membangun di atas dasar yang teguh, anak-anak muda yang mempunyai pendidikan, kita tidak boleh ketinggalan dengan pendidikan bangsa- bangsa lain, kita juga punya daya saing, dan bukanlah menjadi bahan cerita oleh bangsa-bangsa lain. Suatu hari nanti kitalah yang akan menjadi pemimpin akan negara kita khususnya (DAERAH MATUNGGONG), sangat mustahil kita akan senang apabila daerah kita dipimpin oleh bangsa lain, sedangkan kita sebagai penduduk tetap di daerah ini (MATUNGGONG) tidak dapat memimpin daerah sendiri. Hari ini saya mencabar anak-anak muda! MATUNGGONG! Bangkitlah, dan tanggapilah bahawa anda adalah pemimpin pelapis khususnya bagi daerah kita.(MATUNGGONG)." ANAK-ANAK MUDA ADALAH PEMIMPIN PELAPIS DIMASA AKAN DATANG"...Tanggapinya anak-anak muda daerah Matunggong!

OLEH: Egment

MAKLUMAN: Artikel ini disiarkan tanpa melalui proses editing samada ejaan atau struktur ayat - Editorial MK.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, October 10, 2010

PRK Batu Sapi ujian awal kekuatan parti Pembangkang di Sabah.

Belum pun PRK DUN Galas selesai, Pilihan raya kecil (PRK) yang merupakan kali yang ke 13 akan diadakan dan buat perama kalinya di Sabah selepas PRU12 berikutan kematian penyandang kerusi P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong. Beliau menjadi ahli parlimen Batu Sapi selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2004 tanpa sebarang pertandingan kemudan sekali lagi memenangi kerusi itu pada PRU12, dengan majoriti undi 3,708 mengalahkan Chung Kwong Wing (Bebas) dengan hanya memperolehi 5,771 undi berbanding 9,479 undi.

Kawasan Parlimen P.185 merupakan kawasan baru selepas persempadanan semula SPR dan Edmund Chong merupakan ahli Parlimen pertama yang memenangi kawasan itu tanpa tanding pada tahun 2004, manakala PRU berikutnya pada 2008 Edmund hanya ditentang oleh Bebas walaupun ada ura-ura PKR bertanding di kawasan itu pada PRU13 lalu tetapi tidak dapat meletakan calonya disaat-saat akhir mengakibatkan PBS/BN menang selesa di kawasan itu.

Palimen P.185 Batu Sapi meliputi kawasan DUN Sekong dan Karamunting dengan 26,004 Jumlah pemilih berdaftar iaitu 60.14% pengundi Bumiputera Islam, 2.31% pengundi Bukan Islam, pengundi Cina 37.21% manakala lain-lain kaum 0.34%.

Jika sejarah penguasaan PBS/BN di kawasan ini dijadikan rujukan, parti pembangkang pada kali ini mungkin berpeluang menawan kerusi ini dari tangan BN. Dalam dua siri pilihanraya sebelum ini BN sebenarnya tidak mendapat tentangan dari parti pembangkang iaitu menang tanpa tanding pada PRU11 dan ketiadaan calon pembangkang pada 2008. Peratusan pecahan kaum juga akan mempengaruhi kekalahan BN jika terus meletakan calon PBS di kawasan ini dimana majoriti pengundinya adalah pengundi Bumiputera Islam. Jika BN terpaksa meletakan calon dari parti UMNO di kawasan itu untuk menyelamatkan keadaan, apakah PBS akan ‘bermurah hati’ menyerahkan kerusi itu ditandingi UMNO? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, October 7, 2010

Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang?

Kata-kata pembakar semangat atau slogan “Siapa saja calon di Matunggong asalkan calon PBS pasti menang” mungkin tidak boleh lagi dijadikan sebagai kata-kata keramat pada pilihan raya akan datang jika senario politik negara dijadikan sebagai kayu pengukur kepada perubahan angin politik. Ini bermakna calon PBS di Matunggong pada kali ini terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kerusi DUN Matunggong hatta kerusi Parlimen Kota Marudu sekali pun.

Kalangan pemerhati politik Matunggong mendapati, sokongan pengundi lama terhadap PBS/Bn di kawasan ini masih bertahan pada kedudukan yang agak stabil walaupun sedikit tergugat akibat isu Ketua Kampung dan isu tadahan air Milau sedikit masa dulu, bagaimanapun pemberian kerajaan melalui kebajikan masyarakat sebanyak RM300 sebulan kepada golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dilihat mampu meraih sokongan dari golongan ini. Manakala sokongan pengundi baru/genarasi baru agak membimbangkan. Golongan ini yang dikatakan ‘mampu membuat keputusan sendiri’ yakni boleh mengikuti perkembangan politik tanah air dengan lebih baik malah mampu membuat analisis politik tanpa dipengaruhi oleh golongan tertentu, merupakan cabaran yang bakal dihadapi siapa saja calon PBS di Matunggong pada PRU13 nanti.

Ramai golongan generasi baru yang terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung atau Singapura akibat kekurangan peluang pekerjaan di tempat sendiri, golongan terpelajar yang tidak diberi peluang untuk menduduki hieraki jawatan-jawatan penting kerajaan pusat dan negeri di Sabah, status kaum rungus yang merupakan salah satu kaum yang termiskin di Malaysia (seperti yang diumumkan sendiri oleh PM) walaupun berada dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Kesemua ini merupakan isu-isu yang selalu diperkatakan yang mendorong golongan ini terpaksa berfikir samada menyokong Barisan Nasional atau Pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun PBS dan BN sebenarnya masih belum terlambat untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi segala kemungkinan ini jika pilihan raya tidak diadakan terlalu awal dan ada usaha yang transperan untuk memperbaiki kesilapan ini.

Konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan saban hari melalui kaca TV dan media-media massa masih tidak ‘menjadi’ sepenuhnya di Matunggong walaupun dari sudut lain contohnya, hubungan antara kaum telah lama dipraktikan sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi. Memandangkan masih ramai pengundi lama atau generasi lama menjadi pemilih pada pilihan raya akan datang, usaha untuk mendekatkan pemahaman mereka tentang konsep 1 Malaysia sepatutnya dilakukan dengan sungguh-sungguh. Wakil Rakyat perlu turun padang untuk memberi penjelasan tentang nilai-nilai konsep 1 Malaysia hingga ke akar umbi. Di semenanjung Malaysia umpamanya, Wakil Rakyat terpaksa mengadakan perjumpaan dengan rakyat bagi menjelaskan tentang pelarasan (kenaikan) harga gula dan Bahan Bakar walaupun mereka mempunyai JKKK/JKKKB untuk menyampaikan maklumat itu kepada rakyat yang diwakilinya.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, October 1, 2010

Radio Momogun Online

Ketika Forum Halatuju Rungus (FHR) yang lepas antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan Slot Siaran Momogun Dalam RTM. sehubungan dengan itu penjelasan yang diperolehi manyatakan bahawa kita perlu merangka kertas kerja berserta program pelaksanaan termasuk kepakaran penyampai untuk slot tersebut. apabila melibatkan RTM ini sudah tentu setiap prestasi hendaklah menepati KPI mereka. dengan ini agak menyulitkan kita untuk memulakan proses tersebut memandangkan terlalu banyak prosedur untuk dilalui.

Kebelakangan ini, seperti yang kita ketahui CAPAIAN ke Internet sudah menjadi agak mudah dengan adanya Broadband, dan saya yakin buat masa ini itu bukan lagi mustahil kepada kebanyakan individu. jika dilihat juga di Internet sekarang ini Internet Radio Broadcast begitu popular dikalangan pendengar dan setelah mencari maklumat saya dapati pelaksanaan Internet Radio tersebut tidaklah susah dan pelaksanaan juga tidak memerlukan Prosedur yang susah mahupupn KPI tertentu.

Untuk memulakan proses itu saya telah berusaha mencari maklumat dan saya juga telah membuat beberapa percubaan untuk membuat Siaran Radio Secara online sejak jumaat lepas dan apa yang saya lihat sambutan dikalangan pendengar khususnya momogun begitu memberangsangkan biarpun saya belum murnikan player tersebut.

Anda boleh terus mendengar daripada server radio iaitu:
http://rungus.youstream.fm

ataupun memasukkan "code" ke dalam website atau blog anda.. berikut adalah Code yang dimaksudkan:

========Copy From Here========

<!-- START FreeVideoCoding.com -->
<embed pluginspage="http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/download/" autostart="1" showstatusbar="1" type="application/x-mplayer2" height="150" src="http://68.168.98.191:12065/" width="500" showcontrols="1"> </embed>
<!-- END FreeVideoCoding.com -->

OLEH: JAMALIT
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, September 22, 2010

Program Masuk Kampung SAMORA

21hb Sept 2010

Matunggong : Hasrat SAMORA untuk menghulurkan bantuan kepada warga tua yang daif dan miskin di Kampung Pinawantai, Matunggong akhirnya menjadi kenyataan pada lawatan kedua (program masuk kampung 2) Jelani Hamdan, presiden SAMORA dan AJK persatuan itu di kediaman usang Amai Yakang. Dalam lawatan singkat itu, Jelani Hamdan menyerahkan bantuan berbentuk Dapur memasak, tong gas, beras dan barangan keperluan lain.


Serah - Kelihatan dalam gambar Jelani Hamdan menyerahkan bantuan kepada 'Amai Yakang'

“Saya tidak kisah jika ada sesetengah pihak menganggap pemberian ikhlas ini ada udang di sebalik batu, kerana saya benar-benar ikhlas menghulurkan bantun tersebut. Mungkin bantuan tersebut terlalu kecil tapi hanya itu yang termampu saya lakukan setakat ini,” katanya


Usang - Rumah usang Amai Yakang

“Kalau ikutkan hati, tidak perlu adanya publisiti melalui media mengenai bantuan yang SAMORA hulurkan bagi mengelak spekulasi yang akan timbul, tapi memandangkan bantuan ini berkaitrapat dengan kemiskinan tegar di Matunggong, maka saya merasakan perlunya pendedahan. Apa yang ingin saya tonjolkan adalah taraf ekonomi masyarakat Matunggong yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan,” katanya.


Kenangan - bergambar kenangan bersama Amai Yakang (1 dari kiri)

Ditanya mengenai bantuan PPRT yang sepatutnya telah diberikan kepada Amai Yakang, beliau berkata, YB Sarapin mungkin telah menyeneraikan nama beliau tetapi adakalanya proses pelaksanaan PPRT memakan masa yang agak lama dan ada sesetengah kes, bantuan PPRT tidak sampai kepada sasaran disebabkan oleh karenah birokrasi.

Melalui facebook beliau, Jelani berharap lebih ramai sukarelawan tampil ke depan untuk menyertai program itu.

“Bayangkan jika 1000 orang menyertai program ini dan masing-masing memberikan sumbangan sebanyak RM10 sudah tentu rumah usang ‘amai Yakang’ akan berubah wajah. Yang penting kita tunjukan dulu kita serius dan ikhlas dalam hal ini,” katanya

Jelani Hamdan yang gemar berinteraksi melalui laman facebook dan blog, mula mendapat perhatian dikalangan pemerhati politik berikutan kenyatan-kenyataan beliau yang acapkali memihak kepada rungutan dan masalah rakyat terutamanya di kawasan Matunggong. Sikap pemimpin yang suka memandang ke bawah ketika berada di atas puncak, adalah sikap yang jarang dimiliki oleh sesetengah pemimpin kita. Sikap terbuka dan mudah dibawa berbincang merupakan pendekatan beliau untuk mengetahui dan memahami kehendak rakyat.

Berikutan namanya sering disebut-sebut sejak akhir-akhir ini, ramai yang membuat ramalan, beliau akan bertanding pada PRU13 nanti.

Jika merujuk kepada kenyataan-kenyataan beliau melalui komen di blog ini, beliau kemungkinan akan bertanding jika rakyat benar-benar berkehendakan beliau berbuat demikian. “Saya tidak mahu dicop sebagai pemimpin dan calon payung terjun,” katanya.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, September 19, 2010

Gelaran Datuk untuk Jornah dan Atong Mangabis?





Selamat bertemu kembali. Sekali lagi blog Matunggong Kini bagaikan ‘terabai’ bila saya kekurangan waktu untuk menulis artikel atau isu baru yang boleh dikongsi dengan pembaca terutama pengunjung setia blog ini.

Beberapa bulan yang lalu saya telah menghantar proposal Sinopsis Drama kepada Astro (Astro Entertainment Sdn. Bhd) ASEB’s untuk dipertimbangkan dan baru-baru ini saya telah pun menerima email dari syarikat berkenaan yang mengatakan sinopsis/treatment yang saya hantar mendapat perhatian dan telah berjaya masuk ke pemilihan fasa kedua. Drama yang berkonsepkan etnik iaitu sebuah drama yang mengisahkan seorang pahlawan rungus akan ditayangkan dalam 13 episod bersiri (jika Drama itu nanti diterima sepenuhnya oleh pihak Astro). Dengan penerimaan itu maka saya terpaksa pula berhempas pulas untuk menyiapkan skrip drama tersebut sebelum 1 hb Oktober 2010 seperti yang dikehendaki oleh pihak Astro dan atas sebab itulah Matunggong Kini seakan terabai.

Seminggu yang lalu saya cuba juga untuk menulis serba sedikit mengenai perjalanan hidup dan karir politik Datuk George Abbah Mengimpal dari beliau bekerja sebagai ‘tukang potong kayu’ dengan seorang taukey cina sekitar tahun 1950an, kemudian beliau memulakan alam persekolahan dalam keadaan yang cukup daif, beliau dipenjarakan sehinggalah beliau dipilih sebagai ahli parlimen dan seterusnya dianugerahkan gelaran Datuk. Namun hasrat tersebut tidak dapat saya laksanakan kerana tiba-tiba negara dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga rakanya yang dikatakan dibunuh selepas berjumpa dengan suspek utama yang juga bergelar ‘Datuk’. Kejadian itu sedikit sebanyak menganggu tumpuan saya.

Menyentuh tentang penganugerahan gelaran ‘Datuk’, kita menyedari hanya semasa pemerintahan kerajaan Berjaya dan PBS, pemimpin dari kalangan kita berjaya mendapat gelaran itu. Datuk Markus Majihi umpamanya walaupun hanya satu penggal menjadi wakil rakyat, beliau berjaya memperolehi gelaran tersebut. Saya sering tertanya-tanya apakah tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin kita layak menerima anugerah tersebut selepas Datuk Mathius Majihi dan Datuk Markus Majihi. Jornah Mozihim umpamanya, walaupun pencapaian beliau mungkin tidak setanding dengan Datuk Mathius Majihi semasa beliau menjadi wakil rakyat dulu namun kesetiaan beliau terhadap Barisan Nasional perlu diambil kira. Walaupun tidak dicalonkan semula, Jornah masih tetap setia bersama PBS/BN. Begitu juga dengan Atong Mangabis yang pernah meninggalkan PBS (PBS/Pembangkang) dan Menyertai PBRS/BN atas dasar setia kepada perjuangan Barisan Nasional dan saya percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana ingin melihat pembangunan di Matunggong. Apa kah kedua-dua pemimpin ini tidak layak menerima anugerah/gelaran Datuk sedangkan mereka merupakan pemimpin yang berjasa kepada rakyat dan BN.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, September 3, 2010

Mengapa SAMORA?

Beberapa hari yang lalu ada orang menghubungi saya melalui telefon dan secara terang-terangan menunduh saya kononya saya menulis secara berat sebelah. “Kau tulis apa ini o, balik-balik tulis pasal Jelani Hamdan saja. Tiada bahan lain kah?” Asyik-asyik tulis pasal Samora. Perkara lain kau tidak mau tulis kah?” blog ini berkenaan dengan Matunggong, bukan blog Samora. Jangan bikin malu sama orang rungus,” kurang lebih begitulah perkataan yang keluar dari yang empunya mulut itu. Sebelum saya sempat menjawab, panggilan itu diputuskan.

Sebagai bloggers, saya sedikit pun tidak marah, terkilan atau berkecil hati terhadap kata-kata pemanggil tersebut, bagi saya beliau adalah pembaca/pengunjung setia blog Matunggong Kini yang berhak memberi teguran dan perlu dihormati. Saya akui sejak kebelakangan ini blog Matunggong Kini sering membuat ulasan dan pendedahan mengenai aktiviti Samora yang diterajui oleh Jelani Hamdan (JH).

Melalui blog ini saya ingin memberi penjelasan mengapa sejak akhir-akhir ini saya memberi ‘sedikit’ tumpuan kepada aktiviti Samora seperti yang didakwa oleh pemanggil walaupun sebenarnya ada juga isu-isu lain yang saya tulis terutama isu yang membabitkan kepimpinan YB Sarapin Magana, wakil rakyat N.4 Matunggong.

1. Saya melihat aktiviti yang dilakukan oleh Samora/Jelani Hamdan mendatangkan kebaikan bukan saja ahli Samora malah keseluruhan rakyat Matunggong dan melibatkan semua suku kaum rungus di Sabah.

2. Melihat aktiviti Samora perlu di war-warkan agar aktiviti tersebut boleh dibawa berbincang secara terbuka melalui komen-komen pengunjung blog bukan saja ahli-ahli Samora itu sendiri malah rakyat Matunggong yang berkesempatan mengunjungi blog ini tanpa perlu login/log masuk atau menjadi ahli terlebih dahulu.

3. Mendapat kebenaran dari Presiden Samora En. Jelani Hamdan (walaupun secara lisan dan tidak formal). Beliau (Jelani Hamdan) bekerjasama malah turut memberi komen-komen dan cadangan yang bernas dan membina bukan saja aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan bakal dijalankan oleh Samora malah isu-isu lain yang difikirkan penting untuk dianalisa bersama.

Saya amat sedar blog Matunggong Kini tidak banyak memberi sumbangan kepada perkembangan politik dan sosial di Matunggong tapi apa yang saya harapkan blog ini dapat memberi sedikit informasi yang bermanfaat sebagai rujukan walaupun dari segi komorsialnya masih terlalu daif berbanding dengan blog-blog lain. Apa pun saya bersyukur kerana sejak blog ini lahir pada 25 Ogos 2009 (lebih kurang setahun), blog ini telah dilawati oleh lebih kurang 27 ribu pengunjung. Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini terutama mereka yang telah memberikan cetusan minda yang pelbagai variasi samada melalui ‘surat dari pembaca’ (email) atau komen-komen yang bercorak ilmiah atau komen-komen nakal yang mengujakan yang langsung tidak pernah terlintas dalam minda saya sebelum ini.

Kepada GT, JH, Madjabou, Manampahu, Thomas Arinjamal, Raja Yomog, Amai Matunggong, Inai Matunggong, Sumandak Matunggong, Selipar Jipun, Burunguk Tindal, Pengundi Baru, Samora 1, Awang Labu, Rangab, farton Jinson, Felix MA, Yusan-usan dan ramai lagi komentator yang tidak sempat saya sebutkan disini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih diatas sumbangan anda.

Dalam kesempatan ini juga saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah mendaftar sebagai followers/rakan blog ini. TANPA ANDA BLOG INI TIDAK AKAN KEMANA.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, August 23, 2010

SAMORA - Saranan pengujudan Biro Bantuan Guaman.




Saranan untuk menubuhkan Biro Bantuan Guaman (BBG) oleh Presiden SAMORA, Ybh. Jelim Dazangap (Jelani Hamdan) untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan terutama penduduk luar bandar di Matunggong dan sekitarnya amat dialu-alukan.

Walaupun hanya merupakan cadangan awal, ramai beranggapan penubuhan BBG tersebut amat wajar jika ada badan-badan tertentu yang sanggup menggembling tenaga dan kepakaran sehingga cadangan tersebut menjadi realiti.

Jelim Dazangap juga berkata dalam laman facebooknya, SAMORA juga berhasrat untuk menubuhkan Biro Aduan Rakyat bagi menangani pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

Saya muaturun kenyataan beliau dibawah ini sebagai renungan kita bersama.

Salam/selamat pagi. Kes senjata api di Kudat kemarin ditangguh lagi ...now, pelajaran drpd kes ini, sudah sampai masanya persatuan/badan2 NGO wujudkan 'biro bantuan guaman' sendiri. Penduduk2 di luar bandar amat perlukan nasihat guaman seperti kes tanah2 yang 'dirampas' oleh syarikat2 besar, kes hak sebagai pengguna...

Tobp. JFS, mungkin skg takda masalah tapi manala tau kalau di masa akan datang tiba2 kerajaan nak ambil mcm kes pengambilan tanah di sebelah nangka/lokoton (kes pembinaan empangan). Tiba2 projek 'muncul', penduduk kg terkejut dan tak bersedia. Sampai skg blm selesai isu pampasan , rumah dll. Kita akan wujudkan Biro Aduan Rakyat/Suara Rakyat dalam Samora nanti untuk mendengar keluhan rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, August 22, 2010

Tiada pembangunan di Matunggong? jangan salahkan YB Sarapin.

Sejak Mac 2008, sejak YB Sarapin menggalas tanggungjawab wakil rakyat menggantikan Jornah Mozihim sebagai Adun N.4 Matunggong, selain kelulusan projek tanaman getah berkelompok yang didakwa oleh YB Sarapin sebagai yang terluas yang pernah diluluskan oleh LIGS di Matunggong seperti yang diumumkan beliau semasa Pesta Kaamatan peringkat daerah kecil Matunggong 2010 tidak berapa lama dulu, nampaknya belum ada sebarang projek yang telah dan sedang dibuat untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Matunggong walhal jika ditinjau, terlalu banyak perkara yang perlu diambil perhatin segera. Projek-projek kecil seperti menyelenggara perhentian bas dan sebagainya bukan lah projek yang boleh dibanggakan.


Dapatkah kita bayangkan bagaimana kanak-kanak ini membesar dalam suasana yang amat daif

Kita menyedari kawasan Dun Matunggong bukanlah sebuah kawasan kecil yang mudah dibangunkan/diselenggarakan dalam masa yang singkat namun sejak dua tahun yang lalu sekurang-kurangnya sudah terdapat bayang-bayang atau kelibat pembangunan yang telah/mula dilaksanakan untuk merealisasikan apa yang dicanangkan semasa kempen Mac 2008 dulu, jika pihak berwajib benar-benar transperan melaksanakanya. Untuk membuktikan dakwaan ini benar, masuk lah ke kampung-kampung, tanya sendiri pengerusi-pengerusi JKKK, apakah projek yang mereka telah laksanakan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Bertitik tolak dari keadaan ini, ramai dikalangan kita cuba menyalahkan dan memperlekehkan YB Sarapin. Tapi jika difikirkan secara rasional rakyat Matunggong tidak sepatutnya menyalahkan YB Sarapin semata-mata, apa lagi mempertikaikan kemampuanya sebagai wakil rakyat. Kita percaya sebagai wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, YB Sarapin tidak pernah berdiam diri atau berpeluk tubuh jauh sekali berpuas hati diatas apa yang beliau capai sehingga kini. Seperti juga halnya dengan wakil-wakil rakyat yang terdahulu, kita pasti YB Sarapin juga ingin melihat Matunggong berada pada tahap yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. YB Sarapin pasti sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas dan dipikul untuk mengubah landskap Matunggong kepada satu dimensi yang lebih baik seperti kawasan-kawasan lain yang lebih menonjol dari segi pembangunan.

Kita berharap senario ini tidak akan berterusan. Kita bimbang rakyat terus merungut dan menyalahkan wakil rakyat walaupun masalah ini pada hakikatnya tidak wajar ditanggung oleh wakil rakyat itu sendirian. Jika senario ini berterusan sudah pasti wakil rakyat akan terus menjadi mangsa keadaan. Kita mengharapkan agar RMK10 ini, Matunggong akan mendapat tempias, yang sekaligus dapat melenyapkan segala permasalahan yang dihadapi oleh wakil rakyat dan rakyat Matunggong keseluruhanya

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, July 21, 2010

Sotong Ramal Keputusan PRU13? Paul Pilih Pakatan Rakyat.

SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT sebagai bahan perbualan ketika duduk di kedai kopi: Malam tadi heboh kawan-kawan aku cerita pasal Paul si sotong kurita yang telah berjaya mermalkan seputusan perlawanan German Vs Spenyol dan Spenyol Vs Belanda pada Piala Dunia FiFA 2010 yang baru saja berakhir. Tapi certia kali ini berlainan sedikit, Sotong kurita tersebut dikatakan telah membuat ramalan keputusan PRU13 yang bakal kita hadapi tidak lama lagi. Cerita ini mula tersebar luas melalui internet.

Cuba perhatikan gambar dibawah.




Dan lihat gambar yang ini pula. Perhatikan kedudukan sotong, dari jari-jari dan kedudukan kepala. Semuanya sama. Terpulang lah pada anda untuk menilai. Gunakan kebijaksanaan anda.


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, July 17, 2010

SAMORA MASIH RELEVAN


Ybh. Jelani Hamdan (Presiden SAMORA)

17 Sept 2010

KOTA KINABALU: SAMORA yang diasaskan pada tahun 1986 oleh bekas Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah semasa era kerajaan USNO, Datuk Idrus Matakim yang dilabelkan sesetengah pihak sebagai persatuan yang pasif dan tidak lagi relevan sejak akhir-akhir ini ternyata meleset sama sekali.

Presiden persatuan ini, Ybh. Jelani Hamdan ketika dihubungi Matunggong Kini, menolak andaian pihak-pihak tertentu kononya SAMORA tidak lagi relevan sehingga ada yang tergamak melabelkan persatuan ini sebagai persatuan yang hidup segan mati tak mahu. Menurut Jelani banyak aktiviti yang telah dan akan laksanakan SAMORA pada tahun ini tetapi mungkin disebabkan kekurangan publisiti maka segala aktiviti tidak dapat diikuti oleh oleh orang ramai terutama masyarakat rungus di Matunggong, Kota Marudu dan Pitas.

“Baru-baru ini saya telah menghantar enam orang mewakili persatuan ini, ditemani YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan mengenai nasib dan masa depan suku kaum rungus di Sabah kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak,” katanya.

“Jika tidak ada aral melintang, dalam masa terdekat ini kita akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai Magahau seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 di Matunggong, beliau berkata Magahau pada tahun ini akan diadakan di Kanibongan Pitas selama dua hari iaitu pada 7hb September hingga 8hb September 2010. Acara Magahau kali ini diadakan di daerah Pitas atas permintaan ramai.

Antara acara-acara menarik yang amat rugi jika tidak dapat disaksikan ialah:

1. Pertandingan sukan tradisi Rungus
2. Pertandingan lagu tradisi Rungus
3. Persembahan artis-artis Rungus
4. Gimpuhut

Dibawah ini merupakan sedikit intipati usaha, visi dan harapan Jelani Hamdan selaku Presiden SAMORA yang saya sempat salin dan tampal (copy n paste) dari laman facebook beliau, sila baca:-

Kita telah buat perbincangan dan cadangan kepada Menteri Pelancongan Sabah, YB Datuk Masidi Manjun agar Magahau dimasukkan dalam kalender tahunan pelancongan Sabah. Beliau menyokong dan bersetuju degan cadangan tersebut dan meminta SAMORA membuat inisiatif sendiri terlebih dahulu. Sebab itu kita telah memulakan acara Magahau pada tahun 2009 atas perbelanjaan sendiri. Saya yakin dan percaya kalau ada sokongan dan dorongan dari masyarakat Rungus, kita akan dapat memasukan acara ini (saya tak panggil magahau sebagai pesta) dalam kalender tahunan pelancongan Sabah dan akan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong antarabangsa nanti. Ramai orang bertanya dan mempersoalkan kenapa saya memperkenalkan Magahau sebagai event penting di kawasan kita. Jawapan saya mudah dan simple...Magahau adalah acara yang asli kpd kaum Rungus. Lebih daripada itu, Magahau akan dapat menjana banyak peluang ekonomi dalam jangka masa panjang. Ini strategi kita untuk menjadikan dan membolehkan agar daerah kita disytiharkan sebagai PEKAN BUDAYA Sabah satu masa nanti. Apabila daerah Matunggung disytiharkan sebagai Pekan Budaya, maka pihak berwajib TERPAKSA memajukan daerah tersebut selaras dengan namanya. Untuk membolehkan kita layak claim/menagih/merayu agar daerah Matunggung dijadikan sebagai Pekan Budaya, maka kita dengan inisiatif sendiri mesti lah melengkapkan acara-acara tersebut berbentuk kebudayaan dalam setiap tahun. Dengan adanya Magahau maka akan LENGKAP lah acara-acara di kawasan kita untuk diisytiharkan sebagai PEKAN BUDAYA. Dalam kalender tahunan Matunggung, kita ada Pesta Kaamatan pada bulan Mei, Pesta Kelapa di Kudat, pesta jagung, pesta Gong dan akhirnya Magahau. Aktiviti lain seperti pertanian dan lain-lain penting juga, tetapi kita perlu ada satu daya tarikan tersendiri yang boleh menarik minat pelancong dari seluruh dunia. Dengan bilangan pelancung asing yang ramai datang ke kawasan kita, kita akan menjana sumber ekonomi lain yang secara tidak langsung merancakkan lagi aktiviti perniagaan di kawasan kita dan secara langsung akan mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Rungus – JELANI HAMDAN (PRESIDEN SAMORA)
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Kenyataan Jelani Hamdan (Presiden SAMORA) mengenai kenaikan bahan bakar dan gula


Jelani Hamdan

17 sept 2010

KOTA KINABALU: Presiden Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) Jelani Hamdan selaku pemimpin suku kaum rungus di Sabah mengeluarkan kenyataan hari ini membantah kenaikan harga gula dan bahan bakar seperti yang diputuskan oleh kerajaan dua hari lalu berikutan pengurangan subsidi keatas bahan tersebut.

Menurut Jelani, kenaikan harga gula umpamanya, secara langsung mengakibatkan kenaikan berantai harga bahan makanan lain terutama produk yang mempunyai kandungan gula sebagai bahan pemanis seperti susu, roti dan banyak lagi produk yang berasaskan gula akan mengalami kenaikan harga secara mendadak. Penduduk luar bandar terutama penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman daerah Pitas dan Kudat/Matunggong yang berpendapatan rendah sudah pasti menerima impak dari kenaikan bahan-bahan makanan tersebut.

Mengenai kenaikan bahan bakar pula, beliau berpendapat kenaikan tersebut sebenarnya dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat, ini kerana bukan sahaja kenderaan menggunakan bahan bakar tetapi kilang-kilang juga turut menggunakan bahan bakar untuk menjalankan operasi mereka. Bila keadaan ini berlaku sudah tentu kos operasi akan bertambah dan produk yang mereka hasilkan sudah pasti akan dinaikan harga untuk menampung kos pengeluaran.

“Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikan harga minyak kepada angka yang agak besar demi kebaikan rakyat,” katanya.

“Kerajaan juga tidak sepatutnya membuat perbandingan harga minyak dengan negara jiran Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina kerana negara tersebut bukan negara pengeluar minyak. Kenapa tidak bandingkan harga minyak dengan negara Brunei atau mana-mana negara pengeluar minyak di rantau ini,” katanya lagi.

Setakat ini Jelani Hamdan satu-satunya pemimpin rungus yang berani tampil ke depan membuat kenyataan mengenai kenaikan harga bahan bakar dan gula ekoran dari pengurangan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan yang dikatakan mampu menjimatkan RM750 juta setahun apabila pengurangan subsidi bahan bakar dan gula dilaksanakan.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Thursday, July 15, 2010

Minyak petrol, Gas LPG, Gas dan Gula naik berkuatkuasa tengah malam ini

SEKADAR INFORMASI. Kerajaan mengumumkan keputusan menaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 5 sen berkuatkuasa tengah malam ini. Manakala gas LPG naik 10 sen sekilogram dan harga gula naik 25 sen.

Berikut adalah harga baru selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 – tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, July 7, 2010

10 dalil mengapa Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai ADUN Matunggong

Saudara pengarang,

Melalui blog bebas ini (betulkan saya kalau silap), saya ingin minta budibicara pihak editorial untuk menyiarkan 10 dalil mengapa YB Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai Wakil Rakyat, jika blog ini benar-benar tidak berat sebelah.

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar beberapa kritikan terhadap beliau dan ada yang secara tidak langsung memberi isyarat agar YB Sarapin Magana berundur dan memberikan ruang kepada pemimpin baru untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat Matunggong pada pilihan raya akan datang. Pada hemat saya tabiat suka menukar ganti wakil rakyat bukanlah satu pendekatan yang rasional dan mendatangkan banyak faedah seperti yang kita kehendaki. Soal kelemahan kepimpinan beliau, jika ada pun mungkin boleh diperbetulkan. Anggaplah YB Sarapin adalah milik rakyat N.4 Matunggong. Sikap beliau yang suka bertolak ansur dan bersikap rendah diri memungkinkan perkara-perkara yang pincang boleh diperbetulkan lagi jika kita benar-benar memiliki sikap bertanggungjawab sebagai rakyat yang setia terhadap perjuangan parti dan patuh kepada dasar-dasar kerajaan.

Rakyat Matunggong seharusnya belajar mengikis sikap dengki dan iri hati terhadap kejayaan seseorang. Mengapa kita tidak boleh merasa bangga diatas kejayaan beliau sehingga menjadi Wakil Rakyat yang lahir dan dibesarkan dikalangan kita. Sebab itu kita perlu berfikir tidak cukup hanya dua kali atau tiga kali, malah mungkin kita perlu berfikir banyak kali apakah beliau perlu digugurkan atau disingkir pada PRU13 nanti.

10 dalil mengapa Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai Wakil Rakyat N.4 Matunggong:-

1. Memiliki kridebiliti sebagai pemimpin.

2. Memiliki akademik yang sesuai sebagai pemimpin.

3. Tidak jemu mengambil berat masalah rakyat.

4. Mudah dibawa berbincang.

5. Dermawan dan suka merendah diri.

6. Mempunyai visi lengkap untuk memajukan dan membangunkan Matunggong pada masa akan datang.

7. Hubungan sosial yang baik dengan rakyat Matunggong tanpa mengira suku dan keturunan.

8. Urusan pentadbiran yang tulen tanpa campurtangan orang ketiga (isteri/keluraga terdekat)

9. Matang mengendalikan isu-isu politik semasa.

10. Kekalkan untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.

10 dalil ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti dan rakyat Matunggong keseluruhanya.

Guntirik. L
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, June 30, 2010

UPKR di setiap DUN perlu distrukturkan semula

Kita sering memperkatakan kehebatan seseorang calon wakil rakyat yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti. Dalam masa yang sama juga rakyat menilai apakah kekurangan dan kelebihan seseorang calon tersebut, namun dalam kegairahan menilai bakal-bakal YB, kita sering lupa dan terlepas pandang jawatan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) yang merupakan jawatan penting selepas wakil rakyat di sesuatu kawasan. Lazimnya PKR seringkali mewakili wakil rayat samada merasmikan sesuatu acara atau sekadar menyampaikan ucapan yang diamanatkan oleh wakil rakyat berkenaan.

Persoalan yang timbul disini, apakah pada masa akan datang PKR yang akan dilantik adalah dikalangan individu yang berpendidikan atau individu yang sekadar mampu mengisi kekosongan jawatan tersebut tanpa mengambil kira kualiti perkhidmatan mereka.

Walaupun tugas sebagai PKR tidak lah serumit wakil rakyat, namun perkhidmatan yang tidak berkualiti ekoran dari kekurangan pengetahuan dan penawaran jawatan yang tidak bersesuaian dengan akademik sebenarnya merugikan rakyat. Walaupun tidak dinafikan ada juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tapi mampu menjalankan tugas dengan baik.

Di kawasan lain di Sabah, mereka bukan saja mempertikaikan kridebiliti jawatan PKR, malah ada yang mencadangkan agar fungsi UPKR perlu distrukturkan semula. Ini kerana unit ini seoalah-olah bertindih dengan fungsi Unit Pembangunan Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Negeri. Semasa kerjaan Berjaya dulu, jawatan PKR, CDO dan Pemaju Mukim dilihat amat perlu memandangkan masalah kesukaran rakyat untuk bertemu dengan wakil rakyat berkenaan. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat di setiap Dun merupakan mata dan telinga kerajaan bagi memantau projek dan segala permasalahan rakyat. Namun tidak berlaku pada masa ini dimana perhubungan amat mudah. Rakyat boleh menghubungi wakil rakyat berkenaan pada bila-bila masa yang mereka fikirkan perlu dengan adanya telefon mudah alih, internet dan kemudahan perhubungan lain yang semakin canggih.

Ketika rakyat resah dengan langkah kerjaan mengurangkan subsidi kepada barangan tertentu, saya amat bersetuju jika unit ini distrukturkan semula untuk mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri Sabah bagi membayar gaji dan elaun kakitangan unit ini.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, June 20, 2010

Bersekutu akan menyertai Pakatan Rakyat

Seperti yang dijangka ramai pihak, akhirnya parti Barisan Rakyat Bersekutu (Bersekutu) mengambil ketetapan dalam mesyuarat AMT yang diadakan di Ibu pejabat parti itu di Inananam hari ini, 19 Jun 2010 untuk menyertai gagasan pakatan pembangkang jika sekiranya Pakatan Rakayat (PR) mengubah nama gagasan itu kepada Pakatan Malaysia dan menggunakan simbol yang sama semasa menghadapi PRU13 nanti seperti yang disarankan oleh parti itu baru-baru ini.

Matuggong Kini juga diberitahu bahawa pada 10 Oktober tahun ini, parti Bersekutu akan mengadakan majlis makan malam untuk meraikan ulang tahun ke 20 penubuhan parti Bersekutu dan ulang tahun ke 10 En. Berman Angkap menjadi Presiden parti. Bersekutu menjangkakan seramai 1000 orang akan hadir pada majlis yang julug-julung kali diadakan itu.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Saturday, June 19, 2010

BESEKUTU mampu melangkah lebih jauh?

Parti Bersekutu bekas peninggalan Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mhd. Salleh ‘kembali lagi’ ke kanca politik negeri Sabah walaupun parti ini dilebelkan sesetengah pemerhati politik sebagai parti politik bermusim yang lazimnya akan keluar menemui dan meminta sokongan rakyat disaat-saat akhir menjelang penamaan calon dan kembali pasif selepas pilihanraya diadakan. Namun kali ini nampaknya senario agak berbeza. Kenyataan Presiden Bersekutu, Berman Angkap baru-baru ini yang menarik perhatian ramai, terutama dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah (PR), merupakan tanda-tanda awal Bersekutu turut mengambil peranan lebih awal dalam percaturan politik menjelang PRU13 yang dIjangka akan diadakan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Kenyataan Bersekutu yang menyarankan agar PR menukar gagasan itu kepada Pakatan Malaysia (PM) mendapat reaksi pelbagai dari pelbagai pihak. Berman Angkap sebelum itu mendakwa bahawa gagasan Pakatan Rakayat merupakan gagasan pakatan dari semenanjung tanpa melibatkan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak. Persoalanya apakah Bersekutu akan menyertai PR jika pucuk pimpinan PR bersetuju mengubah nama gagasan itu kepada Pakatan Malaysia? Atau disebaliknya PR tidak akan menerima Bersekutu sebagai ‘rakan kongsi’ jika prestasi parti Bersekekutu sebagai sebuah parti pembangkang di Sabah yang dilihat agak merudum setiap kali beradu di gelangang PRU.

Sebagai sebuah parti yang dilahirkan di Sabah, Bersekutu dilihat boleh melangkah lebih jauh. Selain langkah untuk menjenamakan semula seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak, Bersektutu juga mungkin perlu memulakan langkah lebih awal meyakinkan rakyat di kawasan yang berpotensi untuk parti itu bertanding pada PRU13 nanti. Usaha memantapkan barisan kepimpinan yang sedia ada mungkin perlu dilakukan seiring dengan perkembangan dan aspirasi pengudi genarasi baru yang mungkin banyak mempengaruhi keputusan pilihn raya akan datang.

Sebagai anak kelahiran Matunggong, Berman Angkap sebenarnya boleh muncul sebagai seorang pemimpin yang patut disegani di kawasan ini jika beliau benar-benar komited terhadap perjuangan parti yang diterajuinya. Walaupun mungkin tahap keberkesanan kepimpinan beliau di Matunggong belum menyamai pemimpin lain yang seangkatan dengan beliau, namun beliau lah satu-satunya suku kaum rungus di Sabah yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tertinggi dalam sebuah parti politik yang masih aktif.

Apakah PRU13 nanti Bersekutu dapat bersama-sama dengan barisan pembangkang samada diperingkat Nasional atau negeri untuk mengubah lanskap politik negara? Sama-sama kita lihat.

Klik disini untuk baca seterusnya »»